“Is, kau masih sayangkan aku ke?” tanya
diriku perlahan ingin mendapatkan kepastian dari Muhammad Iskandar yang juga
merupakan sahabat aku sejak aku mula belajar di sekolah menengah berasrama
penuh di Kuala Lumpur ini. “Isha kau pun tahu aku sukakan kau sejak 5 tahun
yang lalu. Sejak aku terpandang wajah kau di minggu orientasi lagi perasaan
sayang telah timbul di dalam hatiku tanpa aku sedari. Sehingga kini perasaan
ini semakin mendalam. Namun aku redha andai aku bertepuk sebelah tangan,” luah
Iskandar perlahan. Suasana hening pada malam itu menjadi saksi perbualan
telefon dua orang remeja yang dalam diam kedua-duanya memendam rasa selama 5
tahun yang berlalu ini. “Is sebenarnya, aku juga sudah lama memendam perasaan
sayang aku kepada engkau,” luahku perlahan. “Nur Qalisha, benarkah apa yang kau
ucapkan tadi. Aku tidak bermimpikan?” ujar Muhammad Iskandar keriangan. “Benar
Is.” “Jadi kau terima aku menjadi teman istimewa kau” “Ya tapi boleh tak kalau
kita rahsiakan tentang perhubungan kita ini dari pengetahuan kawan-kawan
sekolah kita. Aku tidak mahu kau atau aku mempunyai masalah di sekolah nanti.
Andailah kalau cikgu-cikgu mendapat tahu yang kita ni pasangan kekasih pasti
reputasi kau sebagai Ketua Pengawas akan terjejas. Aku pun mempunyai
tanggungjawab di sekolah itu. Lagipun nanti populariti kau akan terjejas kalau
budak-budak di sekolah kita tahu yang kau dan aku adalah pasangan kekasih,”
ujarku panjang lebar. “Baiklah Isha. Apapun syarat kau, aku akan ikut. Yang
penting kau sudi terima aku dalam hidup kau. Tapi jangan pulak nanti di sekolah
kau tak nak tegur aku pulak. Kalau ada orang cuba mengorat kau nanti tahulah
aku nak ajar orang itu,” Iskandar berkata sambil ketawa. “Oklah Is. Aku dah
mengantuk. Esok aku dah nak berkemas nak kembali ke asrama. Nanti kita jumpa di
kelas hari Isnin nanti. Bye.....Assalamualaikum,” aku mematikan panggilan
setelah Iskandar menjawab ucapan salamku. Bahagianya aku tidur malam itu. entah
bagaimana Iskandar muncul dalam mimpiku sambil tersenyum ke arahku. Kami pun
berpegangan tangan di taman bunga yang indah itu. Bahagianya perasaanku.
Iskandar tiba-tiba hilang dari pandanganku ketika azan subuh berkumandang. Aku
pun lantas bangun dari tidurku untuk menyahut seruan Ilahi. Aku lantas membersihkan
diriku dan kemudian menunaikan solat fardhu Subuh. Setelah aku selesai
menunaikan solat Subuh aku lantas ke dapur untuk membantu ibuku yang
sememangnya telah bangun dan sedang menyiapkan sarapan.
“Assalamualaikum, Ibu. Ibu masak apa
tu?” ujarku manja. “Eh anak dara ibu ni sudah bangun. Ni dah solat ke belum?”
tanya ibuku, Puan Syaznani. “Sudahlah bu. Ibu masak apa tu? Ayah mana, bu.” “Ibu
ingat nak buat nasi lemak hari ni. Ayah pergi suraulah. Ke mana lagi ayah kamu
tu nak pergi. Hmm hari ni Sha balik
asramakan?” tanya ibu lagi. “Ya ibu. Nanti ayah hantar Sha kan?” tanyaku pula.
“Mestilah sayang. Takkanlah anak ibu ni nak naik bas pulak. Takut ibu. Biarlah
ibu dengan ayah yang hantar kamu. Dah mari sini tolong ibu masak sambal tumis
ikan bilis kesukaan kamu ni. Nanti bolehlah Sha bungkus bawa balik asrama.
Nanti ibu lebihkan sambal tumis ni ya.” “Wah, seronoknya! Ni yang buat Sha
sayang ibu lebih ni.” Aku sememangnya anak kesayangan ibu dan ayah. Maklumlah
aku ni anak bongsu lagipun akulah satu-satunya anak perempuan ayah dan ibuku.
Ayahku bernama Ariffin merupakan seorang bekas tentera yang telah bersara. Kini
ayah lebih gemar menghabiskan masa berehat di rumah sambil menguruskan tanah
arwah datukku yang dulunya terbengkalai. Ibuku pula adalah seorang guru yang
telah melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik ketika abang sulung
dilahirkan. Sejak itu ibu lebih gemar duduk dirumah menguruskan anak-anaknya
yang seramai 6 orang. Seperti yang kukatakan tadi aku adalah puteri tunggal.
Aku amat disayangi oleh ibubapaku juga abang-abangku. Kesemua abang-abangku
telah berjaya dalam kerjaya yang mereka ceburi. Abang-abangkulah menjadi
kebanggaan ibu dan ayah. Abangku yang sulung bernama Muhammad Aliff kini telah
berkeluarga dan telah menjadi jurutera terkenal di Kuala Lumpur. Abangku yang
kedua, Muhammad Haikal pula kini telah menjadi tentera udara yang bertugas
sebagai juruterbang tentera udara Malaysia. Abangku yang ketiga, Muhammad Izhar
kini adalah seorang arkitek yang bertugas di salah sebuah syarikat yang
terkemuka di ibu negara. Muhammad Zulkarnain adalah abangku yang keempat yang
kini telah menjadi seorang doktor pakar mata yang kini sedang bertugas di
Hospital Kuala Lumpur. Manakala abangku yang paling kusayangi kini masih
menuntut di salah sebuah universiti terkemuka di luar negara. Dia adalah
Muhammad Qayyum yang sednag menuntut di Oxford Universiti. Lagi lima tahun
pulanglah abangku ni dengan gelaran doktor falsafah dalam bidang kedoktoran
juga. Yang membezakan abang Qayyum dengan abang Zulkarnain adalah abang Qayyum
bakal menjadi doktor pakar bedah. Hanya abang Qayyum yang belum beristeri.
Abang-abangku yang lain telah pun mendirikan rumah tangga dengan pilihan
masing-masing. Aku juga telah mempunyai ramai anak buah. Sesungguhnya aku
sememangnya mengagumi abang-abangku. Aku ingin mengikut jejak langkah mereka.
Aku berasa amat betuah kerana abang-abangku kini walaupun telah mempunyai
kejayaan dalam hidup masing-masing namun mereka tidak lupa daratan. Mereka masih
mempunyai masa untuk pulang ke kampung dan melawat ibu dan ayahku yang kini
telah pun berusia. Kakak-kakak iparku juga menghormati dan menyayangi ibu
bapaku seperti ibu bapa mereka sendiri. Aku berasa amat bersyukur di lahirkan
dalam keluarga yang besar dan bahagia seperti keluargaku.
“Adik, ayah dah balik ni,” sahut
ayahku mengembalikan aku ke dunia nyata. Sememangnya aku lebih dipanggil adik
oleh ayah dan abang-abangku. Kadang-kadang sahaja mereka memanggil aku dengan
namaku. “Eh ayah. Ayah dah balik. Jomlah sarapan. Hari ni ibu masak special.
Ibu masak nasi lemak. Kalau abang-abang ada mesti banyak diorang makan, kan
bu,” ujarku. “Kenapa ni sayang? Rindukan abang eh. Takpe kejap lagi kita
singgah dekat rumah mereka sewaktu kita hantar adik eh. Kita g rumah along nak.
Ayah pun dah lama tak jumpa cucu-cucu ayah tu,” ajak ayah ku. Sememangnya kami
akan melalui kawasan perumahan Abang Longku ketika aku ingin kembali ke asrama.
Setelah itu kami pun bersarapan kemudian aku pun mula berkemas untuk kembali ke
sekolah setelah bercuti selama dua minggu untuk cuti pertengahan semester.rindu
rasanya diriku ini dengan rakan-rakanku. Aku bersekolah di Maktab Rendah Sains
Mara (MRSM) di bandar metropolitan Kuala Lumpur. Tahun ini aku akan menduduki
Sijil Penilaian Menengah (SPM). SPM inilah yang akan menentukan masa depanku
sama ada aku mampu atau tidak mengikut jejak langkah abang-abangku. Tepat jam
10.00 pagi aku, ibu dan ayah pun meninggalkan kawasan rumah ku di kampung Parit
Burtar, Perak. Masa perjalanan ku ke Kuala Lumpur lebih kurang 4 jam. Setibanya
kami di Kuala Lumpur seperti yang dijanjikan ayah singgah di rumah abang Longku
yakni Muhammad Aliff. Alangkah gembira wajah Abang Long dan Kak Longku, Siti
Nazirah menyambut kedatangan kami. Abang dan kak Longku dikurniakan 4 orang
cahaya mata yang masih kecil. Anak buah ku Yang paling sulung berumur 6 tahun
manakala Yang paling bongsu berumur 4 bulan. “Long napa dah lama kau tak balik
kampung?” tanya ibuku. “Ibu, Irah dengan abang Aliff dah rancang nak balik
hujung bulan ni. Maklumlah Irah pun baru je kuat sedikit selepas pantang dari
melahirkan si kecik ni,” terang Kak longku lembut. “Habis tu bila mak kamu
balik Irah?” tanya ayah pula. “Mama baru balik ke kampung semalam. Tu pun
setelah dia lihat Irah dah sihat, ayah. Lagipun di rumah ni ada pembantu rumah
ringanlah sedikit tugas Irah. Kerja-kerja
dirumah ini pun kebanyakannya Mak Siah yang buat. Irah just masak untuk abang n
jaga si kecil Umairah ni sahaja,” ujar kak Longku lagi. Kakak iparku ini adalah
seorang jurutera seperti abang Aliffku. Kini mereka telah membuka syarikat
sendiri atas usahasama mereka. Siti Nazirah merupakan gadis yang cantik. Selain
itu Kakak iparku ini amat menghormati orang tua. “Adik along ni, tahun ni SPM kan? Sudah
bersedia ke? Target berapa A?” tanya abangku yang duduk disebelahku. Aku lantas
memeluk tangan abangku itu. “Adik target 12 A+, long. Tapi adik takutlah Long,”
ucapku manja. Sememangnya abang-abangku amat memanjai diriku. “Hmm jangan
risau. Abang yakin adik abang ni mesti boleh. Trial hari tu dapat berapa?”
“Adik dapat 11 A+ 1 A je.” “oklah tu. Mesti boleh punya. Ibu, ayah, adik jom
makan dulu. Nanti sudah makan barulah hantar adik. Ibu dengan ayah nak balik
Perak hari ni juga ke? Tidurlah di rumah Along malam ni. Esok barulah balik,”
pujuk abangku. “yalah Ibu. Lagipun tidurlah sini malam ni. Nanti dapatlah ibu
dengan ayah bermain dengan along, angah, Anif dengan Umairah ni. Diorang ni pun
dah selalu tanya bila nak pergi rumah Tok Wan mereka. Boleh ya ayah!” pujuk
kakak iparku pula. “Ha ahlah bang. Syaz pun rindu dengan cucu kita ni. Kita
tidur sini ya bang malam ni,” pujuk ibuku. “baiklah. Selepas makan nanti kita
hantar Adik dan malam ni kita tidur sini. Ayah pun tak puas main dengan si kecik
ni,” setuju ayahku.
“Adik ingat pesan ayah jaga diri.
Belajar rajin-rajin. Nanti adik nak sambung belajar dekat mana pun ayah
benarkan. SPM nanti jangan lupa minta maaf dekat guru-guru. Minta mereka
halalkan ilmu yang mereka curahkan kepada adik. Jangan sombong dengan
rakan-rakan. Bantu mereka yang memerlukan bantuan kita. Ayah harap adik
pandai-pandailah jaga diri di sekolah ni. Ayah, ibu jauh. Pandailah bawa diri
ya sayang. Ayah doakan kejayaan adik sama seperti ayah doakan untuk abang-abang
adik. Jangan lupa tanggungjawab adik sebagai muslimah yang solehah. Solat
jangan tinggal. Jaga maruah, jaga akhlak ya sayang,” nasihat ayahku. “baiklah
ayah. Adik akan ingat pesan ayah tu. Adik janji adik akan cuba buat ayah bangga
dengan adik. Adik akan buat sebaik mungkin semasa SPM nanti,” janjiku pula.
“Sha, jangan lupa solat hajat. Banyakkan baca Quran. Ibu kalau boleh nak
anak-anak ibu berjaya dunia dan akhirat. Yang paling penting ingat Allah selalu.
Ibu percaya kalau Sha ingat Allah Sha akan ingat Ibu dan ayah. Doa dan restu
dari ibu dan ayah sentiasa ada untuk Nur Qalisha. Ibu bangga dengan anak-anak
ibu. Dan ibu percaya Isha akan mengikut jejak langkah abang-abang Isha,”
nasihat ibu pula. Aku lantas memeluk ibu sambil menitiskan air mata. “terima
kasih ibu. Isha akan ingat pesanan ibu ini,”ujarku sambil memeluk ibu lalu ibu
mencium dahiku. Aku lantas mencium pipi ibu. Lama aku berpelukan dengan ibu. Terasa
sedih nak berpisah dengan ibu dan ayahku. Hal ini adalah kerana sehingga SPM
menjelang aku tidak akan pulang ke rumah. Lagipun aku juga dilarang membawa
sebarang alat komunikasi sepanjang berada di asrama. Oleh itu inilah peluang
yang aku ada untuk mendapatkan restu kedua-dua insan yang sangat aku sayangi
ini. Sebelum ibu dan ayah pulang sekali lagi kami berpelukan. Aku memeluk ibu
kemudian aku memeluk ayahku. Lama aku berada dalam dakapan ayah. Lalu mereka
pun pulang ke rumah along. Air mataku masih lagi mengalir mengiringi pemergian
ibu bapa yang amat kucintai. “Isha dahlah tu. Jom kita balik dorm. Mak ayah kau
pun dah pergi tu,” ajak Puteri Maisarah Qatrina. “Mai entah kenapa aku berasa sedih
sangat. Aku macam ......... Entahlah susah aku nak gambarkan perasaanku ini.
Jomlah kita balik ke dorm. Malam ni kita buat study group ya?” ujarku
menyembunyikan kegundahanku.
Hari ini bermulalah peperiksaan SPM.
Aku berdoa agar aku dapt menjawab segala soalan dengan tenang. Wajah ibu dan
ayah sering terlintas di fikiranku. Ibu tersenyum begitu juga ayah. Dengan
bayangan wajah merekalah aku dapat jawab setiap mata pelajaran yang aku ambil.
Kini setelah sebulan aku bertungkus lumus menduduki SPM, hari ini adalah
terakhirku. Alhamdulillah dengan senyuman di bibir aku mengucapkan syukur di
dalam hati kerana segala perjuangan berakhir sudah. Aku telah memberitahu ibu
dan ayah tentang kepulanganku esok. Alangkah gembira suara ibu apabila aku
telah selamat menjawab setiap matapelajaran dengan tenang. Sebelum aku
meletakkan gagang telefon ibu sempat berpesan “.....adik tahukan ibu, ayah
sayang sangat dekat adik. Adik jangan lupa titipkan doa untuk ibu dan ayah. Kalaulah
nanti kita berjauhan adik jangan sedih. Ingat ibu, ayah, selalu dekat dengan
adik. Jangan berubah ya sayang. Kalau boleh kalau adik dapat result cemerlang
dalam SPM boleh tak adik tunaikan impian ibu dan ayah. Ibu dengan ayah nak
sangat adik belajar di Jordan atau Mesir. Kalau boleh di Al-Azhar dalam bidang
apa sahaja yang adik minat. Boleh tak sayang? Oklah Sha esok Ibu dan Ayah
datang jemput Sha ya. bye sayang. Jangan tinggal solat walau dimanapun Qalisha
berada. Assalamualaikum...” itulah pesan ibuku. “waalaikumusalam” ujarku
kebingungan. Entah mengapa hatiku berdegup laju. Macam ada perkara yang akan
terjadi. Ya Allah peliharalah Ibu dan Ayahku. Sesudahku menunaikan solat subuh
aku telah berkemas untuk pulang. Setelah bersarapan aku menerima surat dari
Muhammad Iskandar yakni lelaki yang telah berjaya mencuri hatiku. Di dalam
surat itu iskandar ingin berjumpaku sebelum kami pulang ke negeri
masing-masing. Petang ini kami akan berpisah. Aku akan pulang ke Perak manakala
Iskandar akan pulang ke rumah keluarganya di Kuala Lumpur. Is sememang berasal
di ibu kota ini. Jadi kami pun bertemu di taman mini yang disediakan
berhampiran dewan makan yang memisahkan asrama puteri dan asrama putera.
“hai Isha. Apa khabar?” tegur
Iskandar kepadaku. “hai Is. Aku sihat je. Kau balik pukul berapa?” “selepas ini
aku baliklah. Isha aku....aku....” “kau apa Is?” tanyaku. “Isha mula-mula
sekali aku harap kau tidak marahkan aku selepas kau dengar apa yang aku nak
cakap ni. Isha aku rasa kita sampai di sini sahaja. Aku minta maaf. Tapi tempoh
empat tahun ini aku ingat aku akan terus sayangkan kau tapi aku sebenarnya dah
anggap kau sebagai kawan aku. Itu sahaja. Sory Isha. Aku harap kau dapat
lupakan aku. Aku percaya kau gadis yang baik. Lupakan aku, Isha. Isha aku
doakan kau akan menemui lelaki yang lebih baik dariku. Aku pergi dahulu.
Maafkan aku Isha,” ujar Iskandar lalu berlalu pergi meninggalkan tanpa menoleh
walau sekali. Aku terduduk setelah Iskandar hilang dari pandangan. ‘Is kenapa
Is buat isha macam ni. Apa salah Isha? Is setelah kau curi hati ini kini kau
berpaling pula meninggalkan diri ini keseorangan. Sampai hati kau Is. Apa
kesalahanku, Is. Muhammad Iskandar pergilah kau. Aku doakan kau bahagia.
Selamat tinggal kekasihku.’
“sha kenapa ni? Kau ok tak? Sha
kenapa kau menangis? Aku tahu kita semua akan berpisah tapi janganlah macam ni.
Kita masih boleh berhubungkan. Telefon kan ada. Nanti kau buatlah facebook.
Nanti Mai jadi kawan kau. Kalau tak pun kau kan ada email nanti kita berjumpa
kat email k. Alah lagi tiga bulan kita jumpa balik masa hari keputusan keluar.
Isha, Mai kena balik dulu. Mama papa Mai dah sampai. Nanti Mai mesej k. Bye
Isha.... jangan menangis,” pujuk Puteri Maisarah. Kemudian kami berpelukan. Aku
pulang ke dorm menanti ketibaan ibu dan ayah yang masih belum tiba. Kawan-kawanku semuanya telah pulang kini
hanya aku keseorangan di dorm itu menanti dengan sabar. “Mana ibu ni? Kenapa ayah
lambat? Selalu ayah tak macam ni. Mereka selalu datang awal untuk jemput ku.
Ini dah petang tapi mereka tida juga kelihatan,” ujarku. Aku menanti ketibaan
ibu ayah di pondok yang disediakan di hadapan asramaku. Kerana keletihan aku
tertidur menanti mereka.“Adik... ibu datang ni. Ayah pun ada sekali.” “eh
ibuuu. Napa lambat? Penat adik tunggu. Ibu adik sedih... ayah kenapa ayah
lambat. Takut adik tadi,” ujarku. “adik, jangan sedih. Adik kena kuat. Anak
ayahkan kuat. Jangan nangis,” pujuk ayahku. ..... tiba-tiba.....“adik...adik....adik...
bangun sayang,” “eh along, macam mana along boleh ada dekat sini. Eh mana ibu
dengan ayah tadi,” ujarku yang baru tersedar dari tidur. “adik,
ibu...............ibu...............ibu..........” “kenapa ni long? Mana ibu?
Tadi ibu dengan ayah ade sebelah adik..... mana ibuu, mana ayah?” tanya ku yang
mula menitiskan air mata. Along lantas
memelukku. “adik, ibu dan ayah dah tiada lagi,” “ibu dengan ayah pergi mana?”
“ibu dengan ayah dah.... dah meninggal dik. Mereka terlibat dalam kemalangan
ketika nak datang sini jemput adik. Ibu,,, ayah dah tinggalkan kita dik,” ujar
alongku kesedihan. Kak long yang melihat kami hanya mampu menundukkan kepala
dan menangis. “apa along cakap ni. Tadi ibu datang sini. Ibu peluk adik. Ayah
pun ada. Along ni apalah. Dahlah jomlah balik. Ibu dekat rumah tu. Dia mesti
tunggu kita. Jomlah. Janganlah nangis-nangis. Buruk rupa along menangis,”ujar
lantas menuju ke dalam kereta lalu menutup pintu kereta. “jomlah bang. Diorang
pun dah tunggu kita. Semoga sempat kita sampai sebelum malam menjelma. Abang
janganlah macam ni. Irah tak sanggup tengok abang macam ni,” pujuk Siti Nazirah
menenangkan suaminya. Sepanjang perjalanan hanya kesepian menemani mereka.
Muhammad Aliff tidak berhenti menitiskan air mata. Aku pula cuba memejamkan
mata namun perasaan sedihku tidak dapatku bendung. Akalku keras mengatakan yang
ibu dan ayah ada di rumah sedang menanti kepulanganku namun hatiku pula berasa
tidak sedap seolah-olah sesuatu telah berlaku kepada ibu dan ayah. Semakin
hampir kami dengan rumah semakin laju degupan jantungku. Air mataku semakin
deras disaat kami tiba di perkarangan rumah. Di halaman rumahku terdapat ramai
orang juga terdapat 2 buah keranda diletakkan di hadapan rumahku. ‘ya allah
kuatkanlah hati hambamu ini. Aku lantas berlari menaiki tangga sambil
memanggil-manggil nama ibu dan ayahku. Alangkah terkejutnya aku melihat dua
susuk tubuh sedang berbaring menghadap kiblat dan telah siap dikafankan. Di
sekeliling jenazah tersebut terdapat ramai orang sedang membaca yaasin untuk
jenazah.
“ibuuuuuuu... ayahhhhhhh.... bangun
bu. Adik dah balik. Ayah bangun tengok adik dah sampai ni. Ibuuuuu, ayahhhh
jangan tinggalkan adik,” tangisku sambil memeluk tubuh ibu dan ayah yang
terbaring kaku. “adik jangan macam ni sayang. Relakan kepergian ibu dan ayah.
Doakan semoga roh mereka ditempatkan dikalangan para solihin,” pujuk Muhammad
Haikal. “Angah adik takut. Adik nak ibu dengan ayah,” aku menangis dalam
pelukan angahku yakni Muhammad Haikal. “adik abaang Ar kan ada. Adik jangan
sedih ye,” pujuk abang Izhar pula. “ya dik abang Zul pun ada di sisi adik. Kami
akan jaga adik,” abang Zulkarnain pula berkata lalu menghampiriku dan menggosok
belakangku. “Adik kita harus merelakan pemergian ibu dan ayah. Kita
bersama-sama akan doakan kesejahteraan mereka di alam satu lagi. Along mahu
adik-adik along sabar dan redha dengan ketentuan Ilahi. Kita harus kebumikan
ibu dan ayah sekarang. Tiada guna kita menanti kepulangan Qayyum. Dia mungkin
tidak sempat melihat wajah ayah dan ibu buat kali terakhir. Kita perlu
laksanakan tugas kita. Lagipun tidak elok jenazah dibiarkan lama-lama. Marilah
kita menatap wajah insan-insan yang melahirkan kita ke dunia buat kali
terakhir.... ibu along janji di depan jenazah ibu dan ayah, along akan jaga keluarga
kita menggantikan ayah. Maafkan along. Halalkan makan minum along ibu, ayah,”
ujar Muhammad Aliff sambil mencium dahi ibu dan ayah. Kemudian seorang demi
seorang abang-abangku serta kakak-kakak iparku mencium jenazah ibu dan ayah.
Setelah semua selesai, kini tiba giliranku pula. Lama kupandang wajah ibu yang
bersinar-sinar. Kuusap wajah ibuku buat kali terakhir. “ibu adik akan tunaikan
hajat dan impian terakhir ibu dan ayah. Ibu tidurlah ya. ibu jangan bimbang
adik dah besar. Adik dah boleh jaga diri. Adik boleh berdikari. Adik percaya
ibu dan ayah sentiasa ada di sisi adik. Maafkan adik bu. Ibulah ibu yang
terbaik untuk adik. Adik sayang ....sangat kat ibu.... ayahlah lelaki yang
palinng adik sayangggg. Ayah tunggu eh nanti kita berjumpa kembali. Ayah tidur.
Adik janji adik tunaikan impian ayah. Adik tahu ayah nak sangat adik jadi seorang
peguam Syariah. Adik akan tunaikan impian ayah tu. Selamat tinggal ibuu,
selamat tinggal ayah. Semoga Allah merahmati roh ayah dan ibu. Adik sayang
sangat dekat ibu dan ayah.” Ujarku kesedihan lalu mengucup dahi ibu dan ayah.
Lalu jenazah ibu dan ayah dikebumikan petang itu juga. Pada sebelah malam satu
majlis tahlil dijalankan untuk arwah ibu dan ayah ku. Ramai saudara-mara,
sahabat handai arwah ibu dan ayah datang untuk memberi penghormatan terakhir
kepada ibu dan ayahku. Jiran-jiran sekampung ramai yang datang ke majlis tahlil
arwah Ariffin yakni ayahku dan Syaznani ibuku. Yang tiada hanyalah Abang
Qayyum. Maklumlah abang Qayyum berada nun jauh di seberang lautan. Setelah
majlis selesai, aku mengurungkan diri di dalam bilikku. Ya Allah, aku sangat
merindui Ibu dan ayah. Ibuuuu adik rindu ibuuuu. Ayahhhh adik rindu ayahhhh.
Aku memeluk gambar ibu dan ayah. Ku cium bertalu-talu gambar mereka. Lalu
kubawa gambar itu kedalam pelukanku. “Adik...adik....adik. jom makan sayang.
Kak long dan Kak ngah dah masak tu. Jom dik. Abang Ar tengok adik tak menjamah
walau sebutir nasi pun sejak adik balik tadi,” panggil abang Izhar sambil
mengetuk pintu bilikku. “adik tak lapar lah abang Ar. Nanti kalau adik lapar
adik makan ya. abang Ar pergilah makan. Adik penat adik nak tidur,” sahutku
perlahan dari dalam bilik. “adik janganlah macam ni sayang. Angah risau tengok
adik. Adik makan sikit pun jadilah,” pujuk Abang Haikal pula. “Angah Ar, mari
kita makan. Biarkanlah adik dulu. Sekarang ni adik tengah sedih tu. Biarkanlah
dia. Jom kita makan dulu. Nanti kalau adik lapar tahulah adik cari makan,” ujar
Abang Aliff mengetahui buat masa ini aku perlukan masa untuk bersendirian.
“along, Qayyum balik bila? Zul risaulah Long tengok adik langsung tak nak
bercakap. Sejak di tanah perkuburan tadi Zul lihat tak menangis langsung,” ujar
Zulkarnain kerisauan. “mungkin esok sampailah Qayyum tu. Tadi dia telefon
beritahu flight pukul 1.00 pagi nanti. Tulah along pun risau ni. Along harap
esok adik oklah,” ujar Abang Aliff. “Angah yakin balik je Qayyum nanti adalah
orang yang dapat pujuk adik. Kita semua tahu adik paling rapat dengan Qayyum.
Hanya Qayyum boleh pujuk adik. Kita berdoa sajalah semoga adik kembali ceria,”
kata Abang Haikal. “dahlah tu. Abang dengan adik-adik semua pergilah tidur.
Biar kak long kemas kan meja ni. Kamu semua pergilah tidur. Hari pun dah lewat
malam,” ujar Siti Nazirah. “takpe Kak Long, biar Ita tolong Kak long,” ujar
Masyitah, isteri Haikal. “hmm Ida pun nak tolong jugak. Kesian Kak Long dan Kak
Ngah. Biar Ida tolong sama. ramai-ramai cepat sedikit siap,” ujar Nur Khalidah
isteri Zulkarnain. Isteri izhar pula bernama Maizatul. Dia juga turut membantu
mengemas dapur kemudian setelah siap mereka semua pun masuk ke dalam bilik
untuk berehat setelah seharian bekerja. Rumah peninggalan arwah ibu dan ayah
itu menjadi sunyi seolah-olah tiada penghuni. Aku tidak dapat melelapkan mata.
Air mata yang kutahan sedari petang tadi kini laju mengalir keluar. Tidak
tertanggung rasa rindu buat ibu dan ayah. Aku lantas keluar dari bilikku itu
lalu aku menuju ke bilik ibu dan ayah. Kubuka pintu bilik itu. seolah-olah
terbayang ibu sedang melipat baju manakala ayah pula sedang berbaring sambil membaca.
Aku lantas memasuki bilik itu. di setiap penjuru bilik itu seolah-olah ibu dan
ayah sedang memandangnya. Masih terbau wangian ibu dan ayah di dalam bilik itu.
aku lantas membuka almari pakaian ibu dan ayah lalu aku mengambil kain batik
ibu dan baju t shirt ayah lalu kucium kedua-duanya. Air mataku makin laju
mengalir keluar. Aku lantas baring di atas katil ibu dan ayah. Dalam kerinduan
yang mendalam aku terlena dalam kesedihan. Di dalam lenaku itu, ibu dan ayah
datang ke dalam mimpiku. Aku menangis lalu memeluk mereka.
“allahu akbar.... allahu akbar”
“Along.... Along... adik tak ada
dalam bilik dia. Macam mana ni long,” ujar izhar kebimbangan. “eh kau biar
betul Ar. Ke mana pulak adikpergi? Entah-entah adik dalam bilik ibu tak,” ujar
Haikal. “Assalamualaikum...” “Waalaikumusalam..Eh Qayyum. Alhamdulillah dik.
Kau selamat juga balik,” ujar Abang Aliff sambil memeluk Abang Qayyum yang baru
tiba. “Qayyum minta maaf, Long. Qayyum tak dapat balik semalam. Tiket kapal
terbang paling awal pun pukul satu pagi. Maafkan Qayyum, Long,”ujar Abang
Qayyum kesedihan. “takpelah Qayyum yang penting kau selamat balik,” ujar
Haikal. Qayyum lalu menyalami Haikal dan memeluknya. “Qayyum baguslah kau dah
balik dik. Abang Zul risau tengok Adik. Sejak semalam sedikit makanan tidak
dijamahnya. Abang risau Qayyum. Kita pun tahu Adik kita tu terlalu rapat dengan
arwah ibu dan ayah. Abang harap kau boleh kembalikan Adik kita semula Qayyum,”
ujar Zulkarnain. “habis bang mana adik?” “entahlah Qayyum tadi sebelum sarapan
Abang Ar ingat nak kejutkan adik ajak dia makan sama. tapi bilik dia kosong.
Mungkin sekarang ni adik ada dalam bilik ibu dengan ayah. Kau pergilah jumpa
adik Qayyum,” ujar izhar pula. “baiklah bang. Qayyum pergi tengok adik dulu.”
Qayyum lantas menuju ke bilik Ibu dan ayah. Kelihatan Qalisha sedang tidur
sambil memeluk baju ibu dan ayah. Qayyum lantas menghampiri adik kesayangannya
itu. dengan linangan air mata Qayyum membersihkan sisa air mata yang terdapat
di wajah lembut adiknya itu. aku terjaga
apabila terasa seperti ada orang sedang menyentuh wajahku. Alangkah terkejutnya
aku apabila aku membuka mata wajah insan yang sangat kurindui kini berada di
hadapan ku. “Abang Qayyum....” ujarku sambil menangis lalu memeluk abang
kesayanganku itu. “adik ok tak ni. Janganlah bersedih saja macam ni. Tak
sanggup abang tengok adik abang macam ni. Abang Zul cakap adik abang ni
tidak makan lagi sejak semalam. Adik yang pergi biarlah pergi, kita yang hidup
ni mesti teruskan kehidupan kita. Adik jangan terus bersedih macam ni. Kalau
arwah ibu dan ayah masih hidup pasti mereka sedih melihat adik macam ni. Adik
kena kuat untuk meneruskan hidup. Kehidupan adik masih panjang. Bersemangatlah
kembali dik,” pujuk Abang Qayyum.
“Abang, adik sedih sebab adik tidak
dapat bersama ibu dan ayah di saat terakhir hidup mereka. Adik tidak sempat nak
mohon ampun dari mereka,” ujar ku sambil menangis di dalam pelukan Abangku yang
amat rapat denganku. “Adik, Abang pun macam adik juga. Abang lagilah, abang
tidak berpeluang melihat wajah ibu dan ayah buat kali terakhir. Abang hanya
mampu mencium kubur mereka dik. Adik sekurang-kurangnya berpeluang mencium
mereka buat kali terakhir. Ini adalah ketentuan ilahi. Kita terima dengan
redha, dik. Dah lah dik. Along, angah abang Ar, abang Zul dan semua sedang
tunggu kita untuk bersarapan bersama. Mereka risau tengok adik macam ni. Jomlah
makan sedikit. Selepas ni kita pergi ke kubur ibu dan ayah pula, ya. jom dik,”
pujuk Abang Qayyum. Sememangnya hanya abang Qayyum, ibu dan ayah yang mampu
memujukku. Sejak dari kecil jika aku merajuk pasti abang Qayyum akan pujukku.
Setelah bersarapan kami pun
menziarahi pusara ibu dan ayah. “Along kalaulah satu hari nanti ayah pergi
dahulu, kebumikan ayah disebelah kubur atuk ya,”pesan ayahku pada suatu pagi
ketika kami adik-beradik sedang berkumpul di meja makan. “Eh ayah ni kenapa
cakap macam tu?” rajukku. Aku menjadi sedih mendengar pesanan ayah itu. “Adik
ingat mati itu wajib dik. Satu hari nanti pasti ibu dan ayah akan pergi
meninggalkan kamu semua. Kalau boleh biarlah ibu dan ayah dikebumikan
bersebelahan. Itu saja amanah ibu buat adik. Adik jangan lupa titipkan doa
untuk ibu dan ayah ya nanti. Sesungguhnya doa dari anak soleh sentiasa
menerangi kubur ibu dan ayah. Ingat ya sayang.” Terngiang-ngiang pesan ibu dan
ayah di telingaku. ‘ibu, ayah, adik akan selalu kirimkan doa untuk ibu dan
ayah. Tenanglah ibu dan ayah di alam sana,’ bisik hatiku.
Aku di tinggalkan oleh 3 orang yang
aku sayangi pada hari yang sama. Ayah, Ibu, Is susah untuk Isha lupakan kalian.
Tapi Isha redha dengan apa yang Isha hadapi kini. Semoga aku diberi kekuatan
untuk terus melayari ranjau dan onak duri di dunia ini. Berbahagialah kau, Is.
Aku relakan kau pergi. Satu pintaku, jangan kau marah andai payah untukku
melupakanmu. Untuk melupakan kau dari ingatan entah berapa lama yang aku
perlukan. 5 tahun diperlukan untuk kau bertakhta di hatiku, entah berapa tahun
pula aku perlukan untuk membuang engkau jauh dari sudut hatiku ini. Engkau
lelaki pertama yang aku cintai selepas ayah dan abang-abangku. Hati yang telah
aku serahkan kepada kau entah bila akan kembali kepadaku. Pergilah engkau tapi
tolong kembalikan hatiku.
Alhamdulillah kini tiga bulan sudah
peristiwa yang menyayat hatiku itu berlalu. Aku juga kini sudah ceria sedikit
kembali. Ini pun atas usaha gigih abang-abangku menceriakan hatiku. Kini aku
tinggal dengan abang Long setelah abang Qayyum pulang ke London untuk
menyambung pengajiannya. Sekali-sekala abang Aliff membawaku pulang ke kampung
untuk melihat dan mengemas rumah pusaka ayah dan ibu. Tidak sanggup kami untuk
menjual rumah itu. sesungguhnya terdapat banyak kenangan di dalam rumah itu.
itulah tempat di mana kami dilahirkan. Di situlah juga kami dibesarkan dengan
limpahan kasih sayang. Ibu dan ayah menghembuskan nafas terakhir juga di dalam
rumah itu. oleh itu kami adik-beradik bersepakat untuk membiarkan dan menjaga
rumah kenangan itu. hari ini aku meminta izin dari along untuk pulang sendirian
ke rumah pusaka itu. walaupun keberatan along membenarkan kerana tidak mahu aku
terus bersedih.
“ibu... ayah... Adik dah kembali.
Esok adik akan dapat tahu apa result SPM adik. Jadi adik mahu ibu dan ayahlah
orang pertama yang tahu tentang result adik nanti. Ibu adik terlalu rindukan
ibu dan ayah. Adik kalau berjaya nanti adik akan pergi jauh. Adik akan mohon
lanjutkan pelajaran adik dalam bidang undang-undang syariah di Al-Azhar. Doakan
kejayaan adik ya ibu, ayah. Ibu walaupun abang-abang dan kakak-kakak sangat
menyayangi adik tapi adik merasakan hidup adik kosong tanpa ibu dan ayah di
sisi. Adik rindu masakan ibu, adik rindu usikan dan gurauan ibu dan ayah. Oklah
ibu, ayah. Adik balik dulu ya. esok adik datang lagi. Adik nak balik rumah
kita. Assalamualaikum wahai ibu dan ayah,” ujarku dalam suara serak menyatakan
kesedihan dan kerinduan kepada dua jasad yang berada di tanah perkuburan itu.
aku menyiram air mawar ke pusara ibu dan ayah lalu kucium batu nisan ibu dan
ayah. Aku pun berlalu pulang dan meninggalkan insan-insan yang kini amat kurindui.
Ketika aku melangkah masuk ke dalam
rumah yang dahulunya riuh perasaan sedih bertambah. “Along, angah jangan ganggu
adik. Ya Allah budak berdua ni. Adik kan tengah tidur tu. Nanti adik menangis
macam mana ibu nak kemas rumah ni. Dah pergi main di luar. Jangan ganggu adik.
Kejap lagi ayah balik nanti kamu kena rotan nanti,” jerit ibu dari dapur
memarahi abang Aliff dan Abang Haikal yang ketika itu baru berumur 12 dan 11
tahun. Ketika itu aku baru berumur setahun. “uuuuuuuuuuuuuuuu ekkkkk, uuu
ekkkk,,” tangisku bila tidurku diganggu. “Along, tengok ni adik dah bangun.
Nakallah kamu ni. Dah pergi bawa angah main di luar. Dik Ar dengan Dik Zul
mana? Pergi cari adik-adik. Kejap lagi ayah balik. Nanti along kena rotan
nanti. Pergi cepat,” suruh ibu sambil mendodoikanku. “alah Along nak main
dengan adik,” kata Abang Aliff. Sememangnya ketika kecil semua abang-abangku
sangat nakal. Hmmm riuh rumah dibuat mereka. Ibu asyik bising dan membebel
melayan kerenah mereka yang pelbagai. “ibuuuu ni oyum ada angkap ayam. Leh wat
ayam oreng. Leh ak bu?” abang Qayyum pula datang sambil membawa ayam yang entah
di mana ditangkap olehnya. “Ya Allah Qayyum. Ni ayam kecik lagi. Mana boleh
masak sayang. Dah pergi lepaskan balik. Ibu dah goreng ayam dah. Kejap lagi
ayah balik kita makn eh. Abang Qayyum yang ketika itu baru berusia 5 tahun
berlari keluar rumah untuk melepaskan ayam yang ditangkapnya itu. “ibu, abang
Ar an abang Ul g andi ungai at belakang uamh...” adu si Qayyum. “Ya allah Along
pergi panggil adik. Ayah dah nak balik tu. Nanti kamu semua kena rotan.” Abang
alif bergegas berlari menuju ke pintu belakang untuk memanggil abang Izhar dan
abang Zulkarnain sebelum ayah pulang. Namun nasib tidak menyebelahi mereka.
Belum sempat abang Izhar dan abang Zul pulang ayah terlebih dahulu telah pulang
ke rumah. Apa lagi teruk mereka semua dipukul ayah termasuklah along dan angah.
Hanya abang Qayyum dan aku terlepas kerana kami masih kecil. Ketika itu abang
izhar berumur 10 tahun manakala Abang Zulkarnain berumur 9 tahun. Ayah
sememangnya garang terhadap abang-abangku. Setiap malam mereka harus mengaji
dan diajar oleh ayahku sendiri.kami diajar untuk patuh pada perintah agama
sedari kecil. Ayah amat tegas. Jarang untuk melihat ayah tersenyum. Maklumlah
ayah adalah seorang tentera maka disiplin amat dititikberatkan. Namun setelah
aku meningkat dewasa ayah berubah dari seorang yang garang dan tegas menjadi
seorang yang amat penyayang. Ketika aku berumur 10 tahun, di rumah hanya
tinggal aku, ibu, ayah dan abang Qayyum. Hal ini adalah kerana abang-abangku
yang lain semua telah merantau jauh untuk menimba ilmu. Kerana itulah aku dan
abang Qayyum amat dimanjakan oleh ibu dan ayah. Segala permintaan kami
ditunaikan. Ayah pula telah bersara maka masanya banyak dihabiskan bersamaku.
Di saat abang Qayyum berhijrah ke negara orang akulah anak manja ayah dan ibu
sehinggakan aku akan dijemput pulang dari sekolah asrama setiap 2 minggu. Ibu
dan ayah sanggup tidur di hotel di kuala lumpur untuk melawatku setiap minggu
ketika bersekolah di MRSM. Kerana itulah amat sukar untukku melupakan arwah ibu
dan ayah. Sejak aku kecil sehinggalah kini aku berumur 17 tahun tidak pernah
walau sekali ayah memukulku, malah menjentikku pun tidak pernah. Aku sentiasa
di belai. Ya keluargaku tidak kaya tapi aku berasa bahagia dalam dakapan kasih
sayang ibu dan ayah. Belum puas aku bermanja dengan mereka. Maafkan diriku ya
allah jika aku seolah-olah tidak menerima ujian darimu. Tapi aku tidak kuat.
Kerinduanku pada ibu dan ayah amatlah kuat ya Allah. Aku menangis seorang diri
di ruang tamu rumahku yang sunyi itu. Entah bila akhirnya aku terlena
sendirian.
Ibu... adik berjaya ibu... ayah
tengok ni. Adik dapat 20 A+. Ibu ayah nak tahu tak adik jadi best student
sekolah tahun ni. Alangkah seronoknya jika hari ni ayah dan ibu ada di saat
adik peroleh kejayaan ini,” ujarku sambil menangis teresak-esak di pusara ayah
dan ibu. Sejak ibu dan ayah tiada, tiada tempat yang paling aku sukai selain
tanah perkuburan ini yang menempatkan jasad ibu dan ayahku. Hampir renyuk slip
keputusan SPM ku itu.
“Ibu adik akan ke Mesir bulan depan.
Adik akan tunaikan impian ayah dan ibu. Adik diterima untuk melanjutkan
pelajaran di Al-Azhar dalam bidang undang-undang syariah tapi dalam tempoh yang
panjang tidak dapat adik ziarahi pusara ibu dan ayah. Selepas 10 tahun nanti
barulah adik pulang dengan segulung impian dan harapan ayah dan ibu. Ayah
dengan ibu jangan bimbang pulang saja adik ke Malaysia adik akan terus berjumpa
dengan ibu dan ayah. Ayah dan ibu jangan risau adik akan sentiasa jaga diri. Segala
pesanan dan nasihat dari ibu dan ayah dulu akan sentiasa adik ingat. Esok adik
akan pulang ke rumah along. Adik akan menetap di ruamah along sehingga ke hari
adik berangkat ke Mesir. Adik akan sentiasa titipkan doa untuk ibu dan ayah
walaupun adik jauh di rantauan. Adik pulang dulu ibu, ayah. Jika dipanjangkan
umur satu hari nanti adik pasti pulang ke sini untuk menziarahi ibu dan ayah.
Selamat tinggal ibu. Selamat tinggal ayah. Assalamualaikum,” ujarku. Sebelum
aku meninggalkan tanah perkuburan itu sempat lagi aku menoleh sekali ke arah
pusara ayah dan ibu. Lalu aku pun berlalu pergi untuk mencipta langkah hidupku
tanpa ayah dan ibu. Kini aku tahu aku semakin boleh menerima ketiadaan ibu dan
ayah di sisi. Walau macam mana sedih pun aku, ibu dan ayah tetap tidak akan
kembali. Oleh itu dengan kekuatan yang ada aku akan membina kejayaan untuk
hidupku. Aku tahu walau ibu dan ayah tiada di sisi namun mereka sentiasa ada di
dalam hatiku. Aku sedar hidupku entah bila akan berakhir. Namun selagi Allah
masih memberi peluang ke padaku untuk bernafas maka akanku cari dan kejayaanku
seperti abang-abangku. Aku sedar walau ibu dan ayah sudah tiada namun masih
ramai insan-insan yang menyayangi ku yakni abang-abang dan kakak-kakak iparku.
..............
“Nur kau dah siap assignment yang
prof bagi minggu lepas? Hmm kalau dah nak pinjam boleh tak? Due date lagi 2
minggukan?” tanya Siti Khadijah. Yakni sahabat karibku di bumi ambia ini.
Walaupun ramai penuntut dari Malaysia sepertiku namun yang paling rapat
denganku hanyalah Siti Khadijah. Siti Khadijah seorang gadis yang baik dan
solehah. Khadijah berasal dari sebuah keluarga yang kaya yang tinggal di Kuala
Lumpur. Pertemuan kami di dalam kapal terbang ketika ingin datang ke Mesir ini
menjadikan kami sahabat. Perhubungan kami semakin rapat apabila rupa-rupanya
Khadijah juga adalah salah seorang penuntut di Al-Azhar. Yang lebih
menyeronokkan kami mengambil jurusan yang sama dan aku juga tinggal sebilik
dengan Siti Khadijah. Kini sudah 5 tahun kami di bumi Mesir ini. “sudah. Ambillah
atas mejaku itu. ya lagi 2 minggu baru hantar. Kita pun tak lama lagi dah nak
final. Lepas tu cuti. Kau balik Malaysia ke tahun ni?” tanyaku pula.
Sememangnya Siti Khadijah pulang ke Malaysia hampir setiap tahun. Kalau dia
tidak pulang pasti ibu bapanya akan datang ke Mesir. “balik. Kakak aku nak
kahwin. Tak kan aku tidak balik. Lagipun ini majlis perkahwinan pertama dalam
keluargaku. Nak tunggu abang aku kahwin entah bila. Jomlah ikut aku. Mama
dengan Papa pun ajak kau ikut sekali. Papa aku support tiket pergi balik.
Jomlah! Kau pun bukan tak kenal Mama dengan Papa aku. Kaukan anak angkat
kesayangan Mama dan Papa aku. Ikut balik sekali ya. kau duduk seorang diri
dekat sini pun bukan ada faedah. Jomlah.” “baiklah. Aku ikut kau. Tapi kau kena
janji satu hari nanti kau akan ikut aku pulang ke kampung aku, boleh?” ajakku
pula.”ok, boleh.”
Hari ini aku pulang ke Malaysia
setelah hampir lima tahun aku meninggalkan bumi tercinta ini. Ya Allah rindunya
aku kepada tanah airku ini. Aku ingat aku akan pulang ke Malaysia setelah 10
tahun aku meninggalkannya. Namun atas ajakan sahabatku ini hari ini, aku
kembali semula ke negara yang aku cintai ini. Sememangnya rumah Siti Khadijah 3
kali ganda lagi besar dari rumah pusaka ibu dan ayah di kampung. Walaupun
Khadijah dan keluarga dari golongan orang berada namun mereka tidak sombong.
Bahkan kasih sayang yang dicurahkan oleh Mama dan Papa mengingatkan aku kepada
arwah ibu dan ayah. Terima kasih ya Allah. Kau mengurniakan aku sebuah keluarga
angkat yang baik dan penyayang..
“Nur, masuklah sayang. Jangan
malu-malu. Nur buatlah rumah Mama ni macam rumah Nur. Mama dah suruh Mak Jah
kemaskan bilik untuk Nur. Mulai hari ini kalau Nur datang ke rumah Mama dengan
Papa, Nur dah ada bilik sendiri. Maaflah Nur rumah Mama ni memeng sunyi. Dulu
rumah ni riuh. Tapi sejak anak Mama yang ketiga yakni kembar Ija meninggal
rumah ini sudah hilang serinya. Tapi seri itu kembali hari ini. Nurlah yang
membawa seri ke rumah Mama ni sayang,” ujar Datin Munirah sambil menitiskan air
mata. Sememangnya rindu kepada putera kesayangan amat mendalam. “Mama janganlah
bersedih. Nur pun telah lama kehilangan ibu dan ayah. Kemunculan Mama dengan
Papa dalam hidup Nur seolah-olah ibu dan ayah Nur dihidupkan semula. Terima
kasih kerana membenarkan Nur merasakan sedikit kasih sayang dari Mama dan
Papa,” ujarku sambil berpelukan dengan Datin Munirah. “janganlah cakap macam tu
Nur. Sepatutnya Papa yang ucapkan terima kasih kepada Nur. Dihari Mama melihat
Nur, keceriaan di muka Mama kembali. Sejak arwah Iskandar menghembuskan nafas
terakhir, Mama sentiasa bermuram. Tiada secalitpun senyuman dibibirnya.
Pelbagai ikhtiar Papa lakukan namun tidak berhasil. Di saat Mama terpandang
wajah Nur di lapangan terbang ketika kami ingin menghantar Ija ke Mesir, wajah
Mama berubah. Mama kembali berseri-seri dan bersemangat untuk hidup. Belum pun
sempat kami ingin berkenalan dengan Nur, kamu telah menaiki kapal terbang. Mama
kembali sedih. Namun ketentuan Allah telah ditetapkan dimana Nur bersahabat
dengan Ija. Sejak itu sehingga kini Mama sudah kembali ceria seperti ketika
arwah hidup.terima kasih sayang. Nur mesti ingat kami bukan orang luar dengan
Nur, tapi Nur adalah anak kami,” cerita Datuk Mukhris. “dahlah tu. Janganlah
bersedih. Kitakan nak adakan majlis perkahwinan bukannya majlis kematian. Dah
jangan menangis. Nanti ija pun nangis. Kejap lagi abang Am nak balik. Nanti dia
mesti pelik kenapa kita semua bersedih. Malam nanti kak Long pun akan pulang.
Nanti dia mesti sedih kalau di hari bahagianya kita semua bersedih. Nur jom Ija
tunjukkan bilik Nur. Mulai hari ini, Nur akan tidur di bilik arwah abang Is.
Bilik itu pun dah lebih 5 tahun tidak digunakan. Jom Ija tunjukkan,” ujar Siti
Khadijah. Aku lantas mengikuti khadijah ke tingkat 2 banglo tersebut. Kami pun
menuju ke sebuah bilik yang paling hujung sekali.
“kau nak tahu tak, arwah abang Is
seorang yang ceria. Dia menjadi kesayangan semua orang di rumah ini. Dia abang
kembar aku. Dulu dia seorang yang nakal tapi pandai. Di sekolah segala jawatan
dipegang olehnya. Aku pernah terbaca diari dia. Tidak kusangka abang Is pernah
jatuh cinta namun aku tidak tahu di mana ingin ku cari gadis itu. Abang Is meninggal
seorang diri didalam bilik ni. Setiap kali aku melihat bilik ini aku akan
teringat kepadanya. Dia suka bersendirian. Sampaikan dia sakit pun kami semua
tidak tahu. Dia sangat rapat dengan abang Am. Bila dia dah tiada abang Am pun
berubah. Nur aku bukan kehilangan seorang abang tapi aku kehilanagan 2 orang
abang yang amat kusayangi. Aku harap dengan kedatangan kau, abang Am akan dapat
cahaya yang telah hilang dari hidupnya di saat abang Is pergi. Hmm. Kau nak tau
tak hiasan dalam bilik tidak pernah diubah. Mama tidak bagi sesiapapun memasuki
bilik ini. Namun bila kau datang dalam keluarga aku, kau diberi penghormatan
untuk tinggal di dalam bilik yang selama ini menjadi bilik larangan. Terima
kasih, Nur,” ujar khadijah sambil menangis. Sesungguhnya aku tidak pernah
melihat Khadijah bersedih apatah lagi menangis. Selama ini kusangka alangkah
bahagianya hidup Khadijah. Hari ini barulah kutahu Khadijah lagi terseksa perasaannya
berbanding aku. Walaupun aku kehilangan ibu dan ayah namun aku masih mempunyai
abang-abang dan kakak-kakak yang sangat menyayangiku namun Khadijah kehilangan
seorang abang kembar dan seluruh keluarga berubah menjadi sedih dan terasa
kehilangan yang amat mendalam. Apalah sangat penderitaanku jika dibandingkan
dengan penderitaan keluarga Khadijah. Alangkah bersih, kemas dan cantiknya
bilik ini. Pasti arwah abang Khadijah ini seorang yang mementingkan suasana
yang bersih dan kemas. Jika dia kembar Khadijah maka umurnya samalah dengan
umurku. Ya Allah sesungguhnya jika engkau ingin menjemput hambamu tidak mengira
batasan umur. “Ija janganlah menangis. Aku akan cuba sedayaku untuk menceriakan
keluarga kau. Keluarga kau pun dah macam keluargaku sendiri. Jadi mulai hari ni
kebahagiaan keluarga kau adalah kebahagiaanku jua. Kita doakan semoga roh abang
kembar kau ditempatkan di kalangan para solihin,” pujukku. “Ija ajak Nur turun
makan, nak. Mama sudah masak lauk special untuk kamu berdua,” panggil Mama.
“Jom kita turun Nur. Mama sudah panggil tu,” ajak Khadijah.
“Wah, sedapnya lauk hari ni Mama.
Mak Jah ke yang masak?” tanya Khadijah keriangan. “Taklah sayang. Hari ni mama
yang masak tau. Dah lama Mama tidak masak. Sempena hari special ini Mama masak
untuk kita semua,” ujar Papa pula keriangan.
“Assalamualaikum....” seseorang
memberi salam. “Walaikumusalam...” jawab kami semua serentak. Alangkah
terkejutnya aku apabila terpandang wajah si pemberi salam. “Is...” terpacul
nama itu dari bibirku. Semua mata lantas memandang ke arahku apabila aku
menyebut nama Is. “Eh taklah Nur. Ini abang aku, Abang Am.” “Ya sayang ini anak
kedua Mama, Muhammad Izham,” terang Mam pula. “Siapa Is yang Nur sebut tadi?”
tanya Papa ingin tahu. “eh tak ada siapa-siapalah Papa. Is tu kawan Nur masa
waktu sekolah dulu. Tidak sangka pula muka Abang Am serupa macam wajah Is,”
terangku menyembunyi kegundahanku. “Am masuklah. Yang kamu tercegat di pintu tu
kenapa? Ini anak angkat mama dengan Papa. Nur Qalisha namanya. Nur ni kawan Ija
semasa di Mesir,” terang Mama. Muhammad Izham menuju ke Mama dan Papanya sambil
mencium tangan kedua-dua ibubapanya itu. hmm sopan orangnya. Pandai Mama dan
Papa mendidik anak-anak mereka. “Hai Nur selamat berkenalan,” ujar Muhammad
izham sambil memandang ke arahku dengan pandangan yang sukar untuk kufahami.
Pandanganya seperti dia sudah lama mengenaliku. “hai selamat berkenalan Abang
Am. Marilah makan sekali,” ajakku lembut. “takpelah kamu semua makanlah dulu.
Am masih kenyang. Am masuk bilik dulu Mama, Papa. Penat rasanya memandu jauh.
Maklumlah dari Johor ke sini jauh juga perjalanannya,” kata Izham lalu meminta
izin untuk ke biliknya. “baiklah Am. Pergilah berehat Nak,” ujar Papa.
“Nur anak Mama yang seorang ini
pendiam orangnya. Dia amat rapat dengan arwah Is. Mereka berdua tinggal serumah
di Johor. Is lebih gemar pulang ke rumah abangnya dari pulang ke sini.
Maklumlah Mama dengan Papa dahulu sibuk mencari duit hingga kami tidak sedar
yang kami telah abaikan anak-anak kami. Setelah Iskandar pergi barulah Mama dan
Papa sedar yang kami selama ni tiada masa untuk anak-anak kami. Kami pun
berubah dan lebih luarngkan masa dengan anak-anak kami namun semuanya telah
terlambat kerana Is telah pergi tinggalkan kami buat selama-lamanya,” terang
Mama sambil menangis. “Dahlah tu Ma. Kita kan dihadapan rezeki ni. Kesian Nur.
Kita makan dulu, ya,” pujuk Papa. Kami pun menjamu selera.
Entah mengapa aku merasakan seperti
aku hampir dengan keluarga ini. Pada sebelah malam aku diperkenalkan kepada
Kakak sulung Khadijah iaitu Siti Mastura. Kak Maslah yang akan berkahwin tidak
lama lagi. Sesungguhnya wajah Kak Mas sangat cantik dan berseri-seri maklumlah
nak jadi raja sehari. Setelah kami makan malam beramai-ramai, kami telah
berkumpul di ruang tamu dan berbincang mengenai majlis yang akan berlangsung
lagi 2 minggu. Papa memberitahuku bahawa majlis akan dijalankan di hotel yang
terkemuka di Kuala Lumpur. Oleh itu tiada apa kerja sangat yang perlu dilakukan.
Semuanya telah diserahkan kepada peruding perkahwinan yang ditetapkan.
Di dalam hatiku teringat tentang
majlis perkahwinan abang-abangku yang dijalankan di rumahku di Perak.
Suasananya amat meriah. Ibu dan ayah tidak menang tangan untuk menjalankan
majlis tersebut. Tanpa dapat kubendung air mataku menitis di tubir mataku. Kerinduan
pada ibu dan ayah menjelma. “Nur kenapa ni sayang?” tanya Mama kepadaku. “eh
tak ada apa-apalah Mama. Nur teringat dekat arwah ibu dan ayah. Terkenang saat
berlangsungnya perkahwinan Along dan Angah. Mama kalau tiada apa-apa, boleh tak
Nur masuk ke bilik. Nur belum solat Isya’ lagi,” tanyaku lembut. “eh boleh
sayang. Inikan rumah Nur juga. Pergilah berehat. Kami pun akan masuk ke bilik
sekejap lagi.” Kata Papa lembut. Aku pun meminta izin untuk ke bilik. Tidak
sanggup rasanya duduk di ruang tamu itu lama-lama. Mata Abang Am asyik tertumpu
ke arahku. Sememangnya Abang Am tidak langsung berkata apa-apa. Namun panahan
matanya tidak mampu ku lawan. Aku merasakan seolah-olah seperti Is sedang
memandang ke arahku. Is dimanakah engkau berada.
Alhamdulillah aku telah menunaikan
kewajipanku sabagai seorang muslimah. Lama aku bersujud menghampirkan diriku
kepada yang satu. Setelah aku berdoa panjang untuk keampuanan bagi diriku,
untuk arwah ibu dan ayah juga ku titipkan doa untuk arwah Iskandar, anak Mama
dan Papa juga doa buat buat abang-abangku serta kakak-kakakku juga untuk
keluarga angkatku yang sangat ku sayangi. Aku berbaring sambil memandang ke
sekeliling bilik yang tersergam indah ini. Tiba-tiba mataku ternampak sebuah
buku berwarna merah yang kelihatan sudah lama. Hatiku tertanya-tanya buku
apakah itu. dengan perasaan ingin tahu lalu ku ambil buku tersebut. Lalu kubuka
dan kubaca setiap helaian.
4 januari 1991
Hari ini hari pertama aku di sekolah berasrama penuh. Aku sangat gembira
walau berjauhan dengan keluarga. Apa guna tinggal dengan keluarga jika aku
tidak dihiraukan. Kesian Ija. Kembarku itu tidak dapat mengikutku. Walaupun aku
gembira tetapi hatiku takut. Mampukah aku menyesuaikan diri di sekolah ini. Ya
Allah kuatkanlah aku....
5 januari 1991
Hari ini aku terpandang dengan seorang gadis yang sangat indah wajahnya.
Kecantikannya tiada tolok banding. Keayuan langkahnya memikat hatiku. Siapakah
dia? Siapakah nama si gadis bertudung merah ? Hatiku telah terpaut kepadanya di
saat kali pertama terpandang wajahnya. Ayunya dia, cantiknya dia sukarku
gambarkan dengan kata-kata.
6 Januari 1991
Hari ini kami murid tingkatan 1 telah ditetapkan di mana kelas kami.
Alangkah gembiranya hatiku apabila aku sekelas dengan gadis pujaanku. Sejak
kutahu kami sekelas senyumanku tidak lekang dari bibirku. Ya Allah aku
benar-benar menyukai gadis bernama Nur Qalisha.....
Ya Allah benarkah ini kelurga
Iskandar, lelaki yang amat kucintai. Is kah yang telah meninggal dunia.
Keinginanku untuk mengetahui cerita selanjutnya semakin membuak-buak.
1 februari 1991
Walaupun kami sekelas aku tidak mempunyai peluang langsung untuk
mendekatinya. Isha. Berbeza dengan rakan-rakan perempuan yang kukenali. Hampir
semua budak perempuan yang setingkatan denganku ingin berkenalan dengan ku.
Maklumlah title anak Datuk yang kupegang menjadikan aku buruan semua
gadis-gadis. Siapa yang tidak mahu berkenalan dengan anak Datuk yang kacak dan
bergaya macam aku ni. Namun hati ini hanya untuk gadis Merah Jambu yakni NUR
QALISHA BINTI ARIFFIN.
1 Ogos 1991
Usahaku untuk merapatkan diri dengan Nur Qalisha akhir membuahkan hasil
apabila cikgu menjadikan kami satu kumpulan untuk belajar berkumpulan.
Seronoknya....... Lagilah aku tidak dapat melupakan gadis pujaanku ini. Qalisha
tidak tahu dalam diam aku menyukai dia. Biarlah rahsia. Lagi seronok. Aku tak
kisah jika dia menyukai orang lain. Biarlah hanya allah yang tahu aku amat menyintainya
selama-lamanya.
10 November 1991
Hari ini cuti persekolahan telah bermula. Sebelum pulang aku sempat
memerhatikan gadis merah Jambu dari jauh. Alangkah manjanya dia dengan ibu
bapanya. Cemburu pula aku. Patutlah wajahnya sentiasa berseri rupa-rupanya dia
hidup bahagia. Seseorang pasti akan berseri wajahnya. Seperti aku sekarang.
Sejak Gadis Merah Jambu hadir dalam hidupku wajahku sentiasa berseri. Sampaikan
abang Am pun perasan. Apalagi mulalah abang Am ingin mengorek rahsiaku. Tapi
sorry lah bang, is belum bersedia untuk bercerita pada abang. Satu hari nanti
pasti abang akan bertemu dengan gadis pujaan Is ini. Silap haribulan abang pula
yang jatuh hati pada gadis pujaan Is ini.
Setelah itu aku meneruskan
pembacaanku. Setiap tulisan Is adalah berkaitan mengenai diriku. Is sememangnya
amat menyintai aku.
22 Ogos 1995
Ya Allah bahagianya aku. Akhirnya Gadis Merah Jambu pujaanku menerima
huluran cintaku. Terima kasih Isha. Is akan sentiasa sayangkan Isha. Terima
Kasih sayang. Kini perasaan sayang ku semakin menggunung untuk Nur Qalisha.
23 Ogos 1995
Tadi Isha menangis ketika ibu bapanya ingin pulang. Tidak sanggup rasanya
hati ini melihat gadis yang sangat kucintai menitiskan air mata. Kenapa agaknya
Isha terlalu sedih? Adakah kerana sepanjang dari hari ini sehingga ke SPM menjelang
dia tidak akan menemui ibu dan Ayahnya itu. Aku sendiri tidak pernah menagis
jika Mama dan Papa berlalu pulang. Mereka juga jarang menemuiku. Entah mereka
ingat atau tidak aku ni anak mereka. Tapi walau macam manapun sikap Mama dan
Papa aku tetap menyayangi mereka. Entah mengapa dua tiga hari ni aku berasa
sangat sakit di bahagian kepala. Hinggakan kadang-kadang aku pengsan seorang
diri. Ya allah janganlah engkau beri ujian yang tidak mampu kupikul.
29 Oktober 1995
Hari ini paper pertama SPM telah bermula. Dari jauh aku melihat gadis
pujaanku melontarkan senyuman dan semangat untuk menjawab kertas SPM itu.
itulah kekuatan untuk ku menjawab soalan diberi. Sakit di kepala semakin teruk.
Minggu lepas aku telah ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Mungkin seminggu
sebelum paper berakhir keputusan medical check up akan dikeluarkan. Yang
penting janganlah aku sakit di hari ada paper.
1 Disember 1995
Ya Allah ujian apakah yang kau berikan kepadaku ini. Aku belum bersedia
untuk menemuimu. Tidak sanggup rasanya aku menanggung sakit ini. Ya Allah
kenapa kau ujiku begini. Tadi result medical check upku keluar. Aku disahkan
menghidap barah otak tahap tiga. Aku hanya ada tempoh selama sebulan sahaja untuk
hidup. Ya Allah jika ini ujian yang kau beri kepadaku. Aku terima.
Menitis airmataku dengan deras.
Rupa-rupanya Is akan menemui ajal. Sebelum dia pergi dia tidak sanggup aku
mengetahui tentang perkara ini. Kerana itulah agak Is berlalu pergi meninggalkan
aku lima tahun dahulu.
6 Disember 1995
Hari ini paper terakhir SPM. Ya Allah kuatkanlah aku untuk menemui Isha
pada esok hari. Isha maafkan Is.
7 Disember 1995
Tidak sanggup rasanya untuk aku menatap wajah Isha sebentar tadi. Terbayang
kekecewaan di wajahnya di saat aku melafazkan perpisahan bagi perhubungan kami.
Maafkan Is, Isha, Maafkan is. Sesungguhnya satu pembohongan telah is lakukan
dengan mengatakan bahawa perasaan sayang, cinta dan kasih pada Isha telah
hilang. Sebaliknya perasaan itu semakin menebal di dalam hati Is. Isha lah
gadis pertama yang berjaya menakluki hati Is dan Isha jugalah orang terakhir
akan berada terus di hati ini. Maafkan Is sayang. Semoga Isha berbahagia tanpa
Is di sisi. Tidak sanggup rasanya hati ini melihat Isha bersedih apabila Isha
tahu Is akan pergi untuk selama-lamanya.
7 Januari 1996
Hari ini genap sebulan Isha tidak kuhubungi. Telefonpun telah ku buang.
Sehingga kini Mama dengan Papa serta adik-beradik belum mengetahui yang aku
akan pergi jauh dari hidup mereka. Setiap hari aku menghabiskan masaku hanya di
dalam kamar kesayanganku ini. Tidak sanggup untuk ku keluar dan membiarkan
keluargaku perasan akan perubahan di wajahku. Wajahku menjadi sangat pucat.
Kesakitan di kepala tidak tertanggung rasanya. Ya Allah kalau diizinkan oleh mu
biarlah aku menghembuskan nafaz terakhir seorang diri di dalam bilikku ini. Aku
tidak mahu insan-insan yang kusayang menangis di saat kematianku. Selamat
tinggal Gadis Merah Jambu, Mama, Papa, Kak Long, Abang Am dan adik kembarku
Ija. Abang tahu Ijalah yang paling sedih bila abang tiada nanti tapi Ija juga
yang akan mengembalikan keceriaan di rumah kita. Selamat tinggal semua......
biarlah Is berehat..... Assalamualaikum
Berjujuran air mataku mengalir
keluar. Rupa-rupanya insan yang kunanti-nanti selama ini telah lama meninggalku
sama seperti ibu dan ayah. Kutatap potret Is. Lalu kudakap diari merah dan
potret Is. Aku terlena di dalam juraian air mata.
“Nur jom sarapan sama. Mama dengan
Papa dah tunggu di bawah,” kejut Khadijah. “baiklah. Sekejap lagi Nur turun,”
ujarku perlahan ingin menyembunyikan perasaan sedihku.
“selamat pagi Isha,” tegur Abang Am.
Alangkah terkejutnya aku. Nama isha telah bertahun tidak kugunakan. Sejak aku
ke Mesir aku hanya dikenali dengan nama Nur. Bagaimana Abang Am boleh tahu nama
Isha yang telah lama terkubur. “Jom kita pergi makan Gadis Merah Jambu” aku
lantas menoleh ke arah abang Am. Hanya Is yang memanggilku Gadis Merah Jambu.
Tiada orang lain memnggilku begitu. Abang Am lantas berlalu setelah melemparkan
senyuman kepadaku. Sesungguhnya segalanya perangai dan perbuatan Abang Am
serupa dengan Is. Aku pun menuju ke meja makan. Kusembunyikan perasaan sedihku
sehabis boleh. Aku tidak mahu ada sesiapapun yang tahu aku nilah gadis yang
sangat dicintai oleh Is dahulu.
“apa perancangan Nur hari ni?” tanya
Mama cuba menceriakan suasana di meja makan. “Nur ingat Nur nak pergi
bersiar-siar melihat bandar Kuala Lumpur. Sedah lima di rantau orang pasti
banyak yang talah berubah,” kataku. Sebenarnya aku ingin melawat pusara Iskandar
tanpa diketahui oleh sesiapapun. “alah kenapa tak bagitahu semalam. Aku dah ada
temujanjilah,” kata Khadijah. “tidak mengapa. Aku memang nak pergi sendirian,”
ujarku pula. “eh mana bolah Nur keluar seorang diri. Bahaya. Hmm Am kamu tidak
buat apa-apakan? Apa kata kalau kamu temankan Nur. Mama, papa dan Kak Mas nak
pergi periksa apa yang kurang untuk majlis perkahwinan itu nanti. “eh takpelah
Mama. Nur boleh pergi sendiri. Lagipun Nur ingat Nur nak pergi jumpa abang
Qayyum,” tolakku lembut. “Am tak kisah Ma. Lagipun Am pun memang nak keluar.
Tapi mana lah tahu Nur nak jumpa teman lelaki dia. Nanti lain pula tanggapan
teman lelaki Nur,” usik Abang Am. “eh mana ada. Nur belum ada teman
istimewalah. Nur nak jumpa abang kandung Nur. Tapi kalau abang nak temankan apa
salahnya,” ujarku setelah segala alasanku seolah tidak berguna lagi. Sesudah
bersarapan aku pun menuju ke bilik ku untuk menukar pakaian yang lebih kemas
dan cantik.
“Isha boleh tak abang nak singgah ke
tanah perkuburan Is sebentar. Sudah lama benar abang tidak melawat adik abang
itu,” ujar Abang Am. Sememangnya itu yang aku harapkan. Cuma aku takut untuk
memberitahu kepada abang Am. “boleh Bang” setibanya kami ke tanah perkuburan
yang menempatkan jasad seorang lelaki yang amat kucintai itu, kaki seakan
menjadi lemah. Tidak mampu rasanya untuk ku menuju ke pusara Muhammad Iskandar.
Aku terlupa sebentar yang aku bukan datang seorang diri. Dengan kudrat yang ku
ada, aku menggagahkan juga diri untuk mendekati pusara Is.
“iss...... kenapa Is tak bagitahu
Isha? Sampai hati Is tinggalkan Isha. Is tahu tak Ibu dan Ayah juga dah
tinggalkan Isha. Kini Isha dapat tahu yang Is juga dah tiada. Is sampai
sekarang tiada lelaki lain yang dapat memiliki hati Isha. Barulah Isha tahu
kenapa. Rupa-rupanya Is dah bawa hati isha bersama.” Aku menangis teresak-esak
di hadapan pusara is. Tanpa ku sedari Muhammad izham juga mengalirkan air
matanya.
‘dik abang datang. Abang dah
tunaikan janji abang. Abang dah bawa Isha ke pusara kamu hari ni. Dik
sesungguhnya kau seorang lelaki yang bertuah. Isha sangat menyayangi kau.
Walaupun abang lebih menyayanginya tapi kau berjaya memiliki hati dia. Abang
tidak sanggup melihat air matanya mengalir tapi abang juga tidak mampu untuk
membersih air matanya itu. dik maafkan abang. Abang sendiri tidak tahu
bagaimana kita boleh menyayangi seorang gadis yang sama.’ bisik hati Izham.
Nur Qalisha kalaulah kau tahu apa
yang terkandung di hatiku ini? Sudah lama aku memendam rasa. Kurahsiakan isi
hatiku apabila Is memberitahu yang dia amat menyintaimu. Mungkin engkau tidak
ingat pada Abang Am. Tapi kalau kau nak tahu sebelum Is menyimpan perasaan pada
kau, abang terlebih dahulu telah meletakkan kau di hati abang. Mungkin engkau
tidak ingat abanglah Cikgu Izham yang sentiasa memerhatikan kau dari jauh.
Lagipun manalah boleh seorang cikgu mempunyai hubungan dengan pelajarnya. Tapi
Isha, cinta, kasih dan sayang tidak kenal murid atau guru.
“Sha sudahlah tu. Yang pergi tetap
pergi. Redhakanlah pemergiannya. Ni ada sepucuk surat dari arwah untuk Isha.
Dia serahkan pada abang sehari sebelum dia meninggal dunia. Dia berharap Isha
dapat memaafkan segala kesalahan dia pada Isha,” pujuk Abang Am.
“macam mana abang Am tahu surat ini
untuk Isha. Adakah abang Am tahu siapa Isha?” tanyaku kehairanan. “ya isha.
Abang kenal siapa Isha. Pada hari abang pulang ke rumah dan isha memanggil
abang dengan nama Is abang dah tau bahawa Isha gadis yang sangat dicintai Is.
Ishalah yang abang cari sepanjang lima tahun ini. Abang juga tahu tentang
hubungan cinta kamu berdua. Dan abang jugalah yang meletakkan diari Is di dalam
bilik Isha semalam,” terang Abang Izham. Rupa-rupanya abang sudah terlebih
dahulu mengecam aku.
“abang Am! Terima kasih,” ujarku
kesedihan.
..........................
Buat NUR QALISHA gadis
yang sangat Is sayangi,
Isha mengenalimu adalah
saat yang paling menggembirakan Is. Dapat menjadikan isha ratu di hati Is
adalah satu perasaan yang amat sukar untuk Is gambarkan. Dapat memiliki hatimu
adalah satu saat amat membahagiakan hidup Is. Maafkan Is, Isha. Andailah sekiranya
Is tahu yang Is tidak lama menumpang di bumi Allah ini pasti tidak Is bagi
harapan palsu pada Isha. Maafkan Is.
Isha di saat Isha
membaca warkah terakhir Is ini, Is percaya Isha telah berjumpa dengan Abang Am.
Tahukah Isha selain Is terdapat seorang lagi insan yang tulus menyintai Isha.
Mungkin dia lebih menyayangi Isha berbanding Is. Kerana Is insan tersebut
sanggup menyembunyikan isi hatinya. Tapi kalaulah Isha berpeluang melihat isi
hatinya pasti Isha terkejut. Dia meletakkan Isha di segenap ruang di hatinya
sehinggakan tiada langsung ruang untuk gadis lain mengisi ruang hatinya. Bukan
setakat di hatinya sahaja malah di dalam setiap memori nya hanya untuk Isha.
Ramai yang sangka insan ini akan berdiam diri kerana sedih kehilangan Is
sebenarnya sebelum Is pejam kan mata, insan tersebut telah terlebih dahulu
kehilangan nyawanya iaitu awak, Isha. Awak sangka sayakah yang menggelarkan
awak Gadis Merah Jambu. Tidak Isha. Sebenarnya Abang Amlah yang menggelarkan
awk dengan gelaran itu. Ya Isha. Abang Amlah insan yang sangat menyayangi, mencintai
dan mengasihi awak lebih dari saya menyayangi awk
Isha renunglah ke dalam
mata Abang Am. Awak akan dapati sinaran cintanya untuk awak lebih bersinar berbanding
sinaran di dalam mata saya dahulu. Isha jika boleh gantikanlah Abang Am di dalam
hati awak sebagai pengganti diri saya. Awak layak untuk dikasihi. Awak mesti
berbahagia walau tanpa saya kerana ada Abang Am di sisi awak sekarang ni.
Isha sampai di sini
sahaja warkah terakhir saya untuk awak. Jangan tangisi pemergian saya. Jangan
ditutup hati awak untuk orang yang akan membahagiakan awak. Sebagai tanda awk
menerima Abang Am berilah cincin ini kepadanya. Nanti abang Am akan faham
bahawa awak menerimanya. Tolong Isha tunaikan impian Is. Terimalah Muhammad
Izham. Awak akan bahagia. Is akan selalu mendoakan kebahagian dan kesejahteraan
hidup Isha. Selamat tinggal kekasihku... lupakanlah Is. Pergilah menuju ke alam
bahagia. Sekian, wassalam
Yang sentiasa
menyayangimu
MUHAMMAD ISKANDAR BIN
DATUK MUKHRIS
Menitis air mataku membaca warkah
terakhir dari Iskandar. Ya Allah bolehkah aku menunaikan impian Is. Bolehkah
aku menerima Abang Am. Sayangkah aku kepadanya. Sejujurnya sejak aku melihat
abang Am hatiku seakan berbunga. Perasaan yang ku rasai kini lebih indah
berbanding ketika aku menyayngi Is. Berikan aku petunjukmu.
............................
“aku terima nikahnya Nur Qalisha
binti Ariffin dengan mas kahwin senaskhah al Quran,” dengan sekali lafaz kini
aku bergelar seorang isteri untuk Muhammad Izham bin Datuk Mukhris. Terima
kasih Iskandar. Kau telah mengajarku erti sayang tapi setelah kau pergi aku
sedar yang sebenarnya kita hamba yang lemah. Ketentuan ilahi menemukan kau dan
aku, ketentuan ilahi juga memisahkan kau dan aku dan dengan ketentuan ilahi
jugalah aku kini menemui cinta yang indah dari suamiku, Muhammad Izham yakni
abangmu.
“Assalamualaikum... Gadis Merah
Jambu......” ucap Abang Am ketika majlis pembatalan air sembahyang. Kuhulurkan
tanganku untuk bersalam dengan insan yang kini telah sah menjadi suamiku.
“Waalaikumusalam..... Jejaka Pencinta Sepi....” balasku sambil tersenyum. Abang
Am juga tersenyum mendengar gelaran yang kuberikan kepadanya lalu dahiku dicium
sebagai simbolik aku kini miliknya yang sah. Mama, Papa, Ija, abang-abangku
serta kakak-kakak iparku tersenyum bahagia melihat teletah kami berdua.
Terjelas di mata semua kami adalah pasangan yang bahagia. “dah lah Am... jangan
ditenung adik abang tu lama-lama. Majlis belum selesai lagi ni... ada juga
nanti bersanding tengah malam sebab pengantin duk asyik tenung sesama sendiri
je....” usik abang Qayyum apabila suamiku ni tidak berganjak dari menenungku.
Terus sahaja Abang Am menundukkan kepalanya kerana malu ditegur oleh abangku
ini. Semua yang hadir tergelak melihat kami... setelah itu aku dan Abang Am
bersalin pakaian untuk majlis bersanding
dan makan beradab. Majlis perkahwinanku berlangsung di rumah pusaka
milik ibu dan ayah. Sedang kami bergembira dalam sesi bergambar terbayang
olehku kelibat ibu dan ayah sedang memerhatikan ku sambil tersenyum. Kemudian
kelibat mereka hilang dalam kesesakan orang ramai yang hadir ke majlis
berbahagia ku ini. Tanpaku sedar menitis air mata di pipiku. Setelah itu aku
terasa seperti ada seseorang sedang menyapu air mataku. Rupanya ianya adalah
suamiku. Abang Amlah yang menyapu air mata yang jatuh di pipiku... perbuatan
kami tidak disedari oleh tetamu yang hadir. Tanganku lantas dipegang oleh
suamiku sebagai pemberi kekuatan di saat aku hampir rabah di dalam kerinduan
terhadap ibu dan ayah.
:”Am sudahlah tu... Tinggalkan
kerja-kerja mengemas ni kepada kami. Kamu tu pengantin baru. Mesti penat
setelah seharian melayan tetamu. Pergilah berehat. Biar kakak-kakak dan
abang-abang yang kemas. Isha mesti dah tunggu kamu tu...” usik Kak Longku.
Usikan kak Long disambut gelak tawa semua ahli keluarga yang berada di ruang
tamu. Terasa riuh dan meriah suasna di rumah pusaka tersebut. Mama dan Papa
juga tersenyum melihat anak terunanya tersipu diusik oleh ipar-iparnya. “Aik
Abang Am takkan malu kot.... Comellah abang Ija ni bila sedang malu macam
sekarang ni,” ujar Ija pula yang sedang menyuap anaknya makan. Khadijah lebih
awal kahwin berbandingku. Ija telah berkahwin ketika kami tinggal lagi dua
tahun akan menamatkan pengajian kami di bumi ambia itu. “dah lah tu diusik adik
ipar Along ni.... Nanti bukan dia yang merajuk isteri dia yang merajuk dengan
nanti... Isha tu kalau merajuk alamatnya payah nak dipujuk. Alamatmya si Qayyum
lah kena pujuk...” ujar Abang Aliff. “Alah bang Long sekarang bukan Qayyum lagi
yang kena pujuk puteri kita sorang tu... Sekarang dia dah ada abang kesayangan
yang baru. Dah x perlukan abang Qayyum dia ni lagi,” balas Abang Qayyum pula.
“Am.. kami pulang ke KL malam ni juga tau. Nanti kau bawalah Nur pulang ke
rumah kita pula k, “ beritahu Datuk Mukhris. “Baiklah Papa. Oklah semua Am masuk rehat
dulu...Esok pun kita ada banyak kerja perlu dilakukan lagi. Assalamualaikum,
selamat malam semua.” Setelah Abang Am bergerak untuk masuk ke bilik, semua
yang lain juga masuk ke bilik masing-masing kerana hari pun telah lewat malam. Papa
dan Mama sekeluarga pula beransur untuk pulang ke KL.
“ Assalamualaikum.... Aik mana Isha
ni? Tidak ada dalam bilik pun... Kemana pula isteri ku pergi malam-malam ni?” ujar
Izham kerisauan apabila dia menyedari bahawa isterinya tiada dalam bilik tersebut.
Izham lalu mencari isterinya. “Ai Am. Kenapa tidak tidur lagi?” tanya abang Ar
yang kebetulan belum tidur lagi. “Abang Ar, Isha tiada dalam biliklah Bang.
Risau pula saya. Tu yang saya cari dia tu,” terang Izham. “oooo Kalau Isha
tiada dalam bilik mesti dia dalam bilik ibu dan ayah. Adik abang yang seorang
ni memang susah sikit Am. Dulu masa arwah ibu dan ayah ada dia amat dimanjai.
Masa tu abang-abang semua telah mempunyai kehidupan masing-masing. Qayyum pula
berada jauh di London. Oleh itu Isha lah anak emas ibu dan ayah. Jadi ibu dan
ayah ibarat permata bagi Isha. Selepas ibu dengan ayah meninggal dunia sepuluh
tahun yang lalu Isha memang selalu tidur dalam bilik arwah setiap kali dia
merindui mereka. Cubalah Am cari dekat bilik arwah ibu dan ayah. Am kembalikan
permata yang hilanag dalam hidup adik abang tu. Abang adik beradik telah cuba
pelbagai cara untuk mengembalikan keriangan Isha tapi kami tidak pernah
berjaya. Kami harap Am lah insan yang dapat mengubah Isha. Isha yang dulu lain
Am... Ni ada album gambar Isha yang dulu. Cuba Am lihat Isha sentiasa gelak
ketawa. Terpancar jelas kegembiraan di wajahnya Am. Oklh Am, abang Ar masuk
bilik dulu...Assalamualaikum Am,” terpancar kesedihan di wajah Abang Ar. Izham
meniti album yang diberi oleh Abang Ar. “Ya Allah indah wajah isteri abang ni.
Mampukah aku membahagiakan Isha...Isha abang berjanji abang akan kembalikan
gelak tawa Isha yang telah hilang, sayang...” ujar Izham lalu menuju ke bilik
arwah ibu dan ayah mertuanya untuk mencari isteri kesayangannya. Memang benar
Isha berada did alam bilik ibu dan ayah. Isha sedang tidur sambil memeluk
gambar dan pakaian ibu dan ayah. Di tubir mata Isha kelihatan air mata yang
hampir kering. Lantas dengan perlahan Izham mengesat air mata di pipi
isterinya. Izham terpandang sebuah buku merah hati di dalam laci almari di
sebelah katil lalu diambilnya. Kelihatan juga sebuah pendrive di dalam laci
itu. Buku itu merupakan diari tulisan ibu Isha. Izham lalu membuka dan
membacanya.
Wahai diari...
Alangkah gembiranya hati
ini. Kehidupanku terasa indah disamping suami tercinta. Walaupun kami tidak
pernah mengenali antara satu sama lain sebelum berkahwin. Terima kasih mak ayah
kerana memilih abang Ariffin sebagai suami Ani. Terima kasih Ya Allah. Aku
sangat bahagia...
Diari kini aku telah
bergelar seorang ibu. Wahai puteraku, Muhammad Aliff terima kasih kerana hadir
dalam hidup ibu dan ayah. Ibu akan jaga Aliff dengan sebaiknya. Ibu dan ayah
akan memberi segala kasih sayang, didikan, dan tumpuan yang sepenuhnya kepada
anak anak kami yang dikurniakan oleh Allah kepada kami. Alhamdulillah abang
Ariffin juga memberi keizinan kepadaku untuk berhenti sebagai pendidik. Aku
merasakan sudah tiba masanya untuk ku memberi sepenuh perhatian kepada
keluarga.
Diari lama sudah tidak
kucoretkn kisah hidupku. Diari kini aku telah mempunyai enam orang anak. Lima
lelaki dan seorang perempuan. Pueriku baru sahaja berumur sebulan. Abang
Ariffin gembira dengan kelahiran puteri tunggal kami ini. Kelahirannya menjadi
penyeri keluarga besar kami. Wahai putera-puteri kalianlah penyeri hidup ibu
dan ayah. Kenakalan dan telatah kalianlah yang menjadikan hidup ibu dan ayah
lebih bermakna. Ya allah terima kasih kerana kau kurniakanku cahaya mata yang comel
dan sihat. Semoga putera-puteriku yakni, Muhammad Aliff, Muhammad Haikal,
Muhammad Izhar, Muhammad Zulkarnain, Muhammad Qayyum dan puteri comelku Nur
Qalisha. Semoga kalian menjadi anak yang soleh dan solehah. Wahai diari selepas
ini aku akan rakam setiap kelincahan dan gelagat anak-anakku dan akan ku simpan
di dalam pendrive perah ku. Semoga segala gelaagat mereka dan keluarga akan
tetap menjadi kenangan yang tetindah dalam hidupku. Ya Allah Keluargakulah
Permata Terindah Dalam Hidupku.
“Ya Allah kebahagiaan telah
tergambar sejak dari isha lahir sayang. Baiklah aku nak lihat telatah keluarga
ini terutama telatah isteri kesayanganku ini,” Izham berbisik.izham kemudiannya
terpandang senuah komputer riba di dalam almari pakaian milik arwah ibu dan
ayah mertuanya. Lalu diambilnya dan dibukanya. Apabila komputer dibuka gambar
besar keluarga ini beserta menantu-menantu dan cucu-cucu kelihatan sebagai
latarbelakang dekstop. Bahagia sangat. Itu yang difikir oleh Izham. Kemudiannya
Izham memasang pendrive itu. Terdapat hanya satu folder didalam pendrive itu
iaitu folder bernama Permataku. Izham membuka folder itu. “Wah banyaknya
video...” ujar Izham. Satu-satu video itu ditonton oleh Izham.
Izham menonton semua folder sambil
tersenyum seorang diri. Sesungguhnya Isha di dalam video itu amat berbeza
dengan isha yang disebelahnya kini. Isha yang dulu suka tergelak, nakal, manja
dan kuat merajuk tapi isha yang dia kenali kini seorang yang suka muram, suka
termenung dan mudah air mata menitis di tubir matanya. Memang benar ibu dan
ayah mertuanya yang selalu membuat Isha tergelak.
Izham masih ingat di sekolah dulu
pun Isha tidak seceria dalam video itu tapi Isha masih suka tersenyum dan Isha
sangat suka warna merah jambu. Kerana itulah Izham menggelarnya Gadis Merah
Jambu. Pertama kali Izham melihatnya adalah ketika hari pertama Isha mendaftar
masuk ke asrama. Oleh kerana Izham adalah salah seorang cikgu yang bertugas
semasa hari pendaftaran maka ketika itulah dia terlihat Nur Qalisha. Pertama
kali matanya terpandang Isha degupan jantung bergerak laju. Dia sedar yang di
hadapannya itu adalah muridnya. Qalisha pula ketika itu baru tingkatan satu.
Adalah mustahil untuk Izham
menyimpan perasaan kepada muridnya itu. Namun hatinya tidak dapat dibendung.
Izham bukannya tidak digilai ramai. Ketampanan paras wajahnya serta status
dirinya sebagai anak Datuk menjadikan dirinya sentiasa dikejar oleh gadis-gadis
cantik namun hatinya telah penuh diisi oleh Nur Qalisha Binti Ariffin. Namun
hasratnya dikuburkan di dalam hatinya apabila dia mengetahui bahawa adik
kesayangan juga menyimpan hati terhadap Isha. Rahsia yang mereka menyintai seorang
gadis yang sama akhirnya terbongkar apabila Iskandar terbaca diarinya.
Namun Izham tidak tahu yang adiknya
telah mengetahui rahsia hatinya sehinggalah setelah Iskandar meninggal dunia
Izham telah membaca surat yang ditinggalkan oleh Is untuknya. Menitis air mata
Izham apabila mengetahui bahawa Is telah terlebih dahulu dapat membaca rahsia
hatinya. “Is... abang berjanji abang akan membahagiakan Isha. Abang akan
kembalikan Isha yang Is cintai dulu. Isha yang ceria, gembira, manja dan tidak
pernah menangis. Itu janji abang, Is...” ujar Izham sambil mengusap rambut
isterinya lalu dengan perlahan diciumnya dahi Isha yang sedang tidur itu.
Setelah itu dengan perlahan direbahkan tubuhnya disebelah Isha sambil memeluk
isterinya itu. Malam itu menjadi saksi berjanjinya seorang suami untuk
membahagiakan isteri yang baru dikahwininya. Izham pun terlena sambil mendakap
isteri yang sangat dicintai sepenuh hatinya.
“Allahu Akbar... Allahu Akbar...”
kedengaran laungan azan Subuh sayup-sayup memecah keheningan pagi yang sunyi
mengejutkan Qalisha dari tidur yang lena. Entah mengapa tidurku malam tadi
seolah-olah memberi ketenangan yang telah lama hilang. Alangkah terkejutnya
diriku melihat sekujur tubuh sedang lena disebelahku dambil tangannya erat
memelukku. Dia lain tidak bukan adalah suamiku. “Abang Am... Abang Am... bangun
bang...Dah subuh. Jom kita berjemaah, bang...: kejutku lembut. “Hmm... kejap
sayang... Mengantuklah...”ujarnya sambil semakin erat pula dia memluk tubuhku.
Hish nak kena suamiku ni. ‘ooo, mengantuk eh... Kejap...’ ujarku dalam hati.
Timbul idea nakalku untuk mengejut suamiku yang mengada-ngada ni, lantas dengan
pantas aku merapatkan bibir ke telinganya lalu
...”Aaaaaappiiiiiii...Aaaaaappiiiiiii...” jeritku ke telinganya. Abang Am yang
terkejut terus bangun dan dalam kelam kabut....:ha api... mana api.... cepat
sayang telefon bomba...” ujarnya kelam kabut. Aku yang melihat gelagatnya tidak
dapat menahan gelak tawa lalu kuketawakannya dengan terbahak-bahak. Abang Am
yang masih kebingungan melihat aku ketawa menggaru-garu kepalanya yang tidak
gatal.
Apabila ketawaku telah reda, aku memohon
maaf kepada suamiku, Abang Am. “Sorry
Abang Am... Isha tak ada niat nak kenakan abang. Isha nak kejutkan abang bangun
Subuh je. Dulu ibu guna cari tu untuk kejutkan kami bangun subuh... Sorry abang
Am...” ujar Isha sambil melutut ibarat seorang hamba yang sedang memohon maaf
di atas kesilapannya. “Abang Am..? kenapa Isha panggil abang, abang Am. Abang
Am tu panggilan untuk seorang adik kepada abangnya. Tapi abangkan dah jadi
suami Isha. Isha panggil abang je k,” ujar Izham sambil memegang bahu isterinya
itu menyuruhnya bangun. “Nakal isteri abang. Ada ke macam tu kejutkan abang.
Boleh gugur jantung abang tau,” ujar Izham sambil mencuit hidung mancung
isterinya itu. Aku hanya tersenyum menampakkan gigi apabila ditegur sebegitu
oleh Izham. Kemudiannya kami membersihkan diri lalu kami bersama-sama
mendirikan solat Subuh yang diimami oleh Muhammad Izham, suamiku.
“Eh baru Isha perasan semalam kita
tidur dekat dalam bilik ibu dan ayah. Kenapa abang tidak tidur dalam bilik kita
sahaja?” tanyaku sambil melipat telekung dan sejadah. “Mana boleh abang tidur
tanpa isteri abang ni di sebelah. Sayang tu yang keluar bilik tak bagitahu
abang kenapa? Risau abang cari Isha bila abang tengok Isha tiada dalam bilik
kita semalam. Nasib baik Abang Ar cakap yang Isha mungkin dalam bilik arwah ibu
dan ayah kalau tak mahu je abang menangis sebab tidak jumpa isteri kesayangan
abang ni. Kenapa sayang tidur kat sini, sayang?” tanya Abang Izham sambil
memerhatikanku.
“Isha...Isha... Sebenarnya Isha
rindukan ibu dan ayahlah bang. Semalam masa kita bersanding Isha melihat seperti
ada kelibat ibu dan ayah sedang pandang dekat kita sambil tersenyum. Dulu masa
majlis perkahwinan Along, Angah, Abang Ar, dan Abang Zul, ibu dan ayah seronok
sangat. Diorang sangat gembira. Isha pernah berangan-angan andai satu hari
nanti Isha kahwin, Isha nak sangat ibu dan ayah tengok Isha bersanding. Isha
terkilan bang sebab ibu dan ayah dah tiada,” ujarku dengan suara yang
terketar-ketar. Aku menundukkan kepalaku dan menahan diri agar tidak menangis
dihadapan Izham.
Izham menghampiriku lalu membawaku
kedalam pelukannya. Sambil mengusap kepalaku, Izham menasihatku supaya
bersabar. Di dalam pelukannya aku tidak dapat menahan air mataku. Aku kalah
dengan diriku lalu sekali lagi aku menangis seperti malam semalam. Yang
membezakannya semalam aku menangis sendiri sambil memeluk potret ibu dan ayah
tetapi pagi ini aku menangis di dalam pelukan seorang lelaki yang telah berjaya
menakluki hatiku iaitu suamiku. “Adik...dah bangun ke....? Opppsss...
Sorry...heheheheh...” ujar abang Qayyum yang terus membuka pintu tanpa diketuk
lalu ditutup pintu itu semula. Isha dan Izham yang sedang berpelukan terus
terkejut dan tersenyum kesipuan apabila abang Qayyum melihat mereka dalam
keadaan begitu. “Hish Abang Qayyum ni benci tau... Menyibuk je pagi-pagi masuk
bilik orang. Dahlah tidak diketuk pintu dulu,” omelku. “hahhah, Dahlah muncung
tu sayang. Ni muncung panjang-panjang nak abang cium ke. Heheheh,”usik Izham.
“Hish abang ni ngada-ngada tau...” ujarku sambil ku cubit pinggang suamiku.
Kemudian kami sama-sama ke dapur untuk bersarapan.
“Wah pengantin baru ni awal
bangun...” usik Alongku. “Mana tak awal keluar Long sebelum lebih ramai jengah
bilik ibu dan ayah tu baik adik keluar cepat,” ujarku sambil menjeling ke arah
abang Qayyum. Abang Qayyum hanya tersenyum mengingati aksiden pagi tadi apabila
dia secara tidak sengaja telah menyaksikan kedua mempelai itu berpelukan. “aik
dik, siapa pula yang telah menjengah ke bilik ibu pula,” tanya abang Ar pula.
“Adalah hamba Allah tu... Dahlah buka pintu tak diketuk dulu,” marah Isha. “wah
sapalah orang tu... untungnya... Abang Long ke, ke kau Ar, entah-entah Qayyum
tak... Kau eh Qayyum?” tanya Abang Ngahku. “Eh orang tidak sengajalah Angah.
Manalah orang tau diorang dalam bilik ibu dan ayah tu. Adik pun satu bilik
sendiri ada, yang pergi tidur dalam ibu dan ayah buat apa. Dah tidur bilik ibu
dan ayah tu takpelah yang tidak kunci pintu apa hal pulak? Memang bagi peluang
dekat abanglah,” ujar abang Qayyum membuktikan yang dirinya tidak salah. “Wah
Qayyum... Apa yang kau nampak? Untunglah kau. Kalau aku tau baik aku yang
periksa bilik ibu ayah pagi tadi, hahhahhahah” ketawa Abang Zul. “Abang-abang
ni apa hal. Nak kena eh pagi-pagi ni. Ni semua abang Qayyum yang salah...
Ibu... Ayah tengok abang-abang kacau adik...” jeritku pula. Tiba-tiba aku
terdiam. Semua mata terpandang ke arahku. Baru aku sedari keterlanjuranku... Abang-abangku
semua menundukkan kepala mereka menandakan mereka juga terkejut dengan suasana
pagi ni. “Along rindulah... kalau ibu dan ayah masih ada mesti lagi meriahkan.
Kita semua usik adik lepas tu adik jerit mengadu dekat ibu dan ayah,” ujar
along. “Betul tu Long. Lepas tu semua kena rotan dengan ayah. Sebab nakal. Tapi
adik selalu terlepas,” sampuk abang Qayyum pula. “ yalah ayah sayang adik
lebih, hehehhe sebab adik kan baik tidak nakal,” ujarku sambil tersenyum. “Ibu
dengan ayah memang sayangkan adik lebih. Tapi kalau adik cakap adik tidak nakal
tu memang tidak betul k. Adik tidak ingat macam mana adik masuk kebun Pak Mat
kat hujung kampung tu lepas tu adik curi buah rambutan dia. Sebab kenakalan
adik tulah ayah terus tanam pokok rambutan banyak-banyak dekat kebun tau,” ujar
Angah membangkang kataku. Semua yang ada di situ ketawa. Dalam kami ketawa tapi
sebenarnya kami menangis sebb rindukan arwah ibu dan ayah. Sesungguhnya ibu dan
ayah memang tiada galang gantinya. Walau segunung emas pun tidak dapat
menggantikan kasih ibu dan ayah.
“Dahlah tu. Kitakan di depan rezeki.
Tidak baik kita bersedih sahaja di hari bahagia adik. Kalau ibu dan ayah masih
hidup mesti mereka sedih. Kalau kita rindukan mereka jom kita sedekahkan
Alfatihah untuk kedua-dua Permata yang kita sangat sayang,” nasihat abang Ar
apabila suasana menjadi sepi di meja makan. “Abang-abang semua balik KL bila,”
tanya suamiku, Izham cuba mengembalikan suasana yang ceria. “kalau tiada
masalah, insya allah petang ni kami sudah beransur pulang. Maklumlah esok sudah
kena pergi kerja. Anak-anak pun esok kena pergi sekolah. Kamu berdua lainlah,
masih cutikan?” ujar abang Zul. Aku dan Izham hanya mengangguk tanda mengiakan
kata abang Zulkarnain. “Kamu berdua berbulan madu di mana nanti, Am?” tanya
Abang Qayyum pula. “Rancangnya kemungkinan dalam negara sahaja. Lagipun negara
kita tidak kurang dengan tempat-tempat yang indah-indah. Semuanya terpulang
kepada Ishalah. Saya ikut sahaja,” jawab suamiku. “Wah untunglah kau dik. Dapat
suami dahlah hensome, kaya, berbudi bahasa, penyayang pula tu. Jelouse akak,”
usik Kak Longku. “Habis saya ni tak hensome ke sayang oi. Merajuklah macam ni,”
ujar Abang Aliffku. “habislah Kak Long. Abang Long dah merajuk tu. Ha ha tak
tahu...” usikku pula. “Hish abang ni. Itu pun merajuk. Saya puji je. Bagi saya
abang lah insan yang paling hensome, comel, baik, manja, penyayang dan
segala-galanya. Abanglah sorangggg je bertakhta dalam hati saya ni tau,” ujar
Kak Long sambil mencium pipi Abang Longku. “wah kak Long, abang Long...
Romantiknya....awak tidak pernah buat dekat saya macam Kak Long buat dekat
Abang Long,” rajuk abang Ar pula. “Hish awk ni kalau saya tidak sayang awak
macam kak Long sayang Abang Long tidak lahir de yang berderet ni,” ujar Kak
Langku sambil menunjuk ke arah anak-anaknya pula. Mendengar jawapan Kak Lang
membuatkan semua yang berada di ruangan dapur rumah pusaka itu tergelak.
‘Alangkah bahagianya keluarga ini. Walaupun mereka tidak kaya dengan harta
benda tapi mereka kaya dengan kasih sayang. Suasana sebeginilah yang selalu
diimpikan oleh ku adik-beradik terutamanya impian Iskandar. Namun hal sebegini
hanya terjadi setelah Iskandar dipanggil menghadapnya. Ya Allah kalau tanpa ibu
dan ayah mereka pun suasana sudah sebegini ceria, bagaimana agaknya suasana
ketika ibu dan ayah mereka masih hidup. Mesti lagi ceria,’ bisik Izham sendirian.
Suasana yang indah dan ceria itu
berlangsung sehingga ke waktu tengah hari. Di waktu tengah hari para isteri
telah bergotong-royong menyediakan makanan tengah hari manakala orang lelaki
pula bergotong-royong membersihkan kawasan sekelilng rumah pusaka itu. Keadaan
di dalam dan di luar rumah riuh dengan suara kanak-kanak bermain, suara gelak
tawa serta usikan mereka adik-beradik. Suasana meriah sebegini telah lama
hilang sejak sepuluh tahun dahulu setelah kematian ibu dan ayah yang tercinta.
Jiran-jiran sekampung yang lalu lalang juga tersenyum gembira melihat keriuhan
rumah tersebut yang bagi penduduk kampung telah lama hilang serinya. Setelah
menjamu selera makan tengah hari mereka telah berkemas untuk ke kehidupan
masing-masing. Selepas solat zohor secara berjemaah yang diimamkan oleh Abang
Longku kami telah berjemaah membacakan yassin dan tahlil untuk ibu dan ayah
serta untuk Iskandar. Sesungguhnya ketiga-tiga mereka adalah insan-insan yang
amat kusayangi. Setelah itu kesemua abang-abangku berserta keluarga
masing-masing telah pulang ke Kuala Lumpur untuk meneruskan kehidupan
masing-masing. Sekali lagi rumah pusaka ibu dan ayah kembali sunyi. Kini
tinggal hanya aku dan Izham sahaja dalam rumah peninggalan arwah ibu dan ayahku
ini.
“Sayang hendak balik KL bila?” tanya
suamiku. “Abang kalau saya minta sesuatu abang akan tunaikan ke?” tanyaku tanpa
menjawab pertanyaan suamiku. “Mestilah sayang. Apa sahaja yang Isha minta abang
akan cuba tunaikan. Tapi kalau sayang mnta bulan dan bintang tidak mampulah
abang berikan, heheheh...” seloroh Izham. “Hish abang ni, takkanlah Isha nak
minta bulan dan bintang kot... hehhheh itu menganiya namanya. Abang kita
berbulan madu di kampung ni sahaja boleh tak? Isha rindu suasana kampung ni.
Lagipun dekat Perak ni banyak juga tempat yang menarik yang boleh kita lawati.
Boleh tak bang?” pintaku. Izham terdiam mendengar permintaanku. Dia hanya
mendiamkan diri sahaja. Air mata hampir menitis kerana melihatnya mendiamkan
diri seolah-olah tidak menyetujui usulku. “Isha... Sayang kenapa ni?” tanya
Izham apabila melihat air mata di tubir mataku. “Abang diam je. Macam tidak
setuju dengan permintaan saya. Takpelah bang. Saya isteri. Saya ikut je ke mana
abang pergi,” ujarku. Sebenarnya aku sedikit tersinggung apabila kurasa
permintaanku tidak diterima oleh suamiku ini. “Sayang, abang tidak cakap pun
abang tidak setuju. Abang tengah fikir pakaian abang tidak cukup ni. Macam mana
kalau kita balik KL dulu sehari dua. Pulang ke rumah mama. Mama dengan Papa
mesti rindukan menantu kesayangan diorang ni. Selepas kita pulang ke sana boleh
abang bawa banyak sikit pakaian. Kemudian kita pulang ke sini semula. Ok tak,?”
usul Izham pula. Aku tersenyum gembira lantas kupeluk suamiku mengucapkan
terima kasih. “Tapikan sayang kita balik KL esoklah. Kita pun belum rasmikan
malam pertama kita di bilik pengantin kita,” bisik suamiku ke telingaku. “Hish
abang ni ngada-ngada.” Ujarku malu. Ya Allah alangkah bahagianya hidupku kini.
Terima kasih Abang kerana hadir dalam hidup Isha.
Aku dan Izham telah pulang ke KL
keesokan paginya. Kepulangan kami disambut gembira oleh Mama dan Papa Izham.
Pada sebelah malamnya pula Ija sekeluarga serta Kak Mas dan keluarganya pula
telah datang unttuk makan malam bagi meraikan perkahwinanku dengan abang Izham.
Suasana di dalam banglo itu meriah sekali. Setelah puas berbual rancak keluarga
Khadijah dan Kak Mastura beransur pulang. Mama dan papa juga meminta izin untuk
berehat setelah seharian bekerja. Hanya aku dan Izham sahaja yang belum
berganjak dari ruang tamu itu. Aku begitu asyik menonton rancangan kegemaranku
sehingga aku tidak sedar Izham berada hampir di sisiku. Izham lantas meletakkan
kepalanya di atas pangkuanku. Menjadi satu hobi baruku mengusap rambut suamiku
ini sambil menonton tv. Izham pula mengusikku yang sedang fokus menonton
rancangan kegemaranku. Tidak lama kemudian Izham mengambil alat kawalan tv dari
tanganku lalu ditutupnya tv itu. “Alah abang nak tengok tv. Banyak lagi cerita
menarik tu,” ujarku manja. “Dah cukup tu. Esok sambung tengok lagi. Cerita tu
pun dah habis dah. Jom kita masuk bilik jom. Esok bangun lambat nanti,” ujar
suamiku. Aku masih tetap tidak mahu berganjak dari tempat dudukku itu. Izham
menggeleng kepala melihat kedegilanku. ‘Oooo degil eh...Ok tahulah apa abang
nak buat dengan isteri abang yang nakal ni,’ bisik hati Izham. Izham lantas
mendekati Isha yang sedang duduk membatukan dirinya. Izham lantas mencampung
isterinya itu lalu dibawanya memasuki biliknya. Alangkah terkejutnya aku dengan
tindakan drastik suamiku itu. Izham yang jadi suamiku kini berlainan benar
dengan Izham yang pernah aku kenali ketika kali pertama aku menjejakkan kaki ke
dalam rumah ni lima ahun dahulu. Izham yang sekarang adalah seorang lelaki yang
sangat berani, romantik, dan segala tindakannya selalu membuat jantungku
bertambah berdebar. “Abang bilik saya yang sebelah tulah,” ujarku apabila
melihat Izham sedang membuka pintu biliknya yang bersebelahan dengan bilik Is
yang kini telah menjadi milikku semenjak aku menjadi anak angkat keluarga ini.
“Eh Sayang ni. Inikan bilik abang. Jadi mulai hari ini segala milik abang
adalah milik sayang juga. Begitu juga sebaliknya,” ujar Izham sambil mencium
pipiku.
Apabila Izham membuka pintu
biliknya, alangkah terkejutnya aku melihat biliknya itu. Inilah kali pertama
aku memasuki bilik suamiku ini. Ianya sungguh bersih cantik, indah malah sangat
ceria. Malah setiap barang dalam bilik itu adalah berwarna pink iaitu warna
kegemaranku. Aku yang masih dicampung oleh Izham hanya tercengang dan berasa
kagum dengan suamiku ini. “Tak sangka saya, abang adalah Jejaka merah jambu...”
ujarku sambil tersenyum geli hati. Izham lantas membawaku ke atas katil setelah
pintu dikunci. Takutlah tu aksiden dekat rumah arwah ibu ayah berulang semula.
“Bukanlah sayang. Abang berubah minat warna pink setelah abang jatuh hati
kepada Gadis Merah Jambu. Abang dulunya tak suka warna merah jambu. Abang rasa
macam perempuan, lembut sangat. Tapi setelah hati ni dicuri abang rasa lain
setiap kali abang terpandang pada benda yang berwarna merah jambu. Abang berasa
tenang, rasa rindu, rasa bahagia sangat. Itulah yang menyebabkan abang mula
menyukai warna merah jambu,” terang Izham.
“Abang ingat tak sepucuk surat yang
abang bagi pada Isha ketika abang bawa Isha ke kubur Is lima tahun dulu?”
tanyaku. Izham hanya menganggukkan kepalanya. “Dalam surat tu Is bagitau kat
isha yang abang lebih menyayangi isha berbanding dirinya. Is juga cakap abang
menyayangi Isha sejak dari sebelum is mempunyai perasaan terhadap Isha. Apa maksud Is? Sejak bila abang sudah jatuh
hati pada Isha? Abang pernh jumpa Isha ke?” tanyaku. Sesungguhnya persoalan itu
terlalu ingin kutanya kepada izham sejak lima tahun dahulu Cuma aku tidak
berani dan tidak berkeempatan. Hal ini adalah kerana selepas peristiwa aku
dibawa ke kubur Is aku menjadi sangat pendiam dan banyak termenung serta
berdiam diri sehinggalah selesai majlis perkahwinan Kak Mas. Tidak lama selepas
itu Abang Am kembali ke Johor manakala aku dan Ija pula pulang ke Mesir. Maka
persoalan itu tersimpan sehinggalah hari ini baru dapat kutanya kepada abang
Am. “Sebenarnya mungkin Isha tidak ingat dulu kita pernah berjumpa lima belas
tahun yang lalu. First abang jumpa Isha masa hari pendataran masukke asrama di
MRSM. Isha ingat tak ada seorang cikgu lelaki muda yang menguruskan pendaftaran
tersebut. Abanglah cikgu tu,” terang Izham. “Oooo cikgu Izham kan. Tapi abang
bukan ke seoarang peguam. Mama cakap abang seorang peguam yang sedang uruskan
sebuah firma guaman di Johor. Macam mana pula abang boleh jadi cikgu?” tanyaku
kehairanan. “hehehehe. Oooo yang tu betullah. Abang memanglah sekarang ni
bekerja sebagai seorang peguam di Johor tapi sebelum abang menjadi peguam abang
menjadi seorang guru ganti di sekolah sayang selama sebulan. Kemudian barulah abang
menjadi peguam di Johor. Masa abang jadi guru ganti di situlah abang telah
terjatuh hati kepada isha. Abang ingat abang tertarik kepada isha biasa-biasa
sahaja dan perasaan itu akan hilang setelah kita bwrjauhan tetapi sebaliknya
walaupun kita telah berpisah jauh namun perasaan sayang abang pada Isha tidak
pernah hilang malah ianya menjadi semakin dalam. Sehinggakan abang tutup pintu
hati abang kepada permpuanlain. Bukn tidak ada yang cuba memikat abang tapi
semua abang tidak layan. Malah Mama dan Papa juga ada cuba satukan abang dengan
anak kawan-kawan mereka namun semua abang tidak terima. Pernah juga keluar
khabar angin bahawa abang ini seorang yang suka dengan kaum sejenis. Tapi semua
itu abang ambil tidak kisah. Kerana hanya Allah sahaja yang mengetahui isi hati
abang. Abang sudah berikan hati abang kepada sayang sejak kali pertama kita
berjumpa walaupun ketika itu sayang tidak tahu dan malah sayang beri hati
sayang kepada orang lain namun abang redha. Pertama kali Is memberitahu yang
dia telah jatuh hati kepada seorang gadis yang juga sekelas dengan nya Abag
secara diam-diam telah menyiasat siapa gadis bertuah itu. Is adalah seorang
yang susah untuk sukakan seseorang. Pada pandangan orang lain is ramai kawan
namun amat susah untuk mencari orang yang dia benar-benar suka dan sayang.
Ketika abang mengetahui bahawa sayang adalah gadis yang disukai Is abang rasa
dunia ini seperti gelap gelita. Abang rasakan nyawa abang seakan sudah hilang
dibawa pergi. Sejak itu abang menjadi bertambah pendiam. Namun perubahan diri
abang tiada siapa yang perasan walaupun Is, adik yang paling rapat dengan
abang. Abang mula menyibukkan diri abang dengan kerja-kerja ofis supaya abang
dapat melupakan sayang. Namun semakin abang cuba melupakan sayang semakin hati
abang sakit. Tapi abang bahagia setiap kali abang melihat Is tersenyum bahagia.
Sejak Is jatuh hati kepada Isha, Is banyak berubah Is sentiasa tersenyum, Is
menjadikan rumah kami sangat ceria dan bahagia. Semuanya kerana Is menyintai
Isha. Walaupun abang terseksa namun kerana Is gembira abang pun gembira juga.
Kerana itulah abang jadi jarang pulang ke rumah untuk abang elakkan diri dengan
keluarga. Apabila Is meninggal dunia abanglah orang yang paling banyak
menangis. Berhari-hari abang kurungkan diri abang di dalam bilik Is. Abang
menjadi semakin murung. Abang menjadi bertambah pendiam. Dunia abang menjadi
bertambah gelap gelita. Berulang kali abang berdoa supaya nyawa abang cepat
dipanggil Allah. Bertahun abang begitu. Sehinggalah di hari abang berjumpa Isha
kembali di rumah ini. Hidup abang automatik menjadi terang. Jika dulu abang
berdoa abang dipanggilNya namun selepas jumpa Isha kembali abang berdoa semoga
abanglah tulang rusuk Isha yang hilang itu. Isha ibarat permata yang pernah
hilang suatu ketika dahulu kini kembali semula dalam hidup abang. Terima kasih
Isha kerana menjadi permata yang bernilai dalam hidup abang.” Mengalir air
mataku mendengar luahan hati suamiku ini. Ya Allah begitu mendalam cinta abang
kepada Isha. Terima kasih ya Allah walaupun kau ambil ibu dan ayahku tapi kau
kurniakan abang-abang, kakak,kakak, keluarga mertua yang baik serta suami yang
terlalu menyintai, mengasihi serta menyayangiku sepenuh hati mereka. Terima
kasih Ya Allah. Aku akan jaga permata yang hadir dalam hidupku ini sebaik-baiknya.
.............................,
“ibu kini adik sudah tunaikan impian
ibu dan ayah. Adik berjaya menjadi seorang peguam Syariah. Adik juga kini
bahagia disamping seorang lelaki yang sangat menyintai adik. Adik kini sedar bahawa
Allah turunkan hujan setelah memberi panas kerana dia ingin kita menikmati
pelangi yang akan muncul kemudiannya. Dulu adik sedih ditinggalkan ibu dan ayah
tapi alhamdulillah kini adik juga telah bergelar seorang ibu. Ayah kini suami
adik adalah insan yang sangat adik sayang selepas ayah. Dia seorang yang penyayang,
baik, manja sama persis macam ayah. Adik merasakan seperti ayah hidup dalam
diri suami adik. Ayah tidak sempat tengok cucu ayah dari adikkan. Cucu ayah
sangat comel. Ayah jangan bimbang adik akan selalu cerita pada anak-anak adik
yang tok dan wan mereka adalah insan yang sukar diganti. Baiklah ibu, ayah adik
kena pergi dahulu. Adik terpaksa tinggalkan ayah dan ibu di sini. Selamat
tinggal ayahku dan jugaku. Kamu permata yang sangat bernilai yang telah
kuhilang.”