Aku sudah berkahwin skarang. Isteri aku memang sangat baik. Tapi dia tidak seperti yang aku harapkan semasa kami belum kahwin dulu. Sebelum kahwin, aku tengok dia memang seorang yang pendiam. Dia jarang bercakap dengan lelaki. Kawan-kawanku sememangnya memuji caranya. Jadi ketika itu malu juga aku nak tegur dia masa tu. Aku berasa sangat segan dengannya. Tapi aku suka dia macam tu, kerana aku tidaklah cemburu sangat sebab dia jarang berbual-bual dengan lelaki lain.
Isteriku ni sememangnya sangat cantik dan
menawan sehinggakan terdapat juga rakan-rakanku yang cuba memikatnya. Namun dia
tidak pernah layan. Namun akhirnya aku yang dapat. Aku berasa sangat bangga
kerana berjaya memikat dan memilikinya. Eh, lupa pula nak bagi tahu namanya.
Nama panggilan dia Ara. Nama betul dirahsiakan. Biarlah rahsia. Hanya aku
sahaja yang boleh tahu.
Aku memikatnya dengan cara yang baik. Aku
pergi berjumpa terus dengan bapa dia dahulu. Barulah gentlemen beb! Aku cakap
elok-elok dengan bapa dia. Bapa dia ni memang jenis yang bermulut pedas orangnya.
Memang teruklah aku kena dengan bapanya. Bapanya bertanya kepada aku adakah aku
betul-betul mengenali anak dia itu? Aku memberitahu bahawa aku tidak
mengenalinya langsung. Oleh itu, bapa dia bertanya lagi, bagaimana dan kenapa
aku nak berkahwin dengan anak diajika aku tidak mengenalinya. Aku memberitahu
bahawa aku sangat meminatinya dan aku ingin sangat menjadikannya isteriku.
Namun bapanya memarahiku dengan berkata: “Kau ni, macam mana kau nak berkahwin dengan
orang yang tidak dikenali?” “Lepas kahwinlah saya kenal dia pakcik.” Aku
menjawab sambil tersengih-sengih namun bapa dia hanya diam sahaja.
Masa tu berasa kecewa sangat. Aku merasakan
bapa dia macam tidak menerima risikanku.. Ke dia saja nak menguji kehebatan
cinta aku? Ketika itu aku dah terfikir untuk mencari calon yang lain sahaja.
Aku sememangnya mempunyai seorang lagi gadis yang aku minati. Gadis yang
seorang lagi ni sememangnya sangat rapat denganku. Yang ni pula nama dia Ika. Aku
sememangnya selasi dengan minah ni. Tapi akhirnya orang lain juga yang aku
pinang.
Hari keputusan peminangan aku akhirnya
tiba. Keputusannya.... Alhamdulillah. Aku ingat kena reject tapi rupanya keluarganya
menerimaku. Aku berasa sangat bahagia. Jadi memang sah lah tiada jodoh aku dengan
Ika. Ketika aku memberitahu Ika yang aku akan berkahwin, dia terima berita itu
dengan redha. Aku berasa aku sangat kejam kepadanya. Namun dia masih mendoakan
kebahagiaanku. Selepas itu kami tidak berjumpa lagi.
Lepas akad nikah, kini sahlah aku menjadi
suami Ara. Aku berasa sangat bersyukur kepada Tuhan. Kini bermulalah permulaan
kisahku sebagai seorang suami kepada Ara. Ketika dirumah. dia macam biasa sahaja.
Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalau aku tidak buka mulut, memang
tidak berbunyilah rumah kami.
Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang-kadang dia
bersuara juga. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara memang bukan
jenis yang boleh diajak berborak sangat. Bila aku cakap pasal sesuatu, dia
macam blur... Macam x supportive sangat. Akhirnya aku menjadi malas nak berborak
dengannya. Mulalah aku menjadi bosan. Yang dia tahu cuma tunjuk baris
gigi dia sahaja.. tersengih. Macam yg aku buat dekat bapanya dulu.
Yang menjadi lebih tertekan adalah kerana
aku ini jenis perokok sederhana tegar. Tapi isteri aku pula seolah seperti
fobia dengan asap rokok. Bau nafas aku yang bersisa rokok pun, dia akan batuk.
Walau tidak berbau rokok pun dia akan selalu batuk. Sebab sayang isteri, makin
lama makin kurang aku merokok. Kalau teringin sangat pun aku hanya akan
merokok ketika di pejabat sahaja. Isteriku ini bekerja di bahagian farmasi di
hospital. Aku pula tidak boleh terhidu
bau ubat kerana aku akan pening kelapa. Selepas berkahwin pula sudah menjadi
tugasku untuk menghantar dan mengambilnya dari hospital. Setiap kali
mengambilnya pulang, memang hari-hari lah baju dia berbau ubat di dalam kereta.
Oleh itu, aku akan selalu buka tingkap untuk menghilangkan bau yang tidak kusuka
itu. Namun pada satu hari tu ketika hari hujan lebat, jadi tingkap kereta tidak
boleh dibuka. Hal ini mengakibatkan aku pening kepala kerana tidak tahan dengan
bau ubat. Malangnya kami telah terlibat dengan kemalangan apabila aku
terlanggar bontot kereta orang di hadapan. Ketika di hospital, doktor mengatakan
bahawa isteri aku keguguran akibat kemalangan tu. Rupanya dia mengandung dua
bulan. Namun kami berdua tidak mengetahuinya.. Ya Allah!!
Selepas kejadian itu aku menyuruh Ara berhenti
kerja. Jika aku boleh korbankan rokok
aku, jadi dia kena korbankan kerja dia. Aku dah tidak tahan dengan bau ubat!! Bagiku
pendapatan aku mencukupi untuk menyara hidup kami! Setelah setahun usia
perkahwinan kami, Ika tiba-tiba datang dengan mengatakan bahawa dia masih sayangkan
aku dan mahu aku mengambil dia menjadi isteri nombor duaku. Dia kata dia sanggup hidup bermadu. Padahal aku baru saja berkahwin.
Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, jadi dia berani
melamarku. Kemudiannya, aku berteros terang dengannya. Menurutku sememangnya
hubunganku dengan isteriku tidak berapa rapat sekarang dan kami tidak mempunyai
persamaan.
“Ika,
Ara sememangnya tidak banyak bercakap. Kalau aku cuba buat lawak, dia macam tak
faham je. Sedih tol. Tidak pandai nak berborak. Kalau jumpa member2 aku lagi
lah dia sunyi sepi. Dah lah hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang
la dapat makan yang lain sikit kecuali kalau makan dekat luar. Itu pun dia akan
order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak.. Tapi kami masih cuba
memahami hati budi masing2,” begitulah kataku kepada Ika.
Aku cuba biasakan diri dengan bau ubat-ubatan
dekat baju-baju Ara dulu, aku cuba berhenti merokok waktu awal-awal kahwin dulu.
Sekarang Ara pula dah tak kerja. Dia juga dah mencuba belajar masak benda2 lain
(tapi jaranglah menjadi). Aku juga memberitahu Ika, bahawa rumah tangga kami
bahagia. Aku tidak boleh menduakan dia. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa
terima hakikat tu. Peristiwa itu sememangnya menjadi terakhir kali kami berjumpa.
Kini, Alhamdulillah... kami dikurnikan
rezeki seorang anak. Anak ku itu juga telah besar yakni telah berusia hampir 4
tahun. Kami dikurniakan seorang putera iaitu Muhammad Al-Hafiz. Anakku ini juga
sudah pandai mengaji sikit-sikit. Semua inilah berkat kerajinan isteri aku
mendidiknya. Kalau dalam bab-bab agama, mengaji, solat semua dia mmg sangat bagus.
Anak aku Hafiz, memang dia latih elok-elok untuk mengaji alQuran..
Alhamdulillah, semoga apabila dewasa nanti dia menjadi anak yang soleh. Bagi
aku itu lah pelaburan yang sangat menguntungkan!
Tapi sebenarnya dalam tempoh empat tahun ni,
kami tidak seperti pasangan yang lain. Semakin hari aku semakin bosan dengan
rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi dan jarang berborak panjang-panjang.
Aku pula lebih suka keluar lepak dengan kawan-kawan. Makin lama makin jarang
aku duduk di rumah. Lewat malam baru aku balik setelah isteri dan anakku tidur.
Manakala keesokannya pagi-pagi lagi aku dah pergi kerja. Dalam tempoh tu juga,
aku sebenarnya asyik keluar dengan seorang wanita sepejabatku aku iaitu Lisa.
Lisa adalah pekerja baru di pejabatku. Berbekalkan wajahnya yang agak itu
disamping dia juga seperti menyukaiku. Jadi dialah yang selalu menjadi teman
untuk aku ajak keluar malam serta menjadi temanku borak-borak sehingga pagi!
Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia
untuk menghiburkan hati aku. Aku mempunyai keinginan untuk berkahwin dengannya
namun aku bimbang akan mengecilkan hati Ara pula. Lisa selalu menjadi tempat
untuk aku meluahkan perasaan. Kadang-kadang kami bergaduh dan kadang dia
menggunakan kata kesat setiap kali bergaduh denganku. Namun kemudiannya Lisa
akan meminta maaf dengan mengatakan bahawa dia tersasul. Walaupun begitu aku sememangnya
terhibur setiap kali bersama dengan Lisa. Aku semakin jarang berada di rumah. Malah
aku juga semakin kurang meluangkan masa bersama anak dan isteriku.
Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke
hari. Dia mula sedar aku mempunyai perempuan lain. Suatu hari dia memberitahuku
bahawa dia mengizinkan kalau aku ingin berkahwin lagi, tetapi mesti dengan
wanita yang elok-elok, kerana dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku
berasa pelik dan kemudiannya aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian
hariannya ke pejabat sudah semestinya ketatdan seksi. Disamping itu make up kat
muka 2 inci seolah tidak boleh kena air. Menjadi satu persoalan bagaimana
dengan air wuduknya dan timbul juga persoalan adakah dia bersolat atau cuti
sepanjang tahun? Oleh kerana itu, aku menunda dahulu hajatku nak berkahwin
dengan Lisa. Pernah juga terlintas di fikiranku mungkin selepas kahwin nanti
bolehku nasihat dan kudidik namun kalau masa bercinta pun asyik melawan
kata-kata dan nasihatku apa lagi kalau sudah nanti.
Ketika perkahwinan aku dengan Ara mencecah
6 tahun, tiba-tiba rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula
jatoh sakit, batuk dia semakin teruk, dan akhirnya dia terpaksa masuk hospital.
Saat itulah baru aku mengetahui bahawa Ara menghidap penyakit barah tekak. Ya
Allah!! Doktor memberitahuku bahawa Ara sudah lama menghidap penyakit itu sejak
tujuh tahun yang lalu. Penyakit inilah yang membuatkan Ara selalu batuk-batuk,
dan terpaksa menahan sakit setiap kali bercakap!
Aku merasakan bagai terkena tusukan dari
anak panah yang tumpul bila mendengar berita tersebut!! Patutlah Ara sangat jarang
bercakap tapi kenapa dia tidak memberitahu aku?? Doktor memberitahu lagi yakni
penyakit tu makin lama makin teruk, dan memberi kesan kepada jantung. Oleh sebab
pernafasan dia selalu kurang dari yang sepatutnya maka hal ini menjadikan
jantung Ara bertambah lemah. Maka itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit.
Jantung dia sekarang semakin rosak akibat barah tersebut.
“Tapikan Doktor, isteri saya selalu
mengajar anak kami mengaji. Jadi macam mana dia boleh ajar anak mengaji?”
tanyaku inginkan kepastian. “Encik, memang terdapat ubat-ubatan untuk diambil
oleh pesakit sebagai pelincir dalam tekak. Tapi ianya hanya dapat mengurangkan
rasa sakit, dan kesannya hanya bertahan sekejap saja.. Tapi Pn. Ara tidak boleh
selalu minum ubat itu kerana ianya sangat mahal!!” terang doktor yang merawat
Ara kepadaku. Aku menjadi buntu. Masa tulah baru aku tersedar bahawa sepanjang
kami menjadi suami isteri kami tidak pernah bertikah lidah dan bergaduh
walaupun sekali. Mungkin itulah hikmah diatas setiap ujian yang Allah berikan.
Tapi aku berasa sangat bodoh kerana tidak menyedarinya selama ni.. Aku asyik meninggalkan
dia, Isteriku untuk mencari kegembiraan bersama dengan perempuan lain sedangkan
setiap saat dan setiap detik Ara menanggung derita seorang diri. Malah Ara juga
sentiasa menyembunyikan kesakitan yang tidak tertanggung setiap kali perlu
menjawab pertanyaan aku. Namun begitu Ara tidak pernah meluahkan deritanya kepadaku.
Jantung Ara sudah semakin lemah. Menurut doktor
Ara berkemungkinan tidak dapat bertahan lama. Buat pertama kalinya air mata
lelakiku tumpah namun aku tidak berasa malu. Bagiku berita yang aku dengar ini
amat sukar untukku terima. Ya Allah tidak sanggup rasanya hati ini untuk
berpisah dengan seorang wanita yang amat kucintai sepenuh hatiku. Aku menyesal
dengan sikap dan cara aku melayan Ara selama ni. Dia sudah berkorban
segala-galanya untukku. Dia menjaga makan minumku, pakaian aku, mendidik anakku
ketika aku lupa akan tanggungjawabku. Ara sememangnya tidak pernah melawan apa
aku cakap, apa aku suruh..Aku suruh dia berhenti kerja dahulu tanpa bantahan
diturutinya. Walaupun aku tahu di rumah dia masih membaca buku-buku tentang
ubat-ubatan! Aku tahu Ara sangat sayang akan pekerjaanya itu. Maafkan abang
Ara.
Apabila aku pulang ke rumah untuk berehat seketika
sebelum kembali manamani isteriku semula, aku sempat melihat balik kenangan-kenangan
kami. Sedang aku membelek-belek, aku terjumpa kotak hantaran semasa kami berkahwin
dulu. Didalamnya terdapat sebuah kotak jam, yakni jam yang aku pakai sekarang..
Aku terkejut apabila terlihat ada sehelai kertas didalam kotak tersebut. Pada
mulanya kuingat kertas resit, tapi rupanya ianyaa adalah sepucuk surat!
1 Julai 2007,
Duhai suamiku yang baru kupunya,
Terima kasih kerana menawarkan cintamu
kepadaku,
Terlalu gembira hati ini apabila cinta yang
ku tunggu-tunggu,
Sejak kita mula bertemu dulu kini telah
kumiliki,
Ku juga benar-benar mencintai dirimu,
Menitis air mata ini di saat dirimu
melamarku
Wahai suamiku yang baru kupunya,
Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Luaranku mungkin ramai yang tergoda,
Luaranku mungkin indah tidak tercela,
Namun suamiku jangandirimu terpedaya
Kerna diriku bukanlah sesempurna yang disangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita
Wahai suamiku yang baru kupunya,
Andai dirimu inginkan hilai tawaku,
Hanya senyuman yang dapat kuberikan,
Andai dirimu mahu senda jenakaku,
Mungkin hanya kebisuan yang mampu
kuberikan,
Kerana diriku tidak sempurna seperti orang
lain,
Tidak mampu berbicara dan ketawa
Jika kerna kekuranga diri ini akan
meleburkan cintamu,
Aku pasrah dan kurelakan dirimu menjauh,
Jika kerna kelemahan dini ini diriku tetap
utuh dihatimu,
Aku bersujud sejuta syukur pada Ilahi..
Hanya ucapan syukur dan terima kasih
kukirimkan
Andaikata dirimu menjauh pergi kau jangan
kau pulangkan hatiku,
Jika boleh jangan diambil hatimu yang
bertaktha di hatiku.
Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.
*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam
abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..
Berderai lagi airmata aku. Kenapa aku tidak
terbaca surat ni 6 tahun dulu? Kenapa aku tidak tahu penderitaan Ara awal-awal
dulu? Kenapa baru sekarang? 6 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku
segala-galanya. Malah satu hadiah paling penting dia bagi kepadaku iaitu seorang
anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kepada Ara? Malah aku
menyakitkan hatinya. Aku mengabaikannya. Aku tidak memanjakan hanya kerana dia
tidak banyak berborak dengan ku. Ya Allah apa yang telah aku lakukan kepada
isteri yang kau amanahkan kepadaku. Ya Allah aku lalai pada tanggungjawab yang
kau berikan kepadaku. Sayang maafkan abang... abang jahil, abang seorang suami
yang jahat. Maafkan abang Ara. Mulai saat itu aku bertekad akan menjaga Ara
sepenuh hatiku. Aku ingin membahagiakan isteriku ini. Hari-hari memang menjadi
rutinku untuk berulang alik ke hospital. Pergi ke pejabat pun kejap-kejap
sahaja. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku sudah seperti orang
tidak terurus. Dalam fikiran hanya mengenai Ara. Barulah aku menyedari betapa pentingnya
Ara dalam hidup aku.
Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku
minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak menemaninya sepuas-puasnya.
Aku nak bahagiakan dia dalam sisa-sisa hayat dia. Kalau boleh biarlah dia
terlupa akan derita yang ditanggungnya. Saat itu dia menangis dekat bahu aku.
Sejak Ara sakit kami hanya berbalas tulisan di kertas dan kertas-kertas itu
akan kusimpan sampai bila-bila. Dia menulis dia tidak pernah menyesal kahwin
denganku. Dia juga menulis bahawa dia sangat bahagia hidup dengan aku. Ya Allah
hari-hari yang kami lalui sangat membahagiakan. Namun keadaan Ara sudah semakin
lemah. Aku dah tidak mampu melihat dia menderita. Setiap kali dia nak tarik
nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.
“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat
isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya
Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku
redha Ya Allah..” Aku tidak tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin
ditelinganya berulang-ulang, sambil membiarkan anak kami dipangkuan
memeluk-meluk ibunya. Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah.
Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan
Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..
Kini, hampir 15 tahun Ara meninggalkan kami,
meninggalkan aku dan Hafiz, dengan kerinduan kepada seorang wanita mulia yang
tidak pernah luput dari ingatanku. Kini alhamdulillah Hafiz sudah membesar
menjadi seorang pemuda yang soleh dan berjaya dalam kehidupannya. Semuanya
bermula dari didikan seorang ibu yang mulia. Sejak Ara meninggalkanku, aku
tidak lagi mencari penggantinya. Salau dulu aku pernah merungut ingin dia
berbual denganku namun kini baru kusedar sekurang-kurangnya dahulu dia ada
untuk mendengar celotehku namun kini hanya batu nisan yang menjadi tempat
untukku melepaskan rindu kepadanya. Hanya helaian-helaian tulisan terakhir Ara
menjadi pengubat rindu yang tak tertanggung kepada arwah isteriku yang pertama
dan yang terakhir itu. Ya allah semoga Ara menjadi bidadariku di syurga mu
nanti.... Aminnnn,,,,,,.
No comments:
Post a Comment