ASSALAMUALAIKUM....

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA. SESUNGGUHNYA SEGALA ILMU ADALAH MILIK ALLAH YANG ESA. SAYA HANYA INGIN BERKONGSI SEGALA ILMU YANG SAYA PEROLEH.SELAMAT DATANG KE DUNIA NUKILAN SAYA

Monday, November 22, 2010

Cerita Di Sebalik Kejayaan

Sesungguhnya zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling indah. Aku masih merindui zaman kanak-kanakku. Aku diasuh dengan penuh kasih sayang oleh kedua orang ibu bapaku. Tidak pernah mereka mengabaikan malah mereka memberiku sepenuh perhatian dan kasih sayang. Walaupun aku tidak seperti kanak-kanak yang lain. Hal ini adalah kerana aku dilahirkan kurang sempurna. Aku mengalami masalah penglihatan yang terhad. Kerana menghadapi masalah kewangan ayah tidak dapat menghantarku ke sekolah tadika. Namun aku telah mempelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak lain di sekolah tadika. Aku hanya mempelajarinya dengan sendiri dirumah dengan bantuan ibubapaku.


Pada mulanya keluarga tidak mengetahui kekuranganku, apabila aku berumur 6 tahun barulah mama dengan ayah menyedarinya dan membawaku untuk membuat pemeriksaan mata di klinik kerajaan. Kemudiannya aku telah dihantar ke Hospital Besar Negeri Sembilan untuk diperiksa oleh doktor pakar. Seterusnya aku telah dikenalpasti sebagai pesakit lowvision atau penglihatan terhad. Doktor menyarankan agar aku didaftarkan sebagai seorang kanak-kanak OKU di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Seterusnya aku disuruh belajar di salah sebuah sekolah pendidikan khas di Seremban iaitu Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Seremban. Di sinilah aku mula mengenali dunia. Aku mempelajari erti hidup, mendapat ramai kawan dan mempelajari ilmu untuk kegunaan di dunia juga di akhirat. Alhamdulillah aku dilahirkan dalam keluarga yang sememangnya mementingkan ilmu agama. Walaupun aku cacat namun mak dan ayah tetap mencari seorang guru untuk aku belajar mengaji. Menurut mak aku sememangnya seorang yang terang hati kerana aku dapat membaca al-Quran dan dapat khatam Al-Quran ketika aku berusia 12 tahun. 


Oleh kerana aku bersekolah di sekolah pendidikan khas maka aku tidak menduduki UPSR ketika aku berusia 12 tahun sebaliknya aku mendudukinya ketika berumur 14 tahun. Satu lagi kurniaan Allah untukku ialah Dia mengurniakan aku akal yang cerdas. Aku telah menunjukkan kepandaianku sedari berada di bangku sekolah rendah lagi. Ketika UPSR aku berjaya memperoleh 4A1B. 


Seterusnya aku meneruskan pelajaranku di sekolah berasrama di Kuala Lumpur. Sekolah ini juga merupakan sekolah pendidikan khas iaitu Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak. Jika sekolah rendahku mengajarku erti hidup maka sekolah menengah adalah tempat di mana aku perlu menghadapi hidup yang pelbagai cabaran agar nanti aku akan menjadi lebih yakin untuk hidup di dunia yang lebih mencabar. Sesungguhnya guru-gurulah yang telah bertungkus-lumus mengajar dan membantuku. Sekali lagi aku memperoleh kejayaan apabila aku berjaya mendapat 5A dan 3B dalam PMR. Walaupun keputusan tidak sehebat pelajar normal yang lain, namun aku bersyukur dan berbangga dengan pencapaianku. 


Setelah itu, aku meneruskan pelajaranku di sekolah itu juga. Aku bukan sahaja ingin belajar di sekalah tersebut sebaliknya aku juga dapat mengasah bakat yang tersembunyi dalam diriku. Aku dididik agar mampu menjadi pelajar yang cemerlang, pemimpin yang berdedikasi malah aku juga diasuh agar menjadi wanita yang solehah serta mampu menjaga diri sendiri. Terlalu banyak ilmu yang aku peroleh dari sekolah berjasa ini. Sehingga aku berjaya sekali mendapat keputusan yang cemerlang ketika SPM. Tidak tergambar kegembiraan mak, ayah serta guru-guru di atas kejayaanku mendapat 8A1B dan 1C. Dengan kejayaanku inilah aku mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaranku dalam bidang Pengurusan Perniagaan di salah sebuah IPTA dalam negara. Aku berjaya menjadi mahasiswi UiTM Melaka. 


Begitulah kisah hidupku setakat ini. Aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada guru-guru di kedua-dua sekolah yang pernah menjadi saksi kejayaan ku sebelum ini. Sesungguhnya perjalananku baru bermula. Semoga aku berjaya sampai ke destinasiku suatu hari nanti. Terima kasih tidak terhingga ingin ku ucapkan kepada mama, ayah, keluarga tersayang, guru-guru sekolah rendah, tidak dilupai guru-guru sekolah menengahku, rakan-rakan tercinta, serta segala pihak yang turut secara langsung atau tidak langsung di atas segala kejayaanku sebelum ini. Budi kalian tidak akan pernah aku lupakan. Akan kubawa ia hingga ke akhir hembusan nafasku. Terima kasih.................

8 comments:

Adam Abdillah said...

Alhamdulillah, syukur atas kejayaan saudari, meski dengan susah payah, terima kasih Ya Allah kerana telah memberikannya kekuatan berupa keluarga, guru dan rakan dan yang paling besar adalah kasih dan sayangMU Ya Allah ... Allah menyayangi semua ciptaanNYA, teruskan usaha, itu baru sebahagian perjalanan, insyallah masih ada banyak lagi cabaran dan kejayaan yang akan diharungi dan dikecapi, berhati-hati dalam mengorak langkah seterusnya, mohonlah bimbingan keluarga dan TuhanMU di kala memerlukan, moga berjaya dalam setiap langkamu yang mendatang. Assalamualaikum ...

norhayyu said...

saudara Adam Abdullah terima kasih atas ucapan membina ini. terima kasih kerana sudi mendoakan saya. benar seperti kata saudara saya bersyukur sangat

Adam Abdillah said...

Kalau saudari ada msa terluang, blh cuba tgk blog sya yg x sepertinya .. Adamenulis.blogspot.com ..

Adam Abdillah said...

Kalau saudari ada msa terluang, blh cuba tgk blog sya yg x sepertinya .. Adamenulis.blogspot.com ..

Adam Abdillah said...

Mohon doa saudari juga, sya baru memohon sambung degree di uthm johor utk sesi 2015 ni ...

Adam Abdillah said...

Mohon doa saudari juga, sya baru memohon sambung degree di uthm johor utk sesi 2015 ni ...

Adam Abdillah said...

Kalau saudari ada msa terluang, blh cuba tgk blog sya yg x sepertinya .. Adamenulis.blogspot.com ..

norhayyu said...

insya allah nanti saya akan melawati blog saudara dan saya doakan saudara berjaya dalam pelajaran saudara di uitm nanti... ooo saudara juga mahasiswa uitm ke... kita satu u lh ni saya pun uitm jugak tp saya uitm kampus bandaraya melaka... selamat berjaya ye saudara