ASSALAMUALAIKUM....

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA. SESUNGGUHNYA SEGALA ILMU ADALAH MILIK ALLAH YANG ESA. SAYA HANYA INGIN BERKONGSI SEGALA ILMU YANG SAYA PEROLEH.SELAMAT DATANG KE DUNIA NUKILAN SAYA

Tuesday, March 1, 2011

Syoknya Jadi Perempuan

Pada 26 Februari 2011 satu diskusi telah dianjurkan oleh kolejku iaitu Kolej Tun Putih. Diskusi itu bertajuk 'Syoknya Jadi Perempuan'. Diskusi ini telah dihadiri oleh semua mahasiswi yang menetap di Kolej Tun Putih,Tun Merah, Dang Anum serta Dang Merdu Wati.

Sememangnya kaum Hawa adalah kaum yang istimewa. Kita diuju dengan pelbagai kesulitan yang menandakan bahawa kita adlah hamba yang dikasihi oleh Allah s.w.t.. Tidak dinafikan sememangnya kaum Hawa adalah kaum yang kuat dalam menempuhi segala kepayahan yang menimpa diri. Islam telah mengangkat martabat kaum Hawa dan menempatkan wanita dikedudukan yang tinggi. Jika kita mengkaji sejarah pada zaman jahilliyah wanita diperlukan seolah-olah mereka terlalu hina sehingga bayi perempuan akan ditanam hidup-hidup tetapi apabila Islam muncul Rasulullah telah meletakkan wanita di kedudukan yang paling tinggi.

Kini kaum wanita mampu melakukan segala yang dilakukan oleh kaum lelaki. Namun begitu wahai wanita jangan pernah engkau menjangka dirimu boleh menderhaka kepada suamimu walaupun engkau lagi hebat daripadanya. Ingatlah wahai wanita syurga mu tetap dengan kepatuhanmu kepada suami mu. Jadilah seperti Khadijah walaupun lebih berkemampuan dan berharta berbanding suaminya, Muhammad namun tetap juga beliau menghormati serta mematuhi permintaan suami tercinta. Wanita sebegini tetap mekar di hati suaminya walaupun telah kembali menghadap Ilahi. Tidak mustahil sekiranya kita mematuhi dan menjaga keperluan suami serta berusaha menjadi isteri serta ibu solehah pasti kita akan sentiasa mekar di hati mereka walaupun kita tiada lagi di dunia ini....Insya Allah

No comments: