ASSALAMUALAIKUM....

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA. SESUNGGUHNYA SEGALA ILMU ADALAH MILIK ALLAH YANG ESA. SAYA HANYA INGIN BERKONGSI SEGALA ILMU YANG SAYA PEROLEH.SELAMAT DATANG KE DUNIA NUKILAN SAYA

Thursday, December 8, 2011

Guru Yang Berjasa

Guru! Cikgu! Teacher! Ustaz/ Ustazah! Madam, Sir, Miss! Lecturer! Atau sesiapa yang mengajar atau memberi tunjuk ajar. Teringat diri ini kepada sebuah sajak yang antara isinya,

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Begitulah tingginya jasa seorang insan yang bergelar guru. Sesungguhnya tidak terbalas jasamu guru walau segunung emas kuberikan mahupun selautan intan kuhadiah namun jasamu tetap tidak dapat kubalas semuanya. Tanpa mu GURU agaknya siapalah kami hari ini. Dimanakah agaknya kami berada saat ini? Mampukah kami berbangga dengan diri kami seperti hari ini jika Kau tidak hadir dalam hidup kami dahulu. 

Wahai GURU-GURU yang berjasa, terima kasih kerana pernah hadir dalam hidupku ini. Terima kasih kerana pernah bersabar dengan kerenah serta kenakalan ku dulu. Terima kasih kerana tidak pernah jemu atau lelah dalam mendidikku sehingga aku menjadi insan yang berguna hari ini. Terima kasih kerana sering menasihatiku dulu. Kini dengan nasihat dan tunjuk ajarmu, alhamdulillah ku mampu berdiri di atas kakiku sendiri. 

GURU setiap amarah, kata azimat dan nasihatmu masih terpahat kukuh di dasar sanubariku. Walau bertahun telah ku tinggalkan dirimu namun masih terngiang-ngiang suaramu memarahi serta menegur setiap kesalahan diriku ini. Masih terdengar juga pujian yang kau lemparkan setiap kali diri ini mendapat kejayaan. Masih terasa usapan mesramu setiap kali diri menempah kejayaan. Masih terbayang terbayang diruang mata bagaimana kelopak matamu menitiskan air mata setiap kali kuberjaya memperoleh kejayaan dalam bidang yang kuceburi sama ada dalam bidang akademik mahupun bidang lain. 

Sesungguhnya aku amat merindui belaian kasihMu, wahai GURUku. Ku masih ingin ditegur malah dimarahi oleh mu guru. ku masih ingin didenda mahu pun dipukul olehmu setiap kali ku melakukan kesalahan. Kini segala yang kulakukan tiada siapa yang akan tegur. Ku rindu belaian kasihMu. Kurindu keperihatinanMu. Namun ku tahu ramai lagi yang ingin merasai kasih sayang dariMu.

GURUku teruskanlah usahaMu menabur jasa bakti kepada anak bangsa yang ingin berjaya suatu hari nanti agar nanti mereka juga akan mengenangiMu seperti aku yang sentiasa terkenang akan diriMu. GURU terima kasih tak terhingga kuucapkan. Semoga jasaMu akan sentiasa dikenang oleh seluruh manusia. Kerana GURU ENGKAULAH JAMBATAN ILMU... TERIMA KASIH CIKGU