"Eh
pulangkanlah. Itu anak patung Nani. Ee... jahatlah abang ni. Pulangkanlah
balik..." kanak-kanak perempuan itu menangis apabila seorang kanak-kanak
lelaki mengambil anak patungnya. Aku hanya mampu tersenyum melihat telatah
mereka. Aku pun bangun dari tempat aku duduk lalu aku menghampiri si kecil yang
comel yang sedang menangis itu. "Adik! Kenapa ni? Kenapa nangis? Cuba
cerita dekat akak." pujukku sambil mengusap kepalanya dengan lembut persis
seorang ibu sedang memujuk anak kecilnya. "Abang Amal ambik Nani punya
anak patung. Nani nak anak patung Nani." adu si kecil itu. Rupa-rupanya
budak lelaki yang mengambil anak patungnya tadi adalah abangnya sendiri.
"Amal! Sini sekejap." panggilku. Kanak-kanak lelaki itu berlari menghampiriku.
"Amal budak lelakikan? Mana boleh main anak patung." pujukku lembut.
Si kecil itu sekadar memandangku sambil mengangguk-angguk kepalanya. Comel
sekali. Benarlah kata orang zaman kanak-kanak adalah zaman menyeronokkan.
"Amal abangkan. Seorang abang mana boleh buat adik dia nangis. Amal sayang
adik tak?" Amal mengangguk laju. Masakan seorang abang tidak menyayangi
adiknya sendiri. Seolah-olah memahami tujuan aku menasihatinya, Amal lalu
memulangkan anak patung adiknya itu kepada adiknya, lalu dipujuk adiknya agar
berhenti menangis. "Ha macam inilah. Okey sekarang dah lewat petang. Jom
akak bawa kamu berdua pulang ke rumah. Mesti mak dan ayah kamu risau akan kamu
berdua." kataku lagi. "Alah mama dengan papa tak pernah risau. Mereka
selalu balik lambat. Selalunya kitorang mesti dah tidur. Tapi kami tak boleh
balik lambat nanti Abang Am marah," kata Amal sambil menunjukkan aku rumah
mereka.
Wah!
Anak orang kaya rupanya Si kecil dua orang ni. 'Hmm sunyi je rumah ni. Tak
macam rumahku di kampung. Kalau di kampung waktu petang begini dah riuh dengan
suara adik-adikku sedang berebut nak mandi. Seronok sangat.' "Akak ..... Akak
...." panggil Amal sambil menggongcang tanganku yang memimpinnya.
"Ya. Kenapa? Hmm,,, Oklah akak nak balik dulu... Nanti kita jumpa lagi,"
kataku sambil mencium dahi kedua-dua kanak-kanak itu. Tiba-tiba hatiku teringat
adik-adikku di kampung. Ya Allah rindunya pada mereka. "Ok... bye akak...
Jumpa lagi..." ucap Amal sambil memimpin tangan adiknya dan berlari-lari
anak memasuki rumah mereka. Ketika aku baru nak melangkah pergi, Nani
menghampiriku. Aku menundukkan badanku agar ketinggianku sama dengan si kecil
ini. "Akak... nanti kita jumpe kat taman esok eh... Nani sukalah dengan
akak. Nani nak main dengan akak esok... boleh tak?" ucapnya sedikit pelat
tapi sangat petah. "Boleh sayang. Esok tunggu akak dekat taman ya."
Nani lalu mencium pipiku dengan manja dan masuk ke rumahnya semula.
"Assalamualaikum...."
"Waalaikumusalam... Eh Tuan Muda dah balik." ujar Mak Munah sambil
membuka pintu untuk anak majikannya, Tengku Ilham Azhar. Ilham lantas mencium
tangan Mak Munah. Walaupun wanita itu hanya seorang pembantu namun wanita
inilah yang telah membesarkannya dan kini wanita ini juga yang menjaga kedua-dua
adiknya. "Hmm.. Mak, Mama dengan papa belum balik lagi ye?" ujarnya
lembut. "Belum lagi Tuan." "Alah Mak ni, berapa kali Am cakap
jangan panggil Tuan panggil je Am. Am kan anak Mak ." kata Tengku Ilham
yang lebih mesra dipanggil Am di rumahnya. "Baiklah Am. Mak saja nak usik
kamu." "Hmm... adik-adik mana Mak? Sunyi je. Dah tidur ke. Selalunye
diorang tunggu Am dulu. Nak suruh Am berceritalah," ujarnya apabila
menyedari adik-adiknya tidak menunggunya hari ini. "Hmm hari ni awal-awal
lagi diorang dah masuk tidur. Kata mereka esok nak jumpa akak. Akak mana mak
tak tau pulak," terang Mak Munah. Tahu sangat perangai Tengku Ilham yang
terlalu mengambil berat pasal kedua-dua adiknya itu. "Hmm takpelah Mak, Am
naik ke bilik dulu. Am nak mandi, solat kemudian nak tengok adik-adik."
"Am tak nak makan. Mak boleh panaskan." "Tak mengapalah Mak. Mak
pergilah masuk tidur. Hari pun dah lewat malam. Mama dengan Papa entah balik
entah tidak tu. Selamat malam Mak" ucap Tengku Ilham sambil berlalu menuju
ke biliknya. 'Kesian anak-anak majikanku ini. Ada mama dengan papa macam tiada.
Hmm kesian Am dari kecil hidup sendirian. Nasib baik kini dia ada tempat
bermanja, si comel kembar dua orang, Amal dengan Nani.
"Ya
Allah kau ampunilah segala dosaku. Ya Allah, jadikanlah aku anak yang soleh
yang dapat membimbing kedua-dua adik kesayanganku. Ya Allah, ampunilah dosa
Mama dengan Papa. Bukakanlah hati mereka agar kembali ke jalanMu Ya
Allah." ucap Tengku Ilham Azhar setelah selesai menunaikan kewajipannya.
Alhamdulillah walaupun dia dibesarkan dalam keluarga yang mewah namun dia tidak
lupa tugasnya sebagai umat Islam. Berkat usaha didikan Mak Munah dengan
suaminya Pak Majid dia menjadi seorang pemuda yang tidak pernah melupakan
tanggungjawabnya kepada Tuhan Yang Esa. Kini dia pula akan mendidik kedua-dua
adik kesayangannya.
Tengku
Ilham memasuki ke dalam bilik adik kembarnya yang berlainan jantina. Kelihatan
kedua-dua mereka sedang nyenyak tidur sambil tersenyum. 'Apalah yang mereka
mimpikan sampai tersenyum. Maafkan Abang Am dik. Dua tiga hari ni abang banyak
kerja sampai abang tiada masa untuk kamu berdua.' Tugasnya sebagai Pengarah Urusan di syarikat papanya, Mutiara Holdings
menyebabkan dia selalu pulang ke rumah lewat. Selalunya adik kembarnya, Tengku
Izham Akmal dan Tengku Syaznani Natasya yang baru berumur 7 tahun itu menanti
kepulangannya sebelum mereka tidur. 'Mungkin mereka penat sangat hari ni.
Lagipun aku pulang lewat hari ni. Oklah sayang tidur lah. Esok kita berborak.
Selamat malam adik-adikku.' ucap Ilham sambil melangkah keluar dari bilik
adik-adiknya itu. Ketika Ilham baru ingin menuju ke biliknya kelihatan Tengku
Murshid dengan Tengku Nadhirah baru pulang. Mereka kelihatan sedang mabuk.
'Astaghfirullah hal a'zim, Ya Allah bilalah agaknya Mama dengan Papa nak
berubah.' Ilham bimbang dirinya akan menjadi kurang ajar lalu dia pun berlalu
masuk ke dalam biliknya.
"Abang
Am... Abang Am.... Bangunlah. Mak panggil sarapan... Cepatlah abang."
teriak Nani dari luar bilik Ilham. 'Ya Dik. Abang dah bangun. Kejap eh
lagi 10 minit abang turun..." sahut Ilham kerana dia tahu selagi dia tidak
menyahut seruan adiknya yang seorang ini alamatnya si kecil itu akan berkampung
di hadapan pintu biliknya sehingga dia keluar. Kalau senyap takpe tapi dia
asyik berceloteh macam nenek tua. Oleh kerana itulah abang kembarnya menggelarkannya
nenek kebayan... tetapi keriuhan mereka berdualah yang memeriahkan suasana pagi
di banglo yang tersergam indah di atas bukit ini.
"Eh
apa yang dibualkan oleh adik-adik abang ni. Dari atas dah kedengaran riuhnya...
Tak nak cerita dengan abang ke. Mama dengan papa mana?" tanya Ilham
apabila menyedari kerusi mama dengan papa masih kosong. "Alah abang ni,
mama ngan papa mana ada sarapan. Abang Am nak tahu tak petang ini adik dengan
abang Amal nak berjumpa akak cantik. Abang Am nak ikut?" kata si Nani sambil
menyuakan roti ke mulutnya. "Akak mana ni Amal? Baik-baik tau sekarang
punya masa tak boleh percaya dengan orang yang kita tak kenal." nasihat
Ilham kepada Tengku Izham Akmal yang lebih manja dipanggil Amal. "Hmm akak
tu baik abang. Dia hantar kitorang
sampai rumah semalam sebab dia takut kitorang diapa-apakan. Nanti Amal kenalkan
dekat abang eh..." janji Akmal "Hmm jangan main jauh-jauh tau. Hujung
minggu ni kita pergi jalan-jalan nak tak.
Kita pergi makan KFC." provok Ilham. "Nak....nak...nak" ujar
kedua-duanya serentak... “Ok lagi dua hari kita pergi jalan-jalan. Hari ni kan sudah
hari Jumaat. Hmm mak hari ni Am tak balik makan malam tau mungkin Am balik lambat
sikit. Am pergi makan dengan kawan-kawan lama. Kawan masa belajar dekat Mesir
dulu." terang Ilham agar Mak Munah tidak risau jika dia pulang lewat
nanti. "Oklah Adik-adik abang.. jangan nakal-nakal. Nani dengan Amal belajar
rajin-rajin dekat sekolah nanti tau... Malam ini jangan tunggu abang. Esok kita
berbual lama-lama. Abang tak kerja esok. Kita pergi kedai buku. Baiklah abang pergi
kerja dulu." nasihat Ilham sambil mengusap kepala adik kembarnya yang
comel itu.
“Assalamualaikum...
Eh awalnya Aisyah datang hari ni." ujak Marina Mellissa, tuan empunya
kedai buku tempatku bekerja ini. "Hmm Waalaikumusalam. Hari ini kan hari
Sabtu. Aisyah tak kerja tu yang datang awal tu."
Ilham
sedang melayan kerenah adik-adiknya. "Abang nak pergi mana lagi ni?"
tanya Tengku Izham Akmal. "Hmm Amal dengan Nani nak pergi makan ke nak pergi
kedai buku dulu?" tanya Tengku Ilham. Sememangnya setiap kali keluar
dengan adik-adiknya pasti keinginan mereka didahulukannya. Dia tak nak
adik-adiknya itu merasa kesunyian seperti mana yang dirasainya ketika kecil
dulu. Jadi kini dia ingin memberi sepenuh perhatian kepada mereka walaupun
mereka sepertinya teringin dibelai dan dimanja oleh kedua ibu bapa. Namun apa
boleh buat Mama dengan Papa terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk anak-anak.
"Hmm Nani nak pergi kedai buku. Nak beli buku boleh tak Abang Am?"
pujuk Tengku Syaznani. "Boleh sayang. Jom dekat depan tu ada kedai buku
yang besar. Nani dengan Amal boleh pilih berapa banyak buku yang kamu suka.
ok." ujar Ilham. Sememngnya dia memberitahu adik-adiknya bahawa buku
adalah gudang ilmu. Jadi dia tidak kisah berhabis duit asal adik-adiknya minat
mmbaca. Dia sendiri mempunyai perpustakaan mini di dalam biliknya.
"Aisyah
tengok tu. Hensomenya." ujar Anita, teman sekerjanya di bookstore ini.
"Hish awak ni. Tak elok melihat sekeliling dengan pandangan nafsu. Berdosa
tau. Itu merupakan zina mata."
nasihatku. "Alah saya cuma mengagumi ciptaan tuhan. Tapi dia dah berkahwin.
Tu dia sedang memimpin dua orang budak kecil. Comel-comel Aisyah. Awak tukan
mana boleh lihat budak comel." ujar Anita menyedari ketelanjurannya. Aku
tidak mengangkat wajahku. Aku terus tunduk melihat skrin komputer dihadapanku.
Aku ingin menjaga pandanganku. Aku bimbang aku terjebak dalam zina mata. Itulah
yang sering dipesan oleh ayahku di kampung, "Siti Aisyah Khadijah, kamu
haruslah menundukkan pandanganmu ya nak. Di Kuala Lumpur itu banyak
kemaksiatan. Pandai-pandailah kamu menjaga dirimu. Ingatlah Aisyah nama kamu, ayah dengan ummi pilih sempena nama 2 tokoh
wanita Islam yang agung, iaitu Siti Aisyah dan Siti Khadijah. Contohilah mereka
anakku." itulah pesan ayahku, Haji Abdul Khalid. "Saudari,
assalamualaikum... Saudari..." panggil pemuda itu penuh sopan. Anita yang
disebelahku tersenyum sambil menepuk bahuku. "Eh... minta maaf saudara…
Waalaikumusalam…" ujarku kekalutan. Tengku Ilham Azhar hanya tersenyum. 'Cantiknya
wajah wanita ini. Terjelas keayuannya lebih-lebih lagi ketika wajahnya kemerahan
seperti sekarang ini. Astaghfirullah hal a'zim. Ya Allah maafkanlah hamba Mu
ini. Aku terlalai dengan nafsuku Ya Allah.' bisik hati Ilham. "Ya saudara,
boleh saya bantu," ujarku lembut menyembunyikan perasaan kegundahanku. Aku
mengangkat wajahku. 'Ya Allah kacaknya. Mukanya berseri-seri dan bercahaya.'
Tiba-tiba pandangan mata kami bertaut. Aku pantas menyedari kekhilafanku lantas
ku tundukkan wajahku semula. "Sebenarnya saya ingin mencari buku yang
berunsur Islam. Dimana raknya, saudari." ujar Tengku Ilham. "Ohh
baiklah mari saya tunjukkan rak yang saudara cari itu. Silakan." ujarku
ramah. "Terima Kasih."
Ilham
tekun memilih buku-buku yang difikirkan bermanfaat dalam membimbing dirinya
juga adik-adiknya. Setelah puas memilih akhirnya dia membuat keputusan untuk
membeli 20 buah buku yang dilihatnya amat berguna. Dia lalu membawa kesemua
buku-buku yang ingin dibelinya itu ke kaunter untuk dibayar. Setibanya di
kaunter pembayaran dilihatnya kedua-dua adik kembarnya masih belum selesai
memilih buku yang ingin mereka beli. "Amal, Nani dah ke belum? Kalau dah,
bawa ke sini."ujar Ilham
Amal,
Nani. itu bukan ke nama kanak-kanak yang aku jumpa di taman hari tu. Kesian
mereka. Hari tu aku tidak dapat berjumpa dengan mereka kerana aku ada
perjumpaan dengan rakan-rakan seuniversiti ketika aku di Mesir 3 tahun yang
lalu. Agaknya mesti lama mereka tunggu aku.
"Hmm
Dah pilih ke... Wah banyaknya buku Nani beli.... Ni pastikan baca tau."
ujar pemuda itu lembut. 'Wah ada ciri-ciri bapa yang penyayang' bisik hatiku.
"Abang Am, Nak tengok akak tu kira." rengek Nani manja. "Hish
ngada-ngadalah adik ni. Adik kan dah besar kesian Abang Am tau," ujar si
Amal pula. ‘Oh abang rupanya ingatkan ayah budak-budak ni tadi.' "Takpelah Amal. Hmm Nani mari abang
dukung," ujar pemuda dihadapanku ini lembut. Aku meneruskan kerjaku tanpa
memandang pemuda dihadapanku ini. "Ehhhh. Akak kan Akak yang Nani jumpa
dekat taman tukan. Masa Abang Amal ambik anak patung Nani." ujar si comel
Nani keriangan. Aku lantas melihat ke arah Nani. "Betullah tu... Akak
minta maaf ye akak tak datang hari tu." ujarku sambil tersenyum. "Hmm…
Penat tau Nani tunggu akak kat taman hari tu. Abang Amal pun ada." rajuk gadis
comel di hadapan ku ini. "Maaflah sayang akak ada perjumpaan pula malam
tu. Akak tidak dapat nak elak. Nanti akak belikan barbie tanda minta maaf. Untuk
amal pula akak belikan.... Hmmm Amal nak apa?" tanyaku pada Amal yang
sedang berdiri di sebelah abangnya itu. Abang mereka pula seakan tertanya-tanya
bagaimana adik-adiknya boleh mengenaliku. Namun persoalannya dibiarkan begitu
sahaja. "Amal nak kereta kontrol. boleh tak?" Habis… Dekat mana aku nak
beli kereta kontrol yang murah ni. Berkerut-kerut dahiku memikirkan keadaanku
ini. "Eh saudari tak perlulah beli barang untuk adik-adik saya. Hish
Abang, Adik, tak baik mintak barang kat orang tau... Kan abang selalu
nasihatkan kita hendaklah selalu memaafkan kesilapan orang lain. Jangan pernah
meminta ganti rugi. Tak elok." ujar pemuda itu menasihati adik-adiknya.
Kedua-dua adiknya itu mengangguk-anggukkan kepala tanda memahami kesilapan
mereka. "Hmm saudari, saya minta maaf jika adik-adik saya mengganggu
saudari sebelum ini." "Eh tidak. Mereka tak pernah mengganggu saya
pun bahkan saya seronok melihat telatah mereka. Baiklah harga buku
encik............." "Ilham" "Ok harga buku-buku Encik Ilham
ialah RM450. Encik ada kad ahli. Jika ada, harga kurang dari 20%." "Tak
ada pula. Hmm kalau nak buat kad ahli
berapa ya?" tanya Ilham. "RM 20 sahaja encik" "Baiklah ini
470 untuk buat kad ahli sekali." "Sebentar ya Encik. ..............ok
ini resit pembelian dan ini kad ahli Encik. Jika berkesempatan datanglah lagi
ke sini." ujarku. "Baiklah Terima kasih Cik.........?"
"Aisyah" "ok terima kasih cik Aisyah. Kami minta diri dulu.
Assalamualaikum. Jom dik kita pergi makan."
Mereka pun bergerak keluar sambil kedua-dua kanak-kanak comel itu memandangku
smbil melambai-lambaikan tangan mereka… “Nanti kita jumpa dekat taman ya kak”
jerit Nani sambil tersenyum manja. “Insya Allah”
“Ok
sekarang adik-adik abang mesti cerita dekat abang macam kamu boleh kenal akak
dekat kedai buku tadi?” gesa Tengku Ilham Azhar. Tengku Syaznani Natasya dan Tengku
Izham Akmal pun bercerita tentang perkenalan mereka dengan Aisyah. Tengku Ilham
Azhar mendengar segala bicara adik-adiknya.
Kemudian
mereka pun menikmati makanan dengan selera dan gembira. Tiba-tiba Ilham
terlihat kelibat ayahnya, Tengku Mursyid dengan seseorang. Pada pemerhatian Ilham
mereka seperti ada hubungan yang rapat kerana cara mereka berjalan seperti
sepasang kekasih yang sedang bercinta. ‘Astaghfirullahal a’ azim. Ya Allah
selamatkanlah rumahtangga ibu dan ayahku.’ Doa ikram di dalam hati. “Abang
kenapa ni? Amal tengok abang macam terkejut sahaja. Abang nampak sesuatu ke?”
Tanya Akmal prihatin. “Tidak ada apa-apa. Hmm cepat makan. Lepas ini kita ke
masjid untuk solat Asar ya. Selepas itu kita pergi taman permainan nak tak?” “Nak…nak…nak…”:ucap
kedua-duanya girang. Hilang segala masalah Ilham melihat telatah manja
adik-adiknya itu. Hari itu mereka bergembira sepuas-puasnya.
Setelah
menikmati makan malam di salah sebuah restoran di Kuala Lumpur barulah
ketiga-tiga beradik itu pulang ke rumah mereka. Sepanjang perjalanan pulang si
kembar tertidur. Tersenyum Ilham melihat wajah keletihan adik-adiknya namun masih
terdapat sinar kegembiraan di wajah Nani dan Akmal. Setibanya mereka di rumah
kelihatan Mak Munah setia menanti kepulangan mereka namun begitu kelibat mama
dan papa tidak juga kelihatan. Fahamlah Ilham bahawa keduanya belum pulang
lagi. Ilham lalu mendukung adik-adiknya ke bilik mereka.
“Am
dah makan. Kalau belum biar mak hidangkan.” “Tak payahlah mak. Am dah makan
dengan adik-adik tadi. Mak kenapa tak tidur lagi? Hmm mak lain kali tak payahlah
tunggu Am. Kesian mak. Mak mesti penatkan. Mak tidurlah dulu. Ni mak dah makan
ke?” tanya Tengku Ilham kerisauan. “Belum lagi nak. Mak ingat nak tunggu kamu
semua makan dulu.” “Hmm kalau macam tu,
jom Am teman mak makan. Esok pun Am tak kerja. Am duduk rumah saja. Boleh
borak-borak dengan mak.” ujar Ilham manja. Sesungguhnya Ilham sering
mengimpikan satu hari di mana Mamalah insan yang menunggunya pulang dan dia
teringin Mama menyuapnya makan. Dia ingin dimanjakan oleh Mama seperti Mak Munah
memanjakan dirinya. Itulah harapan Ilham dari dulu lagi.
Keesokan
harinya selepas solat subuh Tengku Ilham membantu Mak Munah membersihkan rumah.
“Mak, Mama dengan Papa ada kat rumah ya? Itu kereta Papa ada di garaj tu,”
tanya Nani manja. “Ya sayang, Mama dengan Papa ada dekat dalam bilik.”
Tiba-tiba………..
“U, baik
U beritahu I siapa perempuan dalam gambar ni. U beritahu cepat. Selama ni I
dengar dari kawan-kawan tentang perangai U tapi I tak percaya. Sekarang ni baik
U mengaku siapa betina tu.” Jerit tengku Nadhirah menyebabkan perbualan Nani
dan Mak Munah terhenti. Ketika itu semua yang berada di taman mini yang terdapat
di halaman rumah banglo itu sunyi apabila semuanya ingin mendengar
pertelingkahan Tengku Mursyid dengan Tengku Nadhirah. “Kenapa yang U sibuk?
Suka hati I lah. I lelaki I boleh kahwin empat. Islam benarkan lelaki kahwin
empat. Yang U nak bising-bising ni kenapa?” tengking Tengku Mursyid pula. “Ooo,
sekarang baru U cakap pasal agama. Yang U tu tak solat, tak puasa, minum air
syaitan tu, U tak fikir pulak pasal tuntutan Islam.” marah Tengku Nadhirah lagi.
“Baik kalau U nak tahu sanagt perempuan tu Marsya, kekasih I dan tak lama lagi
kami akan berkahwin. Dia bakal jadi madu U. U puas hati.” “Sampai hati U buat I
mcm ni. Apa kurang I? Kenapa U cari perempuan lain?” tangis Tengku Nadhirah
apabila mendengar penjelasan suaminya itu. “Sebab I dah bosan dengan U. I rasa
tidak salah I nak kahwin lagi. Lagipun I mampu. Kalau U tak nak dimadukan I
sanggup ceraikan U.” ujar Tengku Mursyid tegas. Bertambah kuat tangisan Tengku
Nadhirah mendengar ketegasan suaminya. “Sampai hati U. I sanggup tinggalkan
agama I dulu, I sanggup peluk Islam. Keluarga I halau I dan buang I dari hidup
mereka. I sanggup tinggalkan mereka kerana U, tapi ini balasan U di atas segala
pengorbanan I. U memang lelaki yang tidak berguna. I benci U. I tidak sanggup terima
perempuan itu sebagai keluarga kita. Kalau U dah tidak sayangkan I, ceraikan I.
ceraikan I………….” jerit Tengku Nadhirah.
Di
ruang tamu itu hanya kedengaran tangisan Tengku Nadhirah. Tengku Syaznani
ketakutan dan menangis dalam pelukan Mak Munah. Tengku Akmal pula telah membawa
diri ke belakang rumah dengan ditemani Pak Majid. Tinggal Tengku Ilham melawan kesedihan di hati seorang diri
mendengar pertelagahan kedua ibu bapanya. Tanpa mereka sedari di luar pagar
rumah, Siti Aisyah Khadijah terdengar pertelingkahan keluarga itu. Tujuannya
yang sebenar adalah ingin berjumpa kedua-dua beradik yang comel itu dan membawa
mereka bersiar-siar di taman untuk kali yang terakhir sebelum dia pulang ke
kampung tetapi belumpun sempat dia memberi salam dia terdengar teriakan Tengku
Nadhirah. Tiba-tiba dia terpandang wajah Ilham yang sedang tunduk memandang
bumi. ‘Kesiannya dia. Ya Allah kuatkanlah hatinya agar dia tabah untuk
kedua-dua adiknya,’ rayu hati aisyah.
“Baiklah
kalau itu yang U mahukan. Hari ini, saat ini, dan pada detik ini, I Tengku Mursyid
ceraikan U, Tengku Nadhirah dengan talak 3. U puas hati.” ujar Tengku Mursyid
sambil berlalu untuk mengemas pakaiannya untuk dibawa keluar dari rumah itu.
Semakin kuat teriakan Tengku Nadhirah kerana kini dirinya telah mnjadi janda.
Tidak lama kemudian Tengku Mursyid turun dari biliknya sambil membawa 2 beg
pakaian yang besar. “Nadhirah, I serahkan rumah ini, kereta kepada U. U tak
perlu bimbang U masih ada tempat untuk berteduh. I juga tidak akan mengambil hak
penjagaan anak-anak kita. U jagalah mereka. I akan tunaikan tanggungjawab I sebagai
papa mereka. Segala perbelanjaan anak-anak akan I masukkan ke dalam akaun
mereka. I juga akan memberi nafkah kepada U. U jangan bimbang U masih ada share
dalam syarikat. Biar I mulakan hidup I dengan Marsya. I percaya U pun akan
jumpa seseorang yang akan membahagiakan U tapi bila sampai suatu masa U
berkahwin lagi maka segala harta yang I bagi dekat U akan menjadi milik
anak-anak kita. U mesti keluar dari rumah ini saat U berkahwin lagi. Ingat I
akan sentiasa awasi rumah ini.” Jelas Tengku Mursyid tegas. Kemudian dia pun
keluar.
Di
saat Tengku Mursyid keluar menuju ke kereta, Nani dan Akmal berlari
mendapatkannya. “Papa.. Papa. Papa nak ke mana? Kenapa Papa gaduh dengan Mama?”
tanya Nani dengan suara seraknya. Tengku Mursyid membongkokkan dirinya agar
ketinggiannya sama dengan puteri tunggalnya itu. “Sayang papa nak ke rumah
lain. Papa tidak boleh duduk sini lagi.” “Kenapa pulak Papa? Papa dah tak
sayang Amal dengan Nani ke? Janganlah pergi Papa” rayu Tengku Akmal pula. “Tidak
boleh sayang. Nanti setiap hujung minggu Papa datang ya. Papa kena pergi dulu,”
ujar Tengku Mursyid sambil memeluk kedua-dua anak kembarnya itu. Kemudian
matanya terarah kepada putera sulungnya yang berdiri membelakangkan wajahnya
ketika itu. “Am, maafkan Papa.” ujar Tengku Mursyid kerana dia tahu anak
sulungnya ini lebih gemar memendam dari meluahkan isi hatinya.
Setelah
itu Tengku Mursyid pun berlalu pergi. Nani menangis kesedihan lalu Mak Munah
yang berada tidak jauh dari tempat Nani dan Akmal berdiri menghampiri kedua
kembar itu lalu memujuk mereka dan membawa kedua-duanya masuk ke dalam rumah.
Walaupun Tengku Syaznani dan Tengku Akmal masih kecil namun mereka mengerti
bahawa kehidupan keluarga mereka akan bertambah keruh selepas ini. Tengku Ilham
masih berdiri kaku tanpa berganjak. Tidak lama kemudian, Tengku Nadhirah pula
keluar ingin menenangkan dirinya.
Ilham
terduduk setelah hanya tinggal dirinya seorang di taman itu. Dia tidak
menyedari bahawa dirinya sedang diperhatikan. “Ya Allah, apakah dosaku Ya
Allah? Kenapa hidup keluargaku bertambah keruh? Kenapa engkau mengujiku begini?
Aku tidak kuiat Ya Allah. Mama, Papa kenapa kalian buat keputusan melulu.
Kenapa mama… papa… tidak pernah fikir perasaan kami.” luah Ilham dengan suara
perlahan tapi Siti Aisyah masih mampu mendengar luahan hati pemuda itu. Dia
melihat tubuh pemuda itu terhenjut-henjut seperti sedang menangis.
Setelah
seminggu peristiwa perceraian Tengku Mursyid demgan Tengku Nadhirah, Tengku
Nadhirah kembali aktif seperti tiada apa yang berlaku dalam hidupnya. Dia
kembali sibuk dengan aktivitinya. Namun peristiwa itu mengubah diri Tengku Akmal
dengan Tengku Syaznani. Kedua-duanya tidak lagi ceria seperti sebelumnya.
Begitu juga dengan Tengku Ilham Azhar yang kini kembali menjadi seorang yang
pendiam.
“Abang,
risau Nah tengok budak-budak tu bang. Peristiwa itu benar-benar merubah perangai
Amal dengan Nani. Mereka dah tak ceria lagi. Nak tengok senyuman mereka pun
susah bang. Am lagilah dia dah jadi diri dia yang dulu bang. Cuma lagi teruk
sekarang ni. Apa kita nak buat ni bang. Kesian mereka bang. Tengku Nadhirah
pula selalu balik lewat malam. Kadang-kadang tu dia tidak balik berhari-hari. “
ucap Mak Munah kepada suaminya, Pak Majid.
“Entahlah
Nah. Tengku Mursyid juga dah hilang entah ke mana. Dengar cerita orang dia dah
keluar negara dengan isteri barunya. Kata mereka dia ingin buka syarikat di
sana. Nah nak tau tak semalam semasa abang nak pergi jemput Nani dengan Amal,
abang terlihat Tengku Nadhirah dengan seorang lelaki mat salleh. Mereka macam
rapat sangat. Tak taulah apa nasib budak-budak itu nanti.” cerita Pak Majid.
Tiga
bulan kemudian……..
“Am,
Mama ada hal nak bincang dengan Am. Am sibuk tak” tanya Tengku Nadhirah pada
satu malam ketika Ilham sedang membaca di dalam biliknya. Tengku Ilham Azhar
terkejut kerana Tengku Nadhirah tidak pernah memasuki biliknya untuk berbual.
‘Mama mesti nak beritahu hal penting ni. Kalau tidak takkanlah Mama masuk
bilikku ni.’ Bisik hati Tengku Ilham. “Masuklah Mama. Mama nak cakap apa? Am
tidak sibuk pun. Saja membaca sebelum tidur. Kenapa Mama.” tanya Ilham lembut.
Walaupun dia terasa dengan Mamanya kerana tidak pernah memberi kasih sayang
kepadanya namun dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Walaubagaimana sikap Mama kepadanya,
Tengku Ilham tetap sayang dan hormat Mamanya itu.
“Sebenarnya
Am, Mama hendak berkahwin,” ujar Tengku Nadhirah perlahan. “Alhamdulillah Mama.
Mama perlu berbahagia juga. Bila mama akan berkahwin?” tanya Ilham perlahan. “Mungkin
hujung minggu ni. Tapi Mama nikah je. Tapi….” “Kenapa ni mama?” “Mama tidak akan
duduk dalam rumah ni lagi selepas Mama berkahwin nanti.” “Kenapa pula Mama? Mama
pun hendak tinggal kami ke?” tanya Ilham perlaham.
‘Sabarlah
wahai hati. Janganlah kau menangis wahai mata’ rintih hati Tengku Ilham. “Am
mesti masih ingat pada hari Papa ceraikan Mama. Am ingat tak Papa pernah cakap
kalau Mama berkahwin lagi segala kekayaan yang Papa beri harus pulangkan kepada
Am dan adik-adik. Sekarang Mama akan pergi sayang. Tapi ini bukan bermakna Mama
tak sayangkan kamu.” pujuk Tengku Nadhirah. “Adik-adik macam mana Mama? Tolong
fikirkan perasaan Nani dengan Amal yang masih kecil tu Mama. Mereka perlukan
Mama. Mereka sudah kehilangan Papa, kini Mama pula nak tinggalkan mereka.
Sampai hati Mama,” perlahan dan mendayu suara Tengku Ilham memujuk Mamanya. “Maafkan
Mama sayang. Am tolong jaga adik-adik. Mama akan pergi tanpa mereka sedari, Am.
Tolong Am. Jangan beritahu adik-adik. Mereka tidak akan faham. Mama percaya Am
faham hati Mama kan sayang. Mama janji Mama akan selalu telefon adik-adik dan
melawat adik-adik nanti.” pujuk Tengku Nadhirah.
“Jangan berjanji Mama. Papa pun pernah
berjanji benda yang sama sebelum tinggalkan rumah ini tapi tidak pernah kembali
walau sekali. Takpelah Mama. Mama pergilah cari kebahagiaan Mama. Mungkin kami
ni tidak penting dalam hidup Mama. Am akan selalu doakan kebahagiaan Mama
dengan Papa. Mungkin setelah Mama pergi nanti kamai tidak lagi ada di rumah
ini. Rumah ini banyak memberi kenangan dalam hidup kami. Seperti Mama dan Papa
pergi mencari kebahagiaan maka Am juga akan bawa adik-adik cari kebahagian untuk
hidup kami. Walau di manapun Mama dengan Papa berada kami akan sentiasa
kirimkan doa kasih sayang kami kepada kalian. Satu permintaan Am jangan lupakan
kami Mama. Dan kalau boleh sebelum Mama meniggalkan rumah ini berilah sedikit
kasih sayang Mama kepada adik-aadik. Luangkanlah sedikit masa Mama yang berharga
itu kepada mereka. Am dah biasa hidup tanpa Mama dengan Papa tetapi mereka
tidak biasa kerana mereka masih kecil. Berilah mereka peluang itu Mama. Selepas
itu Am tidak halang Mama meninggalkan kami. Itu saja permintaan Am. Oklah Mama,
Am sudah mengantuk. Selamat malam Mama. Sayang Mama,” luah Tengku Ilham Azhar.
Kemudian dia mencium tangan dan pipi Mamanya. Lama mereka berpelukan.
Ya Allah,
kenapa perkara sebegini yang perlu aku tempuhi? Kenapa ibubapaku sanggup
meninggalkan diri kami yang merupakan darah daging mereka? Kenapa Ya Allah. Sampai
hati Mama. Sanggup Mama lebih mementingkan orang lain dari anak yang pernah berada
dalam rahimmu selama sembilan bulan. Mama tidak adakah walau sedikitpun ruang
di hatimu untuk Am dan adik-adik. Papa, kenapa di saat kami memerlukan
bimbinganmu kau pergi tanpa menoleh walau sekali? Apa dosa kami wahai Mama dan
Papa? Dulu aku tidak kisah kalau Mama dan Papa tiada masa untuk diriku tapi
kenapa sekarang kalian sanggup meninggalkan diri ini terkapai-kapai kelemasan
seorang diri. Ya Allah jika ini dugaan yang Kau beri untuk menguji tahap
keimananku, aku terima Ya Allah tapi kurniakanlah aku kekuatan agar aku tidak
lemah demi kedua-dua adik kesayanganku.
Akhirnya
Tengku Ilham tertidur di atas sejadah kesedihannya. Alangkah indah mimpinya.
Didalam mimpi tersebut dia, Tengku Izham Akmal serta Tengku Syaznani Natasya
sedang bergembira berkejaran bersama-sama Mama dan Papa mereka. Tetapi
tiba-tiba bayangan Mama dan Papa seakan bergerak meninggalkan mereka. “Mama...Papa...Mama...Mama...Papa...Papa...”
jerit Ilham.
“Allahu
Akbar, Allahu Akbar….” Ilham tersedar dari tidurnya apabila azan subuh
berkumandang. Ya Allah kenapa mimpiku yang indah mulanya bertukar menjadi mimpi
yang buruk. Ya Allah sesungguhnya Mama dan Papa pergi mencari kebahagiaan
mereka tanpa membawa kami tiga beradik. Ilham bangun lalu menuju ke bilik adik-adik
kembarnya. ‘Sayang-sayang abang, abang tidak akan meninggalkan kamu berdua.
Kamulah kekuatan abang. Abang akan kembalikan senyuman di bibir kamu. Tolonglah
Nani, Amal, bersemangatlah kembali agar abang pun bersemngat semula.
Adik-adikku, kini abang ada untuk kalian, dan kalian ada untuk abang. Cerialah
semula sayang. Tolonglah senyum kembali kerana dengan senyuman kalianlah abang
semakin bersemangat.’
“Abang
Am, bangun, Mama dengan Mak panggil. Abang Am… cepat…abang, abang … bangun
cepat… dah pagi …”jerit Tengku Syaznani sambil mengetuk pintu bilikku. Ya allah
adakah aku sedang bermimpi? “Abang Ammmmmm”
“Ya
sayang abang dah bangun. Nani turun dulu… Nanti lagi 10 minit abang turun”
jerit Ilham perlahan. Nani berlari menuruni tangga. Tidak lama kemudian Tengku
Ilham segak menuruni tangga. Terdengar riuh di ruang dapur dengan hilai tawa
adik-adik kembarnya. Kedengaran juga mereka mengusik Mak Munah yang sememangnya
terkenal dengan perangai melatahnya. Tidak ketinggalan suara Tengku Nadhirah
melayan kedua-dua anaknya itu. Ilham tersenyum kegembiraan melihat keriuhan
yang sudah lama hilang sejak Mama dengan Papanya bercerai 3 bulan yang lepas.
Terima kasih Ya Allah.
“Assalamualaikum…
Wah riuhnya. Hmm adik-adik abang kenapa usik Mak? Kesian Mak? Kan Mak?” sergah Ilham
sambil memeluk belakang Mak Munah. “Oh Mak meletup… mak meletup.. meletup…”
latah Mak Munah sambil berjoget. “Ya Allah, budak bertuah ni.. Terkejut Mak.
Dah makan cepat.” “Hahahhahhahahah” Ilham dan yang lain semua ketawa melihat
telatah Mak Munah. “Am nak kemana ni?” Tanya Tengku Nadhirah setelah keriuhan
tersebut kembali ke keadaan asal. “Ke pejabatlah Mama. Kenapa?” “Hmm...Mama
ingat nak bawa Am dan adik-adik pergi bersiar-siar hari ni. Hari ni kan hari Sabtu,
mana ada pejabat buka. Am ikut Mamalah hari ni boleh tak,”rayu Tengku Nadhirah.
Tengku Ilham memandang Mak Munah seperti meminta pendapat dari insan yang sudah
dianggap seperti ibunya sendiri. Mak Munah menganggukkan kepala. “Yelah Am. Mak
lihat kamu tu tak pernah berehat. Pergilah tenangkan fikiran kamu tu. Janganlah
asyik duduk di pejabat sahaja. Cubalah kelauar jalan-jalan. Ni pergi dating pun
tak nak. Hmm bilalah agaknya Mak dapat lihat anak Mak yang sorang naik pelamin.
Teringin jugak Mak. Tak begitu Tengku?” usik Mak Munah. “Betul jugak tu Kak Nah.umur
dah nak masuk 22 dah tapi belum juga tunjuk tanda yang diri tu dah ada calon
yang sesuai.. Kalau tidak ada, kawan Mama ramai yang ada anak dara. Kalau Am
benarkan boleh je Mama carikan.” usik Tengku Nadhirah pula. “Tak sempat Mama.
Tak sempat. Masa tidak akan kembali dan tidak dapat diubah.” ujar Ilham
perlahan. Terdiam Tengku Nadhirah mendengar kata-kata anak sulungnya itu. “Eh
tak sempat apanya Am?” tanya Mak Munah kehairanan. “Tiada apa-apa Mak. Baiklah
Am ikut Mama hari ni. Mungkin ini kali yang pertama dan yang terakhirkan Mama. Jadi
biarlah kami bergembira hari ini. Mungkin esok perkara yang menyedihkan akan
terjadi. Siapa tahu!” ujar Ilham sambil tersenyum.
“OK.
Anak-anak Mama, kita nak kemana dulu? Am kita nak kemana sayang?” tanya Tengku
Nadhirah setelah mereka tiba di Times Square Shopping Centre. “Am tidak kisah.
Mama tanyalah adik-adik.” “Ok puteri Mama nak kemana? Nak main dulu ke nak
makan dulu?” “Nani nak ke kedai buku dulu boleh tak Mama? Nani nak jumpa akak
cantik” “Amal pun sama.” sokong Amal. “Kedai buku? Kedai buku yang mana,
sayang?” tanya Tengku Nadhirah kehairanan. “Hmm takpe, jom kami tunjuk….. Haa
kedai buku inilah. Jom mama,” Tengku Syaznani dan Tengku Akmal terus ke kaunter
pembayaran untuk mencari Siti Aisyah. “Akak, nak tumpang tanya?” tegur Tengku Akmal
kepada penjaga kaunter itu. “Ya adik. Nak tanya apa?” sahut gadis itu sambil
tersenyum manis melayan kerenah kedua-dua kanak-kanak cilik tersebut. “Akak
yang cantik pakai tudung yang kerja kat sini dulu ada lagi tak. Nak jumpa akak
tu.” tanya Tengku Syaznani. “Akak cantik? Akak yang mana, ya adik? Nama dia
siapa?” Tengku Syaznani dan Tengku Akmal berpandangan kerana mereka tidak tahu
nama kakak yang mereka cari itu. “Namanya Aisyah” ujar Tengku Ilham yang baru
tiba di kaunter itu apabila adik-adiknya kelihatan tidak tahu nama gadis yang
cantik, manis yang dijumpainya 3 bulan yang lalu. “Aisyah? Siti Aisyah Khadijah
ke? Sebentar ya. Saya panggil kawan baik dia.” ujar gadis itu ramah.
“Ya
encik, apa boleh saya bantu?” tanya seorang gadis yang lain yang juga bertudung
Cuma kulitnya sedikit gelap berbanding kulit Aisyah. “Eh! tunggu sebentar. Saya
rasa saya macam pernah lihat wajah encik. Ooo...ya saya dah ingat encik yang
datang beli buku dekat kedai ini kira-kira 3 bulan lebih yang lepas. Dan
adik-adik yang comel ni yang datang dengan abang dulu kan? Yang borak ngan kak
Aisyah. Betul tak” ujar gadis tersebut. “Benar saudari. Tak payahlah
berEncik-encik. Panggil saja saya Ilham. Sebenarnya tujuan kami datang ni sebab
hendak berjumpa dengan saudari Aisyah kerana adik-adik saya ni selalu bertanya
tentang dia. Kami selalu juga ke taman di mana adik saya pernah berjumpa
dengannya dahulu tapi dia tidak pernah lagi kelihatan. Kenapa ya, saudari?”
tanya Ilham sopan. “Baiklah Ilham. Awak pun tak payahlah bersaudari dengan
saya. Panggil saya Anita. Sebenarnya Ilham, Aisyah sudah tidak bekerja di sini
lagi. Dengar cerita, keluarganya memanggilnya pulang ke kampung. Oleh itu dia
telah pulang ke kampungnya. Kami sendiri tidak tahu di mana kampungnya. Tetapi
sebelum dia pergi dulu dia ada tinggalkan pesanan untuk awak. Katanya dia berharap
awak dapat bersabar dengan ujian Allah. Sesungguhnya Allah menguji kita kerana
Dia sayangkan kita. Itulah pesanannya Ilham. Lagi satu perkara dia ada
tinggalkan something untuk awak dan adik-adik awak. Nani, Amal ni kak Aisyah
tinggalkan hadiah untuk kamu berdua. Kak Aisyah pesan dia minta maaf sekali
lagi kerana sekali lagi dia memungkiri janjinya tapi dia amat berharap dapat
jumpa kamu berdua yang comel ini lagi suatu hari nanti. Kak Aisyah pesan Amal
jangan buli adik. Selalu sayangkan adik. Nani dengan Amal mesti jadi budak baik
tau. Itulah pesan kak Aisyah. Kepada awak pula Ilham, Aisyah kirimkan hadiah
ini untuk awak supaya awak sentiasa tabah. Ilham saya tidak tahu apa tujuan
pesanan Aisyah ini tapi saya percaya dia ikhlas beri semua ini,” ujar Anita.
“Terima kasih Anita. Jika dia ada hubungi awak, sampaikan salam kami kepadanya
dan ucapan terima kasih dari saya kerana sesungguhnya kata-katanya
mengembalikan kekuatan saya. Baiklah, kami minta diri dulu, Anita. Semoga
berjumpa lagi. Terima kasih. Jom adik, mama tengah tunggu dekat luar,” ujar
Ilham.”Ilham, nanti dulu... Ni ada sesuatu dari saya untuk awak. Saya juga ada
sekeping gambar Aisyah, awak ambillah sekeping sebagai kenangan perkenalan
kita. Saya harap suatu hari nanti awak akan bertemu dengan dia.” Ujar Anita
sebelum Ilham berlalu pergi. “Terima kasih Anita.”
Ketika
mereka ingin keluar dari kedai buku itu, Ilham terpandang Mamanya sedang
berbual mesra dengan seorang lelaki mat salleh. ‘Mungkin itulah dia bakal suami
Mama.’ Sebelum mereka menghampiri Mama, lelaki tersebut telah pun berlalu. “Mama,
kami dah selesai,” ujar Ilham ketika mereka menghampiri Tengku Nadhirah. “Jadi
kamu jumpa tak kakak tu Nani,” tanya Tengku Nadhirah mesra. “Tak jumpalah Mama.
Kakak itu tidak ada tapi dia ada bagi hadiah dekat Nani dengan Abang Amal.
Abang Am pun dapat,” ujar Nani. “Ok sekarang jom kita pergi makan kemudian kita
tengok wayang. Mama sudah beli tiket. Jika ada masa kita pergi main permainan ye
sayang.” “Ok Mama. Seronoknya. Kalau hari-hari macam ni kan best,” ujar Tengku
Akmal keriangan.
Hari
itu wajah adik-adik kembarku berseri-seri. Mereka sangat gembira dan senyum
mereka tidak pernah pudar. Alangkah seronok jika Papa ada bersama. Aku bukan
minta untuk diriku tapi untuk adik-adikku. Senangnya hatiku melihat kegembiraan
di wajah adik-adikku di saat itu. Kemudian Tengku Ilham seakan tersedar
sesuatu. ‘Amal, Nani, esok kita akan menjadi yatim piatu sayang. Yang bezanya
papa dengan mama kita masih hidup. Tidak mengapa sayang abang akan sentiasa
bahagiakan hidup kamu. Ya Allah kuatkanlah diriku.
Mereka
pulang setelah penat bersuka ria. Setelah menghantar adik-adik kembarnya masuk
ke bilik, Ilham ingin masuk ke biliknya untuk merehatkan diri. Namun Ilham
teringat yang dia belum mengucapkan terima kasih dekat Mama. Lalu digagahkan
kakinya melangkah ke bilik Mama. “Assalamualaikum… Mama boleh Am masuk?” ujar
Ilham. “Masuklah Am” “Mama, Mama nak ke mana ni? Awalnya Mama berkemas. Majlis
nikah Mama pagi lusa kan?” tanya Ilham kehairanan. “Sebenarnya Am, Mama akan keluar
dari rumah ini malam ni juga. Bakal suami Mama sudah mengubah rancangan dimana
kami akan berkahwin esok pagi kemudian kami akan terus ke airport kerana dia
ingin membawa Mama ke rumah keluarganya di England. Mama mungkin akan menetap
di sana nanti. Am marahkan Mama ke?” tanya Tengku Nadhirah perlahan.
Ilham
terdiam mendengar pertanyaan Mama ketika itu. “Sebenarnya siapa yang tidak
marah apabila mama dengan papanya lebih memilih orang lain berbanding anak-anak
mereka sendiri. Namun Mama jangan bimbang Am tidak marahkan Mama dengan Papa.
Mungkin ini takdir kami ditinggalkan ibu bapa. Tidak lama lagi kami akan
menjadi yatim piatu, Mama,” luah Ilham perlahan. “Jangan cakap macam tu Am.
Kamu bukan anak yatim. Mama dengan Papa masih hidup,”ujar Tengku Nadhirah.
“Tiada
bezanya Mama hidup kami dengan anak yatim bila Mama dengan Papa tiada di sisi.
Tapi Mama andai suatu hari nanti Mama rindukan kami hubungilah kami. Andai Mama
ingin kembali kepada kami dengan tangan terbuka luas kami menerima kepulangan
Mama dan Papa. Andai Mama bahagia doakanlah jua kebahagiaan kami di sini, Mama.
Mama, Am nak minta maaf andai Am ada buat Mama marah. Maafkan Am. Halalkan
segala air susu yang pernah Mama beri kepada Am. Halalkan makan minum Am.
Selamat berbahagia Mama dan selamat pengantin baru Mama. Walau macammanapun Am
dan adik-adik tetap sayang dan berterima kasih pada Mama dengan Papa kerana
telah melahirkan kami ke dunia ini. Terima kasih kerana menjadi ibu bapa kami. Terima
kasih Mama, “ kata Ilham sambil menitiskan air mata. Sesungguhnya air mata
lelakinya tidak mampu ditahan olehnya dari mengalir keluar. Itulah pertama kali
dia menangis dihadapan Tengku Nadhirah.
Tengku
Nadhirah juga tidak mampu menahan rasa. Dia lantas memeluk putera sulung yang
tidak pernah dibelainya itu. Namun begitu Tengku Ilham membesar menjadi anak
yang soleh walau tanpa bimbingan dari dirinya juga dari bekas suaminya. Malam
ni barulah dia mengerti bahawa dia bukanlah seorang ibu yang baik untuk anak
sebaik Tengku Ilham. Dia percaya kedua-dua anak kembarnya akan membesar menjadi
seperti abang mereka kerana selama ini anaknya inilah yang mendidik dan
membimbing adik-adiknya. ‘Am maafkan Mama sayang. Mama tidak mampu bersama
dengan kamu. Amal, Nani maafkan Mama. Maafkan Mama.....’ rintih hati Tengku
Nadhirah.
“Tidak
mengapalah Mama. Am janji Am akan jaga adik-adik. Am akan membesarkan mereka
menjadi anak yang soleh dan soleha. Doakan kekuatan Am, Mama. Am dan adik-adik
akan tunggu kepulangan Mama. Am masuk bilik dulu Mama,” ujar Ilham lalu bangun
dengan pantas untuk ke biliknya. Tidak sanggup lagi berada di samping Mamanya
terlalu lama. Takut dirinya menjadi lemah di hadapan Mamanya.
Mama,
jangan tinggalkan Am. Am tidak kuat Mama. Mama.... “Awak bersabar dengan ujian
Allah. Sesunggunhnya Allah menguji kita kerana Dia sayangkan kita” pesanan
Aisyah kedengaran di telingaku. Ya Allah kenapa dia seolah-olah tahu nasib
keluargaku. Aisyah, saya tidak kuat. Saya lemah. Tidak mampu rasanya diri ini menghadapi
ujian yang maha berat dari Allah ini. Apa perlu saya lakukan Aisyah? Di manakah
awak saat ini? Tolong saya Aisyah. Ya Allah maafkan diriku. Bantulah diriku
yang tidak berdaya ini.
Ilham
menangis sepuas hatinya. Setelah kesedihan beransur pulih terlihat olehnya
hadiah yang dikirimkan oleh Aisyah untuk dirinya. Diambilnya hadiah itu lalu
dibuka dengan berhati-hati. Teringin benar dirinya mengetahui apa isi kandungan
bungkusan itu. Apabila pembalut dibuka kelihatan senaskhah Al-Quran dan sejadah di
dalamnya. Selain itu, terdapat juga sepucuk surat berwarna biru. Lalu Ilham pun
membuka lembaran surat biru itu.
Kepada saudara Ilham yang baru saya kenali,
Assalamualaikum...........
Disaat saudara membaca surat saya ini mungkin
saya tidak lagi berada di Kuala Lumpur. Apa boleh buat saudara, keluarga
diutamakan. Saudara, pertamanya, saya ingin mengitipkan ucapan Salam sayang
saya kepada adik-adik saudara yang sangat comel. Saudara mahu tahu di saat
pertama kali saya melihat keceriaan adik-adik saudara ingatan terarah kepada
adik-adik saya di kampong. Jika diberi kesempatan oleh Allah ingin sekali saya
kenalkan adik-adik saudara kepada keluarga saya. Insya Allah.
Saudara Ilham,
Mungkin saudara berasa pelik kenapa saya
memberi pesanan supaya saudara bersabar yang disampaikan melalui sahabat saya,
Anita. Sebenarnya saudara, sahari sebelum saya akan pulang ke kampung saya
ingat saya ingin mengucapkan selamat tinggal kepada Amal dan Nani. Lalu
pagi-pagi lagi saya telah ke rumah saudara Ilham untuk saya berjumpa dan
membawa mereka bersiar-siar sebelum saya pulang. Tetapi setibanya saya di
hadapan pintu pagar rumah saudara saya terdengar pertelingkahan di antara ibu
bapa saudara.
Oleh itu, saya pun mengetahui serba sedikit
masalah keluarga saudara. Maafkan saya. Bukan niat saya untuk mencampuri urusan
keluarga saudara tapi Allah tiba-tiba menggerakkan hati saya untuk kesana dan
memahami perasaan saudara.
Saya hanya mampu mendoakan kekuatan dan
ketabahan diri saudara kerana saya percaya saudara juga ingin kuat untuk Amal
dan Nani. Saudara Allah menguji diri kita mengikut kemampuan hambanya.
Percayalah pasti ada hikmah disebalik segala kejadian yang berlaku. La tahzan
ya akhi. Innaallaha ma’ana. Percayalah Allah sentiasa di sisi kita untuk
menyapu air mata kesedihan kita. Berdoalah saudara untuk dibukakan hati kedua
ibu bapa saudara untuk menyayangi kalian. Saudara, saya akan sentiasa berdoa
untuk saudara dari jauh...Tabahlah saudara demi Amal dan Nani. Sekian,
Ikhlas
dari insan yang memahami,
SITI
AISYAH KHADIJAH
Terima
kasih Siti Aisyah Khadijah. Terima kasih Ya Allah. Amal, Nani jangan bimbang
abang ada untuk kalian berdua. Kita akan mulakan hidup baru, dik. Tiba-tiba
kedengaran bunyi kereta berhenti dihadapan rumah mereka. Ilham lantas menuju ke
tingkap biliknya yang mengadap jalan raya. Kelihatan seorang lelaki mat salleh
keluar dari kereta itu. Tidak lama kemudian kelibat Tengku Nadhirah menuju ke
arah lelaki tersebut bersama beg-beg pakaiannya. Mereka pun pergi setelah
selesai mengisikan beg-beg itu ke dalam kereta.
Mama,
selamat berbahagia. Sampai hati Mama, tidak menoleh ke arah rumah ni walau
sekali. Tidak mengapa Mama, Am tetap berdoa Mama berbahagia selamanya. Ya Allah
sunyinya rumah ini, sunyinya hati ini seperti kesunyian di waktu malam di
bumimu Ya Allah. Ya Allah terangkan
rumahku ini, terangkan hati ini seperti engkau menerangi bumiMu di siang hari.
Amin....
“Am,
mari minum petang, nak. Apa yang dimenungkan tu?” tegur Mak Munah. Tengku Ilham
tersedar dari lamunannya. Keindahan petang di Kampung Padang Besar itu amat
menenangkan. Terlupa dia sebentar kepada kenangan lalu yang memeritkan. “Am,
marilah minum dengan Bapak. Mak kamu masak special petang ni. Cokodok pisang
ni. Marilah, nanti dah sejuk tidak sedap lagi,” ajak Pak Majid pula.. “Baiklah
Bapak,” sahut Ilham. “Wah, rajinnya Mak ni! Untung Bapak beristerikan Mak,”
usik Ilham. “Betul tu Am. Alah kamu tu pun Am boleh dapat isteri macam Mak kamu
ni tapi kamu tu saja belum juga beristeri. Bukannya tiada yang tak nak kat
kamu, kamu je yang tak nak kat mereka. Kenapa Am? Masa bapak dulu umur macam
kamu ni dah ada anak ramai tau. Ha sekarang ni ramai dah cucu kami. Nak tunggu
cucu dari kamu pula. Entah sempat ke tidak Bapak dengan Mak bermain dengan anak
kamu, Am,” ujar Pak Majid sedih. “Alah abangnya, biarlah mungkin Am nak tunggu
bidadari dari langit turun agaknya. Am, hari ini Nani dengan Amal balikkan?
Rindunya Mak dekat mereka. Sudah 3 bulan mereka tidak balik,” kata Mak Munah
pula. “Ya Mak. Mereka balik hari ni. Am nak jemput di stesen bas tapi mereka
tidak benarkan. Kata mereka, mereka bawa kawan pulang bersama. Kata mereka,
dulu mereka sudah pergi melawat keluarga kawan mereka tu. Kini giliran kawan
mereka itu pula datang ke rumah kita. Macam-macam budak-budak ni, Mak. Kita
tunggu sajalah kepulangan mereka. Kata Nani cuti kali ni lama sikit. Sebulan katanya.
Lamalah Mak boleh belek anak kesayangan Mak tu,” usik Ilham pula. “Kamu ni
ada-ada saja Am. Ha macam mana kerja kamu sebagai ustaz dekat sekolah rendah
tu. Seronok tak?””Seronok sangat Mak. Mak pun tahukan Am kan sangat menyukai budak-budak.
melayan kerenah mereka menceriakan hidup Am seharian. Dapatlah Am lupakan
sebentar kerinduan pada adik-adik. Mak, Am nak pergi surau sekejap. Dah nak
masuk waktu Asar ni. Am pergi dulu, mak, bapak,” ujar Ilham. “Eh Am sebentar
Bapak nak ikut kamu.” “Jomlah Bapak.” Ilham dengan Pak Majid pun menuju ke
Surau yang berdekatan.
Am,
Am, Mak tahu kenangan lalu masih tidak dapat kau lupakan. Ya Allah kuatkanlah
hati anakku ini. Dia tidak pernah menunjukkan dirinya lemah dihadapan kami.
Tapi sering kali matanya yang kuyu itu berair. Kasihanilah dia Ya Allah. Amal
dan Nani kini mampu melupakan segala kenangan tentang Mama dan Papa mereka tapi Am tidak.
.........................
“Abang
Am kenapa mata abang merah? Abang sihat ke tak ni?” tanya Nani prihatin. “Abang
sakit ke? Mak abang sakit. Mata abang merah. Sekejap eh Amal panggil Mama,”
giliran Amal pula menunjukkan kebimbangannya. Amal, Nani macam mana abang
hendak beritahu yang Mama tidak lagi tinggal dengan kita. Macam mana Ya Allah?
“Am, kenapa ni? Am menangis kerana apa sayang. Cuba cerita pada Mak. Am jangan
buat Mak risau. Cakap Am,” pujuk Mak Munah pula.
Tidak
lama kemudian Pak Majid pula masuk ke ruangan dapur itu setelah mendengar
keriuhan dari luar. “Eh, Nah kenapa ni? Kenapa kecoh-kecoh ni?” tanya Pak
Majid. “Abang, Am ni tidak mahu bercakap. Mata dia merah bang. Macam baru lepas
menangis. Abang pujuklah dia. Suruh dia cakap. Nah risaulah bang. Tengku pulak
entah kemana. Amal dah pergi panggil tapi dia tiada,” terang Mak Munah kerisauan.
“Am kenapa ni nak? Cuba beritahu Bapak,” pujuk Pak Majid pula. “Bapak, Mak....
Mama..... dah tiada,” beritahu Ilham tersekat-sekat. “Dah tiada? Tengku ke
mana,” tanya Mak Munah. “Mama dah keluar dari rumah ni. Dia akan menikah pagi
ni. Lepas tu Mama akan ke England ikut suami barunya. Mak......” Ilham memeluk Mak Munah sambil menangis.
“Mak, kami ni bukan anak Mama ke? Kenapa Mama buat macam ni Mak? Am tak kisah
Am dah besar tapi Adik-adik macam mana Mak. Apa Am nak beritahu Amal dengan
Nani tentang Mama. Tak kan Am nak cakap Mama pun dah pergi macam Papa. Apa
Am nak buat Mak.... Bapak...” luah Ilham
di dalam pelukan Mak Munah. Terasa kekuatan kembali sedikit demi sedikit
apabila Mak Munah mengusap dan menenangkan dirinya.
“Abang.......
Betul ke Mama dah tinggalkan kita?” tanya Amal kesedihan. “Betul, Amal. Mama
dah pergi macam Papa,” terang Ilham sambil memeluk Amal. Lalu Nani pula datang
kepadanya. “Kenapa Mama pergi? Mama dah tidak sayangkan kita ek?” tanya Nani
pula. “Tak, sayang. Mama sayangkan kita cuma Mama ada kerja kat luar negara
nanti Mama balik eh,” tipu Ilham. Nani abang minta maaf. Abang tipu Nani. Tapi
abang tak tahu sama ada Mama masih sayangkan kita ke tidak.
Sebulan
selepas peristiwa itu, Nani dan Akmal, kedua-duanya demam selama sebulan dan
tidak pulih-pulih. Kedua-duanya sering memanggil nama Mama dan Papa. Ilham pula
semakin sugul memikirkan cara mengubati penyakit rindu adik-adiknya. “Mak, Am
rasa kita kena tinggalkan tempat ini agar Amal dengan Nani dapat melupakan
segala kenangan di dalam rumah ini. Kita perlu pergi jauh dari tempat ini Mak,”
cadang Ilham. Bagi Ilham itu sahaja cara yang terbaik yang dilakukan bagi
memadamkan memori adik-adiknya tentang Mama dengan Papa. “Am, Mak denagan Bapak
ikut saja rancangan kamu asalkan Amal dan Nani kembali seperti dulu. Tapi Am
macam mana dengan urusan syarikat dan segala harta kamu ini,” tanya Mak Munah.
“ Mak, bagi saya hanyalah Amal dengan Nani. Segala urusan syarikat saya akan
serahkan kepada peguam syarikat. Soal rumah ini saya ingat hendak upah orang
untuk saya buat rumah anak-anak yatim. Saya akan upah pengurus dan pekerja
sekali. Bagi harta-harta yang lain selepas Amal dengan Nani berumur 18 tahun
baru saya panggil peguam untuk bahagikan sama rata. Buat masa sekaranag saya
akan serahkan segalanya kepada peguam syariah yang bertauliah. Saya sudah suruh
orang carikan sebuah kampung yang tenang di utara untuk kita menetap selepas
ini Mak. Saya nak kita mulakan hidup baru di sana. Jauh dari debu kenangan yang
menyakitkan hidup kita Mak. Mak... Bapak setuju tak?” jelas Ilham. “Bapak
dengan Mak setuju je Am. Lagipun Bapak pun dah rindu nak tinggal di kampung
semula,” Pak Majid bersetuju. “Baiklah jika semua setuju marilah kita berkemas.
Lagi cepat kita pindah lagi bagus. Kalau semua setuju hujung minggu ini kita
pindah ke utara di Perlis, negeri jelapang padi,” ujar Ilham.
“Assalamualaikum
... Mak ... ooo ... Mak ... Bapak ... Abang Am ... kami dah balik ni.
Assalamualaikum ... Ada orang tak?”
jerit Nani. “Hish adik ni cubalah sopan sikit. Adik tu dah besar tau nanti apa
pulak jiran-jiran cakap kalau nampak adik terjerit-jerit ni. Tak sopan tau.
Kalau ada orang nak datang meminang pun tak jadi tau. Hahhahhahha. Hawa, abang Faizul jangan terkejut tau. Nani ni
kalau balik kampung memang hilang segala keayuan dia,” sakat Amal pula.
“Waalaikumusalam... ehhh anak-anak Mak dah balik. Naiklah. Kenapa dah petang
baru sampai ni? Ni ke kawan-kawan kamu yang Abang Am kamu beritahu tadi. Eh
jemputlah naik nak,” sahut Mak Munah. “Mak... rindunya dekat Mak...ha ah Mak ni
kawan Nani dengan Abang Amal. Yang ini nama dia Siti Hajaratul Hawa dan yang
sebelahnya tu yang hensome tu abang Hawa. Nama dia Mohammad Faizul Hambali,”
ujar Nani sambil mengenalkan rakan-rakannya itu. “Jemput duduk nak Hawa,
Faizul. Jangan malu-malu. Buat macam rumah sendiri,” mesra Mak Munah melayan
tetamunya. “Ha Mak, mana Bapak dengan Abang Am? Tidak nampak pun mereka,” tanya
Tengku Akmal. “Abang kamu tu ke mana je yang dia suka pergi di kampung ni. Ke
surau jelah dia. Bapak kamu pun pergi dengan dia tadi. Ha makanlah
jemput-jemput pisang ni. Mak baru goreng tadi,” jemput Mak Munah.
“Assalamualaikum,”
“Waalaikumusalam, Bapak.... Bapak sihat?” tanya Nani lantas mendapatkan tangan
Pak Majid yang sudah dianggap macam bapanya itu. “Sihat, Nani,” ujar Pak Majid
lalu mencubit pipi anak gadisnya yang comel itu. Lalu Nani mendapatkan Tengku
Ilham. “Abang Am....” jeritnya sambil memeluk abangnya itu. “Ya Allah Nani...
Malulah dekat kawan-kawan kamu tu... Adik abang ni kan dah jadi anak dara tapi
manjanya mengalahkan anak murid abang kat sekolah tau,” ujar Ilham sambil
memicit kedua-dua pipi adik permpuannya itu. Kemudian Amal pula datang
memeluknya.
“Abang,
mari kami nak kenalkan abang dengan kawan kami.
Ha abang ni namanya Mohammad Faizul Hambali panggil Faizul saja yang ni
pula.....” “Siti Aisyah Khadijah!!!” ujar Ilham dengan terkejut. “Eh bukanlah
abang Am.Ni namanya Siti Hajaratul Hawa. Eh Abang Am siapa Siti Aisyah Khadijah
tu? Oooo sebab dia abang tak nak kahwin lagi ke?” usik Nani pula. Merah wajah
Ilham diusik adiknya begitu. Tetapi sememangnya wajah Hawa seiras dengan wajah
Aisyah. Entah mengapa wajah Aisyah tidak dapat dilupakan walaupun sudah sepuluh
tahun pertemuan itu terjadi. Yang lebih memeningkan kepala setiap kali Ilham
membuat solat istikharah pasti wajah Siti Aisyah Khadijah akan muncul di dalam
mimpinya. Ya Allah aku percaya dengan aturanmu.
“Abang
Am...Abang Am....” panggil Nani sambil menggoncangkan tangannya di hadapan
wajah Ilham. “Hish Abang Am ni, kita bercerita dengan dia, dia boleh berangan
pula.” rajuk Akmal pula. “Tiada siapa-siapalah dik. Siti Aisyah Khadijah tu
adik dah lupa ke?” “Siapa Abang Am?” tanya Nani dan Amal serentak. Mak Munah
dan Pak Majid pun diam menanti jawapan dari Ilham. “Alah takkan adik-adik abang
ni dah lupa dengan Kak Aisyah yang kamu berdua jumpa di taman masa kamu berumur
7 tahun dulu,” beritahu Ilham. “ooo... baru adik ingat tapi adik pun tidak berapa
ingat muka dia. Tidak sangka abang masih ingat wajah dia sampai abang cakap
kawan adik ni serupa dengan kak Aisyah tu,” usik Nani menyakat abang Ilhamnya
yang sudah kemerahan wajahnya menahan malu. “ooo sebab tulah anak Mak sorang ni
sampai sekarang tidak mahu kahwin rupanya dah ada bunga di dalam hati tu.” Usik
Mak Munah pula. “ Oklah Mak, Bapak, Am nak pergi kebun sekejap. Nak pergi
tengok kambing-kambing kita tu ok ke tak,” ujar Ilham memberi alasan untuk
pergi kerana tidak mahu terus diusik.
Setelah
Ilham ke kebun, Tengku Syaznani, Tengku Ikram Akmal beserta kawan-kawanya
berbual dengan Mak Munah dan Pak Majid sambil menikmati minum petang.
“Mak,
Bapak sebenarnya Hawa dan Faizul ni adik kandung Kak Aisyah. Tu sebablah wajah
Hawa serupa dengan Kak Aisyah. Tujuan Nani dengan Abang Akmal bawa mereka
pulang ke rumah kita ni pun adalah untuk memastikan yang abang Amlah insan yang
mereka cari selama ini,” terang Nani
“Bapak
tidak berapa fahamlah Nani. Apa sebenarnya citenya ni?” tanya Pak Mjid yang
kebingungan.
“Sebenarnya
macam ni Bapak. Amal dengan Nani pernah terbaca diari abang Am secara tidak
sengaja. Kami juga terjumpa gambar kak Aisyah dalam diari tu. Gambar tu serupa
macam rupa kawan sekelas kami yakni Hawa. Sejak dari itu, Amal dengan Nani mula
menyiasat tentang perkara in. Kami pun bertanya kepada Hawa tentang keluarganya.
Dari situlah kami mendapat tahu yanag Hawa ni mempunyai seorang kakak yanag
bernama Siti Aisyah Khadijah,” cerita Tengku Akmal.
“Kemudian
ketika cuti semester yang lalu, Nani dengan abang Amal telah ke rumah Hawa dan
Faizul. Dari situlah kami mengenali keluarga mereka. Mak, Bapak, kak Aisyah
memang sangat sesuai dengan abang Am. Dah sampai masanya abang Am
berumahtangga. Kami pun dah mampu hidup sendiri. Lagipun tahun depan dah mula
pembahagian harta. Tapi kami nak sangat tangok abang Am berkahwin sebelum harta
dibahagikan. Kami nak abang bahagia. Dah puas dia menderita. Mak dengan Bapak
tolonglah tanya dekat abang dan kalau abang setuju nanti boleh lah kita pergi
meminang tapi kalau boleh ini jadi rahsia kita. Nani nak bagi kejutan dekat
abang. Jangan bagitau siapa bakal isterinya sehinggalah hari pernikhannya
nanti. Kalau abang tanya nama perempuan yang nak dipinang tu, Mak cakap jelah
nama dia Siti. Boleh tak Mak, Bapak?” cadang Nani pula
“Mak
cik, pak cik, ini kami ada bawa sekali gambar kak long kami. Kak long ni pun
sama macam abang Ilham. Sudah ramai yang datang untuk merisik namun tiada seorang
pun yang diterimanya. Ketika kami kecil dahulu sering juga kak long bercerita
tentang Nani dan Amal serta kadang-kadang terkeluar dari mulutnya nama abang
Ilham,” ujar Faizul pula sambil menghulurkan gambar Siti Aisyah.
“Cantik
orangnya bang. Kalau ini nak dijadikan menantu kita, saya setuju sangat. Tak apa
nanti Mak dengan Bapak cuba berunding dengan abang kamu tu. Kamu bukan tak
kenal abang Am kamu tu. Kalau cakap pasal kahwin ada saja alasan dia.”
.................
“Am
kenapa tidak tidur lagi? Esokkan kamu nak pergi mengajar,” tanya Pak Majid.
“Entahlah Bapak. Tidak mengantuk pula mata ni. Bapak ni pula kenapa belum tidur
lagi?” “Hmm.... Am, Bapak dengan Mak kau sayang kau dengan adik-adik. Entah
berapa lama lagi tempoh hidup kami ni.” “Bapak kenapa ni?” “Entahlah nak. Bapak kalau boleh nak sangat tengok kau
menikah sebelum Bapak pejamkan mata.” “Bapak mungkin jodoh saya belum tiba
lagi.” “Am jodoh ni bukan datang bergolek. Kita kena cari barulah kita akan
jumpa.” “Macam nilah Bapak, Am serahkan pemilihan jodoh Am kepada Mak dan Bapak.
Apa yang baik pada fikiran Bapak, baik jugalah bagi Am,” ujar Ilham.
‘Ya
Allah jika bukan dia yang tercipta untukku tenangkanlah hatiku ini agar aku
menerima ketentuanMu. Tetapi jika dialah bidadari yang tercipta untuk ku
pertemukanlah kami, Ya Allah. Hanya Engkau yang mengetahui apa yang tidak kami
ketahui....’ doa Ilham.
“Am,
Bapak dengan Mak telah merisik seorang gadis yang baik untuk kamu. Jika kamu
setuju hujung minggu ini kami pergi meminangnya. Namanya Siti, dia tinggal di
kampung sebelah. Cantik orangnya. Baik dan bersopan santun dengan orang tua.
Dia sangat sesuai dengan kamu, Am,” beritahu Mak Munah ketika mereka sedang
bersarapan. “Am setuju saja dengan pilihan Mak. Siapapun dia kalau mak berkenan
InsyaAllah Am juga akan setuju juga,” beritahu Ilham perlahan. “Kalau macam itu
hujung minggu ini kami pergi meminang dan kalau diterima mak ingat kamu tak
payah bertunang lama-lama. Kamu bertunang seminggu saja. Lagipun bertunang
lama-lama tak elok. Perkara yang baik kena dipercepatkan. Boleh tak?” terang Mak
Munah lagi. “Am ikut saja Mak, Bapak. Am
dah lambat ni. Am ke sekolah dulu ya.” Ilham terus menyalami Mak Munah dan Pak
Majid lalu dia pun ke sekolah yang terletak tidak berapa jauh dari kampungnya.
“Assalamualaikum
Ustaz. Kenapa murung je wajah tu Ustaz?” tanya Cikgu Amirul Aiman yang
sebenarnya merupakan kawan baik Ilham sejak dari sekolah rendah lagi. Mereka
tidak pernah berpisah. Amirul jugalah yang telah membantunya sehingga dia
diterima menjadi ustaz di Sekolah Menengah Kampung Kendiri itu. “Mirul aku akan
bertunang hujung minggu ini.” beritahu Ilham perlahan. “Ya Allah, betul ke Am.
Alhamdulillah akhirnya kawan aku ni akan berumahtangga juga. Habis tu kenapa
kau macam sedih je ni?” tanya Amirul “Mirul kau pun tahu kan aku pernah
menyukai seorang gadis sepuluh tahun dulu. Sampai hari ni aku tidak dapat melupakan
dia. Dan setiap kali aku buat istikharah wajahnya yang menjelma dalam mimpiku. Apa
yang harus aku buat Mirul?” terang Ilham dalam nada yang sedih. “Am serahkan
segalanya pada Allah. Kalau kau percaya pada ketentuannya pasti kau akan
menemui jalan bahagia. Am dah sampai waktunya kau mengecapi kebahagiaan. Aku tahu
kenangan pahit kau yang lalu masih menghantui kau. Tapi siapa tahu setelah kau
menuju ke alam perkahwinan kau akan menemui kebahagiaan.” nasihat Amirul Aiman
yang sememangnya mengetahui segala kisah hidup sahabatnya itu.
Kini
Ilham telah pun bergelar tunangan seorang gadis yang hanya dikenali sebagai Siti.
“Siapa agaknya Siti. Bagaimana rupanya? Seminggu lagi aku akan menjadi seorang
suami. Ya Allah bimbinglah aku agar aku mampu mencipta sebuah keluarga yang
sakinah di samping bakal isteriku. Pupukkan rasa cinta aku untuknya Ya Allah.
Alhamdulillah kini tiada lagi wajah Siti Aisyah Khadijah hadir dalam mimpiku.
Yang pastinya kini hatiku sangat tenang. Aku terima siapa sahaja pilihanmu Ya
Allah,” doa ilham.
...........
“Aku
terima nikahnya Siti Aisyah Khadijah binti Haji Abdul Khalid dengan mas
kahwinnya senaskhah alquran.”
Akhirnya
kini aku telah pun bergelar seorang suami. Tanpa disedari air mata kesyukuran
mengalir dari tubir mata Ilham. Setelah dia menunaikan solat sunat upacara
pembatalan air sembahyang pun dilakukan. ‘Ya Allah cantiknya isteriku. Melalui
pandangan matanya terlihat kecantikan nuraninya walaupun aku tidak tahu
bagaimana wajahnya kerana Siti memakai purdah putih sedondon dengan bajunya. Walau
bagaimanapun rupamu isteriku aku menerimamu seadanya’ ujar Ilham di dalam
hatinya. “Assalamualaikum, wahai isteriku...”ucap Ilham sebelum menyarungkan
cincin untuk upacara pembatalan air sembahyang.
“Waalaikumusalam,
wahai suamiku,” jawab Siti lembut. Ilham lalu menyarungkan cincin ke jari manis
isterinya itu. Bergetar degupan jantung Ilham kerana inilah kali pertama dia
memegang tangan seorang wanita yang kini telah menjadi halal untuknya. “Siti
Aisyah Khadijah dengan ini saya Tengku Ilham Azhar berjanji kepadamu bersaksikan
sekalian yang ada disini bahawa saya akan cuba sedaya upaya saya untuk
membahagiakan awak sehingga akhir hayat saya. Saya akan menyintaimu kerana Allah.
Itulah janji saya suamimu.” ucap Ilham lalu mencium dahi isterinya yang masih
berpurdah itu. “Wahai suamiku, Tengku Ilham Azhar saya juga berjanji akan
menyayangi awak kerana Allah. Bimbinglah saya agar kita dapat bersama-sama
melayari kehidupan sebagai suami isteri di dunia ini juga di syurga nanti.
Terima kasih kerana menerima saya yang tidak sempurna ini,” ujar Siti Aisyah Khadijah
perlahan lalu mencium tangan suaminya itu. ‘Ya Allah siapakah isteriku ini?
Kenapa namanya serupa dengan dia? Ya Allah jauhkanlah ingatan dari mengingati
dia yang tidak sepatutnya kuingati. Tukarkanlah ingatanku ini kepada isteriku
ini, Ya Allah. Dia lagi berhak untuk kuingati sepanjang masa.’
Rumah
keluarga isteriku meriah dengan kehadiran sanak saudara yang turut sama ingin
meraikan pengantin baru. Aku memandang sekeliling mencari kelibat isteriku.
Sehingga kini aku belum berpeluang melihat wajahnya kerana sepanjang masa dia
berpurdah. Yang pastinya isteriku merupakan seorang muslimah yang penyayang,
hormat pada orang tua dan yang paling penting dia seorang yang taat pada
perintah agama. Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan isteri solehah
seperti Siti Aisyah Khadijah.
“Am
kamu dah solat Isya’?” tanya Haji Abdul Khalid yakni bapa mertuaku. “Sudah
ayah,” “Hmm alhamdulillah kamu pergilah berehat dari tadi ayah lihat kamu
bekerja. Letih sangat wajah kamu tu. Pergilah masuk bilik,” ujar ayahnya lagi.
“Hmm abang selamat melayari malam pertama,” usik Tengku Akmal. Semua
saudara-mara ketawa mendengar usikan adik Tengku Ilham itu. Mak Munah lantas mencubit
peha Tengku Akmal yang mengusik abangnya. “Dahlah abang Am, kesian akak sedang
tunggu abang dalam bilik tu,” usik Nani pula sambil menunjuk ke arah bilik
pengantin. Wajah Ilham bertambah merah diusik sanak saudara yang berada di
situ. “Hish kamu semua kesian menantu ummi. Merah wajahnya menahan malu.
Sudahlah tu. Am pergilah berehat nak. Esok pagi-pagi lagi nak kena sental
periuk. Pergilah berehat,” ujar Siti Umairah yakni ibu mertuanya. “Baiklah
ummi. Assalamualaikum semua.” “Waalaikumusalam...”
Ilham
berlalu ke arah bilik yang ditunjuk oleh Nani sebentar tadi. Lagipun dia sudah
memasuki bilik itu beberapa kali untuk bersolat dan bersalin pakaian ketika
majlis tengah hari tadi. Dia mengetuk pintu lalu membukanya sambil memberi
salam.
“Waalaikumsalam....”
sahut suara yang sangat merdu. Suasana dalam bilik itu kelam kerana hanya
terdapat sebuah lampu sahaja di sudut meja di sebelah katil yang dihias indah.
Ilham memasuki bilik itu lalu menutup pintu dan menguncinya. Lalu dia menuju
kearah isterinya yang masih berpurdah yang sedang duduk di hujung katil. Ilham
lalu duduk disebelah isterinya. “Assalamualaikum wahai isteriku,,,”
“Waalaikumusalam wahai suamiku” “Aisyah, boleh abang lihat wajah disebalik
purdah ini?” “Silakanlah abang.” Ilham lantas dengan perlahan membuka kain
purdah yang menutupi wajah isterinya itu. alangkah terkejutnya Ilham saat terpandang
wajah isterinya itu. “Siti... Aisyah.....Khadijah....” “Kenapa abang?”
“Ya
Allah bersyukur ke hadratMu. Doaku selama ini telah Kau makbulkan,” ujar Ilham
sambil menadah tangan menyatakan kesyukurannya ke hadrat Yang Esa. “Aisyah
sepanjang 10 tahun ini abang tidak putus-putus berdoa agar suatu hari nanti
abang dapat berjumpa dengan Aisyah semula. Alhamdulillah kini Aisyah telah
berada di hadapan abang,” ujar Ilham sambil menitiskan air matanya. Siti Aisyah
Khadijah lantas mengesat air mata yang mengalir di wajah suaminya yang sangat
dirinduinya itu. “Abang, Aisyah pun tidak pernah melupakan abang. Aisyah sering
berdoa agar abanglah jodoh yang telah ditetapkan Allah untuk Aisyah.
Alhamdulillah kini abang telah menjadi imam Aisyah. Abang jangan menangis lagi.
Aisyah tidak sanggup melihat abang menangis sepeti 10 tahun yang lalu sebelum
Aisyah meninggalkan abang. Dulu Aisyah hanya mampu melihat dari jauh abang
menangis tapi kini biarlah Aisyah yang mengeringkan air mata abang,” ujar Aisyah
perlahan sambil memandang ke wajah suaminya itu.
Ilham
lantas memeluk tubuh isterinya yang sangat dicintainya itu. “Sayang, abang
berjanji akan menjaga sayang selagi Allah memberi abang peluang untuk berada di
sisi sayang. Tegurlah abang jika abang ada melakukan kesalahan dan bantulah
abang supaya kita dapat melahirkan keluarga yang sakinah,”
“Abang
sayangilah saya seperti Muhammad menyayangi Siti Khadijah juga Siti Aisyah.
Bimbinglah saya seperti Sulaiman membimbing Balqis. Saya akan mengasihi dan menyintai
abang seperti Zulaikha mengasihi dan mencintai Yusuf. Abanglah insan yang saya
sayangi kini kerana Allah,” ucap Siti Aisyah Khadijah lembut.
“Aisyah,
boleh abang tanya sesuatu?” “Apa dia bang?” “Kenapa 10 tahun dulu sayang pulang
ke kampung? Sayang pulang ke sini ke?” “Sebenarnya abang dulu ayah bimbang
keselamatan saya di Kuala Lumpur. Lalu ayah memanggil saya pulang ke kampung. Lagipun
ayah belum dapat hilangkan rindu dia kepada saya kerana pulang saja dari luar
negara saya terus bekerja di Kuala Lumpur,” “Ooo, jadi sayang pernah ke luar negara.
Buat apa sayang?” tanya Ilham sambil terus memeluk isterinya itu. “Dulu saya
belajar di Mesir.” “Ooo, ya ke? Tidak sangka jodoh kita kuat sayang. Abang pun
bekas pelajar Al-Azhar mesir. Sayang pulak?” “Saya pun sama juga. Tapi kenapa
kita tidak pernah berjumpa?” “Entah patutlah sayang tidak dapat jumpa adik-adik
abang yang comel dulu tu sebab masa malam tu sayang pun pergi Majlis Reunion
tukan,” “Abang pergi juga ke? Ha ah bila kenangkan kerana adik-adik abanglah
kita berjumpa dulu dan berjumpa semula kini.” “Bila difikir balikkan selama sepuluh
tahun ni sebenarnya kita tinggal bersebelahan sajakan sayang. Kampung kita kan
bersebelahan je. Lagipun di kampung inilah abang mengajar tapi kenapalah kita
tidak pernah berjumpa. Tetapi apa maksud sayang dengan kita berjumpa semula kini kerana Amal dengan Nani
pula?” tanya Ilham lantas melepaskan pelukannya lalu memandang wajah isterinya
yang cantik itu..
Aisyah
lantas bangun lalu menuju ke almari solek lalu membuka tudung yang masih
menutupi mahkota yang sentiasa dijaganya itu. Lalu Aisyah menyikat rambutnya
yang sangat menawan itu. Ilham lantas bangun lalu memeluk isterinya dari
belakang. Benarlah perkahwinan sangat indah. “Cantiknya rambut isteri abang
ni,” puji Ilhan lantas mencium rambut isteri yang panjang dan lembut itu. “Abang
kalau abang nak tahu setelah saya pulang ke kampung dulu ingatan saya tidak
pernah melupakan abang, Amal dan Nani. Jadi setiap hari saya bercerita kepada
adik-adik saya tentang adik-adik abang sehinggalah pada suatu hari saya
tersebut nama abang dan adik-adik pun meminta saya bercerita tentang abang. Tanpa
disedari rupanya adik saya, Hawa dan Ijul bersahabat baik dengan Amal dan Nani
dan mereka sama-sama belajar di sekolah asrama sehingga suatu hari Amal dan Nani
datang ke rumah ini. Menurut Hawa, Amal dan Nani sebenarnya dah lupa tentang
saya tapi suatu hari mereka dah terbaca diari abang dan mereka menemui sekeping
gambar saya. Saya pun terkejut macam mana abang boleh ada gambar saya. Saya
tidak tahu pun rancangan mereka pada mulanya tapi di saat Amal dan Nani datang
ke rumah, saya sangat terkejut kerana wajah Amal serupa macam abang. Lalu
mereka meminta izin membawa Hawa dan Ijul ke rumah abang dengan alasan untuk
kenalkan kepada famili abang. Rupa-rupanya mereka ingin lihat reaksi abang
apabila abang melihat wajah Hawa. Hawa memang serupa macam saya. Tanpa
pengetahuan abang dan saya, mereka telah menunjukkan gambar saya yang diambil
secara rahsia oleh Hawa untuk menunjukkan kepada Mak dan Bapak agar mereka
boleh pujuk abang untuk meminang saya. Ummi dengan ayah saya juga mengetahui
rancangan mereka ini. Ketika Mak dan Bapak abang datang untuk merisik saya pada
mulanya saya ingin tolak kerana saya hanya akan terima pinangan dari abang.
Saya tidak tahu yang datang tu adalah dari keluarga abang. Mereka suruh saya
berfikir dahulu sebelum menolak pinangan mereka. Mereka juga meninggalkan
gambar abang. Di saat saya melihat gambar tu alangkah gembiranya hati saya lalu
saya memberitahu kepada ummi dan ayah bahawa saya terima pinangan dari keluarga
abang. Kemudian barulah saya dapat tahu bahawa ini semua adalah rancangan Amal,
Nani, Hawa dan Ijul. Kerana merekalah akhirnya hari ini kita bergelar suami
isteri,” cerita Aisyah sambil menyikat rambutnya dihadapan almari solek itu.
Ilham
lantas menuju ke arah katil lalu membaringkan dirinya. Kemudian dipanggil isterinya
agar berbaring disebalahnya lalu dibawa Aisyah ke dalam pelukannya. “Sayang
abang bersyukur sangat. Abang pada mulanya risau kalau abang berkahwin dengan
orang lain kerana hati abang telah abang berikan sepenuhnya kepada sayang.
Dalam petunjuk istikharah abang juga wajah sayang yang sering hadir.
Alhamdulillah aturan Allah sangat indah. Sebenarnya sayang dulu sewaktu abang
ke kedai buku tempat kali pertama abang berjumpa sayang tu, Anita, kawan sayanglah
yang telah memberi gambar sayang ketika dia memberi hadiah dan pesanan yang
sayang tinggalkan untuk abang. Sayang benar, kata-kata sayanglah yang
menjadikan abang kuat sehingga sekarang,” ujar Ilham sambil mencium ubun-ubun
isterinya. Mereka terus bercerita sehingga kedua-dua pasangan bahagia itu
terlelap dalam pelukan kasih sayang yang dirahmati Allah.
“Mama...
Mama... Papa... Papa... Jangan tinggalkan Am, Ma. Am rindu Mama dan Papa
sangat... Mama... Mama... Papa... Papa...” igau Ilham. Dengan mata yang masih
terpejam itu air mata lelakinya mengalir. Aisyah tersedar dari lenanya saat
telinganya terdengar rintihan seseorang. Disaat Aisyah mendengar rintihan dan
rayuan suaminya itu, hati wanitanya turut menangis kerana dia percaya bahawa
suaminya terlalu menderita sepanjang hidupnya. Dengan perlahan Aisyah mengesat
air mata yang mengalir dari tubir mata suaminya yang kuyu itu. Ya Allah
kuatkanlah hati suamiku ini. Padamkanlah kenangan yang memeritkan yang pernah
dilaluinya selama ini. Abang saya berjanji saya akan membuat abang bahagia
selepas ini. Aisyah menemani Ilham yang masih menitiskan air mata disamping
rintihan yang memilukan hati Aisyah. Igauan Ilham berlanjutan sehingga azan
subuh berkumandang. Ketika azan subuh berkumandang Aisyah sengaja menutup
matanya kerana dia percaya sekejap lagi pasti suaminya itu tersedar dari
tidurnya. Aisyah tidak mahu suaminya mengetahui Aisyah berjaga sepanjang malam
untuk mengelap air mata Ilham.
‘Ya
Allah cantiknya isteriku ini walaupun sedang tidur. Terima kasih Ya Allah.
Kenapa mataku tidak berair hari ini. Kenapa mataku tidak lebam hari ini?’ tanya
Ilham dalam hatinya. “Sayang bangun... Jom kita solat subuh berjemaah...” kejut
Ilham dengan lembut. Aisyah lantas membuka matanya. “Assalamualaikum abang.
Sekejap eh saya pergi mandi dulu. Abang tunggu sekejap tau,” ujar Aisyah ketika
matanya melihat Ilham sudah siap berpakaian solat. Ilham telah mengimami solat
Subuh mereka pada pagi itu.
“Wah
selamat pagi pengantin baru... Mari bersarapan. “ tegur ummi Aisyah, yakni
Hajah Siti Umairah. “Ummi, ayah mana?” tanya Aisyah. “Ayah kau biasalah
pagi-pagi ni sebelum bersarapan dia pergi bagi makan kambing lah, lembulah,
ayamlah... Makan Am. Jangan malu-malu.” “Adik-adik mana ummi?” tanya Aisyah
lagi sambil mengisikan nasi goreng ke dalam pinggan suaminya itu. Dia juga
menuangkan air ke dalam cawan suaminya itu. “Adik-adik biasalah hari cuti macam
ni lepas subuh, mereka sambung tidur. Ha Am bila kamu hendak mula mengajar
semula?” tanya ummi ramah. “Hmm saya dapat cuti dua minggu Ummi.” Beritahu
Ilham. “Jadi lama lagilah kamu di kampung ni Am. Hmm baguslah boleh bantu ayah,”
ujar Haji Abdul Khalid yang baru pulang. “Ayah jom makan sekali,” ajak Ilham
sopan. “Aisyah pergi kejut adik-adik, ajak mereka sarapan sama.” “Baik ayah.”
Tidak
lama kemudian keadaan di dapur itu menjadi riuh dengan telatah adik-beradik
Aisyah yang berjumlah 6 orang semuanya. Aisyah adalah anak sulung. Aisyah
mempunyai dua orang adik perempuan dan tiga orang adik lelaki. “Abang Yong nak
duk tas angku leh ak,” ujar adik iparnya yang paling bongsu, iaitu Mohammad
Ammar Danish. Ilham yang sememangnya menyayangi kanak-kanak lantas mendukung
adiknya yang comel itu ke atas pangkuannya lalu Aisyah pula menyuap nasi goreng
ke mulut adiknya yang baru berusia 4 tahun itu. “alah comelnya Abang Long
dengan Kak Long ni. Macam Abang Long sedang pangku anak manakala Kak Long pula
menyuapkannya. Sweetnya...” usik Muhammad Faizul Hambali yang lebih dikenali
sebagai Ijul oleh ahli keluarganya. “Alah Abang Ijul tu jelause lah tu. Tak pe
nanti abang ijul pulak kahwin k.” Usik Hawa yang merupakan anak yang ketiga.
Siti Hawa kini sebaya dengan adi kembarnya yang kini sedang berada di tingkatan
lima manakala Faizul pula kini berusia
19 tahun yang kini sedang menuntut di tingkatan 6. “Ayah, ummi bosanlah
cuti-cuti sekolah ni kalau duduk rumah je. Jomlah pergi jalan-jalan.”ujar
Muhammad Daniel Iskandar yang baru
berumur 14 tahun. “Anis setuju dengan cadangan abang Is. Jomlah ayah, ummi.
Sekaligus bolehlah Kak Long dengan Abang Long berbulan madu. Hehehhehe,” pujuk Siti
Aniss Zahrah pula yang baru berusia 10 tahun. “Jomlah abang. Kesian budak-budak
ni. Am pun cuti ada lagi 2 minggu. Kita ajak besan kita sekali baru seronok
pergi melancong ramai-ramai. Lagipun sudah lama kita tidak bercuti dan melawat
tempat orang,” pujuk ummi pula menyetujui usulan anak-anaknya itu. “Macam mana
Am, Aisyah kamu setuju ke?” tanya Haji Abdul Khalid sambil memandang wajah
menantunya itu. “Saya ikut saja ayah. Lagipun mesti seronok dapat jalan
ramai-ramai,” ujar Ilham lalu menundukkan wajah menyembunyikan kesedihanya
melihat kemeriahan keluarga mertuanya itu. ‘Mama, Papa, kenapa kalian tidak
layan kami seperti ayah dan ummi layan anak-anaknya.’ Aisyah seakan mengerti
apa yang sedang difikirkan oleh suami kesayangannya itu lantas tanpa diperasan
oleh ahli keluarganya dia mencapai tangan suaminya di bawah meja lalu
menggenggamnya seolah-olah memberitahu pada suaminya itu bahawa dia memahami
perasaan Ilham.
“Baiklah, kita makan dulu. Lepas itu kita berkemas. Am kamu telefon Mak Munah dan Pak Majid. Kamu
ajak mereka pergi sekali. Kata ayah yang ajak pergi bercuti satu keluarga. Kita
akan ke Cameron Highlands esok. Setuju?” ujar Abdul Khalid. “Yey......” semua
adik-adik Aisyah bersorak riang. “Okey Am, selepas itu kamu ikut ayah. Kita
pergi sewa bas dan buat tempahan untuk tempat penginapan kita di sana. Aisyah
pula tolong ibu apa yang patut.”
........................
“Wah
cantiknya pemandangan di sini abang. Sesungguhnya ciptaan tuhan itu amatlah
indah,” ucap Aisyah ketika dia bersama dengan Ilham di dalam bilik penginapan
di Cameron Highlands. “Benar sayang. Ia bertambah cantik apabila abang
berpeluanag melihatnya disamping isteri abang yang cantik ini,” ujar Tengku Ilham pula
sambil memeluk bahu Aisyah. “Terima kasih sayang. Abang rasa sangat bahagia.
Sayang dan keluarga sayang adalah sesuatu yang sangat istimewa yang Allah
kurniakan kepada abang.”
Terima
kasih Ya Allah kerana Kau telah menyebabkan mendung berlalu pergi. Mama, Papa,
Am sekarang ni pun telah mendapat kebahagiaan yang Ilham inginkan.
Berbahagialah Mama dan Papa disamping keluarga yang kalian bina. Doakan juga Am
dan adik-adik mendapat mentari yang indah yang akan sentiasa menyinari hidup
kami. Pergilah engkau wahai mendung yang sentiasa menyelubungi hatiku selama
ini. Biarlah mentari indah terus
bersinar dalam hidupku, juga dalam hidup adik-adikku...........