ASSALAMUALAIKUM....

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA. SESUNGGUHNYA SEGALA ILMU ADALAH MILIK ALLAH YANG ESA. SAYA HANYA INGIN BERKONGSI SEGALA ILMU YANG SAYA PEROLEH.SELAMAT DATANG KE DUNIA NUKILAN SAYA

Tuesday, April 14, 2015

PENYESALAN SEORANG LELAKI BERNAMA SUAMI

 Aku sudah berkahwin skarang. Isteri aku memang sangat baik. Tapi dia tidak seperti yang aku harapkan semasa kami belum kahwin dulu. Sebelum kahwin, aku tengok dia memang seorang yang pendiam. Dia jarang bercakap dengan lelaki. Kawan-kawanku sememangnya memuji caranya. Jadi ketika itu malu juga aku nak tegur dia masa tu. Aku berasa sangat segan dengannya. Tapi aku suka dia macam tu, kerana aku tidaklah cemburu sangat sebab dia jarang berbual-bual dengan lelaki lain.


Isteriku ni sememangnya sangat cantik dan menawan sehinggakan terdapat juga rakan-rakanku yang cuba memikatnya. Namun dia tidak pernah layan. Namun akhirnya aku yang dapat. Aku berasa sangat bangga kerana berjaya memikat dan memilikinya. Eh, lupa pula nak bagi tahu namanya. Nama panggilan dia Ara. Nama betul dirahsiakan. Biarlah rahsia. Hanya aku sahaja yang boleh tahu.

Aku memikatnya dengan cara yang baik. Aku pergi berjumpa terus dengan bapa dia dahulu. Barulah gentlemen beb! Aku cakap elok-elok dengan bapa dia. Bapa dia ni memang jenis yang bermulut pedas orangnya. Memang teruklah aku kena dengan bapanya. Bapanya bertanya kepada aku adakah aku betul-betul mengenali anak dia itu? Aku memberitahu bahawa aku tidak mengenalinya langsung. Oleh itu, bapa dia bertanya lagi, bagaimana dan kenapa aku nak berkahwin dengan anak diajika aku tidak mengenalinya. Aku memberitahu bahawa aku sangat meminatinya dan aku ingin sangat menjadikannya isteriku. Namun bapanya memarahiku dengan berkata: “Kau ni, macam mana kau nak berkahwin dengan orang yang tidak dikenali?” “Lepas kahwinlah saya kenal dia pakcik.” Aku menjawab sambil tersengih-sengih namun bapa dia hanya diam sahaja.

Masa tu berasa kecewa sangat. Aku merasakan bapa dia macam tidak menerima risikanku.. Ke dia saja nak menguji kehebatan cinta aku? Ketika itu aku dah terfikir untuk mencari calon yang lain sahaja. Aku sememangnya mempunyai seorang lagi gadis yang aku minati. Gadis yang seorang lagi ni sememangnya sangat rapat denganku. Yang ni pula nama dia Ika. Aku sememangnya selasi dengan minah ni. Tapi akhirnya orang lain juga yang aku pinang.

Hari keputusan peminangan aku akhirnya tiba. Keputusannya.... Alhamdulillah. Aku ingat kena reject tapi rupanya keluarganya menerimaku. Aku berasa sangat bahagia. Jadi memang sah lah tiada jodoh aku dengan Ika. Ketika aku memberitahu Ika yang aku akan berkahwin, dia terima berita itu dengan redha. Aku berasa aku sangat kejam kepadanya. Namun dia masih mendoakan kebahagiaanku. Selepas itu kami tidak berjumpa lagi.

Lepas akad nikah, kini sahlah aku menjadi suami Ara. Aku berasa sangat bersyukur kepada Tuhan. Kini bermulalah permulaan kisahku sebagai seorang suami kepada Ara. Ketika dirumah. dia macam biasa sahaja. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalau aku tidak buka mulut, memang tidak berbunyilah rumah kami.

Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang-kadang dia bersuara juga. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara memang bukan jenis yang boleh diajak berborak sangat. Bila aku cakap pasal sesuatu, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Akhirnya aku menjadi malas nak berborak dengannya. Mulalah aku menjadi bosan.  Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia sahaja.. tersengih. Macam yg aku buat dekat bapanya dulu.

Yang menjadi lebih tertekan adalah kerana aku ini jenis perokok sederhana tegar. Tapi isteri aku pula seolah seperti fobia dengan asap rokok. Bau nafas aku yang bersisa rokok pun, dia akan batuk. Walau tidak berbau rokok pun dia akan selalu batuk. Sebab sayang isteri, makin lama makin kurang aku merokok. Kalau teringin sangat pun aku hanya akan merokok ketika di pejabat sahaja. Isteriku ini bekerja di bahagian farmasi di hospital.  Aku pula tidak boleh terhidu bau ubat kerana aku akan pening kelapa. Selepas berkahwin pula sudah menjadi tugasku untuk menghantar dan mengambilnya dari hospital. Setiap kali mengambilnya pulang, memang hari-hari lah baju dia berbau ubat di dalam kereta. Oleh itu, aku akan selalu buka tingkap untuk menghilangkan bau yang tidak kusuka itu. Namun pada satu hari tu ketika hari hujan lebat, jadi tingkap kereta tidak boleh dibuka. Hal ini mengakibatkan aku pening kepala kerana tidak tahan dengan bau ubat. Malangnya kami telah terlibat dengan kemalangan apabila aku terlanggar bontot kereta orang di hadapan. Ketika di hospital, doktor mengatakan bahawa isteri aku keguguran akibat kemalangan tu. Rupanya dia mengandung dua bulan. Namun kami berdua tidak mengetahuinya.. Ya Allah!!

Selepas kejadian itu aku menyuruh Ara berhenti kerja.  Jika aku boleh korbankan rokok aku, jadi dia kena korbankan kerja dia. Aku dah tidak tahan dengan bau ubat!! Bagiku pendapatan aku mencukupi untuk menyara hidup kami! Setelah setahun usia perkahwinan kami, Ika tiba-tiba datang dengan mengatakan bahawa dia masih sayangkan aku dan mahu aku mengambil dia menjadi isteri nombor duaku. Dia kata dia  sanggup hidup bermadu. Padahal aku baru saja berkahwin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, jadi dia berani melamarku. Kemudiannya, aku berteros terang dengannya. Menurutku sememangnya hubunganku dengan isteriku tidak berapa rapat sekarang dan kami tidak mempunyai persamaan.

 “Ika, Ara sememangnya tidak banyak bercakap. Kalau aku cuba buat lawak, dia macam tak faham je. Sedih tol. Tidak pandai nak berborak. Kalau jumpa member2 aku lagi lah dia sunyi sepi. Dah lah hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sikit kecuali kalau makan dekat luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak.. Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2,” begitulah kataku kepada Ika.

Aku cuba biasakan diri dengan bau ubat-ubatan dekat baju-baju Ara dulu, aku cuba berhenti merokok waktu awal-awal kahwin dulu. Sekarang Ara pula dah tak kerja. Dia juga dah mencuba belajar masak benda2 lain (tapi jaranglah menjadi). Aku juga memberitahu Ika, bahawa rumah tangga kami bahagia. Aku tidak boleh menduakan dia. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Peristiwa itu sememangnya menjadi terakhir kali kami berjumpa.
Kini, Alhamdulillah... kami dikurnikan rezeki seorang anak. Anak ku itu juga telah besar yakni telah berusia hampir 4 tahun. Kami dikurniakan seorang putera iaitu Muhammad Al-Hafiz. Anakku ini juga sudah pandai mengaji sikit-sikit. Semua inilah berkat kerajinan isteri aku mendidiknya. Kalau dalam bab-bab agama, mengaji, solat semua dia mmg sangat bagus. Anak aku Hafiz, memang dia latih elok-elok untuk mengaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga apabila dewasa nanti dia menjadi anak yang soleh. Bagi aku itu lah pelaburan yang sangat menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh empat tahun ni, kami tidak seperti pasangan yang lain. Semakin hari aku semakin bosan dengan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi dan jarang berborak panjang-panjang. Aku pula lebih suka keluar lepak dengan kawan-kawan. Makin lama makin jarang aku duduk di rumah. Lewat malam baru aku balik setelah isteri dan anakku tidur. Manakala keesokannya pagi-pagi lagi aku dah pergi kerja. Dalam tempoh tu juga, aku sebenarnya asyik keluar dengan seorang wanita sepejabatku aku iaitu Lisa. Lisa adalah pekerja baru di pejabatku. Berbekalkan wajahnya yang agak itu disamping dia juga seperti menyukaiku. Jadi dialah yang selalu menjadi teman untuk aku ajak keluar malam serta menjadi temanku borak-borak sehingga pagi!

Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk menghiburkan hati aku. Aku mempunyai keinginan untuk berkahwin dengannya namun aku bimbang akan mengecilkan hati Ara pula. Lisa selalu menjadi tempat untuk aku meluahkan perasaan. Kadang-kadang kami bergaduh dan kadang dia menggunakan kata kesat setiap kali bergaduh denganku. Namun kemudiannya Lisa akan meminta maaf dengan mengatakan bahawa dia tersasul. Walaupun begitu aku sememangnya terhibur setiap kali bersama dengan Lisa. Aku semakin jarang berada di rumah. Malah aku juga semakin kurang meluangkan masa bersama anak dan isteriku.
  
Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku mempunyai perempuan lain. Suatu hari dia memberitahuku bahawa dia mengizinkan kalau aku ingin berkahwin lagi, tetapi mesti dengan wanita yang elok-elok, kerana dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku berasa pelik dan kemudiannya aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hariannya ke pejabat sudah semestinya ketatdan seksi. Disamping itu make up kat muka 2 inci seolah tidak boleh kena air. Menjadi satu persoalan bagaimana dengan air wuduknya dan timbul juga persoalan adakah dia bersolat atau cuti sepanjang tahun? Oleh kerana itu, aku menunda dahulu hajatku nak berkahwin dengan Lisa. Pernah juga terlintas di fikiranku mungkin selepas kahwin nanti bolehku nasihat dan kudidik namun kalau masa bercinta pun asyik melawan kata-kata dan nasihatku apa lagi kalau sudah nanti.

Ketika perkahwinan aku dengan Ara mencecah 6 tahun, tiba-tiba rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia semakin teruk, dan akhirnya dia terpaksa masuk hospital. Saat itulah baru aku mengetahui bahawa Ara menghidap penyakit barah tekak. Ya Allah!! Doktor memberitahuku bahawa Ara sudah lama menghidap penyakit itu sejak tujuh tahun yang lalu. Penyakit inilah yang membuatkan Ara selalu batuk-batuk, dan terpaksa menahan sakit setiap kali bercakap!

Aku merasakan bagai terkena tusukan dari anak panah yang tumpul bila mendengar berita tersebut!! Patutlah Ara sangat jarang bercakap tapi kenapa dia tidak memberitahu aku?? Doktor memberitahu lagi yakni penyakit tu makin lama makin teruk, dan memberi kesan kepada jantung. Oleh sebab pernafasan dia selalu kurang dari yang sepatutnya maka hal ini menjadikan jantung Ara bertambah lemah. Maka itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia sekarang semakin rosak akibat barah tersebut.

“Tapikan Doktor, isteri saya selalu mengajar anak kami mengaji. Jadi macam mana dia boleh ajar anak mengaji?” tanyaku inginkan kepastian. “Encik, memang terdapat ubat-ubatan untuk diambil oleh pesakit sebagai pelincir dalam tekak. Tapi ianya hanya dapat mengurangkan rasa sakit, dan kesannya hanya bertahan sekejap saja.. Tapi Pn. Ara tidak boleh selalu minum ubat itu kerana ianya sangat mahal!!” terang doktor yang merawat Ara kepadaku. Aku menjadi buntu. Masa tulah baru aku tersedar bahawa sepanjang kami menjadi suami isteri kami tidak pernah bertikah lidah dan bergaduh walaupun sekali. Mungkin itulah hikmah diatas setiap ujian yang Allah berikan. Tapi aku berasa sangat bodoh kerana tidak menyedarinya selama ni.. Aku asyik meninggalkan dia, Isteriku untuk mencari kegembiraan bersama dengan perempuan lain sedangkan setiap saat dan setiap detik Ara menanggung derita seorang diri. Malah Ara juga sentiasa menyembunyikan kesakitan yang tidak tertanggung setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Namun begitu Ara tidak pernah meluahkan deritanya kepadaku.

Jantung Ara sudah semakin lemah. Menurut doktor Ara berkemungkinan tidak dapat bertahan lama. Buat pertama kalinya air mata lelakiku tumpah namun aku tidak berasa malu. Bagiku berita yang aku dengar ini amat sukar untukku terima. Ya Allah tidak sanggup rasanya hati ini untuk berpisah dengan seorang wanita yang amat kucintai sepenuh hatiku. Aku menyesal dengan sikap dan cara aku melayan Ara selama ni. Dia sudah berkorban segala-galanya untukku. Dia menjaga makan minumku, pakaian aku, mendidik anakku ketika aku lupa akan tanggungjawabku. Ara sememangnya tidak pernah melawan apa aku cakap, apa aku suruh..Aku suruh dia berhenti kerja dahulu tanpa bantahan diturutinya. Walaupun aku tahu di rumah dia masih membaca buku-buku tentang ubat-ubatan! Aku tahu Ara sangat sayang akan pekerjaanya itu. Maafkan abang Ara.

Apabila aku pulang ke rumah untuk berehat seketika sebelum kembali manamani isteriku semula, aku sempat melihat balik kenangan-kenangan kami. Sedang aku membelek-belek, aku terjumpa kotak hantaran semasa kami berkahwin dulu. Didalamnya terdapat sebuah kotak jam, yakni jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut apabila terlihat ada sehelai kertas didalam kotak tersebut. Pada mulanya kuingat kertas resit, tapi rupanya ianyaa adalah sepucuk surat!

1 Julai 2007,

Duhai suamiku yang baru kupunya,
Terima kasih kerana menawarkan cintamu kepadaku,
Terlalu gembira hati ini apabila cinta yang ku tunggu-tunggu,
Sejak kita mula bertemu dulu kini telah kumiliki,
Ku juga benar-benar mencintai dirimu,
Menitis air mata ini di saat dirimu melamarku

Wahai suamiku yang baru kupunya,
Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Luaranku mungkin ramai yang tergoda,
Luaranku mungkin indah tidak tercela,
Namun suamiku jangandirimu terpedaya
Kerna diriku bukanlah sesempurna yang disangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita

Wahai suamiku yang baru kupunya,
Andai dirimu inginkan hilai tawaku,
Hanya senyuman yang dapat kuberikan,
Andai dirimu mahu senda jenakaku,
Mungkin hanya kebisuan yang mampu kuberikan,
Kerana diriku tidak sempurna seperti orang lain,
Tidak mampu berbicara dan ketawa

Jika kerna kekuranga diri ini akan meleburkan cintamu,
Aku pasrah dan kurelakan dirimu menjauh,
Jika kerna kelemahan dini ini diriku tetap utuh dihatimu,
Aku bersujud sejuta syukur pada Ilahi..
Hanya ucapan syukur dan terima kasih kukirimkan
Andaikata dirimu menjauh pergi kau jangan kau pulangkan hatiku,
Jika boleh jangan diambil hatimu yang bertaktha di hatiku.


Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini.. 

Berderai lagi airmata aku. Kenapa aku tidak terbaca surat ni 6 tahun dulu? Kenapa aku tidak tahu penderitaan Ara awal-awal dulu? Kenapa baru sekarang? 6 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala-galanya. Malah satu hadiah paling penting dia bagi kepadaku iaitu seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kepada Ara? Malah aku menyakitkan hatinya. Aku mengabaikannya. Aku tidak memanjakan hanya kerana dia tidak banyak berborak dengan ku. Ya Allah apa yang telah aku lakukan kepada isteri yang kau amanahkan kepadaku. Ya Allah aku lalai pada tanggungjawab yang kau berikan kepadaku. Sayang maafkan abang... abang jahil, abang seorang suami yang jahat. Maafkan abang Ara. Mulai saat itu aku bertekad akan menjaga Ara sepenuh hatiku. Aku ingin membahagiakan isteriku ini. Hari-hari memang menjadi rutinku untuk berulang alik ke hospital. Pergi ke pejabat pun kejap-kejap sahaja. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku sudah seperti orang tidak terurus. Dalam fikiran hanya mengenai Ara. Barulah aku menyedari betapa pentingnya Ara dalam hidup aku.

Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak menemaninya sepuas-puasnya. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa-sisa hayat dia. Kalau boleh biarlah dia terlupa akan derita yang ditanggungnya. Saat itu dia menangis dekat bahu aku. Sejak Ara sakit kami hanya berbalas tulisan di kertas dan kertas-kertas itu akan kusimpan sampai bila-bila. Dia menulis dia tidak pernah menyesal kahwin denganku. Dia juga menulis bahawa dia sangat bahagia hidup dengan aku. Ya Allah hari-hari yang kami lalui sangat membahagiakan. Namun keadaan Ara sudah semakin lemah. Aku dah tidak mampu melihat dia menderita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..” Aku tidak tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, sambil membiarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya. Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..

Kini, hampir 15 tahun Ara meninggalkan kami, meninggalkan aku dan Hafiz, dengan kerinduan kepada seorang wanita mulia yang tidak pernah luput dari ingatanku. Kini alhamdulillah Hafiz sudah membesar menjadi seorang pemuda yang soleh dan berjaya dalam kehidupannya. Semuanya bermula dari didikan seorang ibu yang mulia. Sejak Ara meninggalkanku, aku tidak lagi mencari penggantinya. Salau dulu aku pernah merungut ingin dia berbual denganku namun kini baru kusedar sekurang-kurangnya dahulu dia ada untuk mendengar celotehku namun kini hanya batu nisan yang menjadi tempat untukku melepaskan rindu kepadanya. Hanya helaian-helaian tulisan terakhir Ara menjadi pengubat rindu yang tak tertanggung kepada arwah isteriku yang pertama dan yang terakhir itu. Ya allah semoga Ara menjadi bidadariku di syurga mu nanti.... Aminnnn,,,,,,.

No comments: