CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

ASSALAMUALAIKUM....

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA. SESUNGGUHNYA SEGALA ILMU ADALAH MILIK ALLAH YANG ESA. SAYA HANYA INGIN BERKONGSI SEGALA ILMU YANG SAYA PEROLEH.SELAMAT DATANG KE DUNIA NUKILAN SAYA

Sunday, January 13, 2013

CERPEN: Biarlah Mentari Menyinari Hidup


"Eh pulangkanlah. Itu anak patung Nani. Ee... jahatlah abang ni. Pulangkanlah balik..." kanak-kanak perempuan itu menangis apabila seorang kanak-kanak lelaki mengambil anak patungnya. Aku hanya mampu tersenyum melihat telatah mereka. Aku pun bangun dari tempat aku duduk lalu aku menghampiri si kecil yang comel yang sedang menangis itu. "Adik! Kenapa ni? Kenapa nangis? Cuba cerita dekat akak." pujukku sambil mengusap kepalanya dengan lembut persis seorang ibu sedang memujuk anak kecilnya. "Abang Amal ambik Nani punya anak patung. Nani nak anak patung Nani." adu si kecil itu. Rupa-rupanya budak lelaki yang mengambil anak patungnya tadi adalah abangnya sendiri. "Amal! Sini sekejap." panggilku. Kanak-kanak lelaki itu berlari menghampiriku. "Amal budak lelakikan? Mana boleh main anak patung." pujukku lembut. Si kecil itu sekadar memandangku sambil mengangguk-angguk kepalanya. Comel sekali. Benarlah kata orang zaman kanak-kanak adalah zaman menyeronokkan. "Amal abangkan. Seorang abang mana boleh buat adik dia nangis. Amal sayang adik tak?" Amal mengangguk laju. Masakan seorang abang tidak menyayangi adiknya sendiri. Seolah-olah memahami tujuan aku menasihatinya, Amal lalu memulangkan anak patung adiknya itu kepada adiknya, lalu dipujuk adiknya agar berhenti menangis. "Ha macam inilah. Okey sekarang dah lewat petang. Jom akak bawa kamu berdua pulang ke rumah. Mesti mak dan ayah kamu risau akan kamu berdua." kataku lagi. "Alah mama dengan papa tak pernah risau. Mereka selalu balik lambat. Selalunya kitorang mesti dah tidur. Tapi kami tak boleh balik lambat nanti Abang Am marah," kata Amal sambil menunjukkan aku rumah mereka.

Wah! Anak orang kaya rupanya Si kecil dua orang ni. 'Hmm sunyi je rumah ni. Tak macam rumahku di kampung. Kalau di kampung waktu petang begini dah riuh dengan suara adik-adikku sedang berebut nak mandi. Seronok sangat.' "Akak ..... Akak ...." panggil Amal sambil menggongcang tanganku yang memimpinnya. "Ya. Kenapa? Hmm,,, Oklah akak nak balik dulu... Nanti kita jumpa lagi," kataku sambil mencium dahi kedua-dua kanak-kanak itu. Tiba-tiba hatiku teringat adik-adikku di kampung. Ya Allah rindunya pada mereka. "Ok... bye akak... Jumpa lagi..." ucap Amal sambil memimpin tangan adiknya dan berlari-lari anak memasuki rumah mereka. Ketika aku baru nak melangkah pergi, Nani menghampiriku. Aku menundukkan badanku agar ketinggianku sama dengan si kecil ini. "Akak... nanti kita jumpe kat taman esok eh... Nani sukalah dengan akak. Nani nak main dengan akak esok... boleh tak?" ucapnya sedikit pelat tapi sangat petah. "Boleh sayang. Esok tunggu akak dekat taman ya." Nani lalu mencium pipiku dengan manja dan masuk ke rumahnya semula.

"Assalamualaikum...." "Waalaikumusalam... Eh Tuan Muda dah balik." ujar Mak Munah sambil membuka pintu untuk anak majikannya, Tengku Ilham Azhar. Ilham lantas mencium tangan Mak Munah. Walaupun wanita itu hanya seorang pembantu namun wanita inilah yang telah membesarkannya dan kini wanita ini juga yang menjaga kedua-dua adiknya. "Hmm.. Mak, Mama dengan papa belum balik lagi ye?" ujarnya lembut. "Belum lagi Tuan." "Alah Mak ni, berapa kali Am cakap jangan panggil Tuan panggil je Am. Am kan anak Mak ." kata Tengku Ilham yang lebih mesra dipanggil Am di rumahnya. "Baiklah Am. Mak saja nak usik kamu." "Hmm... adik-adik mana Mak? Sunyi je. Dah tidur ke. Selalunye diorang tunggu Am dulu. Nak suruh Am berceritalah," ujarnya apabila menyedari adik-adiknya tidak menunggunya hari ini. "Hmm hari ni awal-awal lagi diorang dah masuk tidur. Kata mereka esok nak jumpa akak. Akak mana mak tak tau pulak," terang Mak Munah. Tahu sangat perangai Tengku Ilham yang terlalu mengambil berat pasal kedua-dua adiknya itu. "Hmm takpelah Mak, Am naik ke bilik dulu. Am nak mandi, solat kemudian nak tengok adik-adik." "Am tak nak makan. Mak boleh panaskan." "Tak mengapalah Mak. Mak pergilah masuk tidur. Hari pun dah lewat malam. Mama dengan Papa entah balik entah tidak tu. Selamat malam Mak" ucap Tengku Ilham sambil berlalu menuju ke biliknya. 'Kesian anak-anak majikanku ini. Ada mama dengan papa macam tiada. Hmm kesian Am dari kecil hidup sendirian. Nasib baik kini dia ada tempat bermanja, si comel kembar dua orang, Amal dengan Nani.

"Ya Allah kau ampunilah segala dosaku. Ya Allah, jadikanlah aku anak yang soleh yang dapat membimbing kedua-dua adik kesayanganku. Ya Allah, ampunilah dosa Mama dengan Papa. Bukakanlah hati mereka agar kembali ke jalanMu Ya Allah." ucap Tengku Ilham Azhar setelah selesai menunaikan kewajipannya. Alhamdulillah walaupun dia dibesarkan dalam keluarga yang mewah namun dia tidak lupa tugasnya sebagai umat Islam. Berkat usaha didikan Mak Munah dengan suaminya Pak Majid dia menjadi seorang pemuda yang tidak pernah melupakan tanggungjawabnya kepada Tuhan Yang Esa. Kini dia pula akan mendidik kedua-dua adik kesayangannya.

Tengku Ilham memasuki ke dalam bilik adik kembarnya yang berlainan jantina. Kelihatan kedua-dua mereka sedang nyenyak tidur sambil tersenyum. 'Apalah yang mereka mimpikan sampai tersenyum. Maafkan Abang Am dik. Dua tiga hari ni abang banyak kerja sampai abang tiada masa untuk kamu berdua.' Tugasnya sebagai Pengarah  Urusan di syarikat papanya, Mutiara Holdings menyebabkan dia selalu pulang ke rumah lewat. Selalunya adik kembarnya, Tengku Izham Akmal dan Tengku Syaznani Natasya yang baru berumur 7 tahun itu menanti kepulangannya sebelum mereka tidur. 'Mungkin mereka penat sangat hari ni. Lagipun aku pulang lewat hari ni. Oklah sayang tidur lah. Esok kita berborak. Selamat malam adik-adikku.' ucap Ilham sambil melangkah keluar dari bilik adik-adiknya itu. Ketika Ilham baru ingin menuju ke biliknya kelihatan Tengku Murshid dengan Tengku Nadhirah baru pulang. Mereka kelihatan sedang mabuk. 'Astaghfirullah hal a'zim, Ya Allah bilalah agaknya Mama dengan Papa nak berubah.' Ilham bimbang dirinya akan menjadi kurang ajar lalu dia pun berlalu masuk ke dalam biliknya.

"Abang Am... Abang Am.... Bangunlah. Mak panggil sarapan... Cepatlah abang." teriak Nani dari luar bilik Ilham. 'Ya Dik. Abang dah bangun. Kejap eh lagi 10 minit abang turun..." sahut Ilham kerana dia tahu selagi dia tidak menyahut seruan adiknya yang seorang ini alamatnya si kecil itu akan berkampung di hadapan pintu biliknya sehingga dia keluar. Kalau senyap takpe tapi dia asyik berceloteh macam nenek tua. Oleh kerana itulah abang kembarnya menggelarkannya nenek kebayan... tetapi keriuhan mereka berdualah yang memeriahkan suasana pagi di banglo yang tersergam indah di atas bukit ini.

"Eh apa yang dibualkan oleh adik-adik abang ni. Dari atas dah kedengaran riuhnya... Tak nak cerita dengan abang ke. Mama dengan papa mana?" tanya Ilham apabila menyedari kerusi mama dengan papa masih kosong. "Alah abang ni, mama ngan papa mana ada sarapan. Abang Am nak tahu tak petang ini adik dengan abang Amal nak berjumpa akak cantik. Abang Am nak ikut?" kata si Nani sambil menyuakan roti ke mulutnya. "Akak mana ni Amal? Baik-baik tau sekarang punya masa tak boleh percaya dengan orang yang kita tak kenal." nasihat Ilham kepada Tengku Izham Akmal yang lebih manja dipanggil Amal. "Hmm akak tu baik abang. Dia  hantar kitorang sampai rumah semalam sebab dia takut kitorang diapa-apakan. Nanti Amal kenalkan dekat abang eh..." janji Akmal "Hmm jangan main jauh-jauh tau. Hujung  minggu ni kita pergi jalan-jalan nak tak. Kita pergi makan KFC." provok Ilham. "Nak....nak...nak" ujar kedua-duanya serentak... “Ok lagi dua hari kita pergi jalan-jalan. Hari ni kan sudah hari Jumaat. Hmm mak hari ni Am tak balik makan malam tau mungkin Am balik lambat sikit. Am pergi makan dengan kawan-kawan lama. Kawan masa belajar dekat Mesir dulu." terang Ilham agar Mak Munah tidak risau jika dia pulang lewat nanti. "Oklah Adik-adik abang.. jangan nakal-nakal. Nani dengan Amal belajar rajin-rajin dekat sekolah nanti tau... Malam ini jangan tunggu abang. Esok kita berbual lama-lama. Abang tak kerja esok. Kita pergi kedai buku. Baiklah abang pergi kerja dulu." nasihat Ilham sambil mengusap kepala adik kembarnya yang comel itu.

“Assalamualaikum... Eh awalnya Aisyah datang hari ni." ujak Marina Mellissa, tuan empunya kedai buku tempatku bekerja ini. "Hmm Waalaikumusalam. Hari ini kan hari Sabtu. Aisyah tak kerja tu yang datang awal tu."

Ilham sedang melayan kerenah adik-adiknya. "Abang nak pergi mana lagi ni?" tanya Tengku Izham Akmal. "Hmm Amal dengan Nani nak pergi makan ke nak pergi kedai buku dulu?" tanya Tengku Ilham. Sememangnya setiap kali keluar dengan adik-adiknya pasti keinginan mereka didahulukannya. Dia tak nak adik-adiknya itu merasa kesunyian seperti mana yang dirasainya ketika kecil dulu. Jadi kini dia ingin memberi sepenuh perhatian kepada mereka walaupun mereka sepertinya teringin dibelai dan dimanja oleh kedua ibu bapa. Namun apa boleh buat Mama dengan Papa terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk anak-anak. "Hmm Nani nak pergi kedai buku. Nak beli buku boleh tak Abang Am?" pujuk Tengku Syaznani. "Boleh sayang. Jom dekat depan tu ada kedai buku yang besar. Nani dengan Amal boleh pilih berapa banyak buku yang kamu suka. ok." ujar Ilham. Sememngnya dia memberitahu adik-adiknya bahawa buku adalah gudang ilmu. Jadi dia tidak kisah berhabis duit asal adik-adiknya minat mmbaca. Dia sendiri mempunyai perpustakaan mini di dalam biliknya.

"Aisyah tengok tu. Hensomenya." ujar Anita, teman sekerjanya di bookstore ini. "Hish awak ni. Tak elok melihat sekeliling dengan pandangan nafsu. Berdosa tau. Itu  merupakan zina mata." nasihatku. "Alah saya cuma mengagumi ciptaan tuhan. Tapi dia dah berkahwin. Tu dia sedang memimpin dua orang budak kecil. Comel-comel Aisyah. Awak tukan mana boleh lihat budak comel." ujar Anita menyedari ketelanjurannya. Aku tidak mengangkat wajahku. Aku terus tunduk melihat skrin komputer dihadapanku. Aku ingin menjaga pandanganku. Aku bimbang aku terjebak dalam zina mata. Itulah yang sering dipesan oleh ayahku di kampung, "Siti Aisyah Khadijah, kamu haruslah menundukkan pandanganmu ya nak. Di Kuala Lumpur itu banyak kemaksiatan. Pandai-pandailah kamu menjaga dirimu. Ingatlah Aisyah nama kamu,  ayah dengan ummi pilih sempena nama 2 tokoh wanita Islam yang agung, iaitu Siti Aisyah dan Siti Khadijah. Contohilah mereka anakku." itulah pesan ayahku, Haji Abdul Khalid. "Saudari, assalamualaikum... Saudari..." panggil pemuda itu penuh sopan. Anita yang disebelahku tersenyum sambil menepuk bahuku. "Eh... minta maaf saudara… Waalaikumusalam…" ujarku kekalutan. Tengku Ilham Azhar hanya tersenyum. 'Cantiknya wajah wanita ini. Terjelas keayuannya lebih-lebih lagi ketika wajahnya kemerahan seperti sekarang ini. Astaghfirullah hal a'zim. Ya Allah maafkanlah hamba Mu ini. Aku terlalai dengan nafsuku Ya Allah.' bisik hati Ilham. "Ya saudara, boleh saya bantu," ujarku lembut menyembunyikan perasaan kegundahanku. Aku mengangkat wajahku. 'Ya Allah kacaknya. Mukanya berseri-seri dan bercahaya.' Tiba-tiba pandangan mata kami bertaut. Aku pantas menyedari kekhilafanku lantas ku tundukkan wajahku semula. "Sebenarnya saya ingin mencari buku yang berunsur Islam. Dimana raknya, saudari." ujar Tengku Ilham. "Ohh baiklah mari saya tunjukkan rak yang saudara cari itu. Silakan." ujarku ramah. "Terima Kasih." 

Ilham tekun memilih buku-buku yang difikirkan bermanfaat dalam membimbing dirinya juga adik-adiknya. Setelah puas memilih akhirnya dia membuat keputusan untuk membeli 20 buah buku yang dilihatnya amat berguna. Dia lalu membawa kesemua buku-buku yang ingin dibelinya itu ke kaunter untuk dibayar. Setibanya di kaunter pembayaran dilihatnya kedua-dua adik kembarnya masih belum selesai memilih buku yang ingin mereka beli. "Amal, Nani dah ke belum? Kalau dah, bawa ke sini."ujar Ilham

Amal, Nani. itu bukan ke nama kanak-kanak yang aku jumpa di taman hari tu. Kesian mereka. Hari tu aku tidak dapat berjumpa dengan mereka kerana aku ada perjumpaan dengan rakan-rakan seuniversiti ketika aku di Mesir 3 tahun yang lalu. Agaknya mesti lama mereka tunggu aku.

"Hmm Dah pilih ke... Wah banyaknya buku Nani beli.... Ni pastikan baca tau." ujar pemuda itu lembut. 'Wah ada ciri-ciri bapa yang penyayang' bisik hatiku. "Abang Am, Nak tengok akak tu kira." rengek Nani manja. "Hish ngada-ngadalah adik ni. Adik kan dah besar kesian Abang Am tau," ujar si Amal pula. ‘Oh abang rupanya ingatkan ayah budak-budak ni tadi.'    "Takpelah Amal. Hmm Nani mari abang dukung," ujar pemuda dihadapanku ini lembut. Aku meneruskan kerjaku tanpa memandang pemuda dihadapanku ini. "Ehhhh. Akak kan Akak yang Nani jumpa dekat taman tukan. Masa Abang Amal ambik anak patung Nani." ujar si comel Nani keriangan. Aku lantas melihat ke arah Nani. "Betullah tu... Akak minta maaf ye akak tak datang hari tu." ujarku sambil tersenyum. "Hmm… Penat tau Nani tunggu akak kat taman hari tu. Abang Amal pun ada." rajuk gadis comel di hadapan ku ini. "Maaflah sayang akak ada perjumpaan pula malam tu. Akak tidak dapat nak elak. Nanti akak belikan barbie tanda minta maaf. Untuk amal pula akak belikan.... Hmmm Amal nak apa?" tanyaku pada Amal yang sedang berdiri di sebelah abangnya itu. Abang mereka pula seakan tertanya-tanya bagaimana adik-adiknya boleh mengenaliku. Namun persoalannya dibiarkan begitu sahaja. "Amal nak kereta kontrol. boleh tak?" Habis… Dekat mana aku nak beli kereta kontrol yang murah ni. Berkerut-kerut dahiku memikirkan keadaanku ini. "Eh saudari tak perlulah beli barang untuk adik-adik saya. Hish Abang, Adik,  tak baik mintak barang kat orang tau... Kan abang selalu nasihatkan kita hendaklah selalu memaafkan kesilapan orang lain. Jangan pernah meminta ganti rugi. Tak elok." ujar pemuda itu menasihati adik-adiknya. Kedua-dua adiknya itu mengangguk-anggukkan kepala tanda memahami kesilapan mereka. "Hmm saudari, saya minta maaf jika adik-adik saya mengganggu saudari sebelum ini." "Eh tidak. Mereka tak pernah mengganggu saya pun bahkan saya seronok melihat telatah mereka. Baiklah harga buku encik............." "Ilham" "Ok harga buku-buku Encik Ilham ialah RM450. Encik ada kad ahli. Jika ada, harga kurang dari 20%." "Tak ada pula. Hmm  kalau nak buat kad ahli berapa ya?" tanya Ilham. "RM 20 sahaja encik" "Baiklah ini 470 untuk buat kad ahli sekali." "Sebentar ya Encik. ..............ok ini resit pembelian dan ini kad ahli Encik. Jika berkesempatan datanglah lagi ke sini." ujarku. "Baiklah Terima kasih Cik.........?" "Aisyah" "ok terima kasih cik Aisyah. Kami minta diri dulu. Assalamualaikum.  Jom dik kita pergi makan." Mereka pun bergerak keluar sambil kedua-dua kanak-kanak comel itu memandangku smbil melambai-lambaikan tangan mereka… “Nanti kita jumpa dekat taman ya kak” jerit Nani sambil tersenyum manja. “Insya Allah”

“Ok sekarang adik-adik abang mesti cerita dekat abang macam kamu boleh kenal akak dekat kedai buku tadi?” gesa Tengku Ilham Azhar. Tengku Syaznani Natasya dan Tengku Izham Akmal pun bercerita tentang perkenalan mereka dengan Aisyah. Tengku Ilham Azhar mendengar segala bicara adik-adiknya.

Kemudian mereka pun menikmati makanan dengan selera dan gembira. Tiba-tiba Ilham terlihat kelibat ayahnya, Tengku Mursyid dengan seseorang. Pada pemerhatian Ilham mereka seperti ada hubungan yang rapat kerana cara mereka berjalan seperti sepasang kekasih yang sedang bercinta. ‘Astaghfirullahal a’ azim. Ya Allah selamatkanlah rumahtangga ibu dan ayahku.’ Doa ikram di dalam hati. “Abang kenapa ni? Amal tengok abang macam terkejut sahaja. Abang nampak sesuatu ke?” Tanya Akmal prihatin. “Tidak ada apa-apa. Hmm cepat makan. Lepas ini kita ke masjid untuk solat Asar ya. Selepas itu kita pergi taman permainan nak tak?” “Nak…nak…nak…”:ucap kedua-duanya girang. Hilang segala masalah Ilham melihat telatah manja adik-adiknya itu. Hari itu mereka bergembira sepuas-puasnya.

Setelah menikmati makan malam di salah sebuah restoran di Kuala Lumpur barulah ketiga-tiga beradik itu pulang ke rumah mereka. Sepanjang perjalanan pulang si kembar tertidur. Tersenyum Ilham melihat wajah keletihan adik-adiknya namun masih terdapat sinar kegembiraan di wajah Nani dan Akmal. Setibanya mereka di rumah kelihatan Mak Munah setia menanti kepulangan mereka namun begitu kelibat mama dan papa tidak juga kelihatan. Fahamlah Ilham bahawa keduanya belum pulang lagi. Ilham lalu mendukung adik-adiknya ke bilik mereka.

“Am dah makan. Kalau belum biar mak hidangkan.” “Tak payahlah mak. Am dah makan dengan adik-adik tadi. Mak kenapa tak tidur lagi? Hmm mak lain kali tak payahlah tunggu Am. Kesian mak. Mak mesti penatkan. Mak tidurlah dulu. Ni mak dah makan ke?” tanya Tengku Ilham kerisauan. “Belum lagi nak. Mak ingat nak tunggu kamu semua makan dulu.”  “Hmm kalau macam tu, jom Am teman mak makan. Esok pun Am tak kerja. Am duduk rumah saja. Boleh borak-borak dengan mak.” ujar Ilham manja. Sesungguhnya Ilham sering mengimpikan satu hari di mana Mamalah insan yang menunggunya pulang dan dia teringin Mama menyuapnya makan. Dia ingin dimanjakan oleh Mama seperti Mak Munah memanjakan dirinya. Itulah harapan Ilham dari dulu lagi.

Keesokan harinya selepas solat subuh Tengku Ilham membantu Mak Munah membersihkan rumah. “Mak, Mama dengan Papa ada kat rumah ya? Itu kereta Papa ada di garaj tu,” tanya Nani manja. “Ya sayang, Mama dengan Papa ada dekat dalam bilik.” Tiba-tiba………..

“U, baik U beritahu I siapa perempuan dalam gambar ni. U beritahu cepat. Selama ni I dengar dari kawan-kawan tentang perangai U tapi I tak percaya. Sekarang ni baik U mengaku siapa betina tu.” Jerit tengku Nadhirah menyebabkan perbualan Nani dan Mak Munah terhenti. Ketika itu semua yang berada di taman mini yang terdapat di halaman rumah banglo itu sunyi apabila semuanya ingin mendengar pertelingkahan Tengku Mursyid dengan Tengku Nadhirah. “Kenapa yang U sibuk? Suka hati I lah. I lelaki I boleh kahwin empat. Islam benarkan lelaki kahwin empat. Yang U nak bising-bising ni kenapa?” tengking Tengku Mursyid pula. “Ooo, sekarang baru U cakap pasal agama. Yang U tu tak solat, tak puasa, minum air syaitan tu, U tak fikir pulak pasal tuntutan Islam.” marah Tengku Nadhirah lagi. “Baik kalau U nak tahu sanagt perempuan tu Marsya, kekasih I dan tak lama lagi kami akan berkahwin. Dia bakal jadi madu U. U puas hati.” “Sampai hati U buat I mcm ni. Apa kurang I? Kenapa U cari perempuan lain?” tangis Tengku Nadhirah apabila mendengar penjelasan suaminya itu. “Sebab I dah bosan dengan U. I rasa tidak salah I nak kahwin lagi. Lagipun I mampu. Kalau U tak nak dimadukan I sanggup ceraikan U.” ujar Tengku Mursyid tegas. Bertambah kuat tangisan Tengku Nadhirah mendengar ketegasan suaminya. “Sampai hati U. I sanggup tinggalkan agama I dulu, I sanggup peluk Islam. Keluarga I halau I dan buang I dari hidup mereka. I sanggup tinggalkan mereka kerana U, tapi ini balasan U di atas segala pengorbanan I. U memang lelaki yang tidak berguna. I benci U. I tidak sanggup terima perempuan itu sebagai keluarga kita. Kalau U dah tidak sayangkan I, ceraikan I. ceraikan I………….” jerit Tengku Nadhirah.

Di ruang tamu itu hanya kedengaran tangisan Tengku Nadhirah. Tengku Syaznani ketakutan dan menangis dalam pelukan Mak Munah. Tengku Akmal pula telah membawa diri ke belakang rumah dengan ditemani Pak Majid. Tinggal Tengku Ilham  melawan kesedihan di hati seorang diri mendengar pertelagahan kedua ibu bapanya. Tanpa mereka sedari di luar pagar rumah, Siti Aisyah Khadijah terdengar pertelingkahan keluarga itu. Tujuannya yang sebenar adalah ingin berjumpa kedua-dua beradik yang comel itu dan membawa mereka bersiar-siar di taman untuk kali yang terakhir sebelum dia pulang ke kampung tetapi belumpun sempat dia memberi salam dia terdengar teriakan Tengku Nadhirah. Tiba-tiba dia terpandang wajah Ilham yang sedang tunduk memandang bumi. ‘Kesiannya dia. Ya Allah kuatkanlah hatinya agar dia tabah untuk kedua-dua adiknya,’ rayu hati aisyah.

“Baiklah kalau itu yang U mahukan. Hari ini, saat ini, dan pada detik ini, I Tengku Mursyid ceraikan U, Tengku Nadhirah dengan talak 3. U puas hati.” ujar Tengku Mursyid sambil berlalu untuk mengemas pakaiannya untuk dibawa keluar dari rumah itu. Semakin kuat teriakan Tengku Nadhirah kerana kini dirinya telah mnjadi janda. Tidak lama kemudian Tengku Mursyid turun dari biliknya sambil membawa 2 beg pakaian yang besar. “Nadhirah, I serahkan rumah ini, kereta kepada U. U tak perlu bimbang U masih ada tempat untuk berteduh. I juga tidak akan mengambil hak penjagaan anak-anak kita. U jagalah mereka. I akan tunaikan tanggungjawab I sebagai papa mereka. Segala perbelanjaan anak-anak akan I masukkan ke dalam akaun mereka. I juga akan memberi nafkah kepada U. U jangan bimbang U masih ada share dalam syarikat. Biar I mulakan hidup I dengan Marsya. I percaya U pun akan jumpa seseorang yang akan membahagiakan U tapi bila sampai suatu masa U berkahwin lagi maka segala harta yang I bagi dekat U akan menjadi milik anak-anak kita. U mesti keluar dari rumah ini saat U berkahwin lagi. Ingat I akan sentiasa awasi rumah ini.” Jelas Tengku Mursyid tegas. Kemudian dia pun keluar.

Di saat Tengku Mursyid keluar menuju ke kereta, Nani dan Akmal berlari mendapatkannya. “Papa.. Papa. Papa nak ke mana? Kenapa Papa gaduh dengan Mama?” tanya Nani dengan suara seraknya. Tengku Mursyid membongkokkan dirinya agar ketinggiannya sama dengan puteri tunggalnya itu. “Sayang papa nak ke rumah lain. Papa tidak boleh duduk sini lagi.” “Kenapa pulak Papa? Papa dah tak sayang Amal dengan Nani ke? Janganlah pergi Papa” rayu Tengku Akmal pula. “Tidak boleh sayang. Nanti setiap hujung minggu Papa datang ya. Papa kena pergi dulu,” ujar Tengku Mursyid sambil memeluk kedua-dua anak kembarnya itu. Kemudian matanya terarah kepada putera sulungnya yang berdiri membelakangkan wajahnya ketika itu. “Am, maafkan Papa.” ujar Tengku Mursyid kerana dia tahu anak sulungnya ini lebih gemar memendam dari meluahkan isi hatinya.

Setelah itu Tengku Mursyid pun berlalu pergi. Nani menangis kesedihan lalu Mak Munah yang berada tidak jauh dari tempat Nani dan Akmal berdiri menghampiri kedua kembar itu lalu memujuk mereka dan membawa kedua-duanya masuk ke dalam rumah. Walaupun Tengku Syaznani dan Tengku Akmal masih kecil namun mereka mengerti bahawa kehidupan keluarga mereka akan bertambah keruh selepas ini. Tengku Ilham masih berdiri kaku tanpa berganjak. Tidak lama kemudian, Tengku Nadhirah pula keluar ingin menenangkan dirinya.

Ilham terduduk setelah hanya tinggal dirinya seorang di taman itu. Dia tidak menyedari bahawa dirinya sedang diperhatikan. “Ya Allah, apakah dosaku Ya Allah? Kenapa hidup keluargaku bertambah keruh? Kenapa engkau mengujiku begini? Aku tidak kuiat Ya Allah. Mama, Papa kenapa kalian buat keputusan melulu. Kenapa mama… papa… tidak pernah fikir perasaan kami.” luah Ilham dengan suara perlahan tapi Siti Aisyah masih mampu mendengar luahan hati pemuda itu. Dia melihat tubuh pemuda itu terhenjut-henjut seperti sedang menangis.

Setelah seminggu peristiwa perceraian Tengku Mursyid demgan Tengku Nadhirah, Tengku Nadhirah kembali aktif seperti tiada apa yang berlaku dalam hidupnya. Dia kembali sibuk dengan aktivitinya. Namun peristiwa itu mengubah diri Tengku Akmal dengan Tengku Syaznani. Kedua-duanya tidak lagi ceria seperti sebelumnya. Begitu juga dengan Tengku Ilham Azhar yang kini kembali menjadi seorang yang pendiam.

“Abang, risau Nah tengok budak-budak tu bang. Peristiwa itu benar-benar merubah perangai Amal dengan Nani. Mereka dah tak ceria lagi. Nak tengok senyuman mereka pun susah bang. Am lagilah dia dah jadi diri dia yang dulu bang. Cuma lagi teruk sekarang ni. Apa kita nak buat ni bang. Kesian mereka bang. Tengku Nadhirah pula selalu balik lewat malam. Kadang-kadang tu dia tidak balik berhari-hari. “ ucap Mak Munah kepada suaminya, Pak Majid.

“Entahlah Nah. Tengku Mursyid juga dah hilang entah ke mana. Dengar cerita orang dia dah keluar negara dengan isteri barunya. Kata mereka dia ingin buka syarikat di sana. Nah nak tau tak semalam semasa abang nak pergi jemput Nani dengan Amal, abang terlihat Tengku Nadhirah dengan seorang lelaki mat salleh. Mereka macam rapat sangat. Tak taulah apa nasib budak-budak itu nanti.” cerita Pak Majid.

Tiga bulan kemudian……..

“Am, Mama ada hal nak bincang dengan Am. Am sibuk tak” tanya Tengku Nadhirah pada satu malam ketika Ilham sedang membaca di dalam biliknya. Tengku Ilham Azhar terkejut kerana Tengku Nadhirah tidak pernah memasuki biliknya untuk berbual. ‘Mama mesti nak beritahu hal penting ni. Kalau tidak takkanlah Mama masuk bilikku ni.’ Bisik hati Tengku Ilham. “Masuklah Mama. Mama nak cakap apa? Am tidak sibuk pun. Saja membaca sebelum tidur. Kenapa Mama.” tanya Ilham lembut. Walaupun dia terasa dengan Mamanya kerana tidak pernah memberi kasih sayang kepadanya namun dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Walaubagaimana sikap Mama kepadanya, Tengku Ilham tetap sayang dan hormat Mamanya itu.

“Sebenarnya Am, Mama hendak berkahwin,” ujar Tengku Nadhirah perlahan. “Alhamdulillah Mama. Mama perlu berbahagia juga. Bila mama akan berkahwin?” tanya Ilham perlahan. “Mungkin hujung minggu ni. Tapi Mama nikah je. Tapi….” “Kenapa ni mama?” “Mama tidak akan duduk dalam rumah ni lagi selepas Mama berkahwin nanti.” “Kenapa pula Mama? Mama pun hendak tinggal kami ke?” tanya Ilham perlaham.

‘Sabarlah wahai hati. Janganlah kau menangis wahai mata’ rintih hati Tengku Ilham. “Am mesti masih ingat pada hari Papa ceraikan Mama. Am ingat tak Papa pernah cakap kalau Mama berkahwin lagi segala kekayaan yang Papa beri harus pulangkan kepada Am dan adik-adik. Sekarang Mama akan pergi sayang. Tapi ini bukan bermakna Mama tak sayangkan kamu.” pujuk Tengku Nadhirah. “Adik-adik macam mana Mama? Tolong fikirkan perasaan Nani dengan Amal yang masih kecil tu Mama. Mereka perlukan Mama. Mereka sudah kehilangan Papa, kini Mama pula nak tinggalkan mereka. Sampai hati Mama,” perlahan dan mendayu suara Tengku Ilham memujuk Mamanya. “Maafkan Mama sayang. Am tolong jaga adik-adik. Mama akan pergi tanpa mereka sedari, Am. Tolong Am. Jangan beritahu adik-adik. Mereka tidak akan faham. Mama percaya Am faham hati Mama kan sayang. Mama janji Mama akan selalu telefon adik-adik dan melawat adik-adik nanti.” pujuk Tengku Nadhirah.
 “Jangan berjanji Mama. Papa pun pernah berjanji benda yang sama sebelum tinggalkan rumah ini tapi tidak pernah kembali walau sekali. Takpelah Mama. Mama pergilah cari kebahagiaan Mama. Mungkin kami ni tidak penting dalam hidup Mama. Am akan selalu doakan kebahagiaan Mama dengan Papa. Mungkin setelah Mama pergi nanti kamai tidak lagi ada di rumah ini. Rumah ini banyak memberi kenangan dalam hidup kami. Seperti Mama dan Papa pergi mencari kebahagiaan maka Am juga akan bawa adik-adik cari kebahagian untuk hidup kami. Walau di manapun Mama dengan Papa berada kami akan sentiasa kirimkan doa kasih sayang kami kepada kalian. Satu permintaan Am jangan lupakan kami Mama. Dan kalau boleh sebelum Mama meniggalkan rumah ini berilah sedikit kasih sayang Mama kepada adik-aadik. Luangkanlah sedikit masa Mama yang berharga itu kepada mereka. Am dah biasa hidup tanpa Mama dengan Papa tetapi mereka tidak biasa kerana mereka masih kecil. Berilah mereka peluang itu Mama. Selepas itu Am tidak halang Mama meninggalkan kami. Itu saja permintaan Am. Oklah Mama, Am sudah mengantuk. Selamat malam Mama. Sayang Mama,” luah Tengku Ilham Azhar. Kemudian dia mencium tangan dan pipi Mamanya. Lama mereka berpelukan.

Ya Allah, kenapa perkara sebegini yang perlu aku tempuhi? Kenapa ibubapaku sanggup meninggalkan diri kami yang merupakan darah daging mereka? Kenapa Ya Allah. Sampai hati Mama. Sanggup Mama lebih mementingkan orang lain dari anak yang pernah berada dalam rahimmu selama sembilan bulan. Mama tidak adakah walau sedikitpun ruang di hatimu untuk Am dan adik-adik. Papa, kenapa di saat kami memerlukan bimbinganmu kau pergi tanpa menoleh walau sekali? Apa dosa kami wahai Mama dan Papa? Dulu aku tidak kisah kalau Mama dan Papa tiada masa untuk diriku tapi kenapa sekarang kalian sanggup meninggalkan diri ini terkapai-kapai kelemasan seorang diri. Ya Allah jika ini dugaan yang Kau beri untuk menguji tahap keimananku, aku terima Ya Allah tapi kurniakanlah aku kekuatan agar aku tidak lemah demi kedua-dua adik kesayanganku.

Akhirnya Tengku Ilham tertidur di atas sejadah kesedihannya. Alangkah indah mimpinya. Didalam mimpi tersebut dia, Tengku Izham Akmal serta Tengku Syaznani Natasya sedang bergembira berkejaran bersama-sama Mama dan Papa mereka. Tetapi tiba-tiba bayangan Mama dan Papa seakan bergerak meninggalkan mereka. “Mama...Papa...Mama...Mama...Papa...Papa...” jerit Ilham.

“Allahu Akbar, Allahu Akbar….” Ilham tersedar dari tidurnya apabila azan subuh berkumandang. Ya Allah kenapa mimpiku yang indah mulanya bertukar menjadi mimpi yang buruk. Ya Allah sesungguhnya Mama dan Papa pergi mencari kebahagiaan mereka tanpa membawa kami tiga beradik. Ilham bangun lalu menuju ke bilik adik-adik kembarnya. ‘Sayang-sayang abang, abang tidak akan meninggalkan kamu berdua. Kamulah kekuatan abang. Abang akan kembalikan senyuman di bibir kamu. Tolonglah Nani, Amal, bersemangatlah kembali agar abang pun bersemngat semula. Adik-adikku, kini abang ada untuk kalian, dan kalian ada untuk abang. Cerialah semula sayang. Tolonglah senyum kembali kerana dengan senyuman kalianlah abang semakin bersemangat.’

“Abang Am, bangun, Mama dengan Mak panggil. Abang Am… cepat…abang, abang … bangun cepat… dah pagi …”jerit Tengku Syaznani sambil mengetuk pintu bilikku. Ya allah adakah aku sedang bermimpi? “Abang Ammmmmm”

“Ya sayang abang dah bangun. Nani turun dulu… Nanti lagi 10 minit abang turun” jerit Ilham perlahan. Nani berlari menuruni tangga. Tidak lama kemudian Tengku Ilham segak menuruni tangga. Terdengar riuh di ruang dapur dengan hilai tawa adik-adik kembarnya. Kedengaran juga mereka mengusik Mak Munah yang sememangnya terkenal dengan perangai melatahnya. Tidak ketinggalan suara Tengku Nadhirah melayan kedua-dua anaknya itu. Ilham tersenyum kegembiraan melihat keriuhan yang sudah lama hilang sejak Mama dengan Papanya bercerai 3 bulan yang lepas. Terima kasih Ya Allah.

“Assalamualaikum… Wah riuhnya. Hmm adik-adik abang kenapa usik Mak? Kesian Mak? Kan Mak?” sergah Ilham sambil memeluk belakang Mak Munah. “Oh Mak meletup… mak meletup.. meletup…” latah Mak Munah sambil berjoget. “Ya Allah, budak bertuah ni.. Terkejut Mak. Dah makan cepat.” “Hahahhahhahahah” Ilham dan yang lain semua ketawa melihat telatah Mak Munah. “Am nak kemana ni?” Tanya Tengku Nadhirah setelah keriuhan tersebut kembali ke keadaan asal. “Ke pejabatlah Mama. Kenapa?” “Hmm...Mama ingat nak bawa Am dan adik-adik pergi bersiar-siar hari ni. Hari ni kan hari Sabtu, mana ada pejabat buka. Am ikut Mamalah hari ni boleh tak,”rayu Tengku Nadhirah. Tengku Ilham memandang Mak Munah seperti meminta pendapat dari insan yang sudah dianggap seperti ibunya sendiri. Mak Munah menganggukkan kepala. “Yelah Am. Mak lihat kamu tu tak pernah berehat. Pergilah tenangkan fikiran kamu tu. Janganlah asyik duduk di pejabat sahaja. Cubalah kelauar jalan-jalan. Ni pergi dating pun tak nak. Hmm bilalah agaknya Mak dapat lihat anak Mak yang sorang naik pelamin. Teringin jugak Mak. Tak begitu Tengku?” usik Mak Munah. “Betul jugak tu Kak Nah.umur dah nak masuk 22 dah tapi belum juga tunjuk tanda yang diri tu dah ada calon yang sesuai.. Kalau tidak ada, kawan Mama ramai yang ada anak dara. Kalau Am benarkan boleh je Mama carikan.” usik Tengku Nadhirah pula. “Tak sempat Mama. Tak sempat. Masa tidak akan kembali dan tidak dapat diubah.” ujar Ilham perlahan. Terdiam Tengku Nadhirah mendengar kata-kata anak sulungnya itu. “Eh tak sempat apanya Am?” tanya Mak Munah kehairanan. “Tiada apa-apa Mak. Baiklah Am ikut Mama hari ni. Mungkin ini kali yang pertama dan yang terakhirkan Mama. Jadi biarlah kami bergembira hari ini. Mungkin esok perkara yang menyedihkan akan terjadi. Siapa tahu!” ujar Ilham sambil tersenyum.

“OK. Anak-anak Mama, kita nak kemana dulu? Am kita nak kemana sayang?” tanya Tengku Nadhirah setelah mereka tiba di Times Square Shopping Centre. “Am tidak kisah. Mama tanyalah adik-adik.” “Ok puteri Mama nak kemana? Nak main dulu ke nak makan dulu?” “Nani nak ke kedai buku dulu boleh tak Mama? Nani nak jumpa akak cantik” “Amal pun sama.” sokong Amal. “Kedai buku? Kedai buku yang mana, sayang?” tanya Tengku Nadhirah kehairanan. “Hmm takpe, jom kami tunjuk….. Haa kedai buku inilah. Jom mama,” Tengku Syaznani dan Tengku Akmal terus ke kaunter pembayaran untuk mencari Siti Aisyah. “Akak, nak tumpang tanya?” tegur Tengku Akmal kepada penjaga kaunter itu. “Ya adik. Nak tanya apa?” sahut gadis itu sambil tersenyum manis melayan kerenah kedua-dua kanak-kanak cilik tersebut. “Akak yang cantik pakai tudung yang kerja kat sini dulu ada lagi tak. Nak jumpa akak tu.” tanya Tengku Syaznani. “Akak cantik? Akak yang mana, ya adik? Nama dia siapa?” Tengku Syaznani dan Tengku Akmal berpandangan kerana mereka tidak tahu nama kakak yang mereka cari itu. “Namanya Aisyah” ujar Tengku Ilham yang baru tiba di kaunter itu apabila adik-adiknya kelihatan tidak tahu nama gadis yang cantik, manis yang dijumpainya 3 bulan yang lalu. “Aisyah? Siti Aisyah Khadijah ke? Sebentar ya. Saya panggil kawan baik dia.” ujar gadis itu ramah.

“Ya encik, apa boleh saya bantu?” tanya seorang gadis yang lain yang juga bertudung Cuma kulitnya sedikit gelap berbanding kulit Aisyah. “Eh! tunggu sebentar. Saya rasa saya macam pernah lihat wajah encik. Ooo...ya saya dah ingat encik yang datang beli buku dekat kedai ini kira-kira 3 bulan lebih yang lepas. Dan adik-adik yang comel ni yang datang dengan abang dulu kan? Yang borak ngan kak Aisyah. Betul tak” ujar gadis tersebut. “Benar saudari. Tak payahlah berEncik-encik. Panggil saja saya Ilham. Sebenarnya tujuan kami datang ni sebab hendak berjumpa dengan saudari Aisyah kerana adik-adik saya ni selalu bertanya tentang dia. Kami selalu juga ke taman di mana adik saya pernah berjumpa dengannya dahulu tapi dia tidak pernah lagi kelihatan. Kenapa ya, saudari?” tanya Ilham sopan. “Baiklah Ilham. Awak pun tak payahlah bersaudari dengan saya. Panggil saya Anita. Sebenarnya Ilham, Aisyah sudah tidak bekerja di sini lagi. Dengar cerita, keluarganya memanggilnya pulang ke kampung. Oleh itu dia telah pulang ke kampungnya. Kami sendiri tidak tahu di mana kampungnya. Tetapi sebelum dia pergi dulu dia ada tinggalkan pesanan untuk awak. Katanya dia berharap awak dapat bersabar dengan ujian Allah. Sesungguhnya Allah menguji kita kerana Dia sayangkan kita. Itulah pesanannya Ilham. Lagi satu perkara dia ada tinggalkan something untuk awak dan adik-adik awak. Nani, Amal ni kak Aisyah tinggalkan hadiah untuk kamu berdua. Kak Aisyah pesan dia minta maaf sekali lagi kerana sekali lagi dia memungkiri janjinya tapi dia amat berharap dapat jumpa kamu berdua yang comel ini lagi suatu hari nanti. Kak Aisyah pesan Amal jangan buli adik. Selalu sayangkan adik. Nani dengan Amal mesti jadi budak baik tau. Itulah pesan kak Aisyah. Kepada awak pula Ilham, Aisyah kirimkan hadiah ini untuk awak supaya awak sentiasa tabah. Ilham saya tidak tahu apa tujuan pesanan Aisyah ini tapi saya percaya dia ikhlas beri semua ini,” ujar Anita. “Terima kasih Anita. Jika dia ada hubungi awak, sampaikan salam kami kepadanya dan ucapan terima kasih dari saya kerana sesungguhnya kata-katanya mengembalikan kekuatan saya. Baiklah, kami minta diri dulu, Anita. Semoga berjumpa lagi. Terima kasih. Jom adik, mama tengah tunggu dekat luar,” ujar Ilham.”Ilham, nanti dulu... Ni ada sesuatu dari saya untuk awak. Saya juga ada sekeping gambar Aisyah, awak ambillah sekeping sebagai kenangan perkenalan kita. Saya harap suatu hari nanti awak akan bertemu dengan dia.” Ujar Anita sebelum Ilham berlalu pergi. “Terima kasih Anita.”

Ketika mereka ingin keluar dari kedai buku itu, Ilham terpandang Mamanya sedang berbual mesra dengan seorang lelaki mat salleh. ‘Mungkin itulah dia bakal suami Mama.’ Sebelum mereka menghampiri Mama, lelaki tersebut telah pun berlalu. “Mama, kami dah selesai,” ujar Ilham ketika mereka menghampiri Tengku Nadhirah. “Jadi kamu jumpa tak kakak tu Nani,” tanya Tengku Nadhirah mesra. “Tak jumpalah Mama. Kakak itu tidak ada tapi dia ada bagi hadiah dekat Nani dengan Abang Amal. Abang Am pun dapat,” ujar Nani. “Ok sekarang jom kita pergi makan kemudian kita tengok wayang. Mama sudah beli tiket. Jika ada masa kita pergi main permainan ye sayang.” “Ok Mama. Seronoknya. Kalau hari-hari macam ni kan best,” ujar Tengku Akmal keriangan.

Hari itu wajah adik-adik kembarku berseri-seri. Mereka sangat gembira dan senyum mereka tidak pernah pudar. Alangkah seronok jika Papa ada bersama. Aku bukan minta untuk diriku tapi untuk adik-adikku. Senangnya hatiku melihat kegembiraan di wajah adik-adikku di saat itu. Kemudian Tengku Ilham seakan tersedar sesuatu. ‘Amal, Nani, esok kita akan menjadi yatim piatu sayang. Yang bezanya papa dengan mama kita masih hidup. Tidak mengapa sayang abang akan sentiasa bahagiakan hidup kamu. Ya Allah kuatkanlah diriku.

Mereka pulang setelah penat bersuka ria. Setelah menghantar adik-adik kembarnya masuk ke bilik, Ilham ingin masuk ke biliknya untuk merehatkan diri. Namun Ilham teringat yang dia belum mengucapkan terima kasih dekat Mama. Lalu digagahkan kakinya melangkah ke bilik Mama. “Assalamualaikum… Mama boleh Am masuk?” ujar Ilham. “Masuklah Am” “Mama, Mama nak ke mana ni? Awalnya Mama berkemas. Majlis nikah Mama pagi lusa kan?” tanya Ilham kehairanan. “Sebenarnya Am, Mama akan keluar dari rumah ini malam ni juga. Bakal suami Mama sudah mengubah rancangan dimana kami akan berkahwin esok pagi kemudian kami akan terus ke airport kerana dia ingin membawa Mama ke rumah keluarganya di England. Mama mungkin akan menetap di sana nanti. Am marahkan Mama ke?” tanya Tengku Nadhirah perlahan.

Ilham terdiam mendengar pertanyaan Mama ketika itu. “Sebenarnya siapa yang tidak marah apabila mama dengan papanya lebih memilih orang lain berbanding anak-anak mereka sendiri. Namun Mama jangan bimbang Am tidak marahkan Mama dengan Papa. Mungkin ini takdir kami ditinggalkan ibu bapa. Tidak lama lagi kami akan menjadi yatim piatu, Mama,” luah Ilham perlahan. “Jangan cakap macam tu Am. Kamu bukan anak yatim. Mama dengan Papa masih hidup,”ujar Tengku Nadhirah.

“Tiada bezanya Mama hidup kami dengan anak yatim bila Mama dengan Papa tiada di sisi. Tapi Mama andai suatu hari nanti Mama rindukan kami hubungilah kami. Andai Mama ingin kembali kepada kami dengan tangan terbuka luas kami menerima kepulangan Mama dan Papa. Andai Mama bahagia doakanlah jua kebahagiaan kami di sini, Mama. Mama, Am nak minta maaf andai Am ada buat Mama marah. Maafkan Am. Halalkan segala air susu yang pernah Mama beri kepada Am. Halalkan makan minum Am. Selamat berbahagia Mama dan selamat pengantin baru Mama. Walau macammanapun Am dan adik-adik tetap sayang dan berterima kasih pada Mama dengan Papa kerana telah melahirkan kami ke dunia ini. Terima kasih kerana menjadi ibu bapa kami. Terima kasih Mama, “ kata Ilham sambil menitiskan air mata. Sesungguhnya air mata lelakinya tidak mampu ditahan olehnya dari mengalir keluar. Itulah pertama kali dia menangis dihadapan Tengku Nadhirah.

Tengku Nadhirah juga tidak mampu menahan rasa. Dia lantas memeluk putera sulung yang tidak pernah dibelainya itu. Namun begitu Tengku Ilham membesar menjadi anak yang soleh walau tanpa bimbingan dari dirinya juga dari bekas suaminya. Malam ni barulah dia mengerti bahawa dia bukanlah seorang ibu yang baik untuk anak sebaik Tengku Ilham. Dia percaya kedua-dua anak kembarnya akan membesar menjadi seperti abang mereka kerana selama ini anaknya inilah yang mendidik dan membimbing adik-adiknya. ‘Am maafkan Mama sayang. Mama tidak mampu bersama dengan kamu. Amal, Nani maafkan Mama. Maafkan Mama.....’ rintih hati Tengku Nadhirah.

“Tidak mengapalah Mama. Am janji Am akan jaga adik-adik. Am akan membesarkan mereka menjadi anak yang soleh dan soleha. Doakan kekuatan Am, Mama. Am dan adik-adik akan tunggu kepulangan Mama. Am masuk bilik dulu Mama,” ujar Ilham lalu bangun dengan pantas untuk ke biliknya. Tidak sanggup lagi berada di samping Mamanya terlalu lama. Takut dirinya menjadi lemah di hadapan Mamanya.

Mama, jangan tinggalkan Am. Am tidak kuat Mama. Mama.... “Awak bersabar dengan ujian Allah. Sesunggunhnya Allah menguji kita kerana Dia sayangkan kita” pesanan Aisyah kedengaran di telingaku. Ya Allah kenapa dia seolah-olah tahu nasib keluargaku. Aisyah, saya tidak kuat. Saya lemah. Tidak mampu rasanya diri ini menghadapi ujian yang maha berat dari Allah ini. Apa perlu saya lakukan Aisyah? Di manakah awak saat ini? Tolong saya Aisyah. Ya Allah maafkan diriku. Bantulah diriku yang tidak berdaya ini.

Ilham menangis sepuas hatinya. Setelah kesedihan beransur pulih terlihat olehnya hadiah yang dikirimkan oleh Aisyah untuk dirinya. Diambilnya hadiah itu lalu dibuka dengan berhati-hati. Teringin benar dirinya mengetahui apa isi kandungan bungkusan itu. Apabila pembalut dibuka kelihatan senaskhah Al-Quran dan sejadah di dalamnya. Selain itu, terdapat juga sepucuk surat berwarna biru. Lalu Ilham pun membuka lembaran surat biru itu.

Kepada saudara Ilham yang baru saya kenali,

Assalamualaikum...........

Disaat saudara membaca surat saya ini mungkin saya tidak lagi berada di Kuala Lumpur. Apa boleh buat saudara, keluarga diutamakan. Saudara, pertamanya, saya ingin mengitipkan ucapan Salam sayang saya kepada adik-adik saudara yang sangat comel. Saudara mahu tahu di saat pertama kali saya melihat keceriaan adik-adik saudara ingatan terarah kepada adik-adik saya di kampong. Jika diberi kesempatan oleh Allah ingin sekali saya kenalkan adik-adik saudara kepada keluarga saya. Insya Allah.

Saudara Ilham,

Mungkin saudara berasa pelik kenapa saya memberi pesanan supaya saudara bersabar yang disampaikan melalui sahabat saya, Anita. Sebenarnya saudara, sahari sebelum saya akan pulang ke kampung saya ingat saya ingin mengucapkan selamat tinggal kepada Amal dan Nani. Lalu pagi-pagi lagi saya telah ke rumah saudara Ilham untuk saya berjumpa dan membawa mereka bersiar-siar sebelum saya pulang. Tetapi setibanya saya di hadapan pintu pagar rumah saudara saya terdengar pertelingkahan di antara ibu bapa saudara.

Oleh itu, saya pun mengetahui serba sedikit masalah keluarga saudara. Maafkan saya. Bukan niat saya untuk mencampuri urusan keluarga saudara tapi Allah tiba-tiba menggerakkan hati saya untuk kesana dan memahami perasaan saudara.
         
Saya hanya mampu mendoakan kekuatan dan ketabahan diri saudara kerana saya percaya saudara juga ingin kuat untuk Amal dan Nani. Saudara Allah menguji diri kita mengikut kemampuan hambanya. Percayalah pasti ada hikmah disebalik segala kejadian yang berlaku. La tahzan ya akhi. Innaallaha ma’ana. Percayalah Allah sentiasa di sisi kita untuk menyapu air mata kesedihan kita. Berdoalah saudara untuk dibukakan hati kedua ibu bapa saudara untuk menyayangi kalian. Saudara, saya akan sentiasa berdoa untuk saudara dari jauh...Tabahlah saudara demi Amal dan Nani. Sekian,

 Ikhlas dari insan yang memahami,

SITI AISYAH KHADIJAH


Terima kasih Siti Aisyah Khadijah. Terima kasih Ya Allah. Amal, Nani jangan bimbang abang ada untuk kalian berdua. Kita akan mulakan hidup baru, dik. Tiba-tiba kedengaran bunyi kereta berhenti dihadapan rumah mereka. Ilham lantas menuju ke tingkap biliknya yang mengadap jalan raya. Kelihatan seorang lelaki mat salleh keluar dari kereta itu. Tidak lama kemudian kelibat Tengku Nadhirah menuju ke arah lelaki tersebut bersama beg-beg pakaiannya. Mereka pun pergi setelah selesai mengisikan beg-beg itu ke dalam kereta.

Mama, selamat berbahagia. Sampai hati Mama, tidak menoleh ke arah rumah ni walau sekali. Tidak mengapa Mama, Am tetap berdoa Mama berbahagia selamanya. Ya Allah sunyinya rumah ini, sunyinya hati ini seperti kesunyian di waktu malam di bumimu Ya Allah.  Ya Allah terangkan rumahku ini, terangkan hati ini seperti engkau menerangi bumiMu di siang hari. Amin....

“Am, mari minum petang, nak. Apa yang dimenungkan tu?” tegur Mak Munah. Tengku Ilham tersedar dari lamunannya. Keindahan petang di Kampung Padang Besar itu amat menenangkan. Terlupa dia sebentar kepada kenangan lalu yang memeritkan. “Am, marilah minum dengan Bapak. Mak kamu masak special petang ni. Cokodok pisang ni. Marilah, nanti dah sejuk tidak sedap lagi,” ajak Pak Majid pula.. “Baiklah Bapak,” sahut Ilham. “Wah, rajinnya Mak ni! Untung Bapak beristerikan Mak,” usik Ilham. “Betul tu Am. Alah kamu tu pun Am boleh dapat isteri macam Mak kamu ni tapi kamu tu saja belum juga beristeri. Bukannya tiada yang tak nak kat kamu, kamu je yang tak nak kat mereka. Kenapa Am? Masa bapak dulu umur macam kamu ni dah ada anak ramai tau. Ha sekarang ni ramai dah cucu kami. Nak tunggu cucu dari kamu pula. Entah sempat ke tidak Bapak dengan Mak bermain dengan anak kamu, Am,” ujar Pak Majid sedih. “Alah abangnya, biarlah mungkin Am nak tunggu bidadari dari langit turun agaknya. Am, hari ini Nani dengan Amal balikkan? Rindunya Mak dekat mereka. Sudah 3 bulan mereka tidak balik,” kata Mak Munah pula. “Ya Mak. Mereka balik hari ni. Am nak jemput di stesen bas tapi mereka tidak benarkan. Kata mereka, mereka bawa kawan pulang bersama. Kata mereka, dulu mereka sudah pergi melawat keluarga kawan mereka tu. Kini giliran kawan mereka itu pula datang ke rumah kita. Macam-macam budak-budak ni, Mak. Kita tunggu sajalah kepulangan mereka. Kata Nani cuti kali ni lama sikit. Sebulan katanya. Lamalah Mak boleh belek anak kesayangan Mak tu,” usik Ilham pula. “Kamu ni ada-ada saja Am. Ha macam mana kerja kamu sebagai ustaz dekat sekolah rendah tu. Seronok tak?””Seronok sangat Mak. Mak pun tahukan Am kan sangat menyukai budak-budak. melayan kerenah mereka menceriakan hidup Am seharian. Dapatlah Am lupakan sebentar kerinduan pada adik-adik. Mak, Am nak pergi surau sekejap. Dah nak masuk waktu Asar ni. Am pergi dulu, mak, bapak,” ujar Ilham. “Eh Am sebentar Bapak nak ikut kamu.” “Jomlah Bapak.” Ilham dengan Pak Majid pun menuju ke Surau yang berdekatan.

Am, Am, Mak tahu kenangan lalu masih tidak dapat kau lupakan. Ya Allah kuatkanlah hati anakku ini. Dia tidak pernah menunjukkan dirinya lemah dihadapan kami. Tapi sering kali matanya yang kuyu itu berair. Kasihanilah dia Ya Allah. Amal dan Nani kini mampu melupakan segala kenangan tentang  Mama dan Papa mereka tapi Am tidak.

.........................

“Abang Am kenapa mata abang merah? Abang sihat ke tak ni?” tanya Nani prihatin. “Abang sakit ke? Mak abang sakit. Mata abang merah. Sekejap eh Amal panggil Mama,” giliran Amal pula menunjukkan kebimbangannya. Amal, Nani macam mana abang hendak beritahu yang Mama tidak lagi tinggal dengan kita. Macam mana Ya Allah? “Am, kenapa ni? Am menangis kerana apa sayang. Cuba cerita pada Mak. Am jangan buat Mak risau. Cakap Am,” pujuk Mak Munah pula.

Tidak lama kemudian Pak Majid pula masuk ke ruangan dapur itu setelah mendengar keriuhan dari luar. “Eh, Nah kenapa ni? Kenapa kecoh-kecoh ni?” tanya Pak Majid. “Abang, Am ni tidak mahu bercakap. Mata dia merah bang. Macam baru lepas menangis. Abang pujuklah dia. Suruh dia cakap. Nah risaulah bang. Tengku pulak entah kemana. Amal dah pergi panggil tapi dia tiada,” terang Mak Munah kerisauan. “Am kenapa ni nak? Cuba beritahu Bapak,” pujuk Pak Majid pula. “Bapak, Mak.... Mama..... dah tiada,” beritahu Ilham tersekat-sekat. “Dah tiada? Tengku ke mana,” tanya Mak Munah. “Mama dah keluar dari rumah ni. Dia akan menikah pagi ni. Lepas tu Mama akan ke England ikut suami barunya. Mak......”  Ilham memeluk Mak Munah sambil menangis. “Mak, kami ni bukan anak Mama ke? Kenapa Mama buat macam ni Mak? Am tak kisah Am dah besar tapi Adik-adik macam mana Mak. Apa Am nak beritahu Amal dengan Nani tentang Mama. Tak kan Am nak cakap Mama pun dah pergi macam Papa. Apa Am  nak buat Mak.... Bapak...” luah Ilham di dalam pelukan Mak Munah. Terasa kekuatan kembali sedikit demi sedikit apabila Mak Munah mengusap dan menenangkan dirinya.
“Abang....... Betul ke Mama dah tinggalkan kita?” tanya Amal kesedihan. “Betul, Amal. Mama dah pergi macam Papa,” terang Ilham sambil memeluk Amal. Lalu Nani pula datang kepadanya. “Kenapa Mama pergi? Mama dah tidak sayangkan kita ek?” tanya Nani pula. “Tak, sayang. Mama sayangkan kita cuma Mama ada kerja kat luar negara nanti Mama balik eh,” tipu Ilham. Nani abang minta maaf. Abang tipu Nani. Tapi abang tak tahu sama ada Mama masih sayangkan kita ke tidak.

Sebulan selepas peristiwa itu, Nani dan Akmal, kedua-duanya demam selama sebulan dan tidak pulih-pulih. Kedua-duanya sering memanggil nama Mama dan Papa. Ilham pula semakin sugul memikirkan cara mengubati penyakit rindu adik-adiknya. “Mak, Am rasa kita kena tinggalkan tempat ini agar Amal dengan Nani dapat melupakan segala kenangan di dalam rumah ini. Kita perlu pergi jauh dari tempat ini Mak,” cadang Ilham. Bagi Ilham itu sahaja cara yang terbaik yang dilakukan bagi memadamkan memori adik-adiknya tentang Mama dengan Papa. “Am, Mak denagan Bapak ikut saja rancangan kamu asalkan Amal dan Nani kembali seperti dulu. Tapi Am macam mana dengan urusan syarikat dan segala harta kamu ini,” tanya Mak Munah. “ Mak, bagi saya hanyalah Amal dengan Nani. Segala urusan syarikat saya akan serahkan kepada peguam syarikat. Soal rumah ini saya ingat hendak upah orang untuk saya buat rumah anak-anak yatim. Saya akan upah pengurus dan pekerja sekali. Bagi harta-harta yang lain selepas Amal dengan Nani berumur 18 tahun baru saya panggil peguam untuk bahagikan sama rata. Buat masa sekaranag saya akan serahkan segalanya kepada peguam syariah yang bertauliah. Saya sudah suruh orang carikan sebuah kampung yang tenang di utara untuk kita menetap selepas ini Mak. Saya nak kita mulakan hidup baru di sana. Jauh dari debu kenangan yang menyakitkan hidup kita Mak. Mak... Bapak setuju tak?” jelas Ilham. “Bapak dengan Mak setuju je Am. Lagipun Bapak pun dah rindu nak tinggal di kampung semula,” Pak Majid bersetuju. “Baiklah jika semua setuju marilah kita berkemas. Lagi cepat kita pindah lagi bagus. Kalau semua setuju hujung minggu ini kita pindah ke utara di Perlis, negeri jelapang padi,” ujar Ilham.

“Assalamualaikum ... Mak ... ooo ... Mak ... Bapak ... Abang Am ... kami dah balik ni. Assalamualaikum ...  Ada orang tak?” jerit Nani. “Hish adik ni cubalah sopan sikit. Adik tu dah besar tau nanti apa pulak jiran-jiran cakap kalau nampak adik terjerit-jerit ni. Tak sopan tau. Kalau ada orang nak datang meminang pun tak jadi tau. Hahhahhahha. Hawa,  abang Faizul jangan terkejut tau. Nani ni kalau balik kampung memang hilang segala keayuan dia,” sakat Amal pula. “Waalaikumusalam... ehhh anak-anak Mak dah balik. Naiklah. Kenapa dah petang baru sampai ni? Ni ke kawan-kawan kamu yang Abang Am kamu beritahu tadi. Eh jemputlah naik nak,” sahut Mak Munah. “Mak... rindunya dekat Mak...ha ah Mak ni kawan Nani dengan Abang Amal. Yang ini nama dia Siti Hajaratul Hawa dan yang sebelahnya tu yang hensome tu abang Hawa. Nama dia Mohammad Faizul Hambali,” ujar Nani sambil mengenalkan rakan-rakannya itu. “Jemput duduk nak Hawa, Faizul. Jangan malu-malu. Buat macam rumah sendiri,” mesra Mak Munah melayan tetamunya. “Ha Mak, mana Bapak dengan Abang Am? Tidak nampak pun mereka,” tanya Tengku Akmal. “Abang kamu tu ke mana je yang dia suka pergi di kampung ni. Ke surau jelah dia. Bapak kamu pun pergi dengan dia tadi. Ha makanlah jemput-jemput pisang ni. Mak baru goreng tadi,” jemput Mak Munah.

“Assalamualaikum,” “Waalaikumusalam, Bapak.... Bapak sihat?” tanya Nani lantas mendapatkan tangan Pak Majid yang sudah dianggap macam bapanya itu. “Sihat, Nani,” ujar Pak Majid lalu mencubit pipi anak gadisnya yang comel itu. Lalu Nani mendapatkan Tengku Ilham. “Abang Am....” jeritnya sambil memeluk abangnya itu. “Ya Allah Nani... Malulah dekat kawan-kawan kamu tu... Adik abang ni kan dah jadi anak dara tapi manjanya mengalahkan anak murid abang kat sekolah tau,” ujar Ilham sambil memicit kedua-dua pipi adik permpuannya itu. Kemudian Amal pula datang memeluknya.

“Abang, mari kami nak kenalkan abang dengan kawan kami.  Ha abang ni namanya Mohammad Faizul Hambali panggil Faizul saja yang ni pula.....” “Siti Aisyah Khadijah!!!” ujar Ilham dengan terkejut. “Eh bukanlah abang Am.Ni namanya Siti Hajaratul Hawa. Eh Abang Am siapa Siti Aisyah Khadijah tu? Oooo sebab dia abang tak nak kahwin lagi ke?” usik Nani pula. Merah wajah Ilham diusik adiknya begitu. Tetapi sememangnya wajah Hawa seiras dengan wajah Aisyah. Entah mengapa wajah Aisyah tidak dapat dilupakan walaupun sudah sepuluh tahun pertemuan itu terjadi. Yang lebih memeningkan kepala setiap kali Ilham membuat solat istikharah pasti wajah Siti Aisyah Khadijah akan muncul di dalam mimpinya. Ya Allah aku percaya dengan aturanmu.

“Abang Am...Abang Am....” panggil Nani sambil menggoncangkan tangannya di hadapan wajah Ilham. “Hish Abang Am ni, kita bercerita dengan dia, dia boleh berangan pula.” rajuk Akmal pula. “Tiada siapa-siapalah dik. Siti Aisyah Khadijah tu adik dah lupa ke?” “Siapa Abang Am?” tanya Nani dan Amal serentak. Mak Munah dan Pak Majid pun diam menanti jawapan dari Ilham. “Alah takkan adik-adik abang ni dah lupa dengan Kak Aisyah yang kamu berdua jumpa di taman masa kamu berumur 7 tahun dulu,” beritahu Ilham. “ooo... baru adik ingat tapi adik pun tidak berapa ingat muka dia. Tidak sangka abang masih ingat wajah dia sampai abang cakap kawan adik ni serupa dengan kak Aisyah tu,” usik Nani menyakat abang Ilhamnya yang sudah kemerahan wajahnya menahan malu. “ooo sebab tulah anak Mak sorang ni sampai sekarang tidak mahu kahwin rupanya dah ada bunga di dalam hati tu.” Usik Mak Munah pula. “ Oklah Mak, Bapak, Am nak pergi kebun sekejap. Nak pergi tengok kambing-kambing kita tu ok ke tak,” ujar Ilham memberi alasan untuk pergi kerana tidak mahu terus diusik.

Setelah Ilham ke kebun, Tengku Syaznani, Tengku Ikram Akmal beserta kawan-kawanya berbual dengan Mak Munah dan Pak Majid sambil menikmati minum petang.

“Mak, Bapak sebenarnya Hawa dan Faizul ni adik kandung Kak Aisyah. Tu sebablah wajah Hawa serupa dengan Kak Aisyah. Tujuan Nani dengan Abang Akmal bawa mereka pulang ke rumah kita ni pun adalah untuk memastikan yang abang Amlah insan yang mereka cari selama ini,” terang Nani

“Bapak tidak berapa fahamlah Nani. Apa sebenarnya citenya ni?” tanya Pak Mjid yang kebingungan.

“Sebenarnya macam ni Bapak. Amal dengan Nani pernah terbaca diari abang Am secara tidak sengaja. Kami juga terjumpa gambar kak Aisyah dalam diari tu. Gambar tu serupa macam rupa kawan sekelas kami yakni Hawa. Sejak dari itu, Amal dengan Nani mula menyiasat tentang perkara in. Kami pun bertanya kepada Hawa tentang keluarganya. Dari situlah kami mendapat tahu yanag Hawa ni mempunyai seorang kakak yanag bernama Siti Aisyah Khadijah,” cerita Tengku Akmal.

“Kemudian ketika cuti semester yang lalu, Nani dengan abang Amal telah ke rumah Hawa dan Faizul. Dari situlah kami mengenali keluarga mereka. Mak, Bapak, kak Aisyah memang sangat sesuai dengan abang Am. Dah sampai masanya abang Am berumahtangga. Kami pun dah mampu hidup sendiri. Lagipun tahun depan dah mula pembahagian harta. Tapi kami nak sangat tangok abang Am berkahwin sebelum harta dibahagikan. Kami nak abang bahagia. Dah puas dia menderita. Mak dengan Bapak tolonglah tanya dekat abang dan kalau abang setuju nanti boleh lah kita pergi meminang tapi kalau boleh ini jadi rahsia kita. Nani nak bagi kejutan dekat abang. Jangan bagitau siapa bakal isterinya sehinggalah hari pernikhannya nanti. Kalau abang tanya nama perempuan yang nak dipinang tu, Mak cakap jelah nama dia Siti. Boleh tak Mak, Bapak?” cadang Nani pula

“Mak cik, pak cik, ini kami ada bawa sekali gambar kak long kami. Kak long ni pun sama macam abang Ilham. Sudah ramai yang datang untuk merisik namun tiada seorang pun yang diterimanya. Ketika kami kecil dahulu sering juga kak long bercerita tentang Nani dan Amal serta kadang-kadang terkeluar dari mulutnya nama abang Ilham,” ujar Faizul pula sambil menghulurkan gambar Siti Aisyah.

“Cantik orangnya bang. Kalau ini nak dijadikan menantu kita, saya setuju sangat. Tak apa nanti Mak dengan Bapak cuba berunding dengan abang kamu tu. Kamu bukan tak kenal abang Am kamu tu. Kalau cakap pasal kahwin ada saja alasan dia.”

.................

“Am kenapa tidak tidur lagi? Esokkan kamu nak pergi mengajar,” tanya Pak Majid. “Entahlah Bapak. Tidak mengantuk pula mata ni. Bapak ni pula kenapa belum tidur lagi?” “Hmm.... Am, Bapak dengan Mak kau sayang kau dengan adik-adik. Entah berapa lama lagi tempoh hidup kami ni.” “Bapak kenapa ni?” “Entahlah nak. Bapak kalau boleh nak sangat tengok kau menikah sebelum Bapak pejamkan mata.” “Bapak mungkin jodoh saya belum tiba lagi.” “Am jodoh ni bukan datang bergolek. Kita kena cari barulah kita akan jumpa.” “Macam nilah Bapak, Am serahkan pemilihan jodoh Am kepada Mak dan Bapak. Apa yang baik pada fikiran Bapak, baik jugalah bagi Am,” ujar Ilham.

‘Ya Allah jika bukan dia yang tercipta untukku tenangkanlah hatiku ini agar aku menerima ketentuanMu. Tetapi jika dialah bidadari yang tercipta untuk ku pertemukanlah kami, Ya Allah. Hanya Engkau yang mengetahui apa yang tidak kami ketahui....’ doa Ilham.

“Am, Bapak dengan Mak telah merisik seorang gadis yang baik untuk kamu. Jika kamu setuju hujung minggu ini kami pergi meminangnya. Namanya Siti, dia tinggal di kampung sebelah. Cantik orangnya. Baik dan bersopan santun dengan orang tua. Dia sangat sesuai dengan kamu, Am,” beritahu Mak Munah ketika mereka sedang bersarapan. “Am setuju saja dengan pilihan Mak. Siapapun dia kalau mak berkenan InsyaAllah Am juga akan setuju juga,” beritahu Ilham perlahan. “Kalau macam itu hujung minggu ini kami pergi meminang dan kalau diterima mak ingat kamu tak payah bertunang lama-lama. Kamu bertunang seminggu saja. Lagipun bertunang lama-lama tak elok. Perkara yang baik kena dipercepatkan. Boleh tak?” terang Mak Munah  lagi. “Am ikut saja Mak, Bapak. Am dah lambat ni. Am ke sekolah dulu ya.” Ilham terus menyalami Mak Munah dan Pak Majid lalu dia pun ke sekolah yang terletak tidak berapa jauh dari kampungnya.

“Assalamualaikum Ustaz. Kenapa murung je wajah tu Ustaz?” tanya Cikgu Amirul Aiman yang sebenarnya merupakan kawan baik Ilham sejak dari sekolah rendah lagi. Mereka tidak pernah berpisah. Amirul jugalah yang telah membantunya sehingga dia diterima menjadi ustaz di Sekolah Menengah Kampung Kendiri itu. “Mirul aku akan bertunang hujung minggu ini.” beritahu Ilham perlahan. “Ya Allah, betul ke Am. Alhamdulillah akhirnya kawan aku ni akan berumahtangga juga. Habis tu kenapa kau macam sedih je ni?” tanya Amirul “Mirul kau pun tahu kan aku pernah menyukai seorang gadis sepuluh tahun dulu. Sampai hari ni aku tidak dapat melupakan dia. Dan setiap kali aku buat istikharah wajahnya yang menjelma dalam mimpiku. Apa yang harus aku buat Mirul?” terang Ilham dalam nada yang sedih. “Am serahkan segalanya pada Allah. Kalau kau percaya pada ketentuannya pasti kau akan menemui jalan bahagia. Am dah sampai waktunya kau mengecapi kebahagiaan. Aku tahu kenangan pahit kau yang lalu masih menghantui kau. Tapi siapa tahu setelah kau menuju ke alam perkahwinan kau akan menemui kebahagiaan.” nasihat Amirul Aiman yang sememangnya mengetahui segala kisah hidup sahabatnya itu.

Kini Ilham telah pun bergelar tunangan seorang gadis yang hanya dikenali sebagai Siti. “Siapa agaknya Siti. Bagaimana rupanya? Seminggu lagi aku akan menjadi seorang suami. Ya Allah bimbinglah aku agar aku mampu mencipta sebuah keluarga yang sakinah di samping bakal isteriku. Pupukkan rasa cinta aku untuknya Ya Allah. Alhamdulillah kini tiada lagi wajah Siti Aisyah Khadijah hadir dalam mimpiku. Yang pastinya kini hatiku sangat tenang. Aku terima siapa sahaja pilihanmu Ya Allah,” doa ilham.

...........

“Aku terima nikahnya Siti Aisyah Khadijah binti Haji Abdul Khalid dengan mas kahwinnya senaskhah alquran.”

Akhirnya kini aku telah pun bergelar seorang suami. Tanpa disedari air mata kesyukuran mengalir dari tubir mata Ilham. Setelah dia menunaikan solat sunat upacara pembatalan air sembahyang pun dilakukan. ‘Ya Allah cantiknya isteriku. Melalui pandangan matanya terlihat kecantikan nuraninya walaupun aku tidak tahu bagaimana wajahnya kerana Siti memakai purdah putih sedondon dengan bajunya. Walau bagaimanapun rupamu isteriku aku menerimamu seadanya’ ujar Ilham di dalam hatinya. “Assalamualaikum, wahai isteriku...”ucap Ilham sebelum menyarungkan cincin untuk upacara pembatalan air sembahyang.

“Waalaikumusalam, wahai suamiku,” jawab Siti lembut. Ilham lalu menyarungkan cincin ke jari manis isterinya itu. Bergetar degupan jantung Ilham kerana inilah kali pertama dia memegang tangan seorang wanita yang kini telah menjadi halal untuknya. “Siti Aisyah Khadijah dengan ini saya Tengku Ilham Azhar berjanji kepadamu bersaksikan sekalian yang ada disini bahawa saya akan cuba sedaya upaya saya untuk membahagiakan awak sehingga akhir hayat saya. Saya akan menyintaimu kerana Allah. Itulah janji saya suamimu.” ucap Ilham lalu mencium dahi isterinya yang masih berpurdah itu. “Wahai suamiku, Tengku Ilham Azhar saya juga berjanji akan menyayangi awak kerana Allah. Bimbinglah saya agar kita dapat bersama-sama melayari kehidupan sebagai suami isteri di dunia ini juga di syurga nanti. Terima kasih kerana menerima saya yang tidak sempurna ini,” ujar Siti Aisyah Khadijah perlahan lalu mencium tangan suaminya itu. ‘Ya Allah siapakah isteriku ini? Kenapa namanya serupa dengan dia? Ya Allah jauhkanlah ingatan dari mengingati dia yang tidak sepatutnya kuingati. Tukarkanlah ingatanku ini kepada isteriku ini, Ya Allah. Dia lagi berhak untuk kuingati sepanjang  masa.’

Rumah keluarga isteriku meriah dengan kehadiran sanak saudara yang turut sama ingin meraikan pengantin baru. Aku memandang sekeliling mencari kelibat isteriku. Sehingga kini aku belum berpeluang melihat wajahnya kerana sepanjang masa dia berpurdah. Yang pastinya isteriku merupakan seorang muslimah yang penyayang, hormat pada orang tua dan yang paling penting dia seorang yang taat pada perintah agama. Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan isteri solehah seperti Siti Aisyah Khadijah.

“Am kamu dah solat Isya’?” tanya Haji Abdul Khalid yakni bapa mertuaku. “Sudah ayah,” “Hmm alhamdulillah kamu pergilah berehat dari tadi ayah lihat kamu bekerja. Letih sangat wajah kamu tu. Pergilah masuk bilik,” ujar ayahnya lagi. “Hmm abang selamat melayari malam pertama,” usik Tengku Akmal. Semua saudara-mara ketawa mendengar usikan adik Tengku Ilham itu. Mak Munah lantas mencubit peha Tengku Akmal yang mengusik abangnya. “Dahlah abang Am, kesian akak sedang tunggu abang dalam bilik tu,” usik Nani pula sambil menunjuk ke arah bilik pengantin. Wajah Ilham bertambah merah diusik sanak saudara yang berada di situ. “Hish kamu semua kesian menantu ummi. Merah wajahnya menahan malu. Sudahlah tu. Am pergilah berehat nak. Esok pagi-pagi lagi nak kena sental periuk. Pergilah berehat,” ujar Siti Umairah yakni ibu mertuanya. “Baiklah ummi. Assalamualaikum semua.” “Waalaikumusalam...”

Ilham berlalu ke arah bilik yang ditunjuk oleh Nani sebentar tadi. Lagipun dia sudah memasuki bilik itu beberapa kali untuk bersolat dan bersalin pakaian ketika majlis tengah hari tadi. Dia mengetuk pintu lalu membukanya sambil memberi salam.

“Waalaikumsalam....” sahut suara yang sangat merdu. Suasana dalam bilik itu kelam kerana hanya terdapat sebuah lampu sahaja di sudut meja di sebelah katil yang dihias indah. Ilham memasuki bilik itu lalu menutup pintu dan menguncinya. Lalu dia menuju kearah isterinya yang masih berpurdah yang sedang duduk di hujung katil. Ilham lalu duduk disebelah isterinya. “Assalamualaikum wahai isteriku,,,” “Waalaikumusalam wahai suamiku” “Aisyah, boleh abang lihat wajah disebalik purdah ini?” “Silakanlah abang.” Ilham lantas dengan perlahan membuka kain purdah yang menutupi wajah isterinya itu. alangkah terkejutnya Ilham saat terpandang wajah isterinya itu. “Siti... Aisyah.....Khadijah....” “Kenapa abang?”

“Ya Allah bersyukur ke hadratMu. Doaku selama ini telah Kau makbulkan,” ujar Ilham sambil menadah tangan menyatakan kesyukurannya ke hadrat Yang Esa. “Aisyah sepanjang 10 tahun ini abang tidak putus-putus berdoa agar suatu hari nanti abang dapat berjumpa dengan Aisyah semula. Alhamdulillah kini Aisyah telah berada di hadapan abang,” ujar Ilham sambil menitiskan air matanya. Siti Aisyah Khadijah lantas mengesat air mata yang mengalir di wajah suaminya yang sangat dirinduinya itu. “Abang, Aisyah pun tidak pernah melupakan abang. Aisyah sering berdoa agar abanglah jodoh yang telah ditetapkan Allah untuk Aisyah. Alhamdulillah kini abang telah menjadi imam Aisyah. Abang jangan menangis lagi. Aisyah tidak sanggup melihat abang menangis sepeti 10 tahun yang lalu sebelum Aisyah meninggalkan abang. Dulu Aisyah hanya mampu melihat dari jauh abang menangis tapi kini biarlah Aisyah yang mengeringkan air mata abang,” ujar Aisyah perlahan sambil memandang ke wajah suaminya itu.

Ilham lantas memeluk tubuh isterinya yang sangat dicintainya itu. “Sayang, abang berjanji akan menjaga sayang selagi Allah memberi abang peluang untuk berada di sisi sayang. Tegurlah abang jika abang ada melakukan kesalahan dan bantulah abang supaya kita dapat melahirkan keluarga yang sakinah,”

“Abang sayangilah saya seperti Muhammad menyayangi Siti Khadijah juga Siti Aisyah. Bimbinglah saya seperti Sulaiman membimbing Balqis. Saya akan mengasihi dan menyintai abang seperti Zulaikha mengasihi dan mencintai Yusuf. Abanglah insan yang saya sayangi kini kerana Allah,” ucap Siti Aisyah Khadijah lembut.

“Aisyah, boleh abang tanya sesuatu?” “Apa dia bang?” “Kenapa 10 tahun dulu sayang pulang ke kampung? Sayang pulang ke sini ke?” “Sebenarnya abang dulu ayah bimbang keselamatan saya di Kuala Lumpur. Lalu ayah memanggil saya pulang ke kampung. Lagipun ayah belum dapat hilangkan rindu dia kepada saya kerana pulang saja dari luar negara saya terus bekerja di Kuala Lumpur,” “Ooo, jadi sayang pernah ke luar negara. Buat apa sayang?” tanya Ilham sambil terus memeluk isterinya itu. “Dulu saya belajar di Mesir.” “Ooo, ya ke? Tidak sangka jodoh kita kuat sayang. Abang pun bekas pelajar Al-Azhar mesir. Sayang pulak?” “Saya pun sama juga. Tapi kenapa kita tidak pernah berjumpa?” “Entah patutlah sayang tidak dapat jumpa adik-adik abang yang comel dulu tu sebab masa malam tu sayang pun pergi Majlis Reunion tukan,” “Abang pergi juga ke? Ha ah bila kenangkan kerana adik-adik abanglah kita berjumpa dulu dan berjumpa semula kini.” “Bila difikir balikkan selama sepuluh tahun ni sebenarnya kita tinggal bersebelahan sajakan sayang. Kampung kita kan bersebelahan je. Lagipun di kampung inilah abang mengajar tapi kenapalah kita tidak pernah berjumpa. Tetapi apa maksud sayang dengan  kita berjumpa semula kini kerana Amal dengan Nani pula?” tanya Ilham lantas melepaskan pelukannya lalu memandang wajah isterinya yang cantik itu..

Aisyah lantas bangun lalu menuju ke almari solek lalu membuka tudung yang masih menutupi mahkota yang sentiasa dijaganya itu. Lalu Aisyah menyikat rambutnya yang sangat menawan itu. Ilham lantas bangun lalu memeluk isterinya dari belakang. Benarlah perkahwinan sangat indah. “Cantiknya rambut isteri abang ni,” puji Ilhan lantas mencium rambut isteri yang panjang dan lembut itu. “Abang kalau abang nak tahu setelah saya pulang ke kampung dulu ingatan saya tidak pernah melupakan abang, Amal dan Nani. Jadi setiap hari saya bercerita kepada adik-adik saya tentang adik-adik abang sehinggalah pada suatu hari saya tersebut nama abang dan adik-adik pun meminta saya bercerita tentang abang. Tanpa disedari rupanya adik saya, Hawa dan Ijul bersahabat baik dengan Amal dan Nani dan mereka sama-sama belajar di sekolah asrama sehingga suatu hari Amal dan Nani datang ke rumah ini. Menurut Hawa, Amal dan Nani sebenarnya dah lupa tentang saya tapi suatu hari mereka dah terbaca diari abang dan mereka menemui sekeping gambar saya. Saya pun terkejut macam mana abang boleh ada gambar saya. Saya tidak tahu pun rancangan mereka pada mulanya tapi di saat Amal dan Nani datang ke rumah, saya sangat terkejut kerana wajah Amal serupa macam abang. Lalu mereka meminta izin membawa Hawa dan Ijul ke rumah abang dengan alasan untuk kenalkan kepada famili abang. Rupa-rupanya mereka ingin lihat reaksi abang apabila abang melihat wajah Hawa. Hawa memang serupa macam saya. Tanpa pengetahuan abang dan saya, mereka telah menunjukkan gambar saya yang diambil secara rahsia oleh Hawa untuk menunjukkan kepada Mak dan Bapak agar mereka boleh pujuk abang untuk meminang saya. Ummi dengan ayah saya juga mengetahui rancangan mereka ini. Ketika Mak dan Bapak abang datang untuk merisik saya pada mulanya saya ingin tolak kerana saya hanya akan terima pinangan dari abang. Saya tidak tahu yang datang tu adalah dari keluarga abang. Mereka suruh saya berfikir dahulu sebelum menolak pinangan mereka. Mereka juga meninggalkan gambar abang. Di saat saya melihat gambar tu alangkah gembiranya hati saya lalu saya memberitahu kepada ummi dan ayah bahawa saya terima pinangan dari keluarga abang. Kemudian barulah saya dapat tahu bahawa ini semua adalah rancangan Amal, Nani, Hawa dan Ijul. Kerana merekalah akhirnya hari ini kita bergelar suami isteri,” cerita Aisyah sambil menyikat rambutnya dihadapan almari solek itu.

Ilham lantas menuju ke arah katil lalu membaringkan dirinya. Kemudian dipanggil isterinya agar berbaring disebalahnya lalu dibawa Aisyah ke dalam pelukannya. “Sayang abang bersyukur sangat. Abang pada mulanya risau kalau abang berkahwin dengan orang lain kerana hati abang telah abang berikan sepenuhnya kepada sayang. Dalam petunjuk istikharah abang juga wajah sayang yang sering hadir. Alhamdulillah aturan Allah sangat indah. Sebenarnya sayang dulu sewaktu abang ke kedai buku tempat kali pertama abang berjumpa sayang tu, Anita, kawan sayanglah yang telah memberi gambar sayang ketika dia memberi hadiah dan pesanan yang sayang tinggalkan untuk abang. Sayang benar, kata-kata sayanglah yang menjadikan abang kuat sehingga sekarang,” ujar Ilham sambil mencium ubun-ubun isterinya. Mereka terus bercerita sehingga kedua-dua pasangan bahagia itu terlelap dalam pelukan kasih sayang yang dirahmati Allah.  

“Mama... Mama... Papa... Papa... Jangan tinggalkan Am, Ma. Am rindu Mama dan Papa sangat... Mama... Mama... Papa... Papa...” igau Ilham. Dengan mata yang masih terpejam itu air mata lelakinya mengalir. Aisyah tersedar dari lenanya saat telinganya terdengar rintihan seseorang. Disaat Aisyah mendengar rintihan dan rayuan suaminya itu, hati wanitanya turut menangis kerana dia percaya bahawa suaminya terlalu menderita sepanjang hidupnya. Dengan perlahan Aisyah mengesat air mata yang mengalir dari tubir mata suaminya yang kuyu itu. Ya Allah kuatkanlah hati suamiku ini. Padamkanlah kenangan yang memeritkan yang pernah dilaluinya selama ini. Abang saya berjanji saya akan membuat abang bahagia selepas ini. Aisyah menemani Ilham yang masih menitiskan air mata disamping rintihan yang memilukan hati Aisyah. Igauan Ilham berlanjutan sehingga azan subuh berkumandang. Ketika azan subuh berkumandang Aisyah sengaja menutup matanya kerana dia percaya sekejap lagi pasti suaminya itu tersedar dari tidurnya. Aisyah tidak mahu suaminya mengetahui Aisyah berjaga sepanjang malam untuk mengelap air mata Ilham.

‘Ya Allah cantiknya isteriku ini walaupun sedang tidur. Terima kasih Ya Allah. Kenapa mataku tidak berair hari ini. Kenapa mataku tidak lebam hari ini?’ tanya Ilham dalam hatinya. “Sayang bangun... Jom kita solat subuh berjemaah...” kejut Ilham dengan lembut. Aisyah lantas membuka matanya. “Assalamualaikum abang. Sekejap eh saya pergi mandi dulu. Abang tunggu sekejap tau,” ujar Aisyah ketika matanya melihat Ilham sudah siap berpakaian solat. Ilham telah mengimami solat Subuh mereka pada pagi itu.

“Wah selamat pagi pengantin baru... Mari bersarapan. “ tegur ummi Aisyah, yakni Hajah Siti Umairah. “Ummi, ayah mana?” tanya Aisyah. “Ayah kau biasalah pagi-pagi ni sebelum bersarapan dia pergi bagi makan kambing lah, lembulah, ayamlah... Makan Am. Jangan malu-malu.” “Adik-adik mana ummi?” tanya Aisyah lagi sambil mengisikan nasi goreng ke dalam pinggan suaminya itu. Dia juga menuangkan air ke dalam cawan suaminya itu. “Adik-adik biasalah hari cuti macam ni lepas subuh, mereka sambung tidur. Ha Am bila kamu hendak mula mengajar semula?” tanya ummi ramah. “Hmm saya dapat cuti dua minggu Ummi.” Beritahu Ilham. “Jadi lama lagilah kamu di kampung ni Am. Hmm baguslah boleh bantu ayah,” ujar Haji Abdul Khalid yang baru pulang. “Ayah jom makan sekali,” ajak Ilham sopan. “Aisyah pergi kejut adik-adik, ajak mereka sarapan sama.” “Baik ayah.”

Tidak lama kemudian keadaan di dapur itu menjadi riuh dengan telatah adik-beradik Aisyah yang berjumlah 6 orang semuanya. Aisyah adalah anak sulung. Aisyah mempunyai dua orang adik perempuan dan tiga orang adik lelaki. “Abang Yong nak duk tas angku leh ak,” ujar adik iparnya yang paling bongsu, iaitu Mohammad Ammar Danish. Ilham yang sememangnya menyayangi kanak-kanak lantas mendukung adiknya yang comel itu ke atas pangkuannya lalu Aisyah pula menyuap nasi goreng ke mulut adiknya yang baru berusia 4 tahun itu. “alah comelnya Abang Long dengan Kak Long ni. Macam Abang Long sedang pangku anak manakala Kak Long pula menyuapkannya. Sweetnya...” usik Muhammad Faizul Hambali yang lebih dikenali sebagai Ijul oleh ahli keluarganya. “Alah Abang Ijul tu jelause lah tu. Tak pe nanti abang ijul pulak kahwin k.” Usik Hawa yang merupakan anak yang ketiga. Siti Hawa kini sebaya dengan adi kembarnya yang kini sedang berada di tingkatan lima manakala  Faizul pula kini berusia 19 tahun yang kini sedang menuntut di tingkatan 6. “Ayah, ummi bosanlah cuti-cuti sekolah ni kalau duduk rumah je. Jomlah pergi jalan-jalan.”ujar Muhammad Daniel Iskandar  yang baru berumur 14 tahun. “Anis setuju dengan cadangan abang Is. Jomlah ayah, ummi. Sekaligus bolehlah Kak Long dengan Abang Long berbulan madu. Hehehhehe,” pujuk Siti Aniss Zahrah pula yang baru berusia 10 tahun. “Jomlah abang. Kesian budak-budak ni. Am pun cuti ada lagi 2 minggu. Kita ajak besan kita sekali baru seronok pergi melancong ramai-ramai. Lagipun sudah lama kita tidak bercuti dan melawat tempat orang,” pujuk ummi pula menyetujui usulan anak-anaknya itu. “Macam mana Am, Aisyah kamu setuju ke?” tanya Haji Abdul Khalid sambil memandang wajah menantunya itu. “Saya ikut saja ayah. Lagipun mesti seronok dapat jalan ramai-ramai,” ujar Ilham lalu menundukkan wajah menyembunyikan kesedihanya melihat kemeriahan keluarga mertuanya itu. ‘Mama, Papa, kenapa kalian tidak layan kami seperti ayah dan ummi layan anak-anaknya.’ Aisyah seakan mengerti apa yang sedang difikirkan oleh suami kesayangannya itu lantas tanpa diperasan oleh ahli keluarganya dia mencapai tangan suaminya di bawah meja lalu menggenggamnya seolah-olah memberitahu pada suaminya itu bahawa dia memahami perasaan Ilham.

“Baiklah kita makan lepas itu kita berkemas. Am kamu telefon Mak Munah dan Pak Majid. Kamu ajak mereka pergi sekali. Kata ayah yang ajak pergi bercuti satu keluarga. Kita akan ke Cameron Highlands esok. Setuju?” ujar Abdul Khalid. “Yey......” semua adik-adik Aisyah bersorak riang. “Okey Am, selepas itu kamu ikut ayah. Kita pergi sewa bas dan buat tempahan untuk tempat penginapan kita di sana. Aisyah pula tolong ibu apa yang patut.”

........................

“Wah cantiknya pemandangan di sini abang. Sesungguhnya ciptaan tuhan itu amatlah indah,” ucap Aisyah ketika dia bersama dengan Ilham di dalam bilik penginapan di Cameron Highlands. “Benar sayang. Ia bertambah cantik apabila abang berpeluanag melihatnya disamping isteri abang yang cantik ini,” ujar Ilham pula sambil memluk bahu Aisyah. “Terima kasih sayang. Abang rasa sangat bahagia. Sayang dan keluarga sayang adalah sesuatu yang sangat istimewa yang Allah kurniakan kepada abang.”

Terima kasih Ya Allah kerana Kau telah menyebabkan mendung berlalu pergi. Mama, Papa, Am sekarang ni pun telah mendapat kebahagiaan yang Ilham inginkan. Berbahagialah Mama dan Papa disamping keluarga yang kalian bina. Doakan juga Am dan adik-adik mendapat mentari yang indah yang akan sentiasa menyinari hidup kami. Pergilah engkau wahai mendung yang sentiasa menyelubungi hatiku selama ini. Biarlah  mentari indah terus bersinar dalam hidupku, juga dalam hidup adik-adikku...........