Siapa sangka tahun 2012 bakal berakhir tidak lama lagi. Seperti orang lain saya juga mempunyai pelbagai kenangan sepanjang tahun ini. Ada kenangan manis tidak dinafikan terdapat juga kenangan sedih untuk dikenang dan diingat ya kenangan itu tidak dapat diulang kembali namun segala kenangan yang kualami akan sentiasa segar diingatanku. Tahun 2012 lahir ahli baru dalam keluargaku. Nur Qalisha Umairah telah menyerikan lagi kehidupan keluargaku. Semoga kedatangannya menambah kegembiraan kepada kami sekeluarga.
ASSALAMUALAIKUM....
SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA. SESUNGGUHNYA SEGALA ILMU ADALAH MILIK ALLAH YANG ESA. SAYA HANYA INGIN BERKONGSI SEGALA ILMU YANG SAYA PEROLEH.SELAMAT DATANG KE DUNIA NUKILAN SAYA
Wednesday, December 12, 2012
2012
Thursday, December 8, 2011
Guru Yang Berjasa
Guru! Cikgu! Teacher! Ustaz/ Ustazah! Madam, Sir, Miss! Lecturer! Atau sesiapa yang mengajar atau memberi tunjuk ajar. Teringat diri ini kepada sebuah sajak yang antara isinya,
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Begitulah tingginya jasa seorang insan yang bergelar guru. Sesungguhnya tidak terbalas jasamu guru walau segunung emas kuberikan mahupun selautan intan kuhadiah namun jasamu tetap tidak dapat kubalas semuanya. Tanpa mu GURU agaknya siapalah kami hari ini. Dimanakah agaknya kami berada saat ini? Mampukah kami berbangga dengan diri kami seperti hari ini jika Kau tidak hadir dalam hidup kami dahulu.
Wahai GURU-GURU yang berjasa, terima kasih kerana pernah hadir dalam hidupku ini. Terima kasih kerana pernah bersabar dengan kerenah serta kenakalan ku dulu. Terima kasih kerana tidak pernah jemu atau lelah dalam mendidikku sehingga aku menjadi insan yang berguna hari ini. Terima kasih kerana sering menasihatiku dulu. Kini dengan nasihat dan tunjuk ajarmu, alhamdulillah ku mampu berdiri di atas kakiku sendiri.
GURU setiap amarah, kata azimat dan nasihatmu masih terpahat kukuh di dasar sanubariku. Walau bertahun telah ku tinggalkan dirimu namun masih terngiang-ngiang suaramu memarahi serta menegur setiap kesalahan diriku ini. Masih terdengar juga pujian yang kau lemparkan setiap kali diri ini mendapat kejayaan. Masih terasa usapan mesramu setiap kali diri menempah kejayaan. Masih terbayang terbayang diruang mata bagaimana kelopak matamu menitiskan air mata setiap kali kuberjaya memperoleh kejayaan dalam bidang yang kuceburi sama ada dalam bidang akademik mahupun bidang lain.
Sesungguhnya aku amat merindui belaian kasihMu, wahai GURUku. Ku masih ingin ditegur malah dimarahi oleh mu guru. ku masih ingin didenda mahu pun dipukul olehmu setiap kali ku melakukan kesalahan. Kini segala yang kulakukan tiada siapa yang akan tegur. Ku rindu belaian kasihMu. Kurindu keperihatinanMu. Namun ku tahu ramai lagi yang ingin merasai kasih sayang dariMu.
GURUku teruskanlah usahaMu menabur jasa bakti kepada anak bangsa yang ingin berjaya suatu hari nanti agar nanti mereka juga akan mengenangiMu seperti aku yang sentiasa terkenang akan diriMu. GURU terima kasih tak terhingga kuucapkan. Semoga jasaMu akan sentiasa dikenang oleh seluruh manusia. Kerana GURU ENGKAULAH JAMBATAN ILMU... TERIMA KASIH CIKGU
Monday, November 28, 2011
MAJLIS KAHWIN ADIK
Bismillahirrahmanirahim...
Alhamdulillah pada tarikh keramat 5 Jun 2011 adikku selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya. Perkahwinan ini merupakan perkahwinan pertama dalam keluargaku. Oleh itu sebagai puteri sulung yang berkahwin maka sebuah majlis yang gilang-gemilang diadakan untuknya. Rumahku dikunjungi oleh sanak saudara seminggu lebih awal dari tarikh persandingan. Pada mulanya ayahku ingin mengadakan menggunakan katering namun mama dengan nenek mencadangkan agar mereka bergotong-royang mengikut cara kampung. Setelah dipujuk akhirnya ayah bersetuju dengan cadangan itu. Maka seminggu sebelum majlis rumah telah dikunjungi oleh ahli keluarga terdekat serta jiran tetangga untuk membantu.
Majlis bermula dengan majlis akad nikah. Namun sebelum akad nikah bermula aku dipanggil untuk menerima barangan kerana adik ku telah melangkah bendul. Oleh itu pihak lelaki telah menyediakan barang kemas dan sepersalinan pakaian untukku. Emak dan nenekku tidak membenarkan aku memakai pakaian tersebut. Aku mengiakan sahaja larangan tersebut walaupun aku tidak mempercayai adat tersebut yang mengatakan sesiapa yang dilangkah bendul agak berat jodohnya. Namun bagiku soal jodoh pertemuan ini adalah ketentuan Yang Esa. Namun atas dasar hormat aku mendengar larangan tersebut.
Setelah itu majlis akad nikah pun dimulakan. Dengan hanya sekali lafaz alhamdulillah adikku telah menjadi isteri orang. Setelah itu majlis persandingan diadakan secara ringkas kerana hari sudahpun malam. Tambahan pula malam itu hujan. Walaupun begitu kemeriahan tetap ada.
Pada 5 Jun majlis persandingan pun diadakan. Orang ramai tiba dengan tidak putus-putus sedari jam 10.00 pagi. Saudara-mara, sahabat handai serta jiran tetangga datang tanpa mengenal bansa atau kaum bagi memeriahkan majlis ini. Pertama kali dalam sejarah hidupku, aku melayani tetamu yang hadir tanpa melarikan diri. Hal ini kerana sebelum ini aku amat takut untuk malayan tetamu yang hadir ke rumah walaupun ketika di hari raya. Namun ketika hari perkahwinan adikku ini aku turut sama-sama menyambut kedatangan tetamu.
Pasangan pengantin tiba pada jam 1.00 tengah hari. Kedua-dua mempelai ibarat pinang dibelah dua berarak lalu bersanding di atas pelamin yang dihias indah oleh nenek sebelah ibuku. Setelah ditepung tawar dan bergambar, kedua-dua pengantindiiringi untuk menyempurnakan acara makan beradab. Sekali lagi lauk-lauk pengantin telah disediakan oleh nenek yang sama. Setelah upacara tersebut upcara pemotongan kek pula bermula. Setelah itu sekali lagi kedua-dua adikku ini bersanding di pelaminan.
Majlis berakhir pada jam 4.00 petang setelah semua tetamu pulang ke rumah masing-masing. Beberapa saudara yang terdekat pulang setelah mereka membantu mengemas bagi meringankan keluargaku. Akhirnya majlis perkahwinan adikku ini berlangsung dengan jayanya.
Aku turut tumpang gembira bagi pihak adik kesayanganku ini. Aku turut pulang ke universitiku untuk menyambung tugasku sebagai seorang mahasiswi. Belum terlambat rasanya untuk aku mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada adik keduaku ini. Semoga dia sentiasa bahagia disamping suami tercinta. Semoga dia mampu mengharungi segala rintangan dan cabaran yang bakal melanda sebagai seorang isteri dan tahniah juga kerana alhamdulillah tidak lama lagi keluargaku akan menerima ahli baru......

Thursday, March 24, 2011
Kenangan pergi Camping PBSM
Pada 11 March 2011, aku telah mengikuti satu perkhemahan di Hutan Botanikal di Ayer Keroh Melaka. Perkhemahan ini diwajibkan kepada semua pelajar semester 2 bagi subjek Badan Beruniform. Pada tarikh tersebut semua pelajar PBSM di UiTM Melaka telah mengikuti program ini. Seramai 188 orang pelajar HBU124 telah pergi ke kawasan perkhemahan melalui tiga trip ketibaan. Pada ketibaan pertama beberapa orang urussetia telah pergi dahulu, kemudian semua pelajar yang tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti telah pergi pada pukul 2.30 petang manakala selebihnya telah pergi pada sebelah malam kerana perlu menduduki ujian terlebih dahulu. Aku dan beberapa rakan yang sefakulti telah menduduki ujian Akaun sebelum bergerak ke Kem Ayer Keroh.
Pada pukul 10.30 malam, kami pelajar business, banking dan insurans telah menaiki bas yang disediakan oleh UiTM untuk ke perkhemahan tersebut. Perkhemahan ini mewakili 20% markah untuk final exam. Kami tiba di Hutan botanikal tersebut pada pukul 11 lebih. Kami telah diberi taklimat oleh Pegawai Kokorikulum iaitu Encik Sahak.Kemudian kami telah menikmati makan malam sebelum diarahkan mendirikan khemah dengan sendiri. Kami dibenarkan memilih rakan sekhemah dengan sendiri. Aku, Erra, Dayah, Liyana, Hajar, serta 2 orang rakan yang lain telah bersetuju untuk duduk dalam satu khemah. Setelah menikmati makan malam, kami yang datang lambat telah mendirikan khemah kemudian kami diarahkan untuk memasuki ke dalam kumpulan yang telah disediakan. Aku, Erra dan Dayah telah berpisah kerana kami tidak dapat menjadi rakan sekumpulan. Aku juga berbeza kumpulan dengan Zahira, rakan sebilik di UITM. Namun begitu aku bersyukur kerana dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru yang selama ini tidak aku kenali.
Aktiviti pertama kami adalah 'Night Walk" yakni jalam malam. kami akan berjalan berkumpulan sambil menutup mata. Kami diarahkan mendengar arahan dari seorang penunjuk arah dan kami dinasihatkan jangan berpisah dengan rakan sekumpulan walau apapun yang berlaku. Kumpulanku adalah kumpulan terakhir yang dilepaskan memasuki ke dalam hutan untuk menjalankan aktiviti ini. Alhamdulillah walau banyak dugaan yang dihadapi seperti terdapat rakan sekumpulan yang cedera, kami berjaya menyelesaikan aktiviti ini dengan selamat. Pengajaran yang aku dapati dari aktiviti ini, walaupun dahulu aku berada bersama golongan yang buta namun baru kali ini aku benar-benar mengetahui kepayahan yang dihadapi oleh mereka apabila salah satu pancaindera aku ditutup. Aktiviti ini benar-benar menginsafkan aku dan menjadikan aku lebih menghargai dan bersyukur dengan kelebihan yang Allah berikan kepadaku. Aktiviti itu berakhir pada pukul 4.00 pagi. Kemudian kami dikumpulkan dan hanya dibenarkan masuk ke dalam khemah tepat jam 5.30 pagi.
Keesokan harinya kami solat subuh secara berjemaah dan dibenarkan berehat sehingga dipanggil untuk bersarapan pada pukul 7.30 pagi aktiviti seterusnya bermula pada pukul 9.00 pagi dimana kami akan menduduki beberapa latihan praktikal dan kami diminta pergi ke 10 checkpoint.seterusnya pada jam 5.00 petang kami telah mengikuti aktiviti yang paling tak best, iaitu memasuki lumpuh. Dahlah lumpuh itu berbau, pastu berselut pula.
Malamnya pula kami telah menduduki ujian beramai-ramai sebelum kami menjalani aktiviti terakhir iaitu aktiviti burung hantu. Aktiviti ini memerlukan kami memasuki ke dalam hutan dan berjalan di dalamnya ibarat seperti jungle tracking cuma aktiviti ini dijalankan di waktu malam. Malam terakhir ini pelbagai kejadian telah berlaku. Terdapat pelajar yang disengat tebuan, dan ada juga kaki seorang pelajar terluka. Setelah keluar dari hutan tersebut terdapat seorang siswi disengat lipan. Walaupun pelbagai kejadian telah berlaku namun aku bersyukur kerana aku berjaya mengikuti perkhemahan ini dengan . ALhamdulillah.....

Tuesday, March 1, 2011
Syoknya Jadi Perempuan
Pada 26 Februari 2011 satu diskusi telah dianjurkan oleh kolejku iaitu Kolej Tun Putih. Diskusi itu bertajuk 'Syoknya Jadi Perempuan'. Diskusi ini telah dihadiri oleh semua mahasiswi yang menetap di Kolej Tun Putih,Tun Merah, Dang Anum serta Dang Merdu Wati.
Sememangnya kaum Hawa adalah kaum yang istimewa. Kita diuju dengan pelbagai kesulitan yang menandakan bahawa kita adlah hamba yang dikasihi oleh Allah s.w.t.. Tidak dinafikan sememangnya kaum Hawa adalah kaum yang kuat dalam menempuhi segala kepayahan yang menimpa diri. Islam telah mengangkat martabat kaum Hawa dan menempatkan wanita dikedudukan yang tinggi. Jika kita mengkaji sejarah pada zaman jahilliyah wanita diperlukan seolah-olah mereka terlalu hina sehingga bayi perempuan akan ditanam hidup-hidup tetapi apabila Islam muncul Rasulullah telah meletakkan wanita di kedudukan yang paling tinggi.
Kini kaum wanita mampu melakukan segala yang dilakukan oleh kaum lelaki. Namun begitu wahai wanita jangan pernah engkau menjangka dirimu boleh menderhaka kepada suamimu walaupun engkau lagi hebat daripadanya. Ingatlah wahai wanita syurga mu tetap dengan kepatuhanmu kepada suami mu. Jadilah seperti Khadijah walaupun lebih berkemampuan dan berharta berbanding suaminya, Muhammad namun tetap juga beliau menghormati serta mematuhi permintaan suami tercinta. Wanita sebegini tetap mekar di hati suaminya walaupun telah kembali menghadap Ilahi. Tidak mustahil sekiranya kita mematuhi dan menjaga keperluan suami serta berusaha menjadi isteri serta ibu solehah pasti kita akan sentiasa mekar di hati mereka walaupun kita tiada lagi di dunia ini....Insya Allah

Wednesday, February 16, 2011
RASULULLAH S.A.W. INSAN YANG HARUS DICONTOHI & DICINTAI
Alhamdulillah dengan izin Allah Yang Maha Esa dapat lagi kita berada di dunia yang indah ini. Syukur dipanjat ke atas Tuhan Yang Satu kerana sekali lagi kita dapat meraikan hari keputeraan kekasih kita, Nabi Muhammad S.A.W. iaitu pada 12 Rabiulawal 1432H bersamaan 15 Februari 2010 M. Siapa sangka tahun ini hari Maulidur rasul berlangsung sehari selepas hari Kekasih yang dibanggakan oleh semua manusia. Ramai yang mengakui mencintai baginda Rasulullah tetapi mereka tidak berselawat ke atas baginda. Ramai yeng mengatakan bahawa mereka mengasihi Rasulullah tetapi tidak mengetahui sirah baginda. Ramai yang menyatakan bahawa mereka menyayangi Rasulullah tetapi mereka tidak pernah mengamalkan sunnahnya. Ramai umat Islam yang ingin akan syafaat baginda di padang masyhar nanti tetapi mereka tidak mengingati malah tidak pernah merindui Nabi Muhammad S.A.W..Kita kata kita menyayangi, mencintai malah merindui nabi namun kita menjauhkan diri dari Al-Quran.
Pepatah Melayu ada mengatakan "tidak kenal maka tidak cinta". Benarlah pepatah tersebut bagaimana ingin kita mencintai kekasih yang mulia ini andai kita tidak mengenali baginda sedalam-dalamnya. Kita lebih mengenali St. Valentine daripada Muhammad bin Abdullah. Kita lebih mengenali artis-artis seperti Siti Nurhaliza, Shahir AF8, dan ramai lagi tetapi adakah kita kenal Muhammad Al Amin? Ya benar dalam mata pelajaran Agama Islam dan Sejarah kita belajar sirah baginda Rasul tapi kita hanya sekadar belajar untuk lulus peperiksaan tanpa kita mencari sirah baginda agar ilmu yang kita cukup mendalam untuk kita menyayangi Kekasih Allah ini.
Kita tahu Nabi kita dilahuirkan pada hari isnin 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571M pada tahun gajah di Makkahtulmukarramah. Tahun itu digelar Tahun Gajah bersempena dengan peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang Kota Makkah dan ingin menawan Ka'abah. Namun Allah tidak akan membenarkan perkara itu terjadi lalu Allah telah menghantar burung ababil yang membawa batu dari neraka untuk menyerang tentera Abrahah. Muhammad s.a.w. dilahirkan pada waktu subuh. Driwayatkan ketika kelahiran Kota Mekah menjadi terang-benderang. Seluruh Kota Mekah bercahaya. Api sembahan kaum Majusi yang tidak padam selama 100 tahun terpadang pada waktu baginda lahir. Malah istana Parsi retak. Itulah antara peristiwa yang berlaku pada hari baginda dilahirkan.
Ibu baginda bernama Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf manakala bapanya bernama Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. Ketika baru berusia 2 bulan Nabi dalam kandungan ibunya, bapanya telah meninggal ketika dalam perjalanan ke Syam untuk berniaga. Maka Nabi sebelum lahir lagi sudah menjadi yatim. Setelah dilahirkan ke muka bumi ini, Nabi telah diserahkan untuk disusui oleh ibu susuan. Adat memberi anak ke perempuan lain untuk disusui memang sering dilakukan bagi masyarakat arab di Mekah. Nabi Muhammad mempunyai dua Ibu susuan iaitu yang pertama, Thuwaibah yakni hamba perempuan Abu Lahab iaitu bapa saudara Nabi Muhammad. Kemudiannya Nabi disusui pula oleh Halimah binti Abi Zuaib As-Sa'adiah yang lebih dikenali sebagai Halimah As-Sa'adiah. Setelah berusia 2 tahun, ibunya Aminah ingin mengambilnya semula namun Halimah As-Sa'adiah memohon agar menambahkan tempoh penjagaannya kerana dia telah mula menyayangi Nabi S.A.W. Hal ini adalah kerana walaupun masih kecil namun Muhammad banyak memberi tuah kepada keluarga ibu susuannya hingga melimpah ruah rezeki ke atas kelauarga tersebut. ketika berusia 4 tahun nabi sudah rajin membantu ibu susuannya mengembala kambing.
Ketika berusia 5 tahun satu peristiwa telah berlaku ke atas nabi junjungan Muhammmd s.a.w.. Peristiwa itu adalah pembelahan dada yang dilakukan oleh dua orang malaikat untuk mencuci hati Nabi dan mengeluarkan bahagian wujudnyal syaitan di dalam hati baginda. Peristiwa itu amat membimbangkan ibu susuannya lalu dia mengembalikan Muhammad kepada ibu kandungnya. Ketika berusia 6 tahun, ibunya, Aminah telah membawa nabi ke Madinah untuk melawat kubur suaminya sekaligus melawat saudara-mara yang berada di sana. Ketika dalam perjalanan pulang Aminah jatuh sakit lalu meninggal dunia di Abwa' maka Ummu Aiman yakni pengasuh nabi membawa Muhammad pulang dan baginda lalu dijaga oleh Datuknya, Abdul Muttalib. Baginda amat disayangi oleh datuknya kerana dia bersimpati dengan nasib cucunya yang telah menjadi yatim piatu pada usia yang masih terlalu muda. Namun kegembiraan itu tidak lama kerana sekali lagi orang yang disayangidijemput menghadap Ilahi. Ketika Nabi berusia 8 tahun,datuknya pula meninggal dunia. Alangkah kuatnya Rasulullah, walaupun masih muda tapi telah ditinggalkan oleh ahli keluarga yang amat menyayangi baginda. Namun walaupun baginda telah kehilangan ibu bapa dan datuk tersayang namun baginda sentiasa berada dibawah lingkungan jagaan Allah Yang Esa.
Setelah itu, Nabi dijaga oleh Abu Talib iaitu bapa saudaranya. Sebelum kematian datuknya, Abdul Muttalib, dia telah bertanya kepada cucu kesayangannya dan menyuruh Muhammad memilih penjaganya selepas kematiannya Abdul Muttalib nanti. Muhammad yang masih kecil memilih Abu Talib sebagai penjaganya yang seterusnya selepas kematian Datuk yang amat menyayanginya itu. Abu Talib walaupun hidup susah disamping mempunyai ramai orang anak namun dia menerima juga amanah yang ditinggalkan oleh bapanya itu. Sejak itu Muhammad bin Abdullah tinggal bersama Abu Talib dan dia membantu Abu Talib mengembala kambing. Apabila Muhammad telah meningkat remaja dia membantu bapa saudaranya itu berniaga. Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai sifat yang amat mulia. Ketika melaksanakan perniagaan baginda mempamerkan sikap yang terpuji seperti tidak menipu dalam menjalankan urusan perniagaan. Baginda juga sentiasa memaniskan muka ketika berniaga. Kerana sikap-sikap murninya itu maka perniagaannya mendapat keuntungan yang tinggi.malahsemua orang menyukai dan menyenangi sikap terpuji Nabi akhir zaman ini.
Kerana sikap mulia Rasulullah itulah baginda digelar Muhammad Al Amin hal ini kerana baginda tidak pernah bercakap bohong. Akhirnya baginda diminta bekerja dengan seorang janda yang termashur iaitu Siti Khadijah binti Khuwailid. Siti Khadijah adalah seorang wanita kaya yang digilai oleh ramai lelaki walaupun telah menjadi janda. Siti Khadijah telah dua kali berkahwin. Suami pertamanya ialah Ais atau Atiq bin Abid dan mendapat dua orang cahaya mata iaitu,Abdullah dan Jariayah. Kemudian dia berkahwin pula denganAbu Halah bin Malik dan mempunyai 2 orang puteri iaitu Hindun, dan Zainab. Kedua-dua suaminya itu meninggal dunia. Setelah itu Siti Khadijah tidak mahu berkahwin lagi. Hal ini kerana dia ingin menanti seorang lelaki yang baik untuk dijadikan peneman sepanjang hidupnya yang bukan hanya bersama dengannya di dunia ini tetapi berkekalan sehingga di syurga kelak. Apabila mengetahui tentang sifat mulia Muhammad bin Abdullah, Siti Khadijah telah menghantar utusan untuk berjumpa dengan Muhammad untuk menawarkan peluang pekerjaan. Peluang itu dianggap peluang keemasan oleh Muhammad dan juga Abu Talib kerana dengan peluang sebegitu pendapatan keluarga dapat bertambah. Maka Muhammad pun membawa barang yang perlu dijual ke negeri Syam dengan ditemani Maisara, pembantu lelaki Siti Khadijah. Khadijah meminta Maisara memerhatikan Muhammad kerana Khadijah ingin sangat tahu bagaimana sifat terpuji Muhammad sehingga ramai yang memujinya. Setelah rombongan itu kembali ke Makkah, Muhammad lantas memberi keuntungan yang diperoleh kepasa tuannya itu.
Khadijah amat terkejut kerana perniagaan yang diuruskan Muhammad laris dengan cepat malah Muhammad memberi hasil keuntungan tanpa mengambilnya walau sedikit. Siti Khadijah terpegun dengan sifat Muhammad itu. Setelah Khadijah memberi upah kepada Muhammad, baginda terus pulang ke rumah pak ciknya manakala Khadijah telah memanggil pembantu lelakinya iaitu Maisara untuk mendengar dari mulut Maisara sendiri mengenai sikap dan sifar baginda rasul. Maisara lalu berkata bahawa tidak pernah dia berjumpa pemuda sebaik Muhammad. Baginda menjalankan perniagaan dengan penuh dedikasi dan sentiasa bermanis muka dengan setiap pelangaan. Sifatnya yang peramah itu membuatkan semua orang menyayanginya dan menyukainya.Muhammad juaga terlalu jujur dalam melaksanakan tugasnya. Khdijah yang mendengar penjelasan Maisara tersenyum Maisara lalu menyatakan terdapat suatu perkara pelik dan ajaib telah berlaku sepanjang dia bersama dengan Muhammad. Di sepanjang perjalanan dia mendapati segumpal awan sentiasa mengikut gerakan Muhammad seolah-olah sentiasa melindungi Muhammad dari teriknya sinaran matahari.
Tanpa diketahui oleh sesiapa, hati Khadijah telah tertarik dengan Muhammad melalui segala cerita yang dibawa oleh Maisara dan hatinya juga seolah-olah terbuka dan diisi oleh seorang lelaki muda bernama Muhammad bin Abdullah. Kerana memikirkan tentang umurnya yang telah berusia dia menyembunyikan perasaannya dari pengetahuan sesiapa pun. Namun dikatakan perasaan beliau terhadap Nabi Muhammad itu tidak boleh ditahan-tahan atau dihalang-halang lagi sehingga beliau berkata: "Jika segala kenikmatan hidup diserahkan kepadaku, dunia dan kekuasaan para raja Iran (Parsi) dan Rumawi diberikan kepadaku, tetapi aku tidak hidup bersama Muhammad, maka semua itu bagiku tidak lebih berharga daripada sebelah sayap seekor nyamuk". Perasaan kasih khadijah terhadap Muhammad semakin menebal sehingga terdapat riwayat mengatakan bahawa Khadijah memberitahu isi hatinya kepada Muhammad dengan berkata:
"Saudaraku, mengingatkan hubungan yang ada di antara kita (bangsa Quraisy) dan kebesaran serta kemuliaan saudara di kalangan kaum serta kejujuran, akhlak terpuji dan sifat lurus dan amanah yang ada pada saudara maka saya sangat ingin untuk hidup bersama dengan berkahwin dengan saudara wahai Muhammad!"
Namun, dalam bangsa Quraish terdapat satu adat yang menghalang perempuan meminang lelaki maka adat itu menghalang niat suci Khadijah. Kemudiannya Siti Khdijah meminta bantuan rakannya iaitu Nafisah@Nafsiah binti Aliyah@Muniiah@Munyaa untuk menemui Muhammad dan membawakan khabar gembira kepadanya.
Berikut dialog antara rakan Siti Khadijah itu dengan Nabi Muhammad; "Wahai Muhammad mengapa tidak anda sinari kehidupan malam anda dengan seorang isteri?"
Jawab Nabi: "Ini kerana saya tidak mempunyai sebarang persiapan untuk berkahwin".
"Kalau begitu apakah anda akan menyambutnya dengan senang hati jika saya mengundang anda kepada kecantikan, kekayaan, keanggunan dan kehormatan," kata Nafisah.
Nabi menjawab; "Apa maksud anda?"
Lalu Nafsiah menyebut nama Siti Khadijah.
Mendengarkan nama Siti Khadijah itu, lantas Nabi Muhammad pun berkata "Apakah Khadijah sudi menerima saya, pada hal dunia saya dan dunia dia jauh berbeza dan sedangkan beliau pernah menolak lamaran-lamaran daripada pemuda-pemuda yang jauh lebih mulia dan kaya daripada saya?"
"Saya mendapat kepercayaan daripada Siti Khadijah dan akan membuat dia setuju. Anda hanya perlu menetapkan tarikh perkahwinan agar walinya (Amar bin Asad) dapat mendampingi anda berserta sahabat handai, rakan taulan dan upacara perkahwinan dan perayaan dapat diadakan," kata Nafsiah.

Nabi Muhammad lalu menerima Siti Khadijah menjadi isterinya lalu dia meminta bapa saudaranya, Abu Talib untuk pergi meminang Siti Khadijah. Pada suatu hari iaitu dikatakan sebelum Nabi Muhammad mengambil upah mengetuai rombongan dagangan Siti Khadijah ke Syam itu, Siti Khadijah dikatakan telah didatangi satu mimpi yang agak aneh dan ini menyebabkan beliau segera menemui sepupunya, pendita atau rahib agama Hanif, Waraqah bin Naufal atau nama penuhnya Waraqah bin Nawfal bin Assad bin Abd al-Uzza bin Qusayy Al-Qurashi.
"Malam tadi aku bermimpi sangat menakjubkan. Aku melihat matahari berputar-putar di atas Kota Mekah, lalu turun ke arah bumi.
"Ternyata matahari itu turun dan memasuki rumahku. Cahayanya yang sangat agung itu membuatkanku terpegun.
"Lalu aku terbangun daripada tidurku itu" kata Siti Khadijah.
Mendengarkan itu, lalu Waraqah berkata; "Aku sampaikan berita gembira kepadamu, bahawa seorang lelaki agung dan mulia akan datang untuk menjadi teman hidupmu.
"Dia memiliki kedudukan penting dan kemasyhuran yang semakin hari semakin meningkat," kata Waraqah.
Akibat dari mimpi itulah ditakdirkan tidak lama kemudian Khadijah menjadi isteri Muhammad. Ia adalah wanita yang terus hidup dalam hati suaminya sampaipun ia telah meninggal dunia.
Ketika berusia 40 tahun, Nabi Muhammad lebih suka bersendirian di Gua Hira' dan dikatakan ketika baginda bersendirian di gua inilah telah turunnya wahyu yang pertama iaitu Iqra' yakni bacalah. Ketika inilah turunnya wahyu pertama yang mengangkat Muhammad menjadi Rasul terakhir. Seterusnya ketika Rasulullah berumur 53 tahun baginda telah berhijrah ke Madinah dengan ditemani sahabat baginda iaitu Abu Bakar As-Siddiq. Di Madinah agama Islam telah berkembang dan maju. Umat Islam juga semakin bertambah. Akhirnya, Ketiaka nabi berusia 63 tahun akhirnya Rasul yang mulia ini telah kembali kepada kekasihnya yakni Tuhan Pencipta sekalian alam.Tanggal 12 Rabiulawal tahun 11H bersamaan hari Isnin 8 Jun 632 M baginda telah wafat. Namun sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir baginda masih mengingati kita yakni umatnya dengan menyebut ummati, ummati yang bermaksud umatku...umatku... Baginda berpesan kita tidak akan sesat sekiranya kita berpegang kepada dua peninggalan baginda iaitu Al-Quran dan Sunnah.
Begitulah serba sedikit kisah Nabi Kesayangan kita iaitu Rasulullah S.A.W..Semoga kita sentiasa mengingati baginda dengan memperbanyakkan selawat ke atas baginda. Moga di Hari Perhitungan nanti kita akan memperoleh syafaat dari kekasih kita ini, MUHAMMAD BIN ABDULLAH S.A.W. rasul akhir zaman....... Insya-Allah....
Tuesday, February 15, 2011
14 February a.k.a Valentine Days.(HARUS DIBENCI OLEH UMAT ISLAM)
Firman Allah s.w.t..
"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)
14 Februari merupakan tarikh yang amat dinantikan oleh para kekasih kerana di hari inilah mereka akan bersama dengan pasangan masing-masing meraikan hari yang dianggap istimewa. Tetapi mereka sedar atau tidak apa erti disebalik hari kekasih ini.... Umat Islam ramai yang meraikan hari Valentine ini tetapi sedarkah kita sebagai umat Islam berdosa sekiranya kita meraikan atau menanti tibanya hari kekasih ini. Valentine's day yang juga dikenali sebagai hari berkasih sayang, amat popular dalam kalangan orang barat. Namun kini semakin ramai umat Islam yang mengikuti budaya barat ini.
Sedarkah kita hari valentine yang kita raikan juga yang kita banggakan itu sebenarnya merupakan hari memperingati kematian seorang lelaki Romawi yang dianggap 'shuhada' oleh para pengikutnya. Valentine adalah bersempena dengan nama seorang lelaki tersebut iaitu St. Valentine. Pada 14 Februari 270 M, St Valentine telah dihukum bunuh kerana pertelingkahannya dengan pengasas Romawi ketika itu iaiitu Raja Claudius II. Bagi memperingati kematiannya maka pengikutnya telah mengadakan upacara keagamaan. Lama kelamaan apabila agama Kristian berkembang maka upacara keagamaan ini telah diubah kepada hari berkasih sayang.dan ianya tidak lagi berbentuk keagamaan sebaliknya telah berubah kepada perayaan bukan keagamaan. Konsep asal Hari Valentine telah berubah.
Kini, sambutan valentine adalah sesuatu yang dibangga-banggakan oleh orang kaum Nasrani dan Yahudi. Mereka meraikan dengan jamahan nafsu sepuas-puasnya tanpa ada segan dan malu. Si gadis akan mendaftarkan namanya di dalam satu pesta di hari Valentine manakala si lelaki akan mencabut undi bagi memilih pasangan sebagai habuan pesta hari kekasih. Namun yang amat menyedihkan terdapat segelintir umat Islam yang meraikan pesta ini tanpa mengira batasan agama...
Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?
Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:
“ Dan janganlah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)
Dalam Islam kata “tahu” bererti mampu mengetahui dengan seluruh panca indera yang dikuasai oleh hati. Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat isi dan hakikat sebenarnya. Bukan hanya sekadar dapat melihat atau mendengar. Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, bila, bagaimana, dan di mana, akan tetapi lebih dari itu.
Oleh kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang mendorong/mengikut kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid.
Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

Sunday, December 26, 2010
25 Disember 2010
25Disember merupakan tarikh yang menggembirakan bagi orang yang beragama Kristian kerana pada hari inilah mereka menyambut Hari Natal atau juga dikenali sebagai Hari Krismas. Walaupun sebagai umat Islam kita tidak digalakkan menyambut perayaan ini tetapi sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai rakyat berbilang kaum maka kita juga akan bercuti.
Bagi keluargaku pada tanggal tarikh 25 Disember 2010 satu acara bersejarah bagi keluargaku telah diadakan. Pada hari tersebut satu majlis pertunangan telah berlangsung. Adikku yang nombor 2 telah bertunang pada hari tersebut. Yang menariknya ini merupakan majlis pertunangan yang pertama bagi ahli keluargaku. Aku berpeluang menyaksikan dengan sendiri majlis ini berlangsung dengan penuh adat istiadat Melayu.
Bagi orang Melayu upacara pertunangan juga akan dijalankan dengan adat yang agak unik. Sebelum majlis bertunang pihak lelaki akan datang merisik untuk memastikan bahawa gadis itu belum berpunya. Hal ini penting kerana ingin memastikan bahawa gadis belum lagi bertunang. Adalah berdosa sekiranya mereka mengambil tunangan orang. Dalam hal adik aku ini. mereka juga datang merisik dan bertunang pada hari yang sama. Hal ini adalah kerana mereka datang dari jauh dan mereka ingin menjimatkan masa.
Oleh kerana majlis merisik dan bertunang dilakukan pada hari yang sama maka pihak lelaki perlu membawa 2 bentuk cincin yang mana satu merupakan cincin merisik atau juga dikenali sebagai cincin tanya dan satu cincin lagi merupakan cincin bertunang. Ibu atau wakil perempuan dari pihak lelaki akan menyarungkan cincin ke jari si gadis. Setelah itu kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai tarikh akan dilangsungkan perkahwinan. Mereka juga akan berbincang mengenai jumlah wanga hantaran yang perlu diberi oleh pihak lelaki. Setelah berbincang pihak lelaki bersetuju dengan permintaan kami.

Alhamdulillah jika diizinkan tuhan maka tempoh pertunangan adikku hanya selama 5 ke 6 bulan sahaja. Kemudian majlis diteruskan dengan kedua-dua belah pihak bertukar hantaran. Kedua-dua belah pihak akan bertukar tepak sirih. Mengikut adat, pihak lelaki akan memakan sirih yang diberi oleh pihak perempuan begitu juga sebaliknya. Pihak lelaki telah memberi 5 dulang hantaran termasuk cincin manakala dibalas dengan 8 dulang hantaran oleh pihak perempuan. Setelah itu berakhirlah majlis pertunangan dan menunggu hari untuk diijabkabulkan.
Bagi keluargaku pada tanggal tarikh 25 Disember 2010 satu acara bersejarah bagi keluargaku telah diadakan. Pada hari tersebut satu majlis pertunangan telah berlangsung. Adikku yang nombor 2 telah bertunang pada hari tersebut. Yang menariknya ini merupakan majlis pertunangan yang pertama bagi ahli keluargaku. Aku berpeluang menyaksikan dengan sendiri majlis ini berlangsung dengan penuh adat istiadat Melayu.Bagi orang Melayu upacara pertunangan juga akan dijalankan dengan adat yang agak unik. Sebelum majlis bertunang pihak lelaki akan datang merisik untuk memastikan bahawa gadis itu belum berpunya. Hal ini penting kerana ingin memastikan bahawa gadis belum lagi bertunang. Adalah berdosa sekiranya mereka mengambil tunangan orang. Dalam hal adik aku ini. mereka juga datang merisik dan bertunang pada hari yang sama. Hal ini adalah kerana mereka datang dari jauh dan mereka ingin menjimatkan masa.
Oleh kerana majlis merisik dan bertunang dilakukan pada hari yang sama maka pihak lelaki perlu membawa 2 bentuk cincin yang mana satu merupakan cincin merisik atau juga dikenali sebagai cincin tanya dan satu cincin lagi merupakan cincin bertunang. Ibu atau wakil perempuan dari pihak lelaki akan menyarungkan cincin ke jari si gadis. Setelah itu kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai tarikh akan dilangsungkan perkahwinan. Mereka juga akan berbincang mengenai jumlah wanga hantaran yang perlu diberi oleh pihak lelaki. Setelah berbincang pihak lelaki bersetuju dengan permintaan kami.
Alhamdulillah jika diizinkan tuhan maka tempoh pertunangan adikku hanya selama 5 ke 6 bulan sahaja. Kemudian majlis diteruskan dengan kedua-dua belah pihak bertukar hantaran. Kedua-dua belah pihak akan bertukar tepak sirih. Mengikut adat, pihak lelaki akan memakan sirih yang diberi oleh pihak perempuan begitu juga sebaliknya. Pihak lelaki telah memberi 5 dulang hantaran termasuk cincin manakala dibalas dengan 8 dulang hantaran oleh pihak perempuan. Setelah itu berakhirlah majlis pertunangan dan menunggu hari untuk diijabkabulkan.
Sebuah Kehidupan
Setiap kali sesi persekolahan bermula, pasti semua yang bergelar pelajar berasa gembira kerana akan bertemu semula dengan rakan-rakan setelah tidak berjumpa sepanjang cuti persekolahan. Seperti pelajar-pelajar yang lain aku juga terlalu merindui rakan-rakan seperjuanganku. Sebagai pelajar yang bersekolah di sekolah berasrama, aku akan ke asramaku sehari sebelum sekolah bermula. Aku akan menyusun segala barang keperluanku di almari yang disediakan. Oleh kerana tahun ini aku akan berada di tingkatan 5 maka aku ditempatkan di dorm kecil yang mana dorm ini hanya menempatkan 4 orang pelajar. Alhamdulillah aku akan berkongsi bilik dengan rakan-rakan setingkatan juga sekelas. Yang paling menyeronokkan aku akan sebilik dengan rakan karibku. Sememangnya sudah menjadi kebiasaan aku akan tiba awal ke asrama. Maklumlah aku sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan rakan-rakanku. Tahun ini juga aku dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan asrama sehingga perlantikan penghuluwati asrama. Sudah ditakdirkan aku dilantik menjadi penghuluwati juga menjadi ketua pengawas sekolah. Walaupun tanggungjawab ini agak berat namun aku akan berusaha untuk menunaikannya.
"Alia, kau tahu tak hari ini ada pelajar baru akan masuk asrama kita. Dengar cerita pelajar itu perempuan. Bertambahlah penghuni aspurikan" ujar Aina, sahabat baikku ketika kami sedang mencari buku rujukan diperpustakaan. Tak lama lagi ada ujian intervensi bagi pelajar SPM dan PMR. "Ya ke. Budak tu form berapa?" tanyaku. "Tak pasti lagi. Tadi aku diberitahu oleh kakak PPM. Menurut mereka pelajar itu baru sahaja menjadi buta. Kalau aku tidak silap dia buta disebabkan dia menghidapi tumour di kepalanya. Kak Su kata dia baru sahaja dibedah 2 tahun yang lepas. Tahun lepas dia tidak bersekolah," terang Aina. "Wah banyaknya maklumat kau dapat. Berapa umur dia?" "16 tahun. Biasalah aku. Aku nikan pengunjung setia dekat bilik sakit tu. Tadi pun aku tidak masuk kelas. Alia nak pinjam nota yang cikgu beri sewaktu aku tidak masuk kelas tadi. Mesti banyak kerja cikgu berikan."ujar Aina. "Taklah banyak sangat. Cuma ada berita penting. Kita akan start tuisyen minggu ni. Esok Cikgu Mai akan beri jadual tuisyen pada kita semua. Kau dah sihat ke? Dengar cerita malam ni ada perjumpaan penghuni asrama bersama warden. Tadi Ustaz Kamal beritahu aku kemungkinan malam ni akan diadakan perlantikan penghulu, penghuluwati serta AJK penting asrama. Kau rasa siapa agaknya penghulu denagan penghuluwati kita tahun ni?" tanyaku. "Aku rasa penghulu mesti si Iskandar dan penghuluwati pulak mesti kau punya. Alah korang selalu bergandingan mentadbir sekolah dan asrama ni. Eh kau tak suka ke si Iskandar tu, ke kau ada hati dekat abang form 6?" usik Aina. "Hish kau ni. Ke situ pulak. Aku dengan Is kawan jelah. Lagipun kitakan masih belajar. Aku malas nak fikir pasal soal hati dan perasaan ni. Jomlah balik bilik. Lagi aku layan kau ni lagi suka kau mengusik aku. Aku pun dah jumpa buku yang aku nak pinjam ni." "Yelah. Jomlah. Dah dekat nak time minum petang ni. Makan ape ye petang. Aku pun dah lapar ni." ujar Aina. Kami pun pergi ke kaunter untuk meminjam buku yang kami inginkan. Kemudian kami pun melangkahkan kaki kami ke arah dewan makan untuk menikmati minum petang lalu kami pun pulang ke bilik kami. Kebetulan kami menjadi rakan sebilik.
Seperti yang dijanjikan majlis pemilihan dan perlantikan Ahli Jawantankuasa Asrama pun diadakan. Ia diadakan pada waktu malam selepas kelas prep malam. Semua penghuni asrama dikumpulkan di gelanggang serbaguna. Pada majlis itu semua warden serta penyelia asrama hadir. Akhirnya, penghulu serta penghuluwati telah dipilih dan disokong oleh seisi asrama. Benar tekaan Aina. Iskandar Syah Izham telah dipilih menjadi nakhoda kami semua manakala aku, Nur Alia Sofea akan menjadi pembantunya. Aina Jaslina dan Amirul Hadi juga dipilih menjadi setiausaha asrama. Kami berempat sememang bersahabat baik dan kami akan bersama mentadbir asrama ini.
Tugas pertama aku sebagai Penghuluwati aku mulakan dengan mengadakan perjumpaan Aspuri iaitu asrama puteri untuk melantik AJK bawahan aku yang akan membantu aku menjaga asrpuri. Sebalum mengadakan perjumpaan aku terlebih dahulu telah berbincang dengan Iskandar. Nampaknya selepas ini makin keraplah kami akan berjumpa. Dah lah kami ni sekelas.
"Assalamualaikum semua. Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri saya. Nama penuh saya Nur Alia Sofea. Kamu boleh memanggil saya Alia atau Kak Alia. Saya ingin berterima kasih kerana kamu percaya untuk melantik saya sebagai ketua kamu. Saya harap kamu semua akan membantu saya. Sekiranya saya ada membuat silap tolonglah tegur saya. Saya harap kamu semua akan menjaga kebersihan asrama kita ini. Jika kamu semua tidak sihat atau mempunyai masalah berjumpalah dengan saya. Insyaallah saya akan cuba membantu kamu. Selepas perjumpaan ini nanti saya ingin meminta semua rakan-rakan setingkatan dan juga kakak-kakak tingkatan 6 serta semua pelajar baru tahun ini dapat tunggu sebentar. Sampai di sini sahaja ucapan saya. Terima kasih." ucapku. Selepas itu pelantikan AJK pun dilakukan. Antaranya bendahari, AJK kebersihan, kebudayaan, kesihatan dan ketua aras. Sejam kemudian majlis perjumpaan pun tamat. namun aku ingin berjumpa dengan semua pelajar baru dan memperkenalkan senior-senior kepada mereka. Kemudian, sudah menjadi tanggungjawabku untuk memberitahu semua pelajar baru mengenai peraturan aspuri. Dalam banyak-banyak pelajar baru itu terdapat seorang pelajar yang membuatkan aku tertarik untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Rupanya berseri dan memandang wajahnya membuatkan aku berasa tenang.
"Assalamualaikum. Adik ni nama apa?" tanyaku memulakan perbualan setelah perjumpaan berakhir dan semua pelajar bersurai dan kembali ke dorm masing-masing. "Wa'alakumusalam.... Nama saya Malisa Natasya. Akak boleh panggil Lis atau Lisa." "Oh Jadi Lis nilah yang kawan akak kata ada menghidap tumour itu ke?" "ya kak. Saya pun baru sahaja kehilangan nikmat penglihatan. Saya tidak tahu macam mana nak lalui hidup ini kak. Hidup saya seolah tiada gunanya lagi. Kalau diikutkan tahun lepas saya sepatutnya menduduki PMR namun saya sering tidak hadir ke sekolah sehinggalah pada suatu pagi apabila saya bangun dari tidur dunia saya telah menjadi gelap kak. Saya belum lagi puas melihat dunia ini. Saya terfikir bahawa saya telah kehilangan hidup saya kak," cerita Malisa dengan suara yang sayu. Aku tidak dapat menahan air mata ku dari mengalir."Pada mulanya saya fikir hidup saya dah berakhir. Segala cita-cita saya berkecai. Air mata menjadi teman baik saya. Saya beruntung kerana mempunyai keluarga yang sentiasa menyokong dan berusaha mengembalikan senyuman di bibir saya. Dengan bantuan kawan-kawan, ayah saya akhirnya mendapat maklumat mengenai sekolah ini lalu dihantarlah saya ke sini. Kak Alia mesti tidak percaya jika saya katakan badan saya terlalu sensitif terutama di bahagian lutut kiri saya. Sekiranya sesuatu melanggar lutut kiri saya maka saya akan pengsan." ujar Malisa. Alangkah terkejutnya aku. Kami asyik berbual-bual sehingga tidak menyedari bahawa hari dah lewat malam sehinggalah ketua dorm itu iaitu dorm A menutup lampu barulah aku sedar bahawa jam telah menunjukkan jam 11 malam. Sudah menjadi peraturan asrama lampu dorm harus ditutup selewatnya jam 11 malam. Aku pun meminta diri untuk pulang ke bilikku.
Setelah pertemuan malam itu aku makin kerap menghabiskan masa bersama Malisa. Sehingga terdapat rakan-rakanku menggelarkan dia adik angkatku. Aku tidak kisah kerana aku sememangnya menyukai Malisa.
"Lis akak nak tanya boleh tak?" "Apa dia kak?:" "Macam mana Lis boleh pengsan tadi? Ada orang langgar Lis ke?" Sememangnya tadi ketika kami selesai menikmati makan malam kami pun keluar dari dewan makan . Aku memimpin Lis untuk pulang ke dormnya. Tiba-tiba sampai di lorong pemisah antara aspuri dengan dewan makan tiba-tiba Lis pengsan. Aku sempat menahan kepalanya dari terkena lantai. Terkejut aku dibuatnya. Aku lalu memanggil beberapa orang pelajar yang berada berhampiran di tempat kejadian. Aku meminta sedikit air untuk merenjis ke mukanya. Aku melakukan apa yang diajar oleh Lis seandainya dia pengsan. Aku mengarahkan seorang pelajar ke bilik sakit untuk mengambil stretcher. Aku lalu merenjis air ke mukanya lalu mengelap dan memanggil namanya. Setelah itu kami pun mengangkat Malisa lalu dibaringkan di atas katilnya. "Entahlah kak mungkin saya termakan sesuatu yang tidak boleh saya makan. Ni pun kepala berasa sakit di bahagian jahitan ketika pembedahan dulu. Saya rasa saya termakan kacang," ujar Malisa sambil memicit dahinya. Aku lalu memicit kepalanya. 'Hmm.... Kesian Malisa. Aku rasa sudah sampai masanya aku berpindah dorm. Malisa adalah tanggungjawabku. Aku harus menolongnya." bisik hatiku. Aku lalu berjumpa dengan Umi iaitu penyelia asrama. Aku lalu menyatakan hasratku. Umi bersetuju dengan cadanagan walaupun pada mulanya dia bimbang pelajaranku akan terganggu sekiranya aku menjaga Malisa. Tetapi aku berjaya menyakinkan Umi.
"Alia tidak mengganggu pelajaran kau ke sekiranya kau sibuk menjaga Malisa?" tanya Iskandar. Iskandar mengetahui segalanya kerana sebagai seorng ketua seharusnya dia mengambil tahu segala perkara. "Tidak Is. Lagipun aku sudah biasa. Hampir setiap tahun aku menjaga pelajar yang sakit. Itu sahaja yang mampu aku lakukan." terangku. 'Lia, Kau sememangnya insan yang mempunyai hati yang mulia. Beruntunglah sesiapa yang berjaya memiliki hati kau. Aku bangga kerana menyayangi kau dalam diam. Itu sudah mencukupi Alia." kata Iskandar dalam hatinya.
Hatiku sering menangis melihat kesakitan yang dialami oleh Malisa. Aku menangis ketika aku melihat Lisa menuangkan air masak ke dalam nasinya. Aku bertanya kenapa berbuat demikian. Dia mengatakan untuk melembutkan nasinya. Hampir setiap hari Lisa hanya memakan nasi kosong dengan ayam goreng. Kadangkala uminya akan membawa ikan bilis goreng atau serunding ayam untuk dimakan oleh dia. Ya Allah terima kasih kerana masih membenarkan aku merasai nikmat makan. Kerana terlalu kesihan dengan nasib Lisa yang sering pengsan, aku selalu bersamanya untuk menemaninya. Malisa tidak boleh penat. Oleh itu dia belajar di kelas yang berdekatan dan aku meminta izin agar Malisa dibenarkan makan di dalam dorm dan dia juga tidak perlu ke surau untuk solat berjemaah kalau dia pergi pun dia selalu terlambat. Satu sikapnya yang membuatkan aku bangga dengannya, dia tetap ingin menjalani kehidupan seperti penghuni asrama yang lain. Dia tetap juga ingin ke surau yang jauh dari dorm. Aku pun memimpinnya dan kami selalu lambat. Ketika bulan Ramadan tiba Malisa tidak mahu terkecuali dari berjemaah untuk solat terawih. Aku memenuhi impiannya. Pernah suatu ketika. setelah selesai solat terawih tiba-tiba seorang pelajar yang buta melanggar lutut kirinya apalagi pengsanlah dia. Namun keadaan Lisa ketika itu amat menyedihkan. Hampir 17 kali Lisa pengsan pada ketika itu. Yang paling menyedihkan dalam ketika dia menahan kesakitan tiba-tiba dia berbisik ke telingaku: "Kak.. tolong bukakan surah Yasin dekat telefon." pintanya. Akupun membukanya. Lisa lalu membaca Yassin untuk dirinya. Tanpa kusedari air mataku mengalir dengan lajunya di tubir mataku.
"Lisa, akak akan pergi tidak lama lagi. Cuti bakal tiba. Selamat bercuti dik. Tahun depan akak tiada lagi di sisi Lisa. Lisa kena kuat. Ingat segala yang berlaku ada hikmahnya. Kita selalu bertanya kenapa tuhan menurunkan hujan dan menyembunyikan matahari. Tapi sesungguh Allah ingin kurniakan pelangi yang indah dikemudiannya. Tabahkan dirimu dik. Akak selalu ada di hatimu. Akak selalu berdoa agar kau bahagia dik. Belajar rajin-rajin. Jaga diri. Kuatkan semangat. Semoga Lis berjaya untuk PMR tahun depan. Nasihatku sebelum Lisa pulang untuk bercuti. Terlalu banyak kenangan aku dengan Lisa dalam tempoh setahun ini. Aku akan ingat kenangan ini selama-lamanya walaupun aku akan meninggalkan sekolah yang banyak mengajar aku erti hidup.
Kini aku telah pun tamat belajar di sekolah menengah. Alhamdulillah dengan keputusan SPM yang agak membanggakan aku berjaya menempatkan diriku di salah sebuah IPTA dalam negara. Setahun sudah lamanya aku meninggalkan sekolahku. Namun kenangan di sana tidak pernah aku lupakan. Kring....kring.....kring...... "Asaalamualaikum. kak Lia apa khabar?" "Sihat. Lis macam mana? Result PMR macam mana?" kataku kegembiraan. "Lis sihat. Alhamdulillah Lis dapat 3A5B kak." "Ya Allah Lis tahniah. Akak tak sangka Lis dapat result sebaik tu. Lis kena bangga dengan diri Lis. Dulu masa UPSR Lis dapat 5A tapi waktu tu Lis normal tapi kini Lis baru sahaja jadi buta Lis dah berjaya dapat keputusan sebaik itu. Tahniah Lis." ucapku kegembiraan. "Betul tu Kak.Terima kasih kak Lia." Benarlah kata orang Allah memberi kita kepayahan dan kesusahan dahulu sebelum dia memberi kebahagiaan dan kegembiraan. Terima kasih Ya Allah.
Ini sajalah kisah Sebuah Kehidupan.Sebenarnya ini kisah benar cuma ada beberapa peristiwa saya reka agar cerita menjadi lebih menarik. Watak-watak dalam kisah ini hanya rekaan semata-mata. Seandainya terdapat sesiapa yang tersinggung, sejuta kemaafan saya pohonkan. Ucapan tahniah saya ucapkan kepada adik-adik saya yang berjaya dalma PMR baru-baru ini. Yang tidak berjaya usahalah lagi untuk SPM dua tahun akan datang........

Thursday, December 23, 2010
Mnjelangnya Tahun Baru
Setiap kali tibanya bulan Disember pastinya kita mengetahui bahawa sudah hampir berlalu sesuatu tahun dan tiba tahun yang baru. Inilah lumrah kehidupan. Sesuatu akan pergi lalu digantikan dengan sesuatu yang lain. Pasti kita tidak menyangka dan mengatakan cepatnya masa berlalu.
Pasti sekarang kita sedang merangka azam yang baru untuk tahun yang baru. Itulah suasana setiap kali menjelangnya tahun baharu. Persoalannya adakah sudah tercapai azam kita tahun lepas. Ada sebilangan manusia terlalu asyik memasang azam yang tinggi tapi mampukah mereka menunaikannya. Jangan dipandang remeh perkara ini. Ya benar, azam itu banyak dan terlalu tinggi tapi sebelum menyatakan azam tahun baru kita fikirlah terlebih dahulu. Azam kita perlu seiring dengan kemampuan kita. Kita juga perlu berusaha menunaikan azam kita sebelum tahun baru menjelma agar dapat kita mencipta azam yang baru.
Tahniah untuk sesiapa yang telah merealisasikan azamnya. Kepada insan yang belum berjaya menunaikan azam mereka, anda masih berkesempatan kerana masih ada beberapa hari lg sebelum tahun 2010 melabuhkan tirainya. Selamat berjaya. Semoga tahun depan kita dapat mencpta azam yang baru.

Subscribe to:
Comments (Atom)