Firman Allah s.w.t..
"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)
14 Februari merupakan tarikh yang amat dinantikan oleh para kekasih kerana di hari inilah mereka akan bersama dengan pasangan masing-masing meraikan hari yang dianggap istimewa. Tetapi mereka sedar atau tidak apa erti disebalik hari kekasih ini.... Umat Islam ramai yang meraikan hari Valentine ini tetapi sedarkah kita sebagai umat Islam berdosa sekiranya kita meraikan atau menanti tibanya hari kekasih ini. Valentine's day yang juga dikenali sebagai hari berkasih sayang, amat popular dalam kalangan orang barat. Namun kini semakin ramai umat Islam yang mengikuti budaya barat ini.
Sedarkah kita hari valentine yang kita raikan juga yang kita banggakan itu sebenarnya merupakan hari memperingati kematian seorang lelaki Romawi yang dianggap 'shuhada' oleh para pengikutnya. Valentine adalah bersempena dengan nama seorang lelaki tersebut iaitu St. Valentine. Pada 14 Februari 270 M, St Valentine telah dihukum bunuh kerana pertelingkahannya dengan pengasas Romawi ketika itu iaiitu Raja Claudius II. Bagi memperingati kematiannya maka pengikutnya telah mengadakan upacara keagamaan. Lama kelamaan apabila agama Kristian berkembang maka upacara keagamaan ini telah diubah kepada hari berkasih sayang.dan ianya tidak lagi berbentuk keagamaan sebaliknya telah berubah kepada perayaan bukan keagamaan. Konsep asal Hari Valentine telah berubah.
Kini, sambutan valentine adalah sesuatu yang dibangga-banggakan oleh orang kaum Nasrani dan Yahudi. Mereka meraikan dengan jamahan nafsu sepuas-puasnya tanpa ada segan dan malu. Si gadis akan mendaftarkan namanya di dalam satu pesta di hari Valentine manakala si lelaki akan mencabut undi bagi memilih pasangan sebagai habuan pesta hari kekasih. Namun yang amat menyedihkan terdapat segelintir umat Islam yang meraikan pesta ini tanpa mengira batasan agama...
Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?
Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:
“ Dan janganlah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)
Dalam Islam kata “tahu” bererti mampu mengetahui dengan seluruh panca indera yang dikuasai oleh hati. Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat isi dan hakikat sebenarnya. Bukan hanya sekadar dapat melihat atau mendengar. Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, bila, bagaimana, dan di mana, akan tetapi lebih dari itu.
Oleh kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang mendorong/mengikut kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid.
Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.
No comments:
Post a Comment