ASSALAMUALAIKUM....

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA. SESUNGGUHNYA SEGALA ILMU ADALAH MILIK ALLAH YANG ESA. SAYA HANYA INGIN BERKONGSI SEGALA ILMU YANG SAYA PEROLEH.SELAMAT DATANG KE DUNIA NUKILAN SAYA

Sunday, December 26, 2010

25 Disember 2010

25Disember merupakan tarikh yang menggembirakan bagi orang yang beragama Kristian kerana pada hari inilah mereka menyambut Hari Natal atau juga dikenali sebagai Hari Krismas. Walaupun sebagai umat Islam kita tidak digalakkan menyambut perayaan ini tetapi sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai rakyat berbilang kaum maka kita juga akan bercuti.

Bagi keluargaku pada tanggal tarikh 25 Disember 2010 satu acara bersejarah bagi keluargaku telah diadakan. Pada hari tersebut satu majlis pertunangan telah berlangsung. Adikku yang nombor 2 telah bertunang pada hari tersebut. Yang menariknya ini merupakan majlis pertunangan yang pertama bagi ahli keluargaku. Aku berpeluang menyaksikan dengan sendiri majlis ini berlangsung dengan penuh adat istiadat Melayu.

Bagi orang Melayu upacara pertunangan juga akan dijalankan dengan adat yang agak unik. Sebelum majlis bertunang pihak lelaki akan datang merisik untuk memastikan bahawa gadis itu belum berpunya. Hal ini penting kerana ingin memastikan bahawa gadis belum lagi bertunang. Adalah berdosa sekiranya mereka mengambil tunangan orang. Dalam hal adik aku ini. mereka juga datang merisik dan bertunang pada hari yang sama. Hal ini adalah kerana mereka datang dari jauh dan mereka ingin menjimatkan masa.

Oleh kerana majlis merisik dan bertunang dilakukan pada hari yang sama maka pihak lelaki perlu membawa 2 bentuk cincin yang mana satu merupakan cincin merisik atau juga dikenali sebagai cincin tanya dan satu cincin lagi merupakan cincin bertunang. Ibu atau wakil perempuan dari pihak lelaki akan menyarungkan cincin ke jari   si gadis. Setelah itu kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai tarikh akan dilangsungkan perkahwinan. Mereka juga akan berbincang mengenai jumlah wanga hantaran yang perlu diberi oleh pihak lelaki. Setelah berbincang pihak lelaki bersetuju dengan permintaan kami.

Alhamdulillah jika diizinkan tuhan maka tempoh pertunangan adikku hanya selama 5 ke 6 bulan sahaja. Kemudian majlis diteruskan dengan kedua-dua belah pihak bertukar hantaran. Kedua-dua belah pihak akan bertukar tepak sirih. Mengikut adat, pihak lelaki akan memakan sirih yang diberi oleh pihak perempuan begitu juga sebaliknya. Pihak lelaki telah memberi 5 dulang hantaran termasuk cincin manakala dibalas dengan 8 dulang hantaran oleh pihak perempuan. Setelah itu berakhirlah majlis pertunangan dan menunggu hari untuk diijabkabulkan.

No comments: