ASSALAMUALAIKUM....

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA. SESUNGGUHNYA SEGALA ILMU ADALAH MILIK ALLAH YANG ESA. SAYA HANYA INGIN BERKONGSI SEGALA ILMU YANG SAYA PEROLEH.SELAMAT DATANG KE DUNIA NUKILAN SAYA

Wednesday, May 27, 2015

Insan Teristimewa

Siapakah insan yang paling istimewa dslam hidup anda? Adakah teman lelakimu, atau teman wanita mu? Mungkin juga isteri atau suami masing-masing.  Ya sebagai muslim, Allah dan rasulullah adalah  yang paling istimewa dan penting sekali dalam kamus hidup kita... Namun selain itu sebenarnya terdapat lagi insan yang teristimewa. Kerana beliau kita berada di dunia ini. Kerana beliau kita dapat menikmati kehidupan ini. Siapakan insan itu? Ya...... Dialah insan yang digelar dengan pelbagai gelaran. dialah IBU! EMAK! MAMA! MAMI! UMMI! MA! MAK! Kerana dia kita dapat melihat dunia. Pengorbanannya tidak mampu kita balas walaupun selautan intan, segunung emas kita berikan walau seluruh harta kekayaan di dunia ini kita kumpul belum tentu mampu membayar harga pengorbanannya. Ya itulah insan bernama IBU. Ketika kita menangis dialah yang memujuk. Ketika kita merajuk dia sentiasa bersabar melayan kerenah kita. Pepatah lama ada mengatakan seorang ibu mampu menjaga sepuluh orang anak namun sepuluh orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu... Begitulah tingginya jasa mu ibu.... Ibu engkau ratu hatiku....engkaulah insan teristimewa dalam hidupku.... Engkaulah syurga bagi anak2 mu..... Ibu maafkan kekasaran kami anak-anakmu, ampunkan ketelanjuran kata-kata kami yang sering mengguris hatimu. Ibu, kami tahu kami sering mengguris hati kecilmu. Kami sering menitiskan air matamu, kami sering melukakan perasaanmu, kami sering menderhaka kepadamu. Ibu maafkan diri ini. Ibu..... Oh ibu..... Jamganlah marah kepada kami. Tegurlah kami supaya kami tidak menjadi anak yang derhaka.... Ibu mulut ini terlalu berat mengucapkan maaf atas kesilapan diri kami. Ego ini terlalu tinggi untuk melutut memohon ampun. Ibu setulusnya dihati ini ingin sekali memeluk mu seeratnya dan meminta ampun. Ibu walaupun mulut ini jarang mengucapkan kata cinta, sayang dan kasih kepadamu namin sesungguhnya seluruh rasa sayangku, cintaku dan kasihku hanyalah untukmu IBU!!!!! Ibu anakmu ini satu hari nanti juga akan bergelar seorang ibu namun sering kuberdoa agar aku mampu menjadi seorang ibu sehebatmu ibuku. mama terima kasih kerana sudi membenarkan along berads di rahimmu selama 9 bulan, sudi malahirkan along dengan segala kepayahan, membelai along dengan kasih sayang, sudi melayan kerenah along yang kadangkalanya membuatmu menangis.... Mama sehujurnya ALONG SAYANG SANGAT MAMA SETULIS HATI ALONG. Maafkan along kerana masih belum mampu, menunaikan impian mama. Ibu terimalah luahan hati anakmu ini..... Ya Allah kau jadikanlah ibuku hambamu yang engkau redhai. Jadikan ibuku penghuni syurgamu.... Aminnnn

No comments: