ASSALAMUALAIKUM....

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA. SESUNGGUHNYA SEGALA ILMU ADALAH MILIK ALLAH YANG ESA. SAYA HANYA INGIN BERKONGSI SEGALA ILMU YANG SAYA PEROLEH.SELAMAT DATANG KE DUNIA NUKILAN SAYA

Thursday, December 23, 2010

Mnjelangnya Tahun Baru

Setiap kali tibanya bulan Disember pastinya kita mengetahui bahawa sudah hampir berlalu sesuatu tahun dan tiba tahun yang baru. Inilah lumrah kehidupan. Sesuatu akan pergi lalu digantikan dengan sesuatu yang lain. Pasti kita tidak menyangka dan mengatakan cepatnya masa berlalu.

Pasti sekarang kita sedang merangka azam yang baru untuk tahun yang baru. Itulah suasana setiap kali menjelangnya tahun baharu. Persoalannya adakah sudah tercapai azam kita tahun lepas. Ada sebilangan manusia terlalu asyik memasang azam yang tinggi tapi mampukah mereka menunaikannya. Jangan dipandang remeh perkara ini. Ya benar, azam itu banyak dan terlalu tinggi tapi sebelum menyatakan azam tahun baru kita fikirlah terlebih dahulu. Azam kita perlu seiring dengan kemampuan kita. Kita juga perlu berusaha menunaikan azam kita sebelum tahun baru menjelma agar dapat kita mencipta azam yang baru.

Tahniah untuk sesiapa yang telah merealisasikan azamnya. Kepada insan yang belum berjaya menunaikan azam mereka, anda masih berkesempatan kerana masih ada beberapa hari lg sebelum tahun 2010 melabuhkan tirainya. Selamat berjaya. Semoga tahun depan kita dapat mencpta azam yang baru.

No comments: