Setiap kali sesi persekolahan bermula, pasti semua yang bergelar pelajar berasa gembira kerana akan bertemu semula dengan rakan-rakan setelah tidak berjumpa sepanjang cuti persekolahan. Seperti pelajar-pelajar yang lain aku juga terlalu merindui rakan-rakan seperjuanganku. Sebagai pelajar yang bersekolah di sekolah berasrama, aku akan ke asramaku sehari sebelum sekolah bermula. Aku akan menyusun segala barang keperluanku di almari yang disediakan. Oleh kerana tahun ini aku akan berada di tingkatan 5 maka aku ditempatkan di dorm kecil yang mana dorm ini hanya menempatkan 4 orang pelajar. Alhamdulillah aku akan berkongsi bilik dengan rakan-rakan setingkatan juga sekelas. Yang paling menyeronokkan aku akan sebilik dengan rakan karibku. Sememangnya sudah menjadi kebiasaan aku akan tiba awal ke asrama. Maklumlah aku sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan rakan-rakanku. Tahun ini juga aku dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan asrama sehingga perlantikan penghuluwati asrama. Sudah ditakdirkan aku dilantik menjadi penghuluwati juga menjadi ketua pengawas sekolah. Walaupun tanggungjawab ini agak berat namun aku akan berusaha untuk menunaikannya.
"Alia, kau tahu tak hari ini ada pelajar baru akan masuk asrama kita. Dengar cerita pelajar itu perempuan. Bertambahlah penghuni aspurikan" ujar Aina, sahabat baikku ketika kami sedang mencari buku rujukan diperpustakaan. Tak lama lagi ada ujian intervensi bagi pelajar SPM dan PMR. "Ya ke. Budak tu form berapa?" tanyaku. "Tak pasti lagi. Tadi aku diberitahu oleh kakak PPM. Menurut mereka pelajar itu baru sahaja menjadi buta. Kalau aku tidak silap dia buta disebabkan dia menghidapi tumour di kepalanya. Kak Su kata dia baru sahaja dibedah 2 tahun yang lepas. Tahun lepas dia tidak bersekolah," terang Aina. "Wah banyaknya maklumat kau dapat. Berapa umur dia?" "16 tahun. Biasalah aku. Aku nikan pengunjung setia dekat bilik sakit tu. Tadi pun aku tidak masuk kelas. Alia nak pinjam nota yang cikgu beri sewaktu aku tidak masuk kelas tadi. Mesti banyak kerja cikgu berikan."ujar Aina. "Taklah banyak sangat. Cuma ada berita penting. Kita akan start tuisyen minggu ni. Esok Cikgu Mai akan beri jadual tuisyen pada kita semua. Kau dah sihat ke? Dengar cerita malam ni ada perjumpaan penghuni asrama bersama warden. Tadi Ustaz Kamal beritahu aku kemungkinan malam ni akan diadakan perlantikan penghulu, penghuluwati serta AJK penting asrama. Kau rasa siapa agaknya penghulu denagan penghuluwati kita tahun ni?" tanyaku. "Aku rasa penghulu mesti si Iskandar dan penghuluwati pulak mesti kau punya. Alah korang selalu bergandingan mentadbir sekolah dan asrama ni. Eh kau tak suka ke si Iskandar tu, ke kau ada hati dekat abang form 6?" usik Aina. "Hish kau ni. Ke situ pulak. Aku dengan Is kawan jelah. Lagipun kitakan masih belajar. Aku malas nak fikir pasal soal hati dan perasaan ni. Jomlah balik bilik. Lagi aku layan kau ni lagi suka kau mengusik aku. Aku pun dah jumpa buku yang aku nak pinjam ni." "Yelah. Jomlah. Dah dekat nak time minum petang ni. Makan ape ye petang. Aku pun dah lapar ni." ujar Aina. Kami pun pergi ke kaunter untuk meminjam buku yang kami inginkan. Kemudian kami pun melangkahkan kaki kami ke arah dewan makan untuk menikmati minum petang lalu kami pun pulang ke bilik kami. Kebetulan kami menjadi rakan sebilik.
Seperti yang dijanjikan majlis pemilihan dan perlantikan Ahli Jawantankuasa Asrama pun diadakan. Ia diadakan pada waktu malam selepas kelas prep malam. Semua penghuni asrama dikumpulkan di gelanggang serbaguna. Pada majlis itu semua warden serta penyelia asrama hadir. Akhirnya, penghulu serta penghuluwati telah dipilih dan disokong oleh seisi asrama. Benar tekaan Aina. Iskandar Syah Izham telah dipilih menjadi nakhoda kami semua manakala aku, Nur Alia Sofea akan menjadi pembantunya. Aina Jaslina dan Amirul Hadi juga dipilih menjadi setiausaha asrama. Kami berempat sememang bersahabat baik dan kami akan bersama mentadbir asrama ini.
Tugas pertama aku sebagai Penghuluwati aku mulakan dengan mengadakan perjumpaan Aspuri iaitu asrama puteri untuk melantik AJK bawahan aku yang akan membantu aku menjaga asrpuri. Sebalum mengadakan perjumpaan aku terlebih dahulu telah berbincang dengan Iskandar. Nampaknya selepas ini makin keraplah kami akan berjumpa. Dah lah kami ni sekelas.
"Assalamualaikum semua. Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri saya. Nama penuh saya Nur Alia Sofea. Kamu boleh memanggil saya Alia atau Kak Alia. Saya ingin berterima kasih kerana kamu percaya untuk melantik saya sebagai ketua kamu. Saya harap kamu semua akan membantu saya. Sekiranya saya ada membuat silap tolonglah tegur saya. Saya harap kamu semua akan menjaga kebersihan asrama kita ini. Jika kamu semua tidak sihat atau mempunyai masalah berjumpalah dengan saya. Insyaallah saya akan cuba membantu kamu. Selepas perjumpaan ini nanti saya ingin meminta semua rakan-rakan setingkatan dan juga kakak-kakak tingkatan 6 serta semua pelajar baru tahun ini dapat tunggu sebentar. Sampai di sini sahaja ucapan saya. Terima kasih." ucapku. Selepas itu pelantikan AJK pun dilakukan. Antaranya bendahari, AJK kebersihan, kebudayaan, kesihatan dan ketua aras. Sejam kemudian majlis perjumpaan pun tamat. namun aku ingin berjumpa dengan semua pelajar baru dan memperkenalkan senior-senior kepada mereka. Kemudian, sudah menjadi tanggungjawabku untuk memberitahu semua pelajar baru mengenai peraturan aspuri. Dalam banyak-banyak pelajar baru itu terdapat seorang pelajar yang membuatkan aku tertarik untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Rupanya berseri dan memandang wajahnya membuatkan aku berasa tenang.
"Assalamualaikum. Adik ni nama apa?" tanyaku memulakan perbualan setelah perjumpaan berakhir dan semua pelajar bersurai dan kembali ke dorm masing-masing. "Wa'alakumusalam.... Nama saya Malisa Natasya. Akak boleh panggil Lis atau Lisa." "Oh Jadi Lis nilah yang kawan akak kata ada menghidap tumour itu ke?" "ya kak. Saya pun baru sahaja kehilangan nikmat penglihatan. Saya tidak tahu macam mana nak lalui hidup ini kak. Hidup saya seolah tiada gunanya lagi. Kalau diikutkan tahun lepas saya sepatutnya menduduki PMR namun saya sering tidak hadir ke sekolah sehinggalah pada suatu pagi apabila saya bangun dari tidur dunia saya telah menjadi gelap kak. Saya belum lagi puas melihat dunia ini. Saya terfikir bahawa saya telah kehilangan hidup saya kak," cerita Malisa dengan suara yang sayu. Aku tidak dapat menahan air mata ku dari mengalir."Pada mulanya saya fikir hidup saya dah berakhir. Segala cita-cita saya berkecai. Air mata menjadi teman baik saya. Saya beruntung kerana mempunyai keluarga yang sentiasa menyokong dan berusaha mengembalikan senyuman di bibir saya. Dengan bantuan kawan-kawan, ayah saya akhirnya mendapat maklumat mengenai sekolah ini lalu dihantarlah saya ke sini. Kak Alia mesti tidak percaya jika saya katakan badan saya terlalu sensitif terutama di bahagian lutut kiri saya. Sekiranya sesuatu melanggar lutut kiri saya maka saya akan pengsan." ujar Malisa. Alangkah terkejutnya aku. Kami asyik berbual-bual sehingga tidak menyedari bahawa hari dah lewat malam sehinggalah ketua dorm itu iaitu dorm A menutup lampu barulah aku sedar bahawa jam telah menunjukkan jam 11 malam. Sudah menjadi peraturan asrama lampu dorm harus ditutup selewatnya jam 11 malam. Aku pun meminta diri untuk pulang ke bilikku.
Setelah pertemuan malam itu aku makin kerap menghabiskan masa bersama Malisa. Sehingga terdapat rakan-rakanku menggelarkan dia adik angkatku. Aku tidak kisah kerana aku sememangnya menyukai Malisa.
"Lis akak nak tanya boleh tak?" "Apa dia kak?:" "Macam mana Lis boleh pengsan tadi? Ada orang langgar Lis ke?" Sememangnya tadi ketika kami selesai menikmati makan malam kami pun keluar dari dewan makan . Aku memimpin Lis untuk pulang ke dormnya. Tiba-tiba sampai di lorong pemisah antara aspuri dengan dewan makan tiba-tiba Lis pengsan. Aku sempat menahan kepalanya dari terkena lantai. Terkejut aku dibuatnya. Aku lalu memanggil beberapa orang pelajar yang berada berhampiran di tempat kejadian. Aku meminta sedikit air untuk merenjis ke mukanya. Aku melakukan apa yang diajar oleh Lis seandainya dia pengsan. Aku mengarahkan seorang pelajar ke bilik sakit untuk mengambil stretcher. Aku lalu merenjis air ke mukanya lalu mengelap dan memanggil namanya. Setelah itu kami pun mengangkat Malisa lalu dibaringkan di atas katilnya. "Entahlah kak mungkin saya termakan sesuatu yang tidak boleh saya makan. Ni pun kepala berasa sakit di bahagian jahitan ketika pembedahan dulu. Saya rasa saya termakan kacang," ujar Malisa sambil memicit dahinya. Aku lalu memicit kepalanya. 'Hmm.... Kesian Malisa. Aku rasa sudah sampai masanya aku berpindah dorm. Malisa adalah tanggungjawabku. Aku harus menolongnya." bisik hatiku. Aku lalu berjumpa dengan Umi iaitu penyelia asrama. Aku lalu menyatakan hasratku. Umi bersetuju dengan cadanagan walaupun pada mulanya dia bimbang pelajaranku akan terganggu sekiranya aku menjaga Malisa. Tetapi aku berjaya menyakinkan Umi.
"Alia tidak mengganggu pelajaran kau ke sekiranya kau sibuk menjaga Malisa?" tanya Iskandar. Iskandar mengetahui segalanya kerana sebagai seorng ketua seharusnya dia mengambil tahu segala perkara. "Tidak Is. Lagipun aku sudah biasa. Hampir setiap tahun aku menjaga pelajar yang sakit. Itu sahaja yang mampu aku lakukan." terangku. 'Lia, Kau sememangnya insan yang mempunyai hati yang mulia. Beruntunglah sesiapa yang berjaya memiliki hati kau. Aku bangga kerana menyayangi kau dalam diam. Itu sudah mencukupi Alia." kata Iskandar dalam hatinya.
Hatiku sering menangis melihat kesakitan yang dialami oleh Malisa. Aku menangis ketika aku melihat Lisa menuangkan air masak ke dalam nasinya. Aku bertanya kenapa berbuat demikian. Dia mengatakan untuk melembutkan nasinya. Hampir setiap hari Lisa hanya memakan nasi kosong dengan ayam goreng. Kadangkala uminya akan membawa ikan bilis goreng atau serunding ayam untuk dimakan oleh dia. Ya Allah terima kasih kerana masih membenarkan aku merasai nikmat makan. Kerana terlalu kesihan dengan nasib Lisa yang sering pengsan, aku selalu bersamanya untuk menemaninya. Malisa tidak boleh penat. Oleh itu dia belajar di kelas yang berdekatan dan aku meminta izin agar Malisa dibenarkan makan di dalam dorm dan dia juga tidak perlu ke surau untuk solat berjemaah kalau dia pergi pun dia selalu terlambat. Satu sikapnya yang membuatkan aku bangga dengannya, dia tetap ingin menjalani kehidupan seperti penghuni asrama yang lain. Dia tetap juga ingin ke surau yang jauh dari dorm. Aku pun memimpinnya dan kami selalu lambat. Ketika bulan Ramadan tiba Malisa tidak mahu terkecuali dari berjemaah untuk solat terawih. Aku memenuhi impiannya. Pernah suatu ketika. setelah selesai solat terawih tiba-tiba seorang pelajar yang buta melanggar lutut kirinya apalagi pengsanlah dia. Namun keadaan Lisa ketika itu amat menyedihkan. Hampir 17 kali Lisa pengsan pada ketika itu. Yang paling menyedihkan dalam ketika dia menahan kesakitan tiba-tiba dia berbisik ke telingaku: "Kak.. tolong bukakan surah Yasin dekat telefon." pintanya. Akupun membukanya. Lisa lalu membaca Yassin untuk dirinya. Tanpa kusedari air mataku mengalir dengan lajunya di tubir mataku.
"Lisa, akak akan pergi tidak lama lagi. Cuti bakal tiba. Selamat bercuti dik. Tahun depan akak tiada lagi di sisi Lisa. Lisa kena kuat. Ingat segala yang berlaku ada hikmahnya. Kita selalu bertanya kenapa tuhan menurunkan hujan dan menyembunyikan matahari. Tapi sesungguh Allah ingin kurniakan pelangi yang indah dikemudiannya. Tabahkan dirimu dik. Akak selalu ada di hatimu. Akak selalu berdoa agar kau bahagia dik. Belajar rajin-rajin. Jaga diri. Kuatkan semangat. Semoga Lis berjaya untuk PMR tahun depan. Nasihatku sebelum Lisa pulang untuk bercuti. Terlalu banyak kenangan aku dengan Lisa dalam tempoh setahun ini. Aku akan ingat kenangan ini selama-lamanya walaupun aku akan meninggalkan sekolah yang banyak mengajar aku erti hidup.
Kini aku telah pun tamat belajar di sekolah menengah. Alhamdulillah dengan keputusan SPM yang agak membanggakan aku berjaya menempatkan diriku di salah sebuah IPTA dalam negara. Setahun sudah lamanya aku meninggalkan sekolahku. Namun kenangan di sana tidak pernah aku lupakan. Kring....kring.....kring...... "Asaalamualaikum. kak Lia apa khabar?" "Sihat. Lis macam mana? Result PMR macam mana?" kataku kegembiraan. "Lis sihat. Alhamdulillah Lis dapat 3A5B kak." "Ya Allah Lis tahniah. Akak tak sangka Lis dapat result sebaik tu. Lis kena bangga dengan diri Lis. Dulu masa UPSR Lis dapat 5A tapi waktu tu Lis normal tapi kini Lis baru sahaja jadi buta Lis dah berjaya dapat keputusan sebaik itu. Tahniah Lis." ucapku kegembiraan. "Betul tu Kak.Terima kasih kak Lia." Benarlah kata orang Allah memberi kita kepayahan dan kesusahan dahulu sebelum dia memberi kebahagiaan dan kegembiraan. Terima kasih Ya Allah.
Ini sajalah kisah Sebuah Kehidupan.Sebenarnya ini kisah benar cuma ada beberapa peristiwa saya reka agar cerita menjadi lebih menarik. Watak-watak dalam kisah ini hanya rekaan semata-mata. Seandainya terdapat sesiapa yang tersinggung, sejuta kemaafan saya pohonkan. Ucapan tahniah saya ucapkan kepada adik-adik saya yang berjaya dalma PMR baru-baru ini. Yang tidak berjaya usahalah lagi untuk SPM dua tahun akan datang........
No comments:
Post a Comment