ASSALAMUALAIKUM....

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA. SESUNGGUHNYA SEGALA ILMU ADALAH MILIK ALLAH YANG ESA. SAYA HANYA INGIN BERKONGSI SEGALA ILMU YANG SAYA PEROLEH.SELAMAT DATANG KE DUNIA NUKILAN SAYA

Thursday, March 24, 2011

Kenangan pergi Camping PBSM

Pada 11 March 2011, aku telah mengikuti satu perkhemahan di Hutan Botanikal di Ayer Keroh Melaka. Perkhemahan ini diwajibkan kepada semua pelajar semester 2 bagi subjek Badan Beruniform. Pada tarikh tersebut semua pelajar PBSM di UiTM Melaka telah mengikuti program ini. Seramai 188 orang pelajar HBU124 telah pergi ke kawasan perkhemahan melalui tiga trip ketibaan. Pada ketibaan pertama beberapa orang urussetia telah pergi dahulu, kemudian semua pelajar yang tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti telah pergi pada pukul 2.30 petang manakala selebihnya telah pergi pada sebelah malam kerana perlu menduduki ujian terlebih dahulu. Aku dan beberapa rakan yang sefakulti telah menduduki ujian Akaun sebelum bergerak ke Kem Ayer Keroh.

Pada pukul 10.30 malam, kami pelajar business, banking dan insurans telah menaiki bas yang disediakan oleh UiTM untuk ke perkhemahan tersebut. Perkhemahan ini mewakili 20% markah untuk final exam.  Kami tiba di Hutan botanikal tersebut pada pukul 11 lebih. Kami telah diberi taklimat oleh Pegawai Kokorikulum iaitu Encik Sahak.Kemudian kami telah menikmati makan malam sebelum diarahkan mendirikan khemah dengan sendiri. Kami dibenarkan memilih rakan sekhemah dengan sendiri. Aku, Erra, Dayah, Liyana, Hajar, serta 2 orang rakan  yang lain telah bersetuju untuk duduk dalam satu khemah. Setelah menikmati makan malam, kami yang datang lambat telah mendirikan khemah kemudian kami diarahkan untuk memasuki ke dalam kumpulan yang telah disediakan. Aku, Erra dan Dayah telah berpisah kerana kami tidak dapat menjadi rakan sekumpulan. Aku juga berbeza kumpulan dengan Zahira, rakan sebilik di UITM. Namun begitu aku bersyukur kerana dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru yang selama ini tidak aku kenali.

Aktiviti pertama kami adalah 'Night Walk" yakni jalam malam. kami akan berjalan berkumpulan sambil menutup mata. Kami diarahkan mendengar arahan dari seorang penunjuk arah dan kami dinasihatkan jangan berpisah dengan rakan sekumpulan walau apapun yang berlaku. Kumpulanku adalah kumpulan terakhir yang dilepaskan memasuki ke dalam hutan untuk menjalankan aktiviti ini. Alhamdulillah walau banyak dugaan yang dihadapi seperti terdapat rakan sekumpulan yang cedera, kami berjaya menyelesaikan aktiviti ini dengan selamat. Pengajaran yang aku dapati dari aktiviti ini, walaupun dahulu aku berada bersama golongan yang buta namun baru kali ini aku benar-benar mengetahui kepayahan yang dihadapi oleh mereka apabila salah satu pancaindera aku ditutup. Aktiviti ini benar-benar menginsafkan aku dan menjadikan aku lebih menghargai dan bersyukur dengan kelebihan yang Allah berikan kepadaku. Aktiviti itu berakhir pada pukul 4.00 pagi. Kemudian kami dikumpulkan dan hanya dibenarkan masuk ke dalam khemah tepat jam 5.30 pagi.

Keesokan harinya kami solat subuh secara berjemaah dan dibenarkan berehat sehingga dipanggil untuk bersarapan pada pukul 7.30 pagi aktiviti seterusnya bermula pada pukul 9.00 pagi dimana kami akan menduduki beberapa latihan praktikal dan kami diminta pergi ke 10 checkpoint.seterusnya pada jam 5.00 petang kami telah mengikuti aktiviti yang paling tak best, iaitu memasuki lumpuh. Dahlah lumpuh itu berbau, pastu berselut pula.

Malamnya pula kami telah menduduki ujian beramai-ramai sebelum kami menjalani aktiviti terakhir iaitu aktiviti burung hantu. Aktiviti ini memerlukan kami memasuki ke dalam hutan dan berjalan di dalamnya ibarat seperti jungle tracking cuma aktiviti ini dijalankan di waktu malam. Malam terakhir ini pelbagai kejadian telah berlaku. Terdapat pelajar yang disengat tebuan, dan ada juga kaki seorang pelajar terluka. Setelah keluar dari  hutan tersebut terdapat seorang siswi disengat lipan. Walaupun pelbagai kejadian telah berlaku namun aku bersyukur kerana aku berjaya mengikuti perkhemahan ini dengan . ALhamdulillah.....

1 comment:

pbsm student said...

best..

aritu kumpulan kami tak pergi sebab ada PPKP dengan pelaja Kos AD,QS,CS,DPA

part 3 last pbsm..
all the best